My Blog


Friday, May 25, 2012

Hari ke-10 aliya haziq di jaga pengasuh tapi ini pengasuh ke-2 (percubaan)

Hari ni hantar aliya haziq ke rumah ida pulak. bukan hantar ke rumah kak nah tu.

ida nak try jaga haziq aliya dulu sebelum kata setuju nak jaga aliya haziq

sampai rumah ibu explain lah pasal susu haziq aliya, sabun mandi haziq aliya dan lain lain..seperti pakaian

buaian dan walker dah hantar semalam.

tak lama lah bercerita sebab dah lewat juga.

hari ni aliya menangis semula sebab tak biasa lagi dengan ida. aliya dah biasa dengan kak nah.

ibu sayang sayang dengan haziq dan aliya sebelum pergi kerja.

ida bawa aliya ke bilik mainan nak bagi aliya berhenti menangis. ida ada anak lelaki macam sebaya aliya. harap aliya boleh berkawan nanti.

babah ibu tengah tunggu feedback dari ida tentang aliya dan haziq :-). harap semua ok masa ida jaga aliya dan haziq hari ni sampai petang

Ini gambar aliya dan haziq duduk dalam stroller hari pertama hantar kepada pengasuh

Comel comel babah dan ibu














Dah siap nak hantar aliya dan haziq ke rumah kak nah dah ni ;-)

Thursday, May 24, 2012

Hari ke-9 aliya dan haziq di jaga pengasuh

Pagi ni hantar aliya haziq ke rumah kak nah lewat. entah lah kenapa. rasanya semua dah prepare awal.

banyak jemur baju pagi ni kot sebab tu lewat. kak nah pun dah call ibu ingat tak hantar sana pagi ni.


dah siap siap keluar rumah terus ke rumah kak nah. kak nah dah tunggu.

bawa masuk aliya dan haziq. semua ok. aliya tak nangis pun

hantar ibu pulak ke putrajaya

babah terus pergi kerja. tengah hari ambil ibu di putrajaya hantar ke hospital

petang tunggu time balik. ambil ibu di hospital. ibu cakap kak nah call bawa aliya haziq ke shah alam dalam tengah hari td.

terus balik sebab nak cepat ambil haziq aliya di rumah kak nah. sampai lewat sebab dari kl pun lewat tadi

sampai rumah kak nah aliya dah tunggu kat luar. ambil buaian, walker sebab nak hantar ke rumah ida sebab esok ida try nak jaga aliya haziq. kiranya ida ni akan jadi pengasuh baru kalau aliya dan haziq ok dia jaga.

lewat juga sampai rumah sebab singgah dulu rumah ida.


sampai rumah ibu mandi dan mandia kan aliya kemudian haziq . haziq berak keras pulak. asyik kentut je. perut haziq tak selesa agaknya sebab tak berak banyak..

aliya pula nampak penat. tidur awal. menyusu je terus tidur. sama dengan haziq. rasanya sebab ikut kak nah keluar tadi sebab tu comel comel ni penat..

lepas tu babah ibu buat kerja rumah lah dan siap siap kan barang untuk hantar rumah ida esok..

babah biasanya malam cuci botol susu dan baju...

selalu tidur pukul 1-2 pagi. bangun pukul 4 pai plak. ngantuk je sekarang :-)

Wednesday, May 23, 2012

hari ke-8 aliya haziq di jaga pengasuh

semua seperti biasa.

aliya dan haziq dah dapat membiasakan diri di jaga oleh kak nah.

cuma aliya yang masih tak mahu makan sangat nasi masa kak nah jaga ni

ibu selalulah tanya kak nah pasal aliya dan haziq ni macam mana masa kak nah jaga dari pagi sampai petang.

tu je lah apa yang berlaku sejak aliya haziq orang jaga.

sekarang jadi selalu risau dengan haziq dan aliya.

hari ni hantar haziq dan aliya ke rumah kak nah...


petang ambil semula. sampai rumah aliya makan nasi. sup pun ada sebab wan dah beli

aliy amakan taklah banyak tak lah sikit tapi cukup lah untuk kenyang

lepas tu cari ibu nak menyusu. haziq pun samalah. menyusu je dengan ibu sampai tertidur

sekarang ni masing masing haziq dan aliya tak nak menyusu sama sama dah ... :-)

