My Blog


Tuesday, April 24, 2012

Tentang HFMD yang kena pada Aliya

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (Hand, Foot and Mouth Disease – HFMD)




Apakah Penyakit Berjangkit HFMD?
Penyakit tangan, kaki dan mulut (hand, foot and mouth disease – HFMD) adalah penyakit jangkitan virus yang akut (keadaan penyakit yang menyerang dengan cepat, gejala teruk tetapi berlaku dalam masa singkat). Ia biasanya bermula dengan gejala lecur dalam mulut yang pecah. Lecur ini juga boleh berlaku pada tangan, kaki, punggung dan kemaluan.
Dalam kebanyakan kes, HFMD disebabkan virus coxsackie jenis 16 (CV16). Bagaimanapun, penyakit ini juga kerap dikaitkan dengan virus coxsackie lain seperti A5, A7, A9, A10, B2 dan B5. Di rantau Pasifik Barat, enterovirus 71 (EV-71) juga pernah menyebabkan letusan penyakit ini.
HFMD yang menyerang kanak-kanak berbeza dengan penyakit tangan, kaki dan mulut pada haiwan. HFMD biasanya berlaku pada kanak-kanak di bawah umur 10 tahun.
Yang membimbangkan ialah, penyakit ini mudah berjangkit dan merebak. Kebanyakan orang dewasa ada pengalaman mendapat penyakit ini. Selain menyebabkan ketidakselesaan, HFMD jarang menyebabkan komplikasi penyakit yang teruk atau kematian.

Jangkitan
Jangkitan berlaku dalam rantaian najis ke mulut atau melalui sentuhan kulit yang mengalami lesi (nampak seperti kudis) atau air liur individu yang dijangkiti.
Apabila dijangkiti, kumin virus (partikel halus dari virus) akan memasuki aliran darah (keadaan ini dipanggil viremia).
Ini diikuti serangan pada kulit dan membran mukus (lapisan lembap yang mengalas beberapa struktur dan rongga seperti saluran pernafasan dan sinus hidung). Dari sini lesi akan muncul di dalam mulut dan pada kulit sebelum merebak ke kawasan lain.
Komplikasi
HFMD yang disebabkan virus coxsackie adalah penyakit yang tidak berbahaya dan mengehadkan pergerakan seseorang.
Biasanya ia hilang dalam masa tujuh hingga 10 hari. Jarang berlaku HFMD yang berulang atau berpanjangan. Malah, kes HFMD yang menyebabkan komplikasi serius juga sangat jarang terjadi.
Individu yang diserang HFMD boleh mengalami beberapa ulser pada mulutnya. Keradangan pada ulser ini menyebabkan mulut sakit dan kanak-kanak biasanya enggan makan atau minum.
Masalah kekeringan atau tidak cukup air adalah komplikasi biasa pada pesakit yang mengalami HFMD.
Kadangkala seseorang itu boleh mengalami HFMD dan meningitis aseptik (meningitis steril pada selaput otak) serentak. Namun bagaimanapun kes seperti ini jarang berlaku.
HFMD yang disebabkan EV-71 mempunyai kadar insiden lebih tinggi yang membabitkan saraf, namun komplikasi kardiologi seperti keradangan otot jantung (miokarditis), keradangan paru-paru dan pulmonari edema (paru-paru bengkak atau mengandungi cecair yang menyebabkan susah bernafas) jarang berlaku.


