My Blog


Sunday, July 31, 2011

Aliya dan kami semua duk rumah saja

Tak gi kemana mana pun. Babah cuci pakaian banyak sangat. Hari ni babah pun sibuk mengemas rumah jek.
Hari ni Aliy amacam nak selsema. Sejak semalam lagi tapi kejap selsema kejap ok. Tunggu dan lihat keadaan Aliya lah sebelum bawa ke Klinik. Rumah pulak dah senyap semula sebab semua anak buah ibu keluar ikut mak ayah merekalah. Ok juga sebab kalau budak ramai kat rumah Aliy atak mahu tidur langsung.

Ini ada pic Aliya pada hari ni




Aliya tengah main main permainan ia :-)

Ibu dengan babah sangat sayang ia lah

Saturday, July 30, 2011

Aliya sihat sihat saja. Ibu dengan babah plan nak pergi SOGO Sales tapi tak jadi sebab ....

Dari malam tadi Aliya dan kami semua sihat sihat lah. Semua baik. Aliy adengan manjanya nak berdukung saja bila babah ia dah ada ni. Babah layan je. Suka dukung Aliya ni sebab wangi wangi wangi je :-)


Hari ni plan nak pergi Sogo sales. Tapi tak jadi lah sebab sejak malam tadi ada emergency kat rumah. Wan dan atuk serta emua family dalam kepanikan.

Wan pun balik lewat pagi. Bangun pagi dah sakit sakit badan jadi terus cancel lah plan nak pergi SOGO

Babah ibu Aliya duk rumah je lah. Lagipun kakak ibu yang tinggal Tangkak ada balik...

Friday, July 29, 2011

Aliya dengan Ibu kat rumah babah pulak kat Johor. Rinduuuuuuuu

Bangun pagi terus msg ibu sebab nak tau keadaan ibu , Aliya dan baby. Ibu call kata semua ok. Aliya tak manja manja sangat dengan ibu waktu babah tak ada ni. Aliya tau ibu bawa baby (Adik Aliya) jadi Aliya tak nak berdukung sangat. Alita tau ibu penat kalau dukung Aliya. Pastu babah mandi dan solat lah. Siap semua dan babah nak checkout hotel call ibu. Ibu baru nak keluar pergi pejabat. Hari hujan kat klang sana. Babah minta ibu drive berhati hati. Babah pulak pergi sarapan . Tunggu berita dari ibu je lah nanti tengah hari..

Babah rindu family babah yg tersayang ni..

Babah buat kerja macam biasa. Ada kelapangan babah ibu sms. Aliya ok. Sihat je kat rumah dengan wan ia.

Petang ibu call dah nak balik rumah. Babah pulak akan balik KL. Siap kerja pukul 630pm. Terus balik rumah. Ibu minta sampai awa tapi babah dah bajet pukul 10mlm baru sampai sebab babah malas nak laju laju. Badan pun penat.

Pukul 10mlm sampai Klang. Sebelum balik rumah babah minum dulu. Makan mee goreng terus sebab lapar.

Sampai rumah babah mandi. Masuk bilik ibu jaga. Aliya dah tidur. Bila Aliya terjaga Aliya tengah pening pening sebab baru bangun tidur. Tak jelas lagi tengok babah ia ad asebelah. Dah sedar terus nak dukung je. Terus cium ibu, Aliya dan baby. Wangi semuanya. Sayang muahhh

Tidur lah sebab dalam perjalanan balik babah demam tadi. Nampak ibu Aliya dan baby terus sihat je

Thursday, July 28, 2011

Hari ni Aliya susah nak yak. Yak keras...

Pagi tadi semua ok buat Aliya. Dari babah pergi kerja Johor , Ibu pergi meeting kat PICC Putrajaya semua elok. Tapi tengah hari ibu call babah kata wan bagitau yang Aliya asyik menangis menangis menangis. Ta henti henti. Risau ibu babah. Takut sakit ke demam ke. Ibu dah nak balik rumah tengah hari tadi sebab risau. Babah pulak outstation 2 hari di Johor ni

Kemudian wan Aliya bagitau Aliya susah nak yak rupanya. Keras yak ia. Pelik jugak. Mungkin sebab susu tu sebab susu tu nampak macam lembab lah. Ada bincang dengan ibu nak tukar susu lain tapi tak tau yang mana sesuai sebab susu AMMUM ni dal lama minum plak.


Tak tau lah nak buat macam mana. Tunggu babah balik esok baru plan apa yang terbaik buat si comel Aliya ni...

Babah dah separuh kerja habis. Nak balik hotel dah. Ibu 5:30pm baru habis meeting. Lewat juga jhabis meeting.


Tunggu ibu sampai rumah baru dapat berita tentang Aliya ...

Malam baru dapat berita sebab petang masa ibu balik babah call pun ibu baru sampai tengah nak buka gate. Ibu kata Aliy akat luar tengok budak-budak main. Babah kata pada ibu nanti malam lah call semula sebab nak ibu siap cepat untuk melayan Aliya nanti. Ibu kena mandi, solat dan makan dulu baru boleh peluk Aliya

Malam ibu call. Nak buat video call tak jadi sebab sim kad babah tak upgrade lagi. Call biasa jelah. Aliya sihat. Ibu tengah melayan Aliya sambil ckap dengan babah ni..

Lama juga bercakap dengan ibu. Babah dengar juga suara Aliya. Babah pun panggil Aliya. Aliya pegang pegang hp ibu belek belek. :-). Pelik agaknya. Suara babah ada tapi babah tak ada.

Lamap tu Aliya dah nak tidur. Ibu kena baringkan Aliya sambil menyusu jadi tak boleh lah guna handphone sangat.

Kami sambung esok. Janji ibu Aliya dan babay sihat semasa babah tak ada ni

Hari khamis ni juga ibu minum air gula nak check kencing manis kat hospital

Alhamdulillah Ibu ok. Semua ok dan baik-baik . Normal

Aliya pada hari Khamis 28 Julai 2011

                                  
                                                        Aliya sedang di BUAI MIMPI
                              Tak ingat pukul berapa?Mungkin waktu tidur malam sebab nyenyak tu

Wednesday, July 27, 2011

Aliya tidur masa ibu babah siap siap nak pergi kerja

Masa ibu babah siap siap nak pergi kerja ibu layan Aliya kejap kat katil. Bagi susu sebab kat luat tadi Aliya menguap saja. Tukar pampers tadi pukul 3pagi kut. Bagi susu 5oz habis Aliya minum. Aliya bangun semula pukul 5 pagi sama dengan ibu babah Aliya ni. Bila Aliya dah bangun ni kena siap cepat cepat sebab Aliya ni nak berdukung.