Tuesday, May 22, 2012

Hari ke-7 aliya haziq di jaga pengasuh..

seperti biasa hantar aliya haziq ke rumah pengasuh kak nah tu. hari ni awal sikit sebab semua dah prepare awal malam tadi. aliya haziq pun dah bangun awal.

biasanya sejak aliya dan haziq di jaga pengasuh pukul 6 pagi ibu tukarkan pamper aliya dan haziq ni. takut kat rumah pengasuh aliya dan haziq lewat mandi.

hari tu kak nah kata aliya haziq mandi pukul 10 pagi. lewat sangat. tapi tak boleh buat apalah

sebelum pergi kerja ibu ada juga cakap apa dengan kak nah tu pasal makan makan aliya ni macam mana.

biasa nya kak nah bagi makan sarapan nasi lemak yang pagi ibu beli kat aliya dan sampung pula ke petang...adusssssssssss

hari ni beli meehun plak bagi aliya sarapan pagi nanti

tinggalkan aliya haziq dengan kak nah. babah ibu pergi kerja...

tak tau lah aliya makan apa nanti..... :-(

tengah hari pula selalu juga ibu call kak nah bertanya tentang aliya haziq


kekadang tu kak nah kata aliya haziq tidur...

tunggu petang je nak balik ambil aliya dan haziq cepat..

pukul 5 babah balik , terus ambil ibu. pukul 530 terus balik rumah. jalan pun elok tak jem

sampai aliya haziq dah tunggu.


kak nah kata aliya makan mee hun yang beli pagi tadi...adusssssssss

mesti aliya lapar ni. tapi ibu dah belikan ayam goreng untuk aliya makan kat rumah. semalam juga beli fun fries yang besar untuk aliya. haziq tak makan. menyusu lagi...

....sambung kat rumah


Monday, May 21, 2012

Hari ke-6 aliya dan haziq di jaga pengasuh

Hari ni hantar aliya dan haziq ke rumah pengasuh.
singgah beli kuih pau dan nasi lemak untuk sarapan aliya nanti..

aliya hari ni dah tak menangis lagi bila tinggalkan di rumah pengasuh
elok saja aliya. sampai terus duduk depan tv. tengok tv lah nanti selalu

babah ibu tinggalkan aliya dan haziq di sana lah. sebelum pergi kerja sayang dulu dengan aliya dan haziq

sekarang senanglah kak nah tidurkan aliya dan haziq sebab dah ada 2 buian

bila dah pergi kerja dalam kereta babah ibu risaukan aliya sebab aliya tak berapa nak makan dengan pengasuh kak nah ni.

kak nah pun kata aliy atak mahu makan. bagi nasi tak mahu makan. kak nah tu hanya bagi biskut dan kuih saja ke.

babah ibu tunggu petang sajalah nak ambil aliya dan haziq semula

petang babah ibu mesti balik awal sebab nak kejar masa. takut jem lagi pun

seminggu 2 ni jalan balik klang tak jem. sampai rumah kak nah pun 6.30petang.

sampai aliya dah tunggu.

kak nah kata tengah hari aliya ikut pergi sekolah sebab kak nah tu ambil anak di sekolah menengah meru.


tak apa lah. dah tak boleh buat apa apa. janji aliya selamat

sampai je terus ambil aliya haziq terus balik sebab biasanya ibu mandikan semula aliya haziq kt rumah. ras atak best pulak kalau tak mandikan comel comel ni.

aliya selalu nya bila dah sampai rumah mesti menangis nak makan. tunjuk tunjuk lagi kat rice cooker dan kata "nak makan...nak makan...nak makan"

bila dah macam tu terpaksalah bagi makan nasi dengan telor goreng je sebab tak sempat nak masak.

ibu pulak mellayan haziq yang nak menyusu..

masalah sekarang sejak aliya di jaga pengasuh aliya makan tak banyak

malam pulak kekadang tu aliya haziq cepat tidur. penat agaknya kat rumah pengasuh. mungkin tak tidur kat sana....

tengoklah macam mana dengan pengasuh ni. rasanya macam tak lama dengan kak nah ni....