Tanda dan Gejala
Gejala HFMD biasanya bermula 3 hingga 7 hari selepas mendapat jangkitan. Gejala ini boleh berakhir dalam tempoh tujuh hingga 10 hari dan pesakit biasanya tidak perlu dimasukkan ke hospital. Antara tanda dan gejala lazim ialah :
  • Demam panas
  • Sakit tekak
  • Melepuh (kecil) di dalam mulut, tepi lidah, tapak tangan, jari, tapak kaki, punggung dan kemaluan. Ia tidak gatal, tidak seperti cacar air
  • Hilang selera makan
  • Berasa letih dan lesu
Pada permulaan, tanda lepuh ini terdapat di dalam mulut (di bahagian pipi), lidah dan lelangit. Tanda ini akan membesar dengan cepat menjadi gelembung berisi cecair.
Lebih kurang 75% pesakit HFMD akan mengalami gejala ini diikuti demam panas selama 24 hingga 48 jam.
Bagaimana HFMD Merebak?
Cara utama virus coxsackie merebak ialah melalui sentuhan cecair dari tempat yang melepuh dan cecair hidung, mulut atau dada (tersebar apabila pesakit batuk atau bersin). Virus ini boleh ada di dalam usus selama beberapa minggu selepas seseorang dijangkiti dan keluar bersama najis.
Cara terbaik untuk mengelak penyakit ini ialah:
  • Mencuci tangan dengan bersih selepas menyentuh cecair badan daripada pesakit
  • Tidak berkongsi pinggan mangkuk, sudu garfu, cawan, tuala, berus gigi dan baju
  • Pesakit perlu berehat di rumah. Jangan benarkan anak anda ke sekolah, tadika, taman permainan atau pusat jagaan kanak-kanak hinggalah semua lepuh kering kerana kanak-kanak adalah agen penyebar penyakit paling cepat.
Diagnos dan Rawatan
HFMD mudah didiagnos melalui ciri klinikal seseorang pesakit tanpa memerlukan ujian makmal.
Oleh kerana HFMD disebabkan jangkitan virus, tiada rawatan khusus untuknya dan anda tidak perlu meminta doktor memberi antibiotik kerana ia tidak berkesan (antibiotik hanya untuk membunuh bakteria, bukan virus).
Bagaimanapun, pesakit akan diberi ubat tahan sakit untuk mengurangkan kesakitan di dalam mulutnya. Antara cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan ketidakselesaan anak ialah:
  • Beri anak minum, sedikit demi sedikit tetapi kerap untuk mengelakkan masalah kekurangan air
  • Biarkan lepuh kering sendiri, jangan dipecahkan
  • Jika anak anda sakit kepala, tegang leher atau sakit belakang, bawa anak ke hospital. Ini kerana dalam sesetengah kes (walaupun sangat jarang berlaku), pesakit HFMD boleh mengalami keradangan otak (ensefalitis), meningitis atau polio
Ingatan!
  • HFMD sangat mudah merebak dan pesakit perlu berehat di rumah
  • HFMD bukan penyakit berbahaya sehingga meragut nyawa
  • Tiada rawatan khusus, vaksin atau penawar untuk HFMD
  • Jika anak anda alami gejala teruk (termasuk sakit kepala, tegang leher dan sakit belakang), segera bawa ke hospital
  • HFMD tidak memberi risiko kepada wanita mengandung atau anak dalam kandungan
Dr Syed Nazir Syed Kadir
Info kesihatan Anda

Aliya dah sihat dan haziq yang semakin lasak

Sekarang aliya dah bebas dari HFMD. Dah boleh makan. tapi aliya suka makan sendiri.

Ibu dah beli meja makan dan kerusi duduk (1 set).

aliya akan makan kat meja sambil duduk :-)

aliya sekarang suka merajuk

kalau aliya merajuk aliya akan mengadap dinding. aliya berdiri diam je tengok dinding tu

kena gi dekat aliya ambil dukung lah. babah lah yg dukung sebab babah selalu marah aliya :-)

malam tadi haziq tidur sambil peluk aliya. suka babah tengok. comel je aliya dengan haziq tidur sama sama macam tu

haziq pulak tidur makin lasak...

golek sana sini. kena pagar dengan bantal tiap tiap malam.

haziq suka tidur mengiring lagi tu

kekadang haziq senyum sendiri sendiri.........suka babah tengok...

haziq kekadang batuk batuk cuma tak selalu...

sekarang haziq kalau meniarap dah kena jaga sebab haziq ni laju... keja je hilang dalam rumah tu. tinggal kat ruang tamu. kejap je dah ad akat bilik main mainan :-)

seronok lah melayan dua comel babah ibu ni. kekadang tu marah juga babah ibu tapi tetap sayang yang teramat sayang ..muah aliya haziq

Sunday, April 22, 2012

Yang aliya suka buat dan aliya yang bijak sangat ni

aliya sekarang ni suka mandi dan tukar pampers.

kalau tengok adik mandi aliya pun nak mandi walaupun baru je lepas mandi.

lagi satu aliya suka sangat salin pamper.