Dalam pukul 6 pagi lebih tu Aliya menguap guap saja. Ibu bawa Aliya masuk bilik. Bawa Aliya baring dan bagi susu. Aliya tertidur. Ingat nak masuk buaian. Tapi tunggu dulu. Dah nak pergi kerja Aliya terjaga semula. Macam tau je babah ibu nak pergi kerja. Babah layan Aliya lah. Bawa dukung kat luar rumah tengok2 sekeliling, pokok pokok, burung burung, tupai, kucing comot tu dll. Dah puas tengok bawa masuk rumah semula.

Bila babah ibu pergi kerja Aliya bye bye ....Elok elok kat rumah dengan wan yer...
Aliya kena tidur.......

Tunggu babah ibu balik kerja nanti yer...macam biasa pukul 7pm sampai rumah.......

Babah ibu lewat sampai rumah sebab wan suruh belikan roti dan telor. pukul 8 malam baru sampai rumah. Kasihan Aliya tunggu lama babah ibu. Telor senang cari. Banyak kedai ada tapi roti yang susah. Roti manis susah nak cari. Pergi 99 Tak ada, Pergi TESCO tak ada. Pergi pasaraya tak ada.Last last balik je lah. Sebab dah lewat sangat.

Sampai rumah ibu terus mandi dan bagi Aliya susu sebab Aliy adah merengek. Babah plak mandi dan layan Aliya pulak. Macam tu lah kalau balik kerja.

Malam Aliya susah juga nak tidur. Puas pujuk. Aliya ni nak tidur habis di golek sana sini atas tilam tu. Kena jaga sebab takut jatuh bawah. Sambil sambil nak tidurkan Aliya tu babah kejap kejap pergi dapur cuci cuci lah. Makan lewat sebab nak temankan ibu tidurkan Aliya lah. Lama juga baru Aliya tidur. Babah baru makan malam pas Aliya tidur. Sempat juga bagi ibu makan epal masa melayan Aliya nak tidur tu...

Bila Aliy adah tidur ada member call. Terjaga Aliya. Kena tidurkan semula. Dah tidur terus lena Aliya. Sampai pagi lenaaaaaaa...

Tuesday, July 26, 2011

Aliya susah pulak nak tidur semula

Pagi dalam pukul 1 atau 2 tu buil aAliya terjaga babah ibu bagiu susu. Pas menyusu Aliya yak lagi. Lepas yak tukar pampers. Bila tukar nak tidurkan Aliya semula memang payah. Aliy atak mahu tidur semula. Cergas je Aliya pagi ni. Nak main bawah. Hampir pukul 4 pagi baru Aliy anak tidur. Tu pun sebab dah mengantuk sangat agaknya. Sampai babah ambil Aliya letakkan kat bawah bagi Aliya main sorang sorang. Ibu ambil semula sebab kasihan tengok Aliy atercengang cengang kat bawah. Babah pulak gi dapur basuh botol susu.


Bila dah tidur tu lenma sangat Aliya tidur. Sampai pagi babah ibu nak pergi kerja baru Aliya jaga. Bagi minum susu 4oz tapi Aliya minum 2oz saja. Masa babah ibu dah nak pergi kerja Aliya yak lagi. Babah ibu cuci baru pergi kerja..


Aliya bye bye babah ibu pergi kerja...

Tak sabar nak balik rumah tengok Aliya. Ibu puasa hari ni...

Cuaca panas hari ni....

Wakut tengah hari Aliya dengan wan ia je lah kat rumah tu. Semua baik baik saja...


Balik kerja ni kalau boleh nak balik awal tapi kena singgah tesco sebab nak beli kan tisu lap, susu Aliya,makanan kucing comot tu dan ice cream MCD ibu nak makan masa berbuka. Pergi semua tempat tu. Beli beli sampai kat rumah pukul 7:20pm. Dah dekat nak berbuka. Aliya tengah tunggu tunggu je babah ibu balik. Bila ibu masuk Aliya dah tau walaupun tak nampak ibu. Merengek rengek je. Ibu berbuka puasa dulu lah. Makan ice cream dengan french fries je. Sudah je terus ambil Aliya dari wan ia sebab wan nak solat.

Babah mandi dulu sebab nak jaga Aliya nanti. Siap mandi jaga Aliya. Ibu mandi pulak dan solat. pastu ibu sambung makan nasi sebab dah rasa lapar sangat. Baby dalam perut tu pun dah gerak banyak.

Dah selesai semua tu babah ibu siap makan semua terus tidurkan Aliya. Golek sana golek sini lama lama Aliya tidur sambil menysus dengan ibu ia. Sampai ke pagi tak jaga jaga. Pukul 4 pagi 27hb baru jaga....

Tunggu cerita sambung

Monday, July 25, 2011

Aliya cover tidur yang tak cukup sebab demam 2 hari

Pagi lepas Aliya bye bye babah ibu pergi kerja, wan kata senang Aliya tidur. Pukul 10 pagi baru bangun . Tengah hari makan plak. Lepas tu terus tak mahu tidur. Asyik nak berdukung dengan wan ia.

Ibu call wan tanya Aliya demam ke tak..wan kata Aliya ok. Tak demam. Lega babah ibu.

Semua ok tunggu masa nak balik rumah je. Tak sabar nak tengok Aliya ni.. Aliya mesti lasak semula sebab dah sihat.

Cayang Aliya yang comel ni...muahhhhhhhh

Masa babah ibu sampai Aliy abaru balik dari pasar malam. Wan ia bawak jalan jalan

Sejak malam tadi Aliya susah nak tidur. Dalam pada tu Aliya pun sempat yak yak. Babah ibu basuh. Tapi ada macam bau yak lagi masa Aliya menyusu tu. Walaupun Aliya dah nak tidur babah ibu kena kejutkan Aliya sebab nak kena cuci lagi. Terpaksa lah. Lepas cuuci lagi baru tak ada bau yak. Tukar lagi pakaian tidur Aliya. Pastu dalam golek sana golek sini payah Akiya nak tidur...lama lama tertidur juga bila ibu peluk Akiya sambil menyusu tu.

Lega Aliya dah tidur. Kasihan tengok sebab Aliya mengantuk

Sunday, July 24, 2011

Aliya semakin sihat cuma malam suhu jatuh dari paras normal

Hari Ahad Aliya tambah sihat. Demam kurang. Suhu badan kembali normal. Aliya pun dah tak menangis. Cuma nampak lemah. Mungkin sebab demam 2 hari lepas. Aliya pun kalau tidur memang nyenyak sungguh. Lena Aliya ni kalau tidur lepas demam. Mungkin kurang tidur sejak demam 2 hari ni.

Pagi tadi pun lepas minum susu Aliya terus tidur. Tak dapat nak sendawakan Aliya. Tak pe lah. Nak buat macam mana sebab Aliya tidur. Pampers pun tak dapat ibu nak salinkan. Sebab Aliya tidur juga.

Suhu badan Aliya pun turun dari paras normal 36.5c tu. Pagi check suhu Aliya 36.1, 36.3c, balik ke 36.1c. Ibu tutup aircond takut Aliya sejuk sangat. Kipas pun pasan 1 je. Bila buat macam tu suhu Aliya jadi normal semula. Nampaknya buat sementara waktu ni aircond dan kipas kena kurangkan guna sampai Aliya betul-betul ok.