Aliya dan Haziq tidur siri 1

aliya haziq sedang tidur

Haziq tidur sambil peluk kakak
 ni hari lain haziq dan aliya tidur. baju tak sama dengan pic pic yang atas




Aliya dan Haziq tidur siri 2

aliya haziq tidur bersama nilah gayanya


kalau masa tidur ni bila haziq himpit himpit kat aliya aliya tak jaga pun. selalu macam tu. walaupun haziq ni lasak waktu tidur
hari ni babah ibu sibuk buat kerja rumah lah sebab hari cuti.

pakaian banyak nak cuci. ibu siap kan barang untuk masak untuk makan tengah hari. pagi ibu dah buat nasi goreng untuk aliya.

hari ni dah plan nak berjumpa calon pengasuh nama ida tu. ida tu tinggal di taman sebelah.

tak ada buat apa apa hari ni selali melayan kerenah aliya dan haziq yang semakin lasak.

lepas tu tengah hari babah ibu bagi aliya makan. macam biasa aliya makan sendiri lah.

petang rehat rehat tengok tv lah. hilangkan penat

petang ida call ibu tanya jadi tak datang untuk bincang pasal nak jaga aliya haziq.

dalam pukul 4 petang tu babah ibu bersiap lah. siapkan aliya dan haziq sama.

terus pergi rumah ida. dekat sangat.

sampai rumah ida , ida tu dah tunggu . di ajak babah ibu masuk dalam rumah dan sembang sembang lah. banyak tentang pasal anak anak.

iada ni baru nak cuba jadi pengasuh. lagi pun ida ni surirumah sepenuh masa sekarang. anak 2. 1 pra-sekolah dan 1 lagi umur 1 tahun 4 bulan. semua boy. jadi yg baonsu ni hampir sama dengan aliya. ida kata anak dia ok. suka berkawan. kalau jadi hantar tak tau lah macam mana jadi nanti aliya. risau takut bergaduh saja.

rumah ida ni pun ok. luas juga. perumah tak banyak rumah. 1 deret je. rumah teres 1 tingkat. nampak semua ok saja.

babah ibu tengah fikir lah dulu nak hantar ke ida ke atau terus kekal dengan kak nah aliya dan haziq ni.

ida pulak minta try jaga dalam 2 hari sebelum masuk bulan jun 2012 ni. tak lama lagi. 2 minggu lagi bulan jun dah.

tengok gaya ida ni boleh jaga aliya dan haziq ni tapi kena cuba. pandai melayan budak....

kira macam dah confirm nak hantar ke ida ni aliya haziq tapi nak cakap pada kak nah nanti jadi ceriat lain pulak...

lepas dah minum di rumah ida tu ...babah ibu balik lah. pergi ke setia alam pulak untuk beli syampoo aliya dan longan untuk ibu...

sampai rumah dah petang.

mandikan aliya dan haziq (basah basahkan badan saja).

ibu tidurkan aliya dan haziq....



bagi aliya makan.dan ibu susukan haziq.





Hari ni aliya dah 1 tahun 8 bulan

Hari ni umur aliya dah genap 1 tahun 8 bulan dah....semakin manja comel babah ibu ni...
pagi ni semua bangun awal dah. semua barang nak hantar ke rumah pengasuh dah ready sebab ibu dah siap siapkan malam tadi.

aliya dan haziq pun tak meragam pagi ni. senang babah ibu bersiap siap nak pergi hantar aliya haziq ke rumah kak nah.

cuma pagi hari ni aliya banyak menangis sebab haziq bergurau kejar kejar aliya dengan walker. haziq tarik tarik motor aliya lagi aliya menangis. haziq terlanggar aliya dengan walker aliya menangis. haziq dah kuat . cepat je haziq dapat kejar kaka ia dengan walker tu.

hari ni aliya bawak beg dengan buku ke rumah kak nah. haziq tak bawa apa apa lah. cuma dalam kereta haziq berak. haziq sejak sejak ni kencing kurang. selalu oren je kat pampers. air kurang dalam badan. kena bagi haziq minum banyak air. aliya pun macam tu dulu

sebelum pergi singgah beli nasi lemak dan kuih pau untuk aliya sarapan. 1 aliya dah makan dalam kereta

hari ni kena bawa semula walker, motor aliya dan keyboard aliya ke rumah kak nah. senang aliya dan haziq nak main main kt rumah sana.