kejap nak tukar pampers kejap nak tukar pampers

dulu aliya suka tukar baju seluar. tak kira siang malam. selalu tukar tukar tukar.

pening babah ibu melayan

bila dah ok tak tukar pakaian ni aliya mula nak tukar pampers selalu pulak

habis cepat lah pampers. dah lah kongsi dengan haziq

ada satu hari tu babah ibu saja nak elak aliya dari tukar pampers baru, babah ibu buat taktik guna juga pampers yang sama. bila babah bawa aliya masuk toilet dan cuci aliya ibu buat buat buang kan pampers yang lama tu. bila aliya tak tengok ibu ambil semula dan buat macam pampers baru. tau bila aliya dah siap kat bilik air tu....

aliya masuk ibu tunjuk pampers yang lama tu dan kata akt aliya ni pampers baru....aliya ambil dan cium pampers tu dan buang kan sebab aliya tau itu pampers lama.

bila dah macam tu kena lah guna pampers yang baru juga...

bijak aliya ni.........   :-)


Saturday, April 21, 2012

Aliya makin sihat.

Aliya dah tak demam demam lagi. Alhamdulillah. aktif macam biasa. cuma bintik bintik merah HFMD ada lagi tapi dah semakin kurang

hari ni aliy amakan banyak. pagi kurang. tengah hari aliya makan dah selera. makan banyak juga.

sebab tengah hari ibu belikan aliya meja dan kerusi untuk makan. aliya suka

malam aliya makan paling banyak. habis. aliya suka makan sendiri. kejap guna tangan kejap guna sudu. kalau aliya makan sendir tak semua lah masuk mulut. banyak juga yang jatuh bawah. tapi tak boleh buat apa. janji aliy anak makan.

mungkin mulut dan tekak aliy adah tak rasa sakit lagi sebab tu aliya dah mula nak makan

haziq pula sihat. suhu normal 36.5

suhu aliya pun normal 36.5

makan pun dah selera aliya ni

Friday, April 20, 2012

aliya makin beransur sembuh dari HFMD

aliya semakin bertambah sihat

alhamdulillha semakin sihat aliya dari HFMD.

sejak kena HFMD ni kerap babah ibu check suhu aliya. suhu normal 36.5c

pagi babah pergi farmasi beli ubat krim dan untuk sakit tekak untuk standby

haziq sihat. tak kena HFMD. alhamdulillah sangat sebab aliya dan haziq selalu bersama. main sama, tidur sama, menyusu sama.

HFMD ni patutnya kena asingkan tapi babah ibu tawakal lah sebab sulit kalau nak asingkan sebab aliya dan haziq menyusu badan dan masa menyusu pun kekadamng sama...

babah kata pada ibu buatlah macam biasa cuma berdoalah haziq tak kena HFMD dan aliya cepat sembuh dari HFMD

Thursday, April 19, 2012

aliya masih demam lagi

aliya dah tak demam lagi

aliya dah tak demam lagi. suhu normal 36.5c cuma aliya tak mahu makan sebab bibir, mulut dan tekak masih sakit

bila nak makan babah ibu bagi aliya makan ubat gel tahan sakit mulut dulu dan baru bagi aliya makan.

bila kena ubat gel tu aliya boleh makan tapi tak lah banyak tapi nak lah aliya makan

babah ibu risau sangat sebab dari selasa sampai sekarang hari khamis aliya makan skit sangat. kekadang tu malam tak makan.

cuma bila aliya kena HFMD tak lalu makan ni babah ibu bagi ais krim , petang goreng nugget dan kentang je lah.

sebab bila aliya makan je kalau tak makan ubat dulu aliya akan menangis dan kata pedas pedas. kasihan tengok aliya

haziq pulak sihat. suhu normal. tak demam.tak ada bintik bintik merah

kakak aliya dah kena HFMD . takut berjangkit pada haziq.