Semalam pun kelam kabut walaupun Aliya tunjukkan tanda tanda dah baik demam. Semalam kat taman ibu ada pulak gotong royong. Babah kena datang sebab tak ada wakit dari rumah ibu. Bersih kan longkang dan sampah. Start pukul 8 pagi tapi babah datang pukul 8:30pagi. Banyak kena siapkan dulu. Ibu lah yang jaga Aliya sorang masa babah gotong royong. Pukul 10 babah balik kejap cuci baju. Ibu sibuk kat dapur siapkan makanan Aliya. Aliya dalam walker main main. Siap cuci baju babah sambung gotong royong semula. Tengah hari pukul 12 tengah hari terus balik sebab baju belum jemur lagi. Hari pun mendung. Kalau terus gotong royong apa pun tak buat. Bukan malas join tapi kerja kat rumah banyak. Ibu tak mampu nak buat semua sebab nak jaga Aliya juga.

Lepas stop gotong royong tu babah pulak kena servis kereta ibu. Sebab babah kena outstation 28 - 29 hb ni. Lepas siap semua pukul 2 petang terus pergi beli makanan tengah hari untuk makan sama ibu. Sampai rumah gotong raya dah stop sebab hujan lebat juga tengah hari tu.

Ibu pun memang lapar sangat sebab babah balik lewat juga. kalau tak servis kereta cepat lah balik. Ni pukul 2 baru nak makan tengah hari memang dah lewat. Ibu pun penat sangat sebab Aliya asyik nak berdukung je sejak demam ni..

Dari pagi Ahad hingga malam Aliya nampak sihat saja. Syukur Alhamdulillah....

Cuma suhu Aliya turun ke 36.1c tu yang risau juga. Lain2 tu nampak normal.

Ibu ingat nak pergi kawan kahwin kat Dewan MBSA tapi sebab Aliya baru baik demam tak jadi pulak

Saturday, July 23, 2011

PIC Aliya demam 23 Julai 2011


                                          Aliya demam 23 Julai 2011 - Part 1


                                            Aliya demam 23 Julai 2011 - Part 2


                                            Aliya demam 23 Julai 2011 - Part 3


                                            Aliya demam 23 Julai 2011 - Part 4


                                            Aliya demam 23 Julai 2011 - Part 5


                                            Aliya demam 23 Julai 2011 - Part 6

Aliya demam teruk dan badan jadi panas sangat

Pagi lepas makan ubat demam suhu Aliya tak stabil. Bila suhu normal Aliya cergas dan aktif. Bila suhu naik badan Aliya panas Aliya asyik menangis. Kasihan tengok Aliya sakit tak sihat. Aliya bila demam dah tak mahu baring baring. Aliya nak kena dukung setiap masa. Babah ok boleh dukung. Cuma Aliya tak nak sangat dukung dengan babah ia. Aliya nak dukung dengan ibu saja. Penat ibu. Tapi ibu bestnya tetap dukung Aliya.

Aliya pun masa demam macam ni makan dan minum susu kurang saja. Tak macam selalu masa sihat Aliya makan dan minum susu senang nak habiskan.

Babah ibu setiap masa mesti check suhu badan Aliya. Dari pagi hingga petang hari sabtu ni susu Aliya kalau normal 36.8c dan kalau naik pun dalam 37.5c. Macam tu lah setiap jam dari pagi hingga petang.

Bagi juga Aliya makan dan minum susu macam biasa. Kekadang Aliya habiskan kekadang tu Aliya tak boleh habiskan. Buang je lah. Aliya tak sihat kan...

Hari sabtu ni wan dan atuk Aliya keluar pergi Palong. Ziarah kematian. Tinggal babah ibu dan Aliya. Sulit juga. Tengah hari pulak babah siap pening kepala yang kuat. dari hari Jumaat lagi babah rasa badan tak selesa tapi buat biasa je lah. Tapi tengah hari masa cuci pakaian rasa pening sangat dan loya. Terus mintak ubat panadol dari ibu , makan ubat dan rest. Ibu jaga Aliya sorang sorang sebab babah tertidur. Petang baru bangun. Lega sikit.

Masa babah tidur tu ibu buat semua sorang sorang. Dari makan tengah hari dan minum susu petang ibu dengan Aliya saja. Penat ibu..

Masuk pukul 8 malam - 9 malam suhu badan Aliya dah 38.1c, 38.5c,38.7c. Makin naik suhu badan Aliya. Langsung tak turun macam awal pagi, tengah hari dan petang.

Masuk Pukul 11 malam suhu Aliya dah 39.5c. Terus kelam kabut pergi hospital. Sebab makin serius. Ibu pun tengok belakang Aliya siap ada bintik2 merah pun. Risau denggi sebab demam Aliya tak baik walaupun dah makan ubat. Biasa Aliya ni susah nak demam sebab Aliya susu badan dari 0-6 bulan.

Pukul 11:00malam tu siapkan semua barang Aliya sebab kena bawa Aliya hospital juga. Takut jadi teruk lagi. Ibu bagtau pada wan nak keluar pergi hospital Aliya demam makin teruk. Pukul 11:20malam sampai terus daftar. Tak ramai kat kaunter menunggu. Lega. Pukul11:30malam Aliya check dengan nurse. Suhu memang 39.5c. Berat pulak naik jadi 6.1kg. Makin naik walaupun denagn tak sihat dan makan kurang.

Jumpa doktor doktor bagi ubat yang masuk ikut bontot tu 1.Menangis Aliya. Doktor tambah ubat demam dalam botol 1 lagi untuk standby. Doktor kata ambil masa 1 minggu baru baik demam virus ni. Yang bintik tu pulak doktor ambil darah Aliya untuk test takut denggi. Dapat result Aliya kena demam virus. Tak bahaya sangat tapi kena kawallah suhu badan Aliya dan bagi ubat ikut masa. Doktor kata kalau 37.5c-38c=8jam sekali. Kalau 38.1c-38.5=6jam sekali. kalau 38.6 ke atas=4jam sekali.Macam tu lah.

Dalam 1:30pagi baru selesai. Aliya tak menangis sangat. Lega babah ibu. Biasa Aliya menangis je kalau tak dapat tidur. Ni dah lewat pun Aliya masih tak menangis. Cuma nak menyusu badan je dengan ibu. Sambil sambil tunggu result dan tunggu jumpa doktor dan tunggu ubat dan bayar ibu bagi susu badan pada Aliya. Doktor pulak terkejut sebab Aliya kan dah umur 10bln tapi berat 6kg macam bayi umur 3 bln :-)

Pukul 2pagi baru sampai rumah. Aliya tidur. Badan berpeluh banyak. Lega babah ibu. Suhu pun dah normal sebab dah masuk ubat dalam badan.