sampai aliya dan haziq terus ibu bagi pada kak nah tu. babah angkat barang ke dalam rumah kak nah.

masa babah ibu nak pergi kerja aliya dah tak memangis lagi. minggu lepas seminggu aliya asyik menangis bila kena tainggal dengan kak nah.

aliya dan haziq dah membiasakan diri di rumah kak nah tu..sebab tu dah tak menangis.

tengah hari ni ibu ada call kak nah tanya aliya haziq. kak nah kata semua baik2 saja...

tunggu nak balik kerja je babah ibu ni. nak ambil aliya haziq petang ni. harap jalan tak jem

Sunday, May 20, 2012

Beli buian baru

Masa hari jumaat nak ambil aliya dan haziq dengan kak nah tu kak nah kata perlu 1 lagi buian. sebabnya sekarang hanya 1 buian dengan kak nah.
hari jumaat hari tu aliya dan haziq nak tidur dalam masa yang sama. jadi 1 buaian saja ada masalah lah.

jadi kak nah masukkan aliya dalam buian untuk aliya tidur dan haziq kat toto. kesian lak kat haziq jadi kak nah minta 1 lagi buian. ok babah ibu belilah 1 baru. buian single 1 tuang brand viva.

belian buian ni kat kedai di kapar. beli dengan spring baru.

sudah beli terus hantar ke rumah kak nah tu. sebab kalau hantar esknya takut kelam kabut pagi nak g kerja tu pasang.

masa sebelum sampai tu aliya ceria je. dah sampai rumah kak nah tu aliya terus diam dan muka masam jer. kak nah datang pun aliya diam. haziq ok. aliya tak bercakap apa pun. anak kak nah yg selalu dengan aliya pun aliya tak layan. aliya takut kena tinggal. tapi babah ibu bukan nak tinggalkan aliya. cuma nak hantar buian.

terus balik rumah . beli agoreng pisang keropok kat gerai. aliya banyak makan kuih ni.

masa sampai rumah..tak lama tu atuk wan busu sampai  dari rumah majlis orang kawin di hulu langat

malam haziq aliya tidur awal. mengantuk dan penat agaknya

pagi ni aliya penat sebab banyak tolong babah ibu bersih kan rumah lepas pakistan tu potongkan rumput. aliya jadi sibuk je.kesana sini pergi bersih rumah... :-)

bila aliya dan haziq tidur dapatlah babah ibu buta kerja rumah dan makan dengan tenang

Friday, May 18, 2012

Hari ke-5 aliya haziq di jaga pengasuh kak nah

hantar pukul 7.30 juga aliya dan haziq ke rumah kak nah ni. lewat juga walaupun babah bangun awal pukul 4 pagi. ibu pun sama bersiap awal... :-)

sampai rumah kak nah seperti biasa bila bagi pad akak nah aliya haziq ni...aliya menangis tapi hari ni sekejap saja sebab kakak nah pasangkan tv. aliya diam dan tengok lah tv tu.

tengok dengan anak kak nah yag bongsu perempuan.

aliya ni sarapan tak makan banyak kata kak nah. nasi lemak tak mau makan. hanya makan kuih yg ibu beli masa nak datang rumah kak nah. makan kuih pau saja aliya.

hari ni aliya dan haziq sama nak tidur dalam buian. kena gilir gilir tidur buian. kak nah minta 1 lagi buaian. senang nak jaga kata kak nah.

aliya hari ni tidur sian dari pukul 12 tengah hari sampai pukul 4 petang. lama pulak. tak makan tengah hari lah agaknya sebab tidur lama. haziq tidur kejap.

hari ni petang bila ibu sampai kat rumah kak nah nak ambil aliya dan haziq..haziq menangis pulak. sebelum ni ok saja. hari ni nampak aliya dan haziq elok saja tak comot. sebelum ni comot.

hari ni bawa balik semula barang macam walker, motor tolak, toto,kain buian seba cuti 2 hari ni. nak cuci.

pagi tadi dapat 1 lagi pengasuh yang nak jaga aliya haziq ni. dekat dengan rumah ibu. kakak nasi lemak kak liza yg rekomen kan. sabtu ahad ni babah ibu nak jumpa dan bincag pasal nak jaga akiya dan haziq ni...

