Friday, April 29, 2011

Babah rasa rasa macam tak sihat je pagi ni

Aliya, Ibu .... babah hari ni rasa macam nak demam je. Malam tadi selsema kuat sangat.Kepala pun pening pening Tapi ubat dah makan semua. Aliya ibu tunggu lah . Babah boleh drive lagi :-). Tunggu babah pulang

Happy pagi tadi dapat berita Ibu Aliya Baby ok. Semuanya sihat

Malam tadi tak dapat berita tentang ibu dan Aliya. Baby pun sama. Abang Aliya pun babah tak dapat berita. Dah msg tapi penjaga tak balas. Babah akan call penjaga hari ni. Pasal ibu dan Aliya pagi tadi ibu msg bagitau semua ok. Ibu ok Aliya ok Baby ok. Babah rasa happy sangat. Tak sabar nak balik dah. Malam tadi ibu jaga Aliya sorang-sorang . Penat ibu. Semua kena buat :-(. Takpelah. Hari babah balik dari ******* dah

Pampers Huggies tak sesuailah untuk Aliya

Semalam dapat berita dari ibu beritahu babah Wan Aliya kata bila Aliya guna pampers huggies ni bila Aliya ******* habis basah seluar Aliya. *** ******* tu tak meresap kat pampers huggies lah. Sebelum ni memang ibu ada cakap kenapa sejak tukar huggies ni bila Aliya ******* je seluar basah. Kekadang tu baju pun basah sikit. Babah kata mungkin pampers huggies ni saiz kecil. Saiz M/5kg-8kg. Ok tak apalah. MamyPoko banyak lagi jadi Aliya guna semula lah MamyPoko ye. MamyPoko saiz S tapi besar. dari huggies ni. MamyPoko ok cuma kat peha Aliya tu merah sikit kalau pakai lama lama sangat. Rasanya ibu dah pakaikan MamyPoko kat Aliya sejak malam tadi. Dengan MamyPoko ni kena kerap tukar pampers lah Aliya  :-)

Thursday, April 28, 2011

Aliya dengan ibu je kat rumah malam ni :-(

Malam ni Aliya dengan ibunya je kat rumah. Memang wannya dengan atuknya ada tapi masa babah tak ada ni penat lah ibu malam malam nti bangun kalau Aliya perlu apa apa :-(. Kalau babah ada dapatlah babah bantu ibu jaga Aliya. Banyak keja yg ibu perlu buat. Biasa babah yang buat. kali ni ibu kena buat yer. Esok babah balik...