Babah ibu monitor lah ni...sampai esok Ahad

Friday, July 22, 2011

PIC Aliya demam 22 Julai 2011


                                          Aliya demam 22 Julai 2011 - Part 1


                                            Aliya demam 22 Julai 2011 - Part 2


                                            Aliya demam 22 Julai 2011 - Part 3


                                           Aliya demam 22 Julai 2011 - Part 4

Pagi ni Aliya mengantuk sangat

Aliya mengantuk sangat sebab semalam kurang tidur. Start malam tadi tidur pagi ni pukul 1 pagi bangun sebab nak susu. Mata Aliya asyik pejam celik sebab mengantuk sangat. Ibu minta babah buat susu. Babah bangun buat 6oz. Habis Aliya minum susu 6oz tu. Tapi bila nak sendawakan Aliya Aliya dah nak tidur sangat. Sempat juga sendawa tapi bunyi perlahan je. Oklah tu janji sendawa. Bagi kat ibu letak je kat tilam terus Aliya tidur lena. Cian Aliya ni. Comel je Aliya tidur. Suka tengok Aliya masa tidur.

Babah pulak duk dapur cuci botol susu dan simpan air dalam botol untuk buat susu Aliya nanti. Siap semua baru tidur semula. Tengok TV kejap dengar lagu Rock le... :-)

Lasak Aliya tidur. Melintang kat ibu ia hihihihihi...

Pagi tadi Aliya bangun pukul 5 pagi kot. Babah buat lagi susu tapi 4oz je. Habis Aliya minum. Babah bangun, ibu bangun, Aliya pun bangun..

Babah ibu bersiap nak pergi kerja. Babah mengosok tudung ibu, gosok pakaian kerja babah. Gilir gilir dengan ibu jaga Aliya main walker sambil sambil siap nak pergi kerja....

Aliya macam mengantuk. Ibu bagi susu badan sebelum pergi kerja Aliya tolak. Nak berdukung dengan babah je. Ibu dukung lah sebab babah lambat siap..

Sebelum pergi kerja babah ibu sayang sayang Aliya lah..

SUSU Aliya dah nak Habis....Minta tolong Umi Aliya belikan

Petang babah ibu sampai rumah wan kata badan Aliya panas. Pukul 4petang lagi dah panas. Wan tunggu babah ibu balik kerja. Sampai rumah babah ibu check suhu Aliya dah 37c. Nak jadi demam. Lepas Maghrib babah ibu bawa Aliya pergi hospital buat checkup. Dalam 8:30mlm kami sampai di Hospital. Terus daftar dan tunggu doktor check. Nurse check dalam 37.1c dah border-line demam. Doktor bagi ubat demam. Ramai orang tunggu turn. Musim budak demam agaknya sekarang. Pukul 11mlm baru sudah terus balik. Terus bagi ubat demam kat Aliya. Aliya tidur.

Babah ibu monitor suhu Aliya sampai pagi. Bergilir buat

Thursday, July 21, 2011

Aliya tidur dalam pelukan ibu ia pagi tadi...comelnyaaaaaaaa

Pagi tadi dalam pukul 1 pagi Aliya terjaga. Babah ibu bagi minum susu lah. Pastu salinkan pampers ia. Tapi nak tidurkan Aliya semula Aliya tak mahu tidur. Asyik merengek asyik golek sana sini. Kejap kat ibu kejap kat babah. Risau sebab takut Aliya sakit kat mana mana ke. Tapi last sekali ibu ambil Aliya dan peluk lama lama...Aliya pun tidur elok je. Rasanya Aliya takut kot. Atau nak manja manja dengan ibu ia. Bila dah tidur tu letak semula kat tilam Aliya terus tidur sampai pagi.

Pagi bila babah bangun Aliya pun mengeliat nak bangun sama. Babah tepuk ia..Aliya tidur semula. Ibu masih tidur. Pastu babah rendam baju Aliya. Masuk semula tengok Aliya dah merangkak rangkak kat ibu. Nampak babah je Aliya bercakap cakap dengan babah. Bahasa baby babah tak faham. Tapi mungkin Aliya kata " Babah , ibu tak bangun ni nak Aliya kejutkan ibu???". Pastu Aliya pegang pegang ibu. Ibu bangun dan mandi. Babah mintak wan jaga Aliya sebab babah nak cuci botol susu Aliya. Ibu siap mandi dan solat pastu jaga Aliya. Siap bagi susu sekali 5oz tapi Aliya minum tak habis. Babah mandi plak dan solat.

Siap siap semua babah ibu pergi kerja lah. Dah lewat juga ni. Babah ibu sayang peluk cium Aliya. Bye bye kat Aliya..Aliya tengok je. Tinggal Aliya dengan wan sampai petang. Nanti petang ibu babah balik yer....

Semalam Aliya dah ada kat depan dengan wan tengok tv kot. Ibu sampai terus bagi susu pada Aliya. Aliya minum susu. Babah pulak nak repair tombol pintu dapur yang rosak. Babah cium ciumkaki Aliya terus Aliya tak mahu susu. Nak dukun dengan babah dah. Babah kata babah ada kerja. Ibu dukung Aliya bagi Aliya tengok babah repair pinti dapur. Tombol pecah.

Ibu tinggalkan Aliya dengan atuk ia jaga kejap sebab ibu nak mandi dan solat. Pas siap ibu jaga Aliya. Babah pulak mandi dan solat. Babah siap semua babah jaga Aliya. Ibu makan dulu. Sipa makan ibu bawa Aliya masuk bilik menyusu. Wan kata Aliy atak tidur start dari pukul 3 petang. Babah temankan Aliya tidur dengan ibu sebab Aliya tak mahu tidur. Bila babah ibu ada sama baru Aliy anak tidur.

Badan Aliya panas sedikit. Check dalam 36.9'c. Risau takut Aliya nak demam. Babah ibu monitor sampai pagi. Tapi masih 36.9c . Kekadang 36.8c

Aliya tidur sampai pagi dengan lasaknya :-)

Aliya dah 10 Bulan

Alhamdulillah Aliya dah genap umur 10 bulan pada 21 Julai 2011 hari ni

Wednesday, July 20, 2011

Aliya minta dukung sebelum babah ibu pergi kerja

Pagi ni sebelum babah ibu pergi kerja ...Aliya minta dukung dulu..

Lepas dapat dukung...
Lepas babah ibu cium ia...

Aliya puas sebab masa babah ibu pergi kerja Aliya tak menangis......
Ibu puasa hari ni..balik awal sikit....