aliya sampai rumah ibu mesti lapa sangat. tetap menangis nak makan. babah buat nasi putih telor goreng dan letak kicap. banyak aliya makan sebab babah control sudu.

lega cuti 2 hari ni sebab dapat jaga aliya macam biasa. hari ni malam aliya tak banyak ragam. elok je. hari hari sebelum ni selalu berebut dengan haziq masa menyusu. kesian haziq membawa diri bila aliya tak mau kongsi.

tapi hari ni aliya dan haziq berkongsi menyusu ibu sama sama.

aliya puas tidur hari ni agaknya...


Thursday, May 17, 2012

Hari ke-4 Aliya dan haziq di jaga pengasuh

Pagi pagi bangun awal tapi tetap hantar aliya dan haziq ke rumah kak nah pengasuh tu 7.30pagi juga. Biasanya sebelum nak keluar pergi kerja masa tu lah aliya dan haziq nak menyusu dengan ibu. sebab ni lah lewat keluar rumah selalu :-)

pagi ni aliya bila sampai rumah kak nah tu aliya ajak ibu balik pulak. jom ....jom...jom kata aliya pada ibu ajak keluar rumah kak nah.

aliya dah faham mesti kena tinggal lagi lah...haziq macam biasa diam dan tak menangis bila babah ibu nak pergi. tapi aliya tetap menangis bila nampak babah ibu keluar dari rumah kak nah tu nak pergi kerja. dah hantar rumah pengasuh ni terpaksa lah tinggalkan walaupun menangis kuat.

tapi kak nah kata aliya menangis sekejap saja. tak perlu risau

sekarang yang babah ibu paling risau bukan haziq tapi aliya ni sebab aliya ni tak mahu makan orang suapkan kat ia. aliya nak buat sendiri. kak nah kata kalau aliya makan sendiri aliya makan tak banyak. menyusu pun aliya kurang. tapi haziq kak nah kata kuat pulak menyusu.

babah ibu tawakal dan berserah lah pada tuhan semoga aliya dan haziq sentiasa baik dalam jagaan kak nah sekarang ni.

emergency kes sebab wan dah tak sihat. masalah jantung.

hari ke-3 hari tu tengah hari ibu babah call kak nah nak tanya pasal haziq aliya tak dapat. hp kak nah tu bateri habis. hari ni tengah hari ibu call dapat.

kak nah kata haziq berak 4 kali. banyak tu. sakit perut agaknya. aliya ok saja. normal berak tak banyak.

petang balik kerja terus pergi ambil aliya dan haziq kat rumah kak nah tu. comot je aliya dan haziq. walau pun mandi tetap bau tak best. macam tak mandi lagi. tapi kak nah kata dah mandi. haziq mandi pukul 3 petang dan aliya pukul 5 petang. sebab pagi mandi lewat pukul 10 pagi.

ibu tak berapa happy bila kak nah jaga aliya dan haziq sebab kebersihan. semalam babah ibu cuba cari pengasuh yang lain dalam area taman rumah ibu juga. ada lah 2 orang yang nak jaga aliya haziq ni. jadi balik lewat kat rumah. paling jauh pengasuh yg nak jaga ni rumah nya di jalan nak pergi kapar. yang dekat ni pulak rumah ada jual jajan pulak. takut ibu.

tak berkenan jugak ibu. babah pun risau takut aliya suka makan jajan nanti. yang jauh ni ok tapi jalan ke rumah sibuk dengan kereta. leceh nanti...

dah lewat sampai rumah. ibu kena juga mandikan aliya haziq lagi. dari hari pertama lagi aliya haziq tetap ibu mandikan lagi kat rumah dengan air panas walaupun kak nah dah mandi kan kat sana.

aliya pulak setiap kali balik rumah ni mesti terlalu lapar. siap tunjuk rice cooker dan kata nak makan nak makan sambil menangis.

bagi makan simple saja lah nasi putih dengan telor goreng saja sebab tak sempat masak atau beli kat kedai.

