My Blog


Friday, September 23, 2011

Aliya tidur dalam buai lama kali ni

Aliya tidur dalam buaian start pukul 9 malam tadi sampai pukul 4 pagi tadi baru jaga. Aliya nak susu. Babah buat lah susu untuk aliya. Dahaga sangat aliya sebab tu merengek je. babah ibu dah faham sangat... :-)

Pastu susah nak tidur semula. terus jaga sampai babah ibu pergi kerja. aliya dah pandai lambai babah ibu masa pergi kerja...


UHari ni babah ibu nak pergi toy r us. nak beli mainan lagi untuk aliya. tunggu lah ye. apa nak beli belum tau lagi sebab ada sale 50% untuk members...

Thursday, September 22, 2011

Babah, Ibu & Aliya

Pic masa kenduri di kampung

Aliya sebelum dan semasa berbaju kurung di hari raya :-)

Comel sayang babah ibu ni ...
 Penat sungguh anak babah ibu ni....

Pampers Aliya bocor lagi lah

Tadi pagi pampers Aliya bocor lagi. Sejuk agaknya Aliya. Dan kat peha Aliya ada kesan merah merah macam melecet. Risau ibu. Tukar papmpers baru lagi nampaknya ok tak ada bocor. Yang merah merah tu ibu dah sapukan krim sebamad. Nampaknya kurang dah merah tu. Takut ketat sangat pampers. Lagi pun Aliya semakin lasak.

Pagi tadi Aliya tolak tangan babah bila babah nak peluk ia. Rimas agaknya sebab aircond tak pasang dan sempit sebab bantal banyak :-)

Sekarang Aliya senang kalau nak tidur dalam buaian. Cuma selalu terkejut terkejut masa tidur dalam buai tu. Agaknya mimpi lah tu. Dah semakin membesar ni. Lagipun dah 1 tahun umur.....

Tadi pagi lepas minum susu pukul 4 pagi Aliya tidur semula. Pukul 630 pagi Aliya terjaga. Langsung bangun dan duk dengan ibu kat depan tv. Lagipun babah ibu bersiap nak pergi kerja.

Aliya ok semuanya. Baik sihat n comel selalu....

Nanti babah ibu balik ye Aliya......

Balik je Aliya terus nak kat ibu. Sebab masa aliya kat bilik wan ibu jenguk dan panggil aliya. aliya dengar terus nak turun katil. Kena lah babah ibu mandi cepat cepat.

Dah siap semua terus layan aliya sampai aliya tidur.

(26 hb Oktober 2011 ni Aliya kena cucuk kat klinik)

Tarikh-tarikh ibu dijangka bersalin

-7 Oktober 2011
-8 Oktober 2011
-17 Oktober 2011
-20 Oktober 2011
-24 Oktober 2011

:-)

Wednesday, September 21, 2011

Pampers Aliya bocor pagi tadi. Sejuk lah Aliya..cian ia

Pagi tadi masa Aliya bangun nak susu pampers bocor. Ibu rasa basah. Terus tukarlah pas Aliya minum susu. Aliya sekarang minum susu Ammum Langkah 3 dah. Dah umur setahun
Sekarang Aliya dah pandai. Nampak je babah atau ibu bawak botol susu terus Aliya ketawa dan ready nak susu. Siap ready sandar kat bantal je. Habis dah sekarang kalau 6-7ml susu.

Sekarang ni pun banyak dah perubahan Aliya ni. dah nak berjalan kan. Sebut perkataan pun dah boleh juga. Cuma gigi je tak tumbuh lagi. Kalau tumbuh gigi baru best bagi Aliya makan kan. Sekarang bagi ikan bagi ayam tapi goreng dulu dan blend lah. Selera Aliya makan. Cuma kalau dengan ibu babah Aliya kena kejar baru makan. Tapi kalau dengan wan Aliya diam je. Makan habis. 

Tadi Aliya makan nasi+ayam goreng blend. sedap je bau. Tak hanyir. dulu rebus je tapi hanyir :-). kali ni semua babah akan goreng baru blend...

hari ni babah masuk kerja petang sebab jaga ibu aliya n baby. wan dengan atuk pergi hospital. Tengah hari baru balik. tak dapat lah Aliy aberdukung dengan babah sangat hari ni sebab babah sibuk kat dapur

cuma sekarang risau sikit sebab kat leher Aliya ada merah merah macam ruam. ingat kalau sabtu ni nak bawak check doktor lah. takut jadi lain pulak nanti..

jap lagi babah balik . mungkin Aliya tengah tidur ni sebab tadi pas makan tak tidur pun. pagi pun tidur kejap je terus bangun n main.

ok..sambung cerita lagi



1. Aliya jadi model jap tapi tak suka rambut kena buat macam tu :-) & 2. permainan Aliya di masa lapang lah


Saturday, September 10, 2011

Aliya di Majlis Sambutan Birthday Yang Ke-1 Tahun

Hari Sabtu 12 Syawal/10 September 2011 Birthday Aliya. Sini ada pic Aliya tengah potong Kek :-). Babah uploadkan

                                                                     









Selesailah sudah bila Aliya dapat kek harijadi ia :-). Alhamdulillah syukur sangat Aliya sihat dan makin membesar. Dah pandai turun dari katil dan kerusi dah pandai cakap bird, bee, dah pandai lambai tangan bila ibu babah pergi kerja, dah pandai jalan2 sendiri guna kereta mainan...


Aikk ...babah tak ada dalam semua pic ni sebab babah jadi cameraman lah....