HFMD ni mudah berjangkit

Wednesday, April 18, 2012

Aliya kena HFMD-jangkitan penyakit tangan kaki dan mulut

Aliya masih demam

dah nak 2 hari aliya demam tak sembuh ni. hampir 2 hari juga aliya tal makan. asyik menyusu. dari pagi sampai petang.

bila masa nak makan tu bila bagi sudu aliya rasa sikit. Pelik

Petang lepas aliya mandi rasanya, babah mintak aliya buka mulu sebab nak tengok tekak. babah suluh guna hp babah yang ada lampu tu kat dalam mulut aliya, dan babah nampak ada bintik bintik putih dalam tekak aliya tu. lagi pun aliya tak pun batuk batuk kalau tekak merah. biasa tekak merah. masa jumpa doktor malam isnin tu tekak aliya merah ni ada bintik putih dala 3-4 bintik putih tu. babah bagi tau ibu terus. pelik pulak kali ni

babah ibu jadi risau sebab jiran sebelah rumah anak dia kena HFMD tu. babah fikir macam aliya kena campak tapi takut HFMD kena kat aliya. terus malam bawa aliya ke demc lagi nak check doktor

lama juga tunggu giliran doktor panggil. bertolak dari rumah dalam pukul 830malam. sampai demc dalam pukul 9mlm. pukul 10mlm baru dapat jumpa doktor. ramai orang

bila dah jumpa doktor memang sah aliya kena HFMD tu.

babah ibu risau aliya dan haziq

doktor kata terus kan bagi ubat demam kalau badan aliya panas dan bagi krim gatal sebab bila dah ada bintik bintik merah kat tangan kaki dan mulut kena sapu. ubat sakit tekak pun doktor bagi. guna bila perlu

balik rumah. aliya tak demam. sapu ubat krim sebab kat tangan dan kaki aliya tu dah banyak bintik bintik merah

tengok haziq sekali. haziq tak demam dan tak ada bintik merah pada kaki dan tangan.

maknanya haziq masih selamat dari HFMD

Tuesday, April 17, 2012

babah ibu cuti sebab kena jaga aliya

Babah ibu ambil cuti sebab nak jaga aliya yang demam ni

Babah ibu cuti nak jaga aliya sebab aliya masih belum sihat. kejap demam kejap tak demam. suhu turun naik.risau sebab kali ni demam langsung tak mahu makan.

keadaan berterusan sampai esok. kerap jugalah bangun bagi aliya ubat demam

Monday, April 16, 2012

Aliya Demam

Tadi ibu call kata aliya demam. suhu dah 37.6c. wan dah bagi makan ubat demam. ubat ada. semalam aktif je aliya ni. semalam ibu bawak aliya makan luar 1 family. wan atuk busu pun ikut sama. hari hujan. tapi rasanya aliya tak kena hujan. ada payung.

malam tadi aliya nampak ok je. tidur lena. sampai babah ibu nak pergi kerja pun aliya masih tidur.

cuma tadi masa belum pergi kerja babah macam nak tengok suhu aliya tu tapi tak buat. dah terfikir nak check suhu aliya tapi babah tak buat. silap babah betul lah.

tapi masa cium aliya tadi aliya badan tak panas.

aliya menyusu malam tadi pun banyak dah tak menangis.

cuma aliya peha bengkak lepas kena cucuk yang umur 1 tahun 6 bulan tu. dulu bengkak besar. tapi sekarang dah tak bengkak. cuma ada rasa yang kecil tu je. ibu dah tanya klinik klinik kata akan hilan lepas 3 hari atau 1 minggu. klinik kata aliya tak ada daging.


aliya sekarang minum susu dan makan kurang kalau ada ibu kat rumah. asyik nak menetek saja. aysik "tetek" tetek" "tetek". kasihan kat haziq sampai kencing pun dah kuning. terpaksa topup susu formula kat haziq " :-).

sekarang ni haziq dah aliya menyusu berebut. haziq kacau kakak menyusu. kakak kacau haziq menyusu. kekadang menangis masing masing bila tengok yang sorang dah menyusu. aliya lagi tak nak menyusu sama dengan haziq. tunggu haziq tidur dulu...


ini lah kerenah aliya dan haziq ni. masing2 dah membesar dah pandai :-)

ibu lah yang penat melayan 2 comel ni...