Aliya tunggu babah ibu balik tau

Masa babah ibu sampai rumah Aliya dah tunggu kat depan. Nampak Aliya tengok tengok kat jalan masa babah ibu sampai. Aliy adah kenal kereta babah ni. Masa ibu keluar kereta Aliya tengok dan senyum. Seronoklah tu ibu dah balik. Dapat peluk ibu ia. Babah tak masuk rumah sebab nak pergi pasar malam beli peria. Ibu nak makan sebab minggu depan kena check kencing manis. Lagipun nak beli kuih buka puasa untuk ibu. Sempat balik sebelum Maghrib ni. Babah sampai pasar malam beli peria 8 biji, kuih manis dan yongtofuu.Mahal RM9.70sen... :-)

Sampai rumah ibu dah dengan Aliya. Ibu buka puasa. Babah mandi solat. Aliya wan ia jaga. Siap semua babah ibu pulak layan Aliya......

Malam Aliya tidur macam biasa. Comel je Aliya tidur.......

PIC terbaru Aliya 16 hb Julai 2011

                                                                    Aliya kat rumah

                                                                Aliya kat Tasik Shah Alam

                                                Aliya kat Taman Permainan Tasik Shah Alam

                                                             Aliya kat rumah ....main

                                                           Aliya ketika membaca buku

                                                             Aliya sedang koyak buku

Tuesday, July 19, 2011

Kat leher Aliya ada ruam merah merah

Semalam lepas balik kerja ibu babah tengok leher Aliya. Sebelum ni leher Aliya ada ruam merah merah tapi nampak macam dah kering dah baik sebab ibu dah sapu krim ruam yang beli kat farmasi hari tu lagi. Elok lah kalau ruam merah tu hilang. Kalau ada risau. Babah ingat kalau ada lagi nak bawa Aliya jumpa doktor. Nanti balik kerja nak tengok lagi ruam merah tu ada lagi tak.

Semalam balik kerja babah tak tengok Aliya dalam bilik wan ia. Ibu je intai Aliya dalam bilik wan. Tnegok Aliya main main. Kalau Aliya tau babah ibu dah balik kerja mesti merengek. Sekarang ni kalau balik kerja ibu kena siap mandi makan dulu baru ambil Aliya. Kalau tak lewatlah ibu makan sebab Aliya nak menyusu.

Semalam Aliya yakl sikit je. Tak tau kenapa. Tapi ok. Tengok hari ni pulak Aliya yak banyka ke tak.

Malam tadi Aliya nyenyak tidur ia. Tak susah tidur. Pukul 1 pagi bangun minum susu 6oz. Habis. lepas tu senang tidur. Aliya golek golek kejap pas tu tidur terus sampai pagi.

Aliya tidur lasak. Babah ibu kena tidur tepi tepi saja dah sebab Aliya perlukan ruang yang luas untuk golek golek sebelum tidur

Sejak sejak ni pulak Aliya kalau tak dapat apa yang Aliya nak terus lah menangis dan goncang goncang badan ia. Kalau tak dapat dukung dengan babah mmmm siap lah. Aliya menangis lah...kena dukung lah kejap bagi Aliya puas hati....

Tunggu lah babah ibu balik kerja nanti ye Aliya......

Babah ibu sayang Aliya.....

Aliya kurang nak minum susu pulak...??????

Dulu senang senang je Aliya habiskan 6oz. Sekarang ni Aliya minum susu tak standard. Kejap 6oz, kejap 4oz, kejap 5oz. Kekadang tu Aliya minum tak habis pun susu...

Air suam sebelum ni tak nak sangat dah. Tapi bila kurang minum susu ni Aliya kuat pulak minum air suam.

Monday, July 18, 2011

Aliya semakin lasak dan manja kot sekarang ni

-Aliya sekarang suka jalan dengan Walker dalam rumah. Dari ruang tamu depan sampai dapur Aliya ronda
-Aliya suka hisap semua benda. Dari jari, Kertas, kain langsir, mainan dan lain lain. Nak tumbuh gigi dah kot
-Aliya manja asyik nak berdukung dengan babah ia ni
-Aliya dah pandai dengar bunyi. Bila dengar bunyi kereta babah je Aliya terus tengok tingkap
-Aliya kalau tak dapat apa yang dia nak tu mula lah goncang goncangkan badan . Nanti babah pap pap ia. Tak elok macam tu Aliya.......
-Aliya guna semua kaki dan tangan kalau nak tolak benda benda
-Aliya dah pandai bergurau. Dah faham. Semalam seronok tengok Aliya bergurau dengan ibu. Ibu nak tangkap Aliya lari lari...
-Aliya dah pandai Merangkak

Aliya bersunat di Klinik Dr. Shima

Hari ni Aliy aakan bersunat. Banyak kali dah tangguh tangguh sampai sekarang dah nak masuk umur Aliy a10 bulan bari hari dapat pergi klinik. Sebelum ni tangguh sebab bila nak sunat kan Aliya mesti Aliya ada apa apa yang tak kena. Biasanya Aliya mesti tak sihat bila dengar babah ibu bercakap pasal nak sunatkan ia.

Kali ni babah ibu tak cakap pasal sunat depan Aliya. sejak minggu lepas tak sebut pasal nak sunatkan Aliya bila Aliya ada sama. Rahsiakan. Kalau dengar nanti bila sampai hari nanti Aliya tak sihat.

Pagi ibu babah siapkan Aliya. Makan dan mandikan terus. Siap semua dah. Pukul 8:30pagi bertolak ke Klinik Dr. Shima. Adalah dalam 20 minit perjalanan kami sampai ke klinik. Daftarkan Aliya untuk sunat. Staf kaunter kata dah nak setahun dah ni.Babah senyum je lah. tunggu dalam 10 minit baru nama Aliya di panggil. Ibu risau sangat takut Aliya menangis tak ingat nanti. Bila Aliya masuk jumpa doktor ibu sembang sembang lah dengan doktor pasal Aliya pasal anak pasal itu dan ini. Bila staf klinik dah siapkan peralatan sunat tu dah tiba masa dah untuk Aliya sunat. Doktor baringkan Aliya kat katil, staf pegang kaki Aliya , ibu dengan babah pegang tangan Aliya. Aliya diam je. Bila doktor dah buat terus Aliya menangis sebab sakit. Terasa juga Aliya terkejut sakit. Kuat badan Aliya gerak masa doktor sunatkan dia.

Dalam masa 5 minit selesai lah Aliya sunat. Aliya menangis tak lama. Dalam 1 minit je. Lepas tu diam. Doktor bagi ubat dah nasihat apa yang perlu buat lepas ni. Alhamdulillah semua ok je. Aliya tak apa-apa. Mandi pun ok. Cum amasa basuh yak Aliya menangis mungkin luka belum kering lagi. Dah sampai rumah Aliya ok. Sampai ke malam Aliya tak apa-apa.


Syukur pada tuhan sebab berjaya dah Aliya sunat. Risau sebab umur dah 10 bulan...

Kos sunat Aliya hanya RM25

Sunday, July 17, 2011

Aliya tak jadi sunat sebab dah lewat sangat. Dah nak tengah hari pukul 12 dah.

Ibu babah dah plan nak bawa Aliya sunat kat Klinik Dr. Shima tapi tak jadi sebab dah lewat sangat. Orang kat tak elok kalau tengah hari

Hari isnin lah baru bawa Aliya sunat sebab ibu cuti....