Semalam pun babah dengan ibu balik rumah lewat lagi. Pukul 8.15pm sampai :-(

Aliya sejak membesar dan faham ni risau jugak babah dan ibu. Macam kes semalam babah dengan ibu balik lewat lagi lah. Kes balik lewat semalam tu terjadi sebab babah terlupa nak ambil Roadtax & Insurance kereta ibu dari agen tu lah. Agen tu pulak terlupa nak bagitau. Entah ye ke tidak lupa tak tau lah. Harap harap dia terlupa bukan sengaja lupa. Babah pulak semalam pun memang betul terlupa. Dari pagi sampai petang tak ingat pasal roadtax tu. dah balik 530pm dalam jem baru ingat. Pening. HP pulak bateri habis. Tak dapat nak call ibu nak bgtau. Msg pun sempat 2 kali je. Tpai sebelum tu dapat juga call agen tanya. Dia kata dia terlupa nak bagitau and suruh datang office dia ambil semua tu. KL semalam hujan pastinya jem teruk. Babah pulak dah tersangkut dalam jem. Otak dah beku sebab tak tau nak buat macam mana. Kalau pergi ambil ibu dulu kat tempat kerja and baru ambil roadtax mesti lagi lambat. Tak jadi macam ni. Nak pergi sendiri dengan kereta pun sama. Jem nak masuk DUKE tu. Nasib baik teringat motor ada. U-Turn semula ke ofis nak ambil motor. Tapi 30min++ nak sampai ofis semula. Tak juah mana tapi sebab jem berasap kepala babah. Tension. Sampai ofis je terus start motor pergi ofis agen. Hujan sikitlah tapi redah je. Janji dapat roadtax tu. Risau sebab 2 hari ni babah pergi outsataion *******. Ibu kena drive pergi kerja. Takut apa-apa nanti. Roadtax dah expired tu.Takkan nak biarkan ibu drive 2 hari dengan roadtax mati. Jauh pulak antara rumah dengan ofis ibu tu. 4 tol tau. Ok naik motor ni cepat lah sampai ofis agen tu. Dia tengah makan. terus dia bagi sebab abg kata nak cepat sebab dah lewat sangat. Cakap terima kasih je and kalau apa-apa babah call semula. Lepas tu pergi kedai hp nak beli bateri hp. sebab hp dah tak ada bateri lagi. kedai tu nal pow 1 bateri+charger=RM50. Ciss babah kata u jual bukan nokia original nak rm50.Dia tak tau babah dah biasa beli dengan kedai sebelah dia. terus kurang harga bagi RM30. Semalam kedai sebelah tutup pulak. Gi makan agaknya. Dalah kepala babah ni risau sangat pada aliya pad abu. Dengan bateri baru dpt msg ibu. Minta ibu sabar tunggu. Ok hantar motor ke ofis terus start kereta g ofis ibu. Jem ya amat. Redah je janji cepat sampai. Sampai dalam pukul 7pm. Ibu dah tunggu. Rupanya ibu kata tak kisah drive dengan roadtax yg dah mati tu sebab roadtax dah renew. Kalau hp ada bateri tak susah-susah g ofis agen tu semalam. Takpelah dah nak jadi. Ni dah ada bateri baru harap hp ni tahan lah lama sikit dengan bateri baru ni.Ok dah ambil ibu terus lah balik rumah sebab risaukan Aliya. Perjalanan ok walaupun hujan.Sampai rumah Aliya dah tunggu rupanya. Wannya tak dapat nak tidurkan Aliya. Aliya nampak ibu terus nangis. Rindu ibulah tu. Ibu terus ambil Aliya bawa kedalam bilik bagi Aliya menyusu. Happy Aliya. Syukurlah semalam semua ok walaupun babah dengan ibu balik lewat lagi. Aliya babah denga ibu minta maaf lagi ye. Sayang Aliya sangat sangat

Wednesday, April 27, 2011

Aliya terhantuk kepala masa tidur. Nangis kuat Aliya

Pagi tadi masa Aliya tidur Aliya cari ibu nak menyusu. Dalam pukul 3 pagi kot. Aliya ni tidur lasak. Kejap golek kiri kejap golek kanan. Kejap terlentang. Kejap macam meniarap. Risau babah ibu tengok Aliya tidur macam meniarap ni. Takut lemas pulak nanti. Kes terhantuk kepala dengan siku ibu ni macam ni. Aliya ni bila nak menyusu laju je cari ibu. Masa Aliya golek golek tu pulak ibu nak betullkan Aliya baring. Tapi siku ibu terkena pada kepala Aliya. Apa lagi terus Aliya menangis. Terjaga babah terus. Malam tu pulak babah pening kepala. Perut pun tak selesa. Makan ubat terus tidur. Babah tak buat apa. Botol susu tak cuci. Baju tak gosok. Pukul 4 pagi baru buat semua tu.Tak tau lah sekuat mana kena kepala Aliya tu  tp menangis je lah Aliya. Nasib baik pujuk pujuk diam juga Aliya. Pastu ibu bagi lah susu. Sambil menyusu dengan ibu Aliya macam merengek merengek. Macam bercakap je Aliya. Rasanya Aliya nak bagitau kepala sakit kot :-). Malam tadi Aliya pun susah nak tidur. Bagi main bola tup tup tertidur juga Aliya. Aliya Aliya dengan Wan tu elok elok yer. Jangan nangis selalu...............

