Sunday, September 23, 2012

Aliya Condo update

Dah lama tak tengok kondo Aliya ni. Baru lah dapat tengok. Hampir 3 bulan langsung tak tengok-tengok dah. Bila semua dah ok dapat lah bawak ibu aliya dan haziq tengok. 

Dah cat cat pun. Developer kata April 2013 dapat kunci lah. Tak sabar nak tengok ....





Saturday, September 22, 2012

Aliya sambut Harijadi yang ke-2 Tahun pada 21 September 2012

Dah lama tak update blog PermataAliya ni. 

Pada 21 hb Sept harijadi Aliya tapi buat pada sabtu 22 hb sept 2012 sambut harijadi aliya. Sekarang Aliya dah 2 Tahun. Seronok tengok Aliya masa potong kek. Ibu order kek gambar Minnie Mouse kat atas kek sebab Aliya suka pada minnie mouse. 

Sekarang rambut aliya dah pendek. ibu potongkan. 

Ini gambar-gambar masa sambut harijadi aliya hari tu

KEK HARI JADI ALIYA

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------







Tak lama lagi buat harijadi untuk Haziq pulak pada 8 Oktober 2012. Tu Haziq yang semakin lasak. Aliya Haziq pakai baju baru :-). Ibu tolong Aliya potong kek tu

Gambar-gambar tetamu yang hadir di Majlis ni termasuk jiran sebelah rumah, pengasuh dan family ibu ...ramai jugalah






















Syukur Alhamdulillah sebab majlis ni berjalan lancar walaupun sederhana sederhana saja. Aliya babah sayang aliya ye....

Sekarang aliya dah suka merajuk merajuk. kalau dah mula merajuk aliya akan pergi kat luar bilik atau kat katil duduk main sorang sorang. babah ibu kena selalu pujuk aliya. selalu merajuk dengan haziq je ;-)