Saturday, July 16, 2011

Ibu bawa Aliya ke Majlis Kahwin di Seksyen 3 Shah Alam

Babah ingat dah tak jadi ibu nak pergi majlis kahwin kawan ibu kat seksyen 3 Shah Alam tu sebab Aliya petang asyik tidur saja. Pagi lepas mandi dan makan Aliya tak mahu tidur. Asyik nak main saja. Babah pukul 12 tengah hari lepas makan baru Aliya merengek nak tidur. Jadi kena ibu tidurkan Aliya. Dapat lah tidurkan Aliya tapi dah lewat sebab plan pukul 1 tengah hari nak pergi majlis kahwin tapi Aliya kena cukup tidur juga sebab sampai sana mesti Aliya tak selesa sebab tak cukup tidur.

Sambil tu babah betulkan paip kat rumah yang tersumbat. Teeruk sebab air melimpah kalau cuci kat sinki. Korek pun tak boleh. Beli asid baru ok. Bau ok je.Bau masam...................

Pukul 3 petang Aliya dah bangun dari tidur terus ibu siapkan Aliya, Pakaikan baju cantik cantik, pakai riben lagi. Comel Aliya babah ibu ni. Dah semua siap terus bertolak ke Shah Alam Seksyen 3 tu. Sampai dalam pukul hampi pukul 4 petang terus ibu jumpa kawan yang kahwin tu dan terus menjamu selera sebab memang lewat sangat. Lapar jugalah sebab sampai lewat. Kawan-kawan ibu yang lain pun dah balik. Adalah dalam 1/2 jam kat sana. Lepas tu terus balik rumah sebab pukul 5:30 petang masa Aliya makan petang pulak.

Dalam perjalanan balik tu singgah sekejap kat Tasik Shah Alam. Bawa Aliya ke taman permainan dan tepi tasik tu tengok air dan permandangan. Asyik Aliya tengok sana sini. Kat taman permainan tu dapat shot gambar Aliya denagn babah. Guna HP ibu yang baru tu.

Tapi tak lama kat Tasik tu sebab hujan panas. Terus balik rumah takut Aliya demam pulak nanti kena hujan panas.

Sampai rumah bagi Aliya makan , mandikan Aliya dan tidurkan Aliya sebab Aliya penat dan mengantuk.

Nyenyak Aliya tidur sampai malam.........

Friday, July 15, 2011

Pa & Ma Ogos 2011

Dapat dah Pa & Ma Ogos 2011 tapi mahal RM9

Babah ibu suka baca Pa Ma
Aliya pun suka baca Pa Ma tapi kekadang tu Aliya koyakkan juga tapi babah simpan buat koleksi Pa Ma
Dah banyak Majalah Pa Ma kat rumah. Ada juga majalah Mami & Baby tapi tak banyak macam Pa Ma ni

Majalah Pa Ma setiap bulan mesti BELI







Ibuuuuuu babah dah beli Pa Ma

Aliya di pagi babah ibu nak pergi kerja

Aliya dalam walkernya...





PIC kelabu lah....camera ni rosak ke atau setting tak betul ni...

Aliya...nanti petang babah ibu balik kerja...babah peluk Aliya yer...
Tau Aliya rindu babah ibu......muah muah muah Aliya


Perhatian: Yang di belakang Aliya nampak macam bayangan budak tu bukan apa apa ye tapi kawan Aliya kat rumah. Nama Amar. Umur 1 thn ++++. Teman sepermainan Aliya. Amar suka naik walker Aliya dan suka tolak Aliya masa dalam Walker. Wan Aliya jaga Amar sejak baby lagi sampai besar sampai Aliya ada masa Aliya baby hingga sekarang Aliya dan Amar dah jadi teman untuk main sama-sama

Thursday, July 14, 2011

Wan kata Aliya semalam pagi masa tengok babah ibu pergi kerja Aliya tengok lama lama sampai tak nampak babah ibu lagi...sedihnya

Tadi pagi masa babah ibu nak pergi kerja wan kata Aliya tengok lama babah ibu dalam kereta pergi kerja sampai tak nampak lagi...Aliya sedih rasa babah lah...sebab kena tinggal

Hari ni hari BIRTHDAY IBU...



Happy birthday ibu
Happy birthday ibu
Happy birthday ibu
Happy birthday ibu

Babah & Aliya sayang ibu

Babah hantar kad dengan lagu HAPPY BIRTHDAY
Aliya peluk ibu je...tak pandai nak kata HAPPY BIRTHDAY
tapi bila pandai cakap nanti mesti Aliya boleh ucap HAPPY BIRTHDAY IBU.....

Babah ibu balik kerja sampai rumah petang pukul 7:20 sebab ibu singgah beli Piza melayu. Ibu nak makan piza plak. Babah ok je

Sampai rumah Aliya dah tunggu. Aliya ok. semua ok. Aliya nampak ibu terus nak peluk. Wan kata Aliya lepas makan tengah hari sampai pukul 4 petang baru tidur. Pukul 6 petang baru bangun...

Aliya nati tidur puas puas dengan ibu yer...

Wednesday, July 13, 2011

Mata Aliya dah makin elok dan tak bengkak lagi

Pagi sebelum babah ibu pergi kerja babah ibu letak ubat titis mata kat mata Aliya dan bagi ubat antibiotik sekali.supaya Aliya ok. Masa babah nak pergi kerja Aliya tengok babah ibu pergi kerja dengan mata yang bengkak tu. Tapi Aliya macam ok je tak gatal mata dan tak menangis

Tapi tak mengapalah janji Aliya sihat selalu. Balik kerja nanti baru tengok mata Aliya lah

Aliya tengok je babah ibu pergi kerja. Macam sedih sebab Aliya makin lama makin membesar dan makin faham kalau babah ibu tinggalkan Aliya kat rumah. Kalau sabtu ahad Aliya tau Aliya dapatlah manja dengan babah ibu dari pagi sampai malam. Tapi kalau hari kerja pagi babah ibu nak pergi kerja Aliya mula lah merengek nak dukung....Terpaksa tinggalkan Aliya sebab kena kerja :-). 8 jam je Aliya tunggu ye kat rumah...

Petang babah ibu balik kerja tengok mata Aliya dah makin elok. Tak bengkak lagi dan tak merah lagi. Alhamdulillah...semua ok...


Aliya nampak ibu masuk terus nangis...rindulah tu...

Tuesday, July 12, 2011

Pagi ni bila babah ibu bangun tidur nampak mata Aliya bengkak

Mata Aliya bengkak. Mata sebelah kanan. Entah apa yang gigit. Nampak macam gigitan nyamuk . Ibu letak krim gigit nyamuk tapi pukul 6 bangun pun bengkak masih ada. Sampai pukul 7:30pagi masa ibu babah nak pergi kerja mata Aliya bengkak. Pesan pada wan ia tengok lah mata Aliya tu. Kalau bengkak makin besar call ibu babah lah.