Tuesday, April 26, 2011

Aliya dan Huggies

Sekarang Aliya dah guna pampers Huggies. Baru beli semalam kat Giant. Nampak macam ok je. Harap dengan Huggies ni Aliya selesa dan tak merah merah lagi kat peha ia. Sebelum ni guna MamyPoko. Tapi kekadang tu ada merah merah lah. Jadi cuba try test dengan Huggies :-). Huggies nampak best je. Aliya Huggies best tak?

Aliya macam sedih bila babah dengan ibu nak pergi kerja pagi tadi

Pagi tadi Aliya bangun pukul 4 pagi. Merengek je. Ingat sakit perut ke. Tapi ibu check Aliya ok. Tapi tak mahu tidur Aliya ni. Last last ibu bawak berdukung lah, Baru Aliya happy. Terus lah tak tidur. Sebelum pergi kerja ibu bagi susu Ammum 3oz. Sekejap je Aliya abiskan dengan botol Tommee Tippee. Happy ibu. Dan tadi sebelum babah ibu pergi kerja bawak Aliya dukung dukung kejap tapi bil anak tingglkan Aliya macam nak menangis angkat angkat tangan. Sekarang dah taulah akan selalu kena tinggal. Aliya nanti petang babah ibu balik yer...Aliya tunggu je. Jangan nangis nangis tau. Sayang Aliya comel ni muah muah muah

Aliya suka Tommee Tippee

Sebenarnya Post pasal Aliya dan Tommee Tippee babah dah terdelete semalam. Tak perasan tiba tiba hilang je kat blog. Ibu pun tanya sebab ibu ada komen dalam post tu. Takpelah ibu, ibu komen lagi ye. Babah pulak terpaksa buat ayat ayat yang baru pasal Aliya dengan Tommee Tippee. Untuk pengetahuan semua Aliya memang ibu bagi susu badan selama 6 bulan siang malam tapi Aliya ni ada masalah sakit tekak. Berlaku pada dalam bulan Mac dan April 2011. Aliya jurang minum susu ibu dah. Menyusu pun kejap kejap. Risau babah dengan ibu dah. Tu yang bagi susu Formula dah. Mula mula bagi EnfaPro. Selepas tu Ammum sampailah hari ni. Terus AMMUM je dah. Kalau boleh tak mahu bagi susu formula langsung tetapi memandang keadaan Aliya yang tak berapa sihat kurang menyusu, kurang ******* dan ibu pun bz dengan kerja sebab ganti bos yang nak pencen jadi alternatifnya TERPAKSA bagi Aliya susu formula je. Babah ok je sebab janji Aliya sihat. Pada 8 April 2011 balik dari Melaka Aliya dah start dah minum susu formula. Ada masalah juga sebab Aliya ni tak suka botol susu. Kalau 2oz tu 1 jam baru Aliya dapat habiskan. Kasihan Aliya sebab susah nak minum guna botol. Aliya sebelum ni guna botol MAM tapi susah Aliya nak habiskan susu. Dengan puting no 1 dan 3 pun tak ok. Mungkin sebab puting MAM tu leper kot Aliya tak suka. Tapi yang peliknya kalau minum air suam je guna botol MAM ok pulak. Pening babah dengan ibu, Mujur ibu teringat Barnd Tommee Tippee ni. Terus babah dengan ibu cari. jumpa je terus beli tapi putingnye standard 0+ no. jadi kalau Aliya hisap tu slow lah. Jadi beli pulak puting Tommee Tippee 6+ no 3 Alhamdulillah Aliya dapat terima. Cepat Aliya habiskan susu 3oz dengan botol Tommee Tippee. Jadi semalam babah dengan ibu beli lagi 1 botol Tommee Tippee khas untuk Aliya sayang ni. Ok lega dah babah dengan ibu. Wan pun tak penat tunggu Aliya. Thanks Aliya

BLOG ada masalah!!

