Friday, April 5, 2013

Aliya & Haziq di I-CITY





























Babah & Ibu bawa Kakak dan Adik jalan malam tengok lampu di I-CITY

Seronok tengok kakak adik main lampu-lampu yang banyak tu

Bawa kakak adik naik "EYE ON I-CITY"

Masa ni seronok sangat kakak dengan adik tengok lampu-lampu yang banyan ni.

Lepas balik dari I-CITY Kakak demam . Terus bawa HOSPITAL

Sedihnya babah ibu :-(


Wednesday, April 3, 2013

Aliya dah boleh balik

Aliya dah sihat. Alhamdulillah...
Demam dan ulcer dah tak ada lagi...

Senang nak jaga Haziq. Kalau di hospital asyik nak berjalan sana sini je dalam hospital tu.

Pantang pintu terbuka. Malam pun Haziq ajak keluar nak jalan jalan dalam hospital

Petang dah boleh discaj Aliya ni. Pukul 2 get ready kemas-kemas barang barang semua nak bawak turun

Tunggu antibiotik habis untuk petang.

Aliya pun dah tak selesa sebab kat tangan masih ada jarum lagi. Habis antibiotik baru boleh cabutkan...

Semua baik baik saja. Aliya haziq semoga sihat sihat selalu...

Selesai dah bayaran bil hospital dalam RM3270++ untuk 3 hari...

Babah start kereta terus 1 family balik. Pergi kedai cili padi beli nasi ayam nak untuk makan petang aliya dan haziq :-)

bye DEMC


Tuesday, April 2, 2013

Hari ke-2 Aliya di hospital

Aliya masih demam. Ulcer masih ada. Doktor kata ini yang menyebab demam dan suhu aliya naik tinggi. Sekarang alhamdulillah. Demam dah kurang. kekadang suhu 37.3'c.

Cuma aliya kurang makan. tekak ada ulcer.

adik sihat. lasak

Babah ibu kena cuti sebab nak jaga aliya & haziq di hospital

Selera makan

Tengah hari aliya haziq tak makan banyak. main main je dengan makanan

ibu tunjuk gambar aliya haziq main main dengan makanan


tai malam aliya haziq makan banyak

Babah hilang Dompet

Hari ni pukul 9 malam baru babah sedar dompet dah tak ada
Blur babah kejap fikir mana dompet ni hilang

cari di wad tak ada
balik rumah pun tak ada..

report polis dalam pukul 11malam

banyak kerja hilang dompet ni. macam macam kad ada dalam tuh

Monday, April 1, 2013

Aliya tak sihat

Aliya sekarang ni tak sihat. Demam virus. Demam suhu tinggi sampai 40'c ++. Sekarang dah masuk hospital.