Tak tau apa yang gigit. 2 hari lepas nampak semut besar tapi babah dah buangkan. Takut masih ada geng mana lah tau kan...

Kejap lagi babah ibu balik kalau masih bengkak babah ibu bawalah Aliya ke klinik check. Takut gatal gatal pulak. Sebab kat mata. Risau...

Nanti upload pic mata kana Aliya yang bengkak tu ye(Tak sempat nak upload pic mata Aliya bengkak sebab dah ok dah)

Tapi serangga yang gigit mata Aliya mungkin yang ni...sebab 1 malam sebelum mata Aliya bengkak babah ada nampak seekor tapi babah sempat tangkap dan buangkan kat toilet. Kalau ada geng yang lain babah tak pasti...ni pun kalau gigit bisa Aliya mesti menangis kuat. Tak mungkin yang ni...
                                                                    
Atau yang ini ...kecik je..mungkin yang ni gigit mata Aliya



Atau yang terbang ni....


 Semua masih dalam siasatan BABAH :-)




Malam ibu babah bawa Aliy apergi klinik. Kasihan Aliya mengantuk. Pukul 8 malam sampai 1030malam. Ramai pesakit kat DEMC plak. Aliya merengek je nak tidur. Jumpa doktor doktor terkejut tengok Aliya comel sangat. Tapi doktor nasihatkan jaga permakanan Aliya. Doktor check mata Aliya dan beri ubat titis mata dan antibiotik. Dah ambil ubat terus balik.

Sampai rumah ibu tidurkan Aliya. Susah nak tidurkan Aliya sebab Aliya macam tak selesa. Lama-lama Aliya tidur. Ibu babah pun tidur...

Tapi babah jaga semula sebab nak tengok apa serangga sesat yang datang nak gigit Aliya lagi tapi tak ada plak ...

Sambung esok

Monday, July 11, 2011

Babah ibu balik awal kerja sebab wan sakit gigi tak larat nak jaga Aliya

Babah ibu balik awal sebab wan Aliya sakit gigi. Tak larat nak jaga Aliya...

Babah ibu balik sampai pukul 5:30petang kat rumah

Happy Aliya.....dapat peluk ibu awal hari ni :-)

Sunday, July 10, 2011

Hari Ahad hari untuk berehat dan kemas bilik dan rumah ibu

Hri ahad ni babah kemas rumah je. Ibu melayan Aliya yang manja sangat sangat sekarang ni :-)

Dari pagi sampai petang pukul 4 baru siap kemas rumah sipa vakuum lagi. Penat tapi happy sebab tengok Aliya ketawa ketawa bergurau dengan ibu......


Kalau hari cuti sabtu ahad Aliya tak akan lepaskan ibu ia.........


Kat rumah tinggal babah ibu & Aliya baby saja. Semua baik baik saja hari Ahad dari pagi sampai malam tu.

Friday, July 8, 2011

Pagi ni Aliya menangis masa babah ibu nak pergi kerja...

Aliya menangis masa babah ibu nak pergi kerja. Tapi menangis kejap je..

Aliya tunggu babah ibu balik ye...

Muah Aliya

Sambung cerita Aliya malam nanti

Malam Aliya manja sangat dengan babah ibu. Kejap nak babah kejap nak ibu. Kalau nak tidur Aliy anak babah ibu ada sama. Kalau tak Aliya tak mahu tidur. Malam ok je babah ibu layan Aliya. Bagi Aliya cukup tidur sebab esok nak bangun awal. Nak bawa Aliya balik kampung ibu. Nak cukur jambul kali ke-2. Ibu nak , Babah ikut saja...

babah ibu suka tengok Aliya tidur. Lasak golek sana golek sini.... Aliya tak suka pakai selimut :-)

Thursday, July 7, 2011

Aliya mula nak merangkak

Samalam masa ibu babah main permainan sama sama Aliya , Aliya dah buat gaya nak merangkak. Tapi tak lama Aliya buat merangkak. Kejap saja. Tapi semalam Aliya berdiri lama jugak. Babah ambil gambar tapi camera tu gambar tak clear. Tapi dah buat setting baru dan babah dah test gambar clear dan terang. Lain kali bila Aliya berdiri ke merangkak ke babah nak terus ambil gambar Aliya

Semalam juga Aliya bukan main happy. Bila babah tunjuk botol susu terus Aliya ketawa ketawa. Kejap pandang ibu kejap pandang babah Aliya ketawa je. Mmmm best kalau Aliya dah boleh jalan nanti. Tak sabar nak tunggu saat Aliya lari peluk babah ibu masa balik kerja nanti...

Aliya dah mula berdiri sendiri

Semalam masa ibu balik kerja dengan babah ibu terus masuk bilik wan tengok Aliya. Ibu nampak Aliya berdiri sendirilah. Bila Aliy anampak ibu terus menangis. Rindu sangat sebab babah ibu balik lewat sangat sebab singgah Tesco. Beli barang sikit. Ingat nak singgah Jusco beli baju yang wan suruh tapi bila nak sampai Jusco wan call kata barang iaitu baju dah wan belikan. Terus babah ibu pusing balik ke Tesco. Kat tesco beli pampers. Murah je. Mamypoko RM43. Dulu RM40. Kira murah lah yang 72 keping/RM43.

Bila nampak babah pulak Aliya menangis nak berdukung. Babah mandi solat terus dukung Aliya sebab ibu nak mandi dan solat pulak.

Kalau Aliya dah boleh jalan nanti baru best...

Wednesday, July 6, 2011

Aliya sarapan pagi. Wan buatkan sarapan cerelac

Semalam Aliya lepas bangun pagi tu teru stak mahu tidur tidur lagi wan nya bagikan sarapan. Tapi tak banyaklah. Babah ibu ikut lah kata doktor. Lagi pun Aliya dah 9 bulan takut pas bangun pagi tu lapar. Jadi mintalah kat wan nya kalau Aliya tak tidur dalam pukul 8 pagi tu sebelum mandi tu bagilah sarapan sikit....

Tuesday, July 5, 2011

Aliya dengan kawan baru namanya Bit

Ibu yang pilih kawan Aliya ni...Pandai Ibu





Besar dari Aliya lagi :-) tapi Aliya selamba je tolak tolak Bit. Cian Bit

Aliya dah mula banyak minum susu

Aliya minum susu dari 4oz ke 5oz dan cuba bagi minum susu 6oz...Aliya boleh habiskan. Lega babah ibu bila tengok Aliya banyak minum susu dah. Dulu hanya 4oz je. Tu pun kekadang tu susah Aliya nak habiskan.

Monday, July 4, 2011

Aliya buat check-up lagi di Hospital *******

Aliya sekali lagi buat follow-up dengan doktor pasal berat badan yang kurang tu. Timbang di hospital masih tak sampai 6kg. Berat Aliya masa timbang 5.87kg. Doktor kata kena bagi Aliya makan banyak. Masa di hospital Aliya demam. Suhu 37.6c. Doktor bagi ubat demam dengan multi-vitamin untuk tambah selera makan. Malam ni baru mula bagi Aliya makan vitamin.