UNDER CONSTRUCTION. SEBENTAR LAGI AKAN UPDATE

Sunday, April 24, 2011

Babah dan Ibu Aliya pergi PUREEN Sales kat PJ

Emm dah lewat update blog Aliya ni. Sekarang dah pukul 1230am 24 hb April 2011. Dah pagi pun. Ni cerita 23 hb punya ye.Pagi 23 hb April 2011 Aliya tetap bangun awal. Pukul 5am macam biasa. Terus nak berdukung. Babah dengan ibu gilir dukung Aliya kat dalam rumah. Kejap dukung kat dapur kejap kat ruang tamu kejap kat bilik. Dalam pukul 0630am ke 0700am tu ibu bagi susu kat Aliya sebab nak tidurkan semula. Masuk bilik dapatlah tidurkan Aliya kejap. Pukul 800am Aliya terjaga semula. Terus mandikan Aliya sebab hari ni babah dengan ibu dah plan nak pegi PUREEN Sales kat PJ.Siap mandikan Aliya susukan Aliya Tidurkan Aliya babah dengan ibu terus pegi PJ. Pukul 0900am bertolak kira dah lewat. Wan dengan Autuknya yang jaga Aliya.Sampai kat PUREEN dah ramai sangat orang. Dari pukul 10-12pm shopping sakan kat PUREEN. Banyaklah juga beli beli barang untuk Aliya dan Baby.Baju, Macam-macam ada.Tak larat nak lama lama kat sana. Ramai sangat orang. Dah dapat apa yang ibu nak tu terus balik. Aliya kat rumah dah jaga dah. Babah dengan ibu singgah sekejap kat Little Whizze nak beli puting susu Tommie Tippie 6m untuk Aliya dengan mainan Aliya. Nanti boleh tengok aksi Aliya dengan mainan baru tu :-). Balik rumah pun dah lewat. Dalam pukul 2pm sampai. Aliya pun dah siap makan.Semua Wannya yang siapkan. Terima kasih Wan. Aliya pun tengah main-main.ok nanti sambung yer :-)  

Friday, April 22, 2011

Susu Formula apa yang sesuai untuk Aliya?

Semalam pun Aliya kurang minum susu Formula yang Wannya buatkan. Tak tau kenapa :-(

EnfaPro dah test tapi macam tak sesuai :-(
Ammum dah test tapi macam tak sesuai :-(
Brand apa lagi yer??????

Rasa-rasanya yang sesuai SANGAT ialah SUSU IBU

Tapi ibu sekarang sibuk sangat TETAPI walaupun ibu sibuk ibu  penat ibu TETAP USAHA bagi Aliya susu badan

Terima kasih  Ibu

Aliya merajuk dengan Babah dan Ibu?

Semalam Aliya merajuk sebab babah dengan ibu balik lewat sangat. Aliya babah ibu minta maaf ye. Bukan sengaja. Lewat sebab SMART-TAG yang bermasalah. Jadi nak selesaikan babah dengan ibu kena pergi Kaunter Smart-Tag nak REFUND semula duit. Tu yang kena tunggu lama. Patutlah Aliya buat tak tau je bila babah dengan ibu sampai rumah. Merajuk rupanya sebab Aliya tunggu lama. Biasa babah dengan ibu pukul 7 dah sampai. ni 8 mlm baru sampai rumah. Tapi Aliya tak lah merajuk lama. Pastu terus peluk ibu. Nak menyusu lah tu. Cian Aliya. Dahaga sangat lah tu :-). Malam tadi Aliya senang tidur sebab siang tak tidur sangat. Tak lena. Entah kenapa. Dah nak membesar ni banyak perubahan pada Aliya. Sekarang Aliya bila tengok budak-budak main Ailya macam nak join je. Meronta ronta seronok dia tengok budak budak main permainan. Takpe Ailya. Babah dengan ibu memang dah pelan nak beli mainan baru. Aliya tunggu ye. Pagi tadi Aliya bangun awal sangat. Pukul 5am. Golek sana golek sini. Rupanya Aliya nak berdukung. Aliya ingat hari dah siang kot. Babah pulak tengah gosok baju keja. Dah siap gosok pegi dekat Aliya terus Aliya seronok. Nampak sangat nak berdukung. Babah dukunglah bawa jalan jalan dalam rumah. Dah puas dukung letak kat ibu pulak. Terus menyusu. Seronok tengok Aliya ketawa ketawa....Aliya, babah dengan ibu sayang Aliya....muah muah muah. Babah dengan ibu tak mau balik lewat lagi :-) janji.............

