My Blog


Monday, July 30, 2012

Dah lama tak update blog...

Aliya sekarang ni dah semakin banyak bercakap. Haziq pula dah boleh bertatih. Kalau bab memanjat Haziq kuat. Aliya dan Haziq pun dah pandai main sama-sama. Cuma kalau rebut barang tu Aliya menang sebab Haziq kan baby lagi :-)

Tapi kalau time berbuka yang paling sibuk Aliya dan Haziq. Aliya sibuk nak hidang makanan dan susun pinggan. Haziq pula sibuk nak makan semua. Kalau tak berjaga habis semualah yang atas meja makan nanti........

Kena bergilir menjaga Haziq ni...Aliya pula masa makan senang sebab Aliya kan dah pandai cakap nak makan tu nak makan ni.

Cuma masa siang waktu bulan puasa sabtu dan ahad Aliya dan Haziq susah nak tidur. Babah mengantuk menjaga yang 2 ni sebab ibu sibuk masak kat dapur lah...

Gambar Aliya & Haziq dari hp ibu

Kakak & Adik :-)











Ada juga gambar ibu tersayang ....

Keadaan Rumah Indah Cempaka Sedang Renovation

Rumah sekarang berselerak. Yang dah beli air-cond dan mesin basuh. Ingat nak tambah 1 air-cond lagi untuk hall. Perabut pun dah ready nak hantar. Sekarang tunggu dapur siap dulu. Tak siap dapur tak boleh masuk barang . debu..........














Harap sebelum bulan September 2012 ni siap lah semua. Ingat bulan Ogos dah ready semua tapi tak boleh siap juga. Terpaksalah tunggu

Wednesday, July 11, 2012

Indah Cempaka, Pandan Indah Kl (near LRT CEMPAKA)



1 bilik saja (Studio Type). Sekarang sedang renovate untuk di sewa semula

!!! RUMAH UNTUK DI SEWA !!!

Aliya dan Haziq- Terkini

Aliya sekarang umur dah 1 tahun 9 Bulan.

Sejak dijaga pengasuh nama Ida ni Aliya nampaknya ok. Ceria sangat bila babah ibu sampai nak ambil balik rumah. Makan mandi siap semuanya. Kalau sakit ubat bagi ikut time. Tak macam masa dengan pengasuh pertama dulu. Ida ni pandai jaga budak.

Sekarang Aliya dah pandai bercakap. Masuk rumah pun dah pandai cakap " "Assalamualaikum" . 


Dah banyak perkataan boleh Aliya sebut. Senang faham. Kalau suruh tu Aliya tau nak buat. Cuma jangan sebut perkataan "Mandi". Aliya dengar saja terus nak mandi :-). Walaupun baru saja mandi tadi. Dah semakin membesar ni. Makin manja lagi lah. Kena layan jer Aliya ni.


Sekarang Aliya nak buaian duduk. Nak main buaian . Main basikal dah bosan agaknya sebab tak boleh nak kayuh sangat lagi....


Haziq sekarang umur 9 bulan dah. Dah lasak sangat. kalau di pegang tu meronta ronta le. Kalau masa basuh berak lagi kuat meronta. sebab Haziq asyik nak main air paip tu :-). Risau babah ibu sebab takut terlucut je. 


Haziq sekarang dah boleh berdiri sendiri dan duduk sendiri. Rasanya cepat Haziq ni boleh berjalan. Haziq pun dah pandai sebut perkataan "Bah Bah Bah" dan "Tetek"



Sekarang ni Aliya batuk-batuk. Haziq hanya selsema tapi dah baik. 



Semoga Aliya Haziq sihat dan baik saja..Insya-Allah ..amin