lepas makan aliya terus menyusu dengan ibu terus lah tidur. haziq pun sama. balik dari rumah pengasuh aliya dan haziq cepat tidur. tak cukup tidur agak nya kak rumah kak nah tu

esok hari ke 5...sambung cerita

Wednesday, May 16, 2012

Hari ke-3 aliya dan haziq di jaga kak nah

hari ni hantar aliya dan haziq ke rumah kak nah lewat juga.

bagi tikar untuk aliya dan haziq main masa kak sana

aliya menangis masa babah ibu tinggalkan . kuat menangis nya...

risau babah ibu

sekarang kena balik awal takut jem....

kul 5 babah ibu balik kerja terus ambil ibu d pandan indah. tak sabar nak ambil aliya dan haziq.

semalam babah tidur peluk haziq...ibu tidur dengan aliya

nanti sambug cerita......................

Tuesday, May 15, 2012

Hari Ke-2 Aliya dan Haziq di jaga pengasuh

Hari ke-2 hantar aliya dan haziq ke rumah pengasuh kak nah.

aliya ingat macam nak pergi jalan-jalan. laju saja naik kereta pagi ni. haziq macam biasa belum faham apa-apa. aliya menangis ingat babah nak sorokkan keyboard mainan ia. babah bawa aliya masuk kereta terus aliya diam..

barang keperluan aliya dan haziq babah masukkan dalam kereta. wan pun ada tengok aliya dan haziq nak pergi rumah pengasuh yang baru nama kak nah tu. wan pun risau sebab wan kan dah jaga aliya haziq ni sejak lahir lagi. dalam hati mesti sedih dan risau sebab aliya dan haziq pun manja dengan wan. aliya pun selalu panggil nama wan...wan wan sejak dah pandai bercakap ni...

sampai sana pukul 730am. babah ibu kerja hari ni. ibu ada meeting di putrajaya. babah kerja di kl.

sampai dan masuk rumah kak nah aliya ok lagi. bila ibu babah nak pergi aliya terus menangis. haziq diam saja. babah ibu tetap risau. terus tinggalkan aliya dan haziq dengan kak nah

tengah hari call kak nah tu tapi hp off. babah ibu risau. kena tunggu sampai balik kerja pukul 5. risau takut aliya dan haziq apa apa ke kat rumah kak nah sebab call tak dapat kak nah tu.

pukul 430pm babah balik terus pergi putrajaya ambil ibu dan terus balik. terus pergi rumah kak nah.

sampai rumah kak nah aliya dan haziq ok. aliya tak menangis. haziq pun dah jaga. dah siap mandi dah aliya haziq ni dengan kak nah

kak nah kata aliya tak mahu makan. hanya makan biskut dan nasi 3 suap. aliya memang susah makan kalau orang lain suap. aliya suka makan suap sendiri.


haziq minum susu tak 2oz lagi.kak nah kata haziq minum susu 4oz. banyak

aliya dan haziq sekarang ni batuk dan selsema. ubat kak nah dah bagi makan. aliya yg teruk batuk . haziq kurang.

babah ibu ambil aliya haziq dan balik rumah.

babah ibu mandikan semula aliya dan haziq tu...


ibu menyusu kan aliya dan haziq...

aliya dan haziq nampak macam penat sangat. haziq jari tangan kaki macam merah. ada bintik merah kat bawah mata dan kat teliga. macam kena gigit semut saja. tapi haziq ok nampak sihat saja...

harapan tu aliya dan haziq tak apa apa dalam jagaan kak nah tu..

malam haziq aliya tidur lena....

esok hari ke 3 lah di jaga kak nah aliya dan haziq ni

Monday, May 14, 2012

Hari Pertama Aliya dan Haziq di jaga oleh Pengasuh

Hari ni Aliya dan Haziq di jaga ole pengasuh nama kak fazilah. tengok kakak ni peramah orang nya. babah ibu risau sangat sebab tak pernah tinggalkan aliya dan haziq pada orang lain selain wan dan atuk nya

aliya dan haziq kena hantar pada pengasuh sebab wan aliya haziq tak sihat. dah tak boleh buat kerja-kerja yang berat dan menjaga budak lagi. lagipun aliya dan haziq ni dah lasak terutama haziq

ini gambar masa pagi nak hantar aliya dan haziq ke rumah pengasuh




kelam kabut juga lah nak buat persiapan nak ke rumah pengasuh ni. banyak benda yang kena bawa ke rumah pengasuh. Buaian, botol susu dan sebagainya. almaklumlah ini 1st time hantar jadi pening dan tersangat risau takut ada yang terkurang.