Thursday, April 21, 2011

Aliya dah genap umurnya 7 bulan

Hari ni 21/4/2011 Nur Aliya Zafirah comel kami dah genap 7 bulan umurnya. Alhamdulillah sebab Aliya sentiasa sihat walaupun Aliya kurang minum susu waktu siang tapi bila ibu dah balik kerja Aliya tak lepaskan Ibu lagi. Asyik nak menyusu je.Sejak 2 bulan ni Aliya ******* kurang. Mungkin kurang minum air tapi bila check-up di hospital doktor kata Aliya sihat cuma kena banyakkan minum air. Aliya ni tak suka hisap botol. Lagipun Aliya tak pernah nak hisap puting kosong. Aliya tak suka sangat. Semalam Wannya bagi susu guna sudu Aliya "uuwek uuwek"kan je. Risau ibu dgn babah. Selalu doa pada tuhan agar Aliya sihat selalu. Aliya pun siang tidurnya tak lena jugak. Penat Wan dengan Atuk melayan kerenah Aliya. Semalam Aliya terus nangis bila dengar ibu balik. Aliya rindu babah ibu. Sebelum terlupa Aliya dah boleh sebut perkataan "bah...bah" 2x. Sedihnya tak ingat tarikh dan masa. Rasanya dalam 2 minggu lepas kot. Masa tu babah tengah baca paper. Malam dalam pukul 8-9. Ibu yang dengar sebab masa tu ibu tengah melayan Aliya. Bestnya. Sekarang nak tunggu Aliya sebut perkataan "bu..bu". Insya'Allah tak lama lagi kot. Pagi tadi masa babah dengan ibu nak pergi kerja je Aliya merengek merengek je. Dah tau nak kena tinggal dengan babah dan ibu dia. Sedihnya. Takpelah Aliya pukul 6 petang nti Insya'Allah babah ibu pulanglah. Nampaknya babah kena beli Broadbandlah Aliya supaya babah dapat update selalu tentang Aliya :-)..........Sayang ibu, Aliya, baby dan abangnya......

Wednesday, April 20, 2011

Aliya bangun awal lagi

Pagi tadi Aliya bangun awal sebab *****. Susah nak tidurkan Aliya semula sebab Aliya nak main. Golek sana golek sini. Penat ibu melayan Aliya. Pukul 4 pagi baru Aliya tertidur. Tadi pagi pukul 6 pagi Aliya terjaga terus senyum kat Ibu dan Babah. Happynyaaa bila tengok si comel Aliya  sihat dan ceria. Syukur dan Alhamdulillah pada Tuhan. Semalam siang Aliya tak lena tidur dia. 1 jam tidur pastu  terjaga. Tidur semula 1 jam jaga lagi. Penat Wan dengan Atuk buaikan Aliya. Semalam Aliya dah boleh buat U-Turn :-). Bestnya. Pagi tadi Aliya dah boleh mara sikit-sikit. Sebelum ni Aliya dah boleh meniarap dan golek golek kiri kanan. Angkat kepala dan punggung. Kaki Aliya dah kuat. Kalau nak berdukung tu mesti tendang-tendang angin dan angkat tangan signal ready nak berdukung dengan Ibu dan Babah dia :-). Pagi tadi pergi kerja kelam kabut sikit sebab Ibu ada meeting di ******** Sg. Buloh. Hari pun hujan. Wan dengan Atok yang melayan Aliya sebab Ibu dan Babah dah g kerja. Rindu Aliya ..........Babah dan Ibu sayang Aliya :-). Tak lama lagi 21 hb Aprill 2011 Aliya dah 7 bulan umurnya.....Alhamdulillah

