My Blog


Saturday, September 10, 2011

Aliya di Majlis Sambutan Birthday Yang Ke-1 Tahun

Hari Sabtu 12 Syawal/10 September 2011 Birthday Aliya. Sini ada pic Aliya tengah potong Kek :-). Babah uploadkan

                                                                     









Selesailah sudah bila Aliya dapat kek harijadi ia :-). Alhamdulillah syukur sangat Aliya sihat dan makin membesar. Dah pandai turun dari katil dan kerusi dah pandai cakap bird, bee, dah pandai lambai tangan bila ibu babah pergi kerja, dah pandai jalan2 sendiri guna kereta mainan...


Aikk ...babah tak ada dalam semua pic ni sebab babah jadi cameraman lah....

Sunday, August 28, 2011

Aliya di PARKSON Subang Parade dan di Toy r US Subang Jaya

Babah ibu bawa Aliya jalan jalan carikan kasut raya dan mainan
Dah dapat semua...
Belikan sekali anak patung kucing yang comel

Thursday, August 25, 2011

Babah kerja out-station di johor. Aliya dengan ibu saja 2 hari ni

Aliya masih selsema lagi. Lambat nak elok pulak kali ni. Biasa tak lama kalau Aliya selsema. Tunggu lah sampai sabtu ni. Kalau tak ok nak bawa hospital sebab takut berkahak pulak. Tak tau lah sebab apa? Kalau sebab aircond tak mungkin sebab Aliya dah biasa. Cuma kalau sebab ibu banyak minum air batu agaknya bulan puasa ni. Tak tau lah...tengoklah macam mana kalau teruk pegi demc semula.

tadi petang ibu bagitau Aliya selsema juga tapi kurang lah. Selsema sebab Aliya menangis. Sekarang ni Aliya selalu menangis tu yg buat jadi selsema semula. Begitu lah

Tadi malam Aliya tidur awal. Ibu ada call babah. Bagitau lah keadaan ibu keadaan aliya dan baby. Semua ok. Babah risau bila tinggalkan ibu dengan Aliya saja kat rumah walaupun wan atuk ada. banyak ibu kena buat bila babah tak ada ni. tapi esok babah dah balik kl. babah ada ibu boleh jaga Aliya je. Babah boleh buat semua.

Pagi tadi aliya bangun awal. 530pagi tengah ibu babah sahur....aliya tak sahur tp minum susu jek

semalam bila balik kerja sampai rumah Aliy abila nampak babah ibu terus nak dekat. Rindu sangat kat ibu babah ia.

masa berbuka puasa aliya yang paling sibuk :-)
kena lah melayan ia...

selesai berbuka puasa kena layan aliya main main kat bilik sebelum tidur. masa nak tidurkan aliya babah ibu kena ada sama baru aliya senang tidur. semalam pun kira lewat juga aliya tidur. lama lama baru tidur tu pun kena tepuk tepuk :-) baru tidur.

babah tidur lewat sebab banyak buat kerja. gosok pakaian, cuci botol susu, simpan air masak untuk aliya

Wednesday, August 24, 2011

Ibu beli baju kurung Aliya yg baru untuk raya ni..color purple cantik

Ibu babah balik awal sebab nak ambil HP yg repair kat Kompleks PKNS Shah Alam sana. Sambil tu nak cari baju raya untuk ibu. Last tak jadi beli baju raya ibu sebab tak ada blaus color kuning. Jadi cari baju Aliya je. Ternamak 1 baju kurung purple. Saiz Aliy aplak tu. Ibu yang nampak. Terus minat dan beli. Sampai rumah memang muat sangat dengan Aliya. Comel je ia pakai baju kurung :-)

Tunggu pic Aliy aberbaju kurung lah...kita tengok sama sama
Babah ibu pun kena color purple untuk Raya tahun ni... Purple Family

Aliya sejak sejak ni dah pandai marah marah hihihihihi kalau tak dapat apa yang ia nak tu....anak babah ibu ni..bukan main ia ye....kekadang tu buat lembik badan..Risau nak angkat angkat ia kalau dah buat mcm tu...

Aliya ni dah bijak mengawal situasi. Ibu babah kena lah beri perhatian lebih untuk Aliya

Tuesday, August 23, 2011

Aliya makan nasi menggunakan Beras Perang Jenama Jasmine







Yang ni lah Jasmine Sun Brown. Untuk nasi Aliya


Aliya masih selsema lagi dan semakin kuat menangis bila tak dapat apa yang ia nak

Entahlah kali ni Aliya selsema lama sangat. Tak elok lagi tp nampak macam kuranglah selsema tu. Tak dengar pun nafas ia kuat. Hingus pun tak banyak. Ubat ada bagi tapi bila babah ibu dah balik lah. Wan tak boleh bagi ubat sebab tak nampak. Nanti terlebih atau terkurang pun tak boleh. Harap selsema Aliya ni baik lah cepat sebab dah nak raya ni...


Lagi satu sejak sejak ni Aliya kalau tak dapat apa yang ia nak atau tak dapat apa yang ia nak buat mesti menangis. Dah sampai peringkat nak berjalan ni macam tu lah agaknya. Nak lebih perhatian. Babah ibu layan jelah.

Dengan berjalan laju dan merangkak sana sini. Aliya dah tau nak masuk bilik tengok tengok pastu keluar semula kejap pergi dapur kejap memanjat kejap nak dukung lepas tu nak turun semula.emmmm penat jugalah memegang Aliya yang tengah aktif ni. Tapi seronok dapat tengok Aliya membesar macam ni...Bersyukur sangat dapat Aliya ni. Manja pulak tu tapi babah kekadang marah juga Aliya tapi Aliya tetap nak manja dengan babah

Yang best Aliya ni taime nak tidur. Mesti nak ada babah ibu sebelah sebelah ia. Mesti Aliya golek golek kejap kat ibu ia kejap kat babah ia. Ulang alik babah ibu baru tidur.

Selain selsema ni ada lagi satu yang merungsingkan babah ibu Aliya yak keras. Tukar beras perang nampak macam ok. Tapi tunggu lah apa beza bila makan beras perang ni...

Harapan tu nak semua elok buat Aliya kami yang comel ni...INSYA-ALLAH

Sunday, August 21, 2011

Aliya genap umur 11 bulan pada hari ini 21 Ogos 2011

Alhamdulillah Aliya dah 11 bulan.
Semakin banyak Aliya belajar bila dah makin membesar ni. Asyik tengok apa yang babah ibu buat dan semua kat rumah tu buat. Masa babah ibu drive pun Aliy aminta nak tengok.
Aliya bila berjalan bukan main laju je...best tengok Aliya aktif dan sihat

Aliya selsema lah...cian Aliya
Tapi ubat ada dan bagi makan ubat 3x sehari tapi ubat tu buat Aliya mengantuk lah

Aliya yak keras sejak sejak ni
Babah tukar kan guna beras perang pulak. Semalam ok je yak. Tak keras.
Kalau yak keras cian Aliya . Susah nak yak.Menangis kekadang tu...