Kali ni checkup habis cepat. Masa doktor buat diagnose pegang satu benda Aliya tak tengok benda yang doktor pegang tapi asyik tengok pada doktor to. Tapi doktor kata Aliya sihat. Test result semua ok. Tiada masalah. Doktor kata Aliya pun akitf....jadi doktor kata perlu monitoring lah perkembangan Aliya mula dari sekarang.

Aliya masih tak merangkak tapi kalau kat rumah guna walker tu laju je Aliya kesana sini. berjalan dengan walker ia tu.

Doktor cuma pesan masuk setahun Aliya mesti boleh berjalan. dan dalam pada tu diktor kata Aliya kalau dapat biarlah boleh merangkak

Semoga Aliya oklah..tiada masalah apa-apa walaupun doktor kata Aliya ni kecil tak padan dengan umur 9 bulan

Tunggu dan lihat saja, Babah ibu akan jaga Aliya dengan baik

Sunday, July 3, 2011

Aliya dah mula makan SAYUR BAYAM YANG DI REBUS nyam nyam nyam

Aliya dah makan sayur bayam. Babah yang bagi tapi blend sama nasi kentang carrot ikan tu

Pagi tadi babah keluar pegi kfc sebab ibu nak sarapan burger kfc egg cheezy yang terbaru tu. Jadi babah pergi belilah.lepas kfc babah pergi kedai beli sayur untuk Aliya. Babah beli sayur bayam. Babah campurkan 5 helai daun bayam dalam nasi Aliya. Jadi hijau nasi tu. Tapi Aliya boleh habiskan.Emmmm..happy babah ibu. Aliya sekarang ni kalau semua nak tahu kalau ibu nak bagi Aliya makan kena kejar Aliya sebab Aliya asyik nak kesana kesini. Babah kekadang kena ada sama ibu masa liya makan. Aliya pulak kalau nampak babah mesti nak dukung je. Walaupun babah sibuk kat rumah babah mesti ambil Aliya dan dukung kan sekejap Aliyabawak jalan dalam rumah tu bagi Aliya puas hati dapat dukung walaupun sekejap..

Tadi petang pukul 5 petang babah ibu bawakan Aliy apergi Jusco Bukit Tinggi. Babah ibu nak belikan Mastress protection tu. Sampai sana banyak pula yang beli. Selain mastress protection babah ibu belikan cerek, hangar baju dan mainan Aliya. Belikan patung rabbit besar. Besar dari Aliya. Nanti pic Aliya dengan rabbit tu babah letak kat blog yer. Balik pukul 9 malam ke rumah. Singgah di 99 beli susu sebab susu dah nak habis.

Sampai rumah Aliya nak tidur tapi tak mahu tidur golek sana golek sini rupanya nak susu. Babah buatkan susu bagi pada ibu. Buatkan 5oz. Bagi pada ibu. Lepas Aliya minum susu tu terus Aliya boleh tidur..

Mmmm mengantuk babah ni. Oklah kita sambung lagi tentang Aliya yer..

Aliya dah mula makan IKAN MERAH YANG DIGORENG

Aliya dah boleh habiskan susu 5oz dan kekadang 6oz dah...Aliya juga dah mula makan ikan

Babah ibu happy bila Aliya dah makin banyak minum susu. Biasa 4oz Aliya biasa minum tapi sekarang ni dah boleh minum 5oz dan kekadang tu 6oz. Sejak semalam lagi Aliya minum banyak susu dah.Aliya pula semakin aktif jadi mungkin sebab ni lah agaknya Aliya banyak minum susu. Aliya dahaga sebab banyak guna tenaga :-). Bab makan pula babah ibu dah rancang nak bagi Aliya makan ikan dengan sayur. Jadi babah sambil ibu jaga Aliya babah buat kerja rumah tu babah siapkan ikan untuk Aliya. Babah ibu ikut cakap doktor saja sebab doktor kata Aliya kurang makan. Doktor kata bayi umur 9 bulan dah boleh makan ikan, ayam, sayur tapi dalam jumlah yang sedikit. Doktor kata boleh goreng tapi sekejap sajalah kalau nak goreng. Jadi babah buat macam tu lah. Babah buat ikan merah untuk Aliya. Emm emm emmikan mahal hihihihihi.

Hari ni babah ibu cuti jadi Aliy abangun pun awal dan tak mahu tidur lepas minum susu pukul 6 jadi pukul 8 sebelum mandi babah ibu bagi Aliya makan. Tapi bagi cerelac je. Ni yang pertama kali Aliya sarapan pagi. Doktor kata dah boleh bagi makan sarapan dah Aliya ni tapi bagi yang ringan ringan macam cerelac buah buah yang di penyek tu boleh. Sebelum jumpa doktor ni Aliya hanya makan 2x sehari iaitu Tengah hari dalam pukul 12 tengah hari dan petang dalam pukul 5 petang. Tapi doktor kata sebaiknya kalau umur 9 bulan macam Aliya makan mesti 3x sehari. Doktor kata graf Aliya tak cantik. Dah nak masuk graf kuning dah. Doktor kata senang je. Kalau umur 9 bulan=berat 9kg. Plaing kurang pun 8kg. emmm tu yang babah ibu buat macam ni. Aliya berat masih 5.9kg. Kurang 3kg lagi. Doktor kata kalau berap dengan umur tak balance takut Aliya antibody tak kuat nanti.

Jadi ini lah usaha babah ibu untuk Aliya tersayang. Kita tunggu perkembangan Aliya selepas ini ye

Friday, July 1, 2011

Abang datang melawat rumah baru babah. Aliya dah datang dulu tapi camera tertinggal pulak :-). Tunjuk abg je lah





Rumah ni baru dapat kunci. Dah dapat penyewa. Sewa RM10000/bln. Rumah ni masih belum buat 5S. Jadi bersepah lah. Dah siap 5S nampak lah bersih dan tersusun. Sila tunggu selepas 5S

Ibu bagitau Aliya yak keras lah...

Ibu call bagitau babah Aliya start yak keras macam dulu lah. 2 hari ni susah Aliya nak yak. Rasanya sebab letak cerelac dalam susu banyak sangat. Kasiah Aliya. Ibu..stop dululah cerelac...

Perut Aliya ni sensitif agaknya. Bukan apa babah ibu ikut cakap doktor je. Doktor kata Aliya kurang makan sebab tu berat naik tak banyak. Jadi doktor cadangkan letak cerelac dalam susu dulu dalam jumlah yang sedikt lah. Babah ibu ikut lah...

Petang ibu kata baru Aliya dapay yak. Yak keras....

Risau babah ibu dengan Aliya ni....
Harap tak apa apalah Aliya. Nak Aliya baik dan sihat je selalu