Tuesday, April 19, 2011

Pagi yang indah

Hari ini Aliya comel sangat(Hari-hari tetap comel tau). Bangun tidur jer terus cari Ibu dan Babah. Cari sebab nak berdukung. Babah siap solat terus dukung bawa Aliya bagi Ibu. Alhamdulillah syukur hari ini Aliya sihat dan ceria. Semoga hari ini Aliya banyak minum susu. Hari ini Aliya banyak minum susu AMMUM lah sebab Babah turunkan susu 1 botol saja untuk Aliya. Sekarang Ibu dah sibuk di pejabat. Stok susu Ibu dah kurang jadi bagi Aliya susu AMMUM dah. Baru test saja AMMUM ni

Wednesday, April 6, 2011

Aliya tak boleh buang air besar=sembelit

Hari ni pagi ibu plan nak balik kampung ikut wan Aliya sebab babah nak servis kereta, collect duit sewa rumah dan tengok rumah yang baru siap di Pandan Indah sana. Nak collect kunci rumah after repair by developer. Dalam pukul 11 pagi tu semua dah bersiap nak balik dah. Kakak ibu pun ada yang datang dari johor tu. Bermalam di rumah ibu. Atuk dengan busu Aliy apun ikut sama balik kampung.

Ibu 1 kereta dengan atuk dan busu. Dengan Aliya lah. Aliya pun dah puas tidur cuma sejak sejak ni menangis sebab sakit perut nak buang air besar tak boleh. Bila dah semua bertolak balik kampung babah pun siap siap nak keluar lah pergi bengkel kereta. Tapi tak lama tu ibu call emergency kata Aliya menangis dalam kereta atuknya sebab susah nak buang air besar. Kali ke 2 jadi macam ni. Tapi wan nya bagitau yang Aliya tak buang air besar sejak 2 hari ni. Ibu pun perasan. 

Babah pun minta ibu balik rumah je lah sebab nak bawa Aliya pergi check di DEMC sana. Ibu pun balik semula rumah. Atuk dengan busu Aliya pun balik kampung. Tinggal lah Kami bertiga di rumah. Aliya dalah buang air besar sikit. Tak banyak.Aliya terus peluk ibu dan tidur sambil menyusu. Lama. Dari pukul 12 tu sampai pukul 3 petang baru Aliya jaga. Lepas tu Aliya menangi semula nak buang air besar. Lama baru dapat buang air besar. Banyka dan keras macam guli jer. Dan berdarah pulak. Terus babah ibu siapkan Aliya untuk bawa ke DEMC. Bila sudah tu Aliy ajadi lega lah sebab perut tak sakit. Patutlah Aliya kentut tak bunyi tapi bau. Rupanya perut Aliy atak selesa.

Pukul 430petang sampai di DEMC terus daftar dan jumpa doktor. Patient tak ramai jadi cepatlah. Doktor bagi ubat sembelit. Lepas tu bali rumah. Cuaca panas juga petang. Sampai rumah mandikan Aliya dan ibu bagi makan. Aliya dah ceria. Tapi babah ibu bagi juga ubat sembelit tu pada Aliya.

Sampai ke malam Aliya ok saja. Buang air besar pun dah macam biasa. Tak keras. Babah ibu rasa syukur sangat sebab Aliya tak apa apa. Alhamdulillah

Malam baru wan atuk dan busu Aliya balik rumah ibu....

Aliya tidur nyenyak dah malam sebab perut dah selesa....