beli susu baru beli botol susu baru beli lotion baru beli sabun mandi baru beli mainan baru ...mcm mcm serba baru.

dengan pengasuh ada jugalah jumpa sekejap hari jumaat 11 hb mei 2012 dalam tengah hari. bincang sekejap saja. pengasuh ni nampaknya macam sibuk. bincang yang perlu perlu dan penting saja hari tu, hari sabtu ahad pulak kak fazilah ni tak ada. balik kampung. jadi janji hantar pada hari ini lah.

babah ibu kena cuti standby takut kakak fazilah ni tak boleh jaga aliya dan haziq

jadi pukul 10 pagi hantar ke rumah pengasuh

Kak fazilah dah tunggu aliya dan haziq. sampai terus masuk rumah dan ibu babah explain tentang haziq aliya pasal makan minum mandi makan tidur dan sbgnya. babah pasang buaian angkat beg dll

haziq sampai pun dah nak tidur. ibu masukan haziq dalam buaian. haziq tidur. aliya masih jaga lagi. menyusu dengan ibu. haziq menyusu sebelum aliya n tidur

dalam 30 min babah ibu nak balik. aliya menangis sungguh sungguh sebab kena tinggal. kak fazilah suruh balik.babah ibu balik. risau tengok aliya menangis

pukul 11 kak fazilah call kata aliya masih menangis. asyik nak berdukung. letak bawah aliya menangis semula. haziq pula menangis. jadi masa yang sama aliya dan haziq menangis. pening kak fazilah tu.

kaka fazilah ni anak 4 semua lelaki. rumah penuh dengan alat eletrik. risau babah ibu kalau aliya haziq duk main luar. takut pegang sana sini dan mengutip

lepas tu kak fazilah kata boleh uruskan aliya haziq.

tengah hari pula kak fazilah call ada pulak orang lain nak jaga aliya dan haziq. nama kak nah. kak fazilah bagi pada kak nah pulak jadi penjaga aliya dan haziq. babah ibu terpaksa terima lah sebab dah darurat.

babah ibu tunggu sampai petang. keluar dulu beli barang2 yang perlu untuk aliya dan haziq. beli pinggan mainan botol susu kat Little Whiz. semua mahal :-). botol air minum dah RM38 :-)...

pukul 6 terus pergi rumah kak nah ambil aliya dan haziq. sampai rumah tengok aliya dan haziq sedang main-main dengan anak2 kak nah yang perempuan 3 orang. kak nah kata aliya susah nak makan dan haziq pulak minum susu banyak.

bila nampak babah ibu sampai aliya dan haziq terus pergi pada ibu.

ambil barang2 yang perlu bawak balik rumah cuci. aliya haziq menyusu dalam kereta

lega aliya dan haziq tak apa apa

sampai rumah ibu terus baring dengan aliya dan haziq....

esok hari ke-2 lah untuk haziq dan aliya di jaga kak nah

Tuesday, May 8, 2012

Kondominium Aliya Q1

Harapan: Projek Aliya Q1 complete mengikut jadual pada tahun 2013




Q1 Aliya - pada 8 May 2012







Q1 Aliya ni ada 5 tingkat, 9 tingkat dan 17 tingkat. Sekarang dah level 16 sedang in progress

Video Aliya & Haziq mandi pada 1 May 2012

Seronok tengok Aliya dan Haziq mandi bersama dalam pool nih......



Aliya dan Haziq dengan gaya yang tersendiri :-)

Di antara saat-saat yang dapat di Photoshoot











Monday, May 7, 2012

Haziq yang comel

Inilah haziq yang sangat aktif masa kat rumah. dah meniarap laju :-)

Selalu nak keluar






                        Kakak yang sayang adik.....bangun tidur terus adik...adik...adik...
                      Tapi kalau time menyusu dengan ibu nak sorang-sorang jer....
                      Aliya selalu cakap pada babah ibu...tat tat tat tunjuk pada haziq (tengah menyusu)
                       maknanya aliya suruh alihkan haziq letak kat lain sebab aliya nak menyusu plak :-)