:-)

Haziq Terkini

Haziq sekarang dah umur 6 bulan. Haziq dah mula makan cerelac. Dah 3 minggu haziq mula makan ni. Tapi haziq tak biasa lagi makan. cuma makan sikit sikit saja. haziq sekarang semakin lasak jadi bila masa makan tu kena jaga sebab haziq suka golek sana golek sini. kekadang kalau haziq tak mau makan haziq sembur je makanan tu.

sekarang berat haziq dah 6.7kg. baru cucuk vaksin untuk umur 6 bulan (kakak aliya berat 7.5kg)


sekarang haziq dah pandai. bila panggil nama "haziq", haziq akan pandang.

haziq dah tumbuh gigi dah. ibu dengan wan nampak hari tu. babah tengok pun memang ada gigi tumbuh kat gusi atas

haziq sekarang kuat memanjat. gagah je haziq sekarang. nak pegang pun susah. kakak aliya pun selalu lari dari haziq sebab takut haziq tarik rambut dan pegang. kalau haziq pegang pun rasa sakit sebab kena kuku haziq. ibu dah potong kuku haziq tapi cepat tumbuh.

kalau waktu kakak aliya tidur haziq macam nak datang kacau kakak tidur. beriya iya haziq sampai ibu kena pegang haziq kuat. kalau tak haziq mesti tarik baju dan rambut kakak ia tu


haziq suka tidur mengiring. sekarang haziq tak tidur lena. baru tidur 1 jam dah terjaga nak susu jer.

rambut haziq pun dah lebat. baru juga tumbuh banyak dalam sebulan ni...

suka tengok masa haziq kejar kakak. kakak lari laju jer. duk belakang ibu....  :-)

Aliya kena demam

Aliya demam petang isnin ni. Babah dapat call dari ibu pukul 4 petang. Babah terus balik ambil ibu kemudian terus balik rumah. Wan kata aliya merengek rengek. Badan pun panas. Tapi jalan jem teruk. Balik tak ikut Kesas sebab MRR2 jem teruk. Balik ikut duke terus masuk higway duta terus nkve setia alam terus meru. sampai rumah hampir pukul 630petang juga walaupun keluar ofis awal.

Sampai rumah aliya nampak macam biasa tapi panas badan turun naik turun naik.

lepas siap-siap pukul 9 malam terus pergi hospital demc. sebab takut demam jadi teruk.

doktor bagi ubat demam dan antibiotik.

kali ni demam aliya lain sebab langsung tak mahu makan dan bila lapkan badan dengan tuala basah pun aliya tak suka.

masa bawa hospital suhu aliya dah 39.2c. panas dalam badan

tapi suhu turun naik jadi bagi ubat demam yang biasa tu. bagi antibiotik aliya muntah kan semula.

malam aliya tidur dalam 4 jam tu badan panas semula. suhu naik jadi 38c. bagi ubat demam lah bila demam jadi semula

lepas makan ubat demam suhu normal semula

sampai esoknya keadaan aliya masih sama

Thursday, April 5, 2012

Aliya Terbaru

Aliya sekarang makin bijak dan pandai. Boleh sebut perkataan yang simple macam yang terbaru duit. Aliya pegang duit akan kata wuit wuit, pandai sebut cantik kat ibu. dah pandai salam salam. aliya selalu lah sekarang nak main main dengan haziq. kalau haziq tengah tidur pun aliya akan kejutkan adiknya. aliya panggil adik adik adik.... .terus haziw terjaga dan nak bangun. aliya selalu peluk dan cium haziq sampai nampak macam haziq rimas. kekadang haziq sampai menangis bila aliya gigit :-)

sekarang aliya dah pandai buka dan tutup gate depan. aliya suka nak main luar dah. bila tengok ramai budak main kat luar rumah aliya asyik nak keluar. nak tengok budak budak main. sampai aliya pun nak join main sama. aliya pun berjalan dah laju je. kekadang tu berlari tapi kena jaga sebab takut aliya jatuh kat jalan je.

hari tu babah beli penyapu bilik , aliya asyik nak menyapu je kat rumah. sapu sana sapu sini sampai penat.

lagi satu aliya suka tukar baju. dah pandai pilih baju. kena layan je kerenah aliya ni.

aliya kalau tengok ada sampah pun dah pandai kutip dan buang sampah tu.


yang best bila babah balik kerja aliya dah tunggu kat pintu jerit jerit panggil babah ibu...... :-)

Macam macam dah aliya buat kat rumah tu...

Aliya pun dah cucuk dengan Pneumococcal di DEMC...

demam juga 2 hari lepas kena cucuk. sekarang dah ok dah. cergas je