My Blog


Monday, August 27, 2012

Hari Raya Aidilfitri yang suram

Pada 23 Haribulan Ogos 2012 Khamis 5 Syawal 1433 "Wan"  Aliya & Haziq telahkembali ke rahmatullah untuk selamanya. Nama "Wan" Aliya & Haziq ialah Halimah binti Haji Mansor. Semoga Almarhumah wan rohnya di terima ALLAH S.W.T...Amin...

Al-Fatihan untuk Wan.....

Aliya selalu panggil Wan...Wan..Wan. sampai sekarang. Aliya pun selalu masuk bilik wan nya...tapi wan tak ada lagi. Selalu guna HP ibu call wan nya...tu yang buat babah ibu rasa sedih...

Sebab wan jaga Aliya dan Haziq sejak bayi lagi..........

Monday, July 30, 2012

Dah lama tak update blog...

Aliya sekarang ni dah semakin banyak bercakap. Haziq pula dah boleh bertatih. Kalau bab memanjat Haziq kuat. Aliya dan Haziq pun dah pandai main sama-sama. Cuma kalau rebut barang tu Aliya menang sebab Haziq kan baby lagi :-)

Tapi kalau time berbuka yang paling sibuk Aliya dan Haziq. Aliya sibuk nak hidang makanan dan susun pinggan. Haziq pula sibuk nak makan semua. Kalau tak berjaga habis semualah yang atas meja makan nanti........

Kena bergilir menjaga Haziq ni...Aliya pula masa makan senang sebab Aliya kan dah pandai cakap nak makan tu nak makan ni.

Cuma masa siang waktu bulan puasa sabtu dan ahad Aliya dan Haziq susah nak tidur. Babah mengantuk menjaga yang 2 ni sebab ibu sibuk masak kat dapur lah...

Gambar Aliya & Haziq dari hp ibu

Kakak & Adik :-)











Ada juga gambar ibu tersayang ....

Keadaan Rumah Indah Cempaka Sedang Renovation

Rumah sekarang berselerak. Yang dah beli air-cond dan mesin basuh. Ingat nak tambah 1 air-cond lagi untuk hall. Perabut pun dah ready nak hantar. Sekarang tunggu dapur siap dulu. Tak siap dapur tak boleh masuk barang . debu..........














Harap sebelum bulan September 2012 ni siap lah semua. Ingat bulan Ogos dah ready semua tapi tak boleh siap juga. Terpaksalah tunggu

Wednesday, July 11, 2012

Indah Cempaka, Pandan Indah Kl (near LRT CEMPAKA)



1 bilik saja (Studio Type). Sekarang sedang renovate untuk di sewa semula

!!! RUMAH UNTUK DI SEWA !!!

Aliya dan Haziq- Terkini

Aliya sekarang umur dah 1 tahun 9 Bulan.

Sejak dijaga pengasuh nama Ida ni Aliya nampaknya ok. Ceria sangat bila babah ibu sampai nak ambil balik rumah. Makan mandi siap semuanya. Kalau sakit ubat bagi ikut time. Tak macam masa dengan pengasuh pertama dulu. Ida ni pandai jaga budak.

Sekarang Aliya dah pandai bercakap. Masuk rumah pun dah pandai cakap " "Assalamualaikum" . 


Dah banyak perkataan boleh Aliya sebut. Senang faham. Kalau suruh tu Aliya tau nak buat. Cuma jangan sebut perkataan "Mandi". Aliya dengar saja terus nak mandi :-). Walaupun baru saja mandi tadi. Dah semakin membesar ni. Makin manja lagi lah. Kena layan jer Aliya ni.


Sekarang Aliya nak buaian duduk. Nak main buaian . Main basikal dah bosan agaknya sebab tak boleh nak kayuh sangat lagi....


Haziq sekarang umur 9 bulan dah. Dah lasak sangat. kalau di pegang tu meronta ronta le. Kalau masa basuh berak lagi kuat meronta. sebab Haziq asyik nak main air paip tu :-). Risau babah ibu sebab takut terlucut je. 


Haziq sekarang dah boleh berdiri sendiri dan duduk sendiri. Rasanya cepat Haziq ni boleh berjalan. Haziq pun dah pandai sebut perkataan "Bah Bah Bah" dan "Tetek"



Sekarang ni Aliya batuk-batuk. Haziq hanya selsema tapi dah baik. 



Semoga Aliya Haziq sihat dan baik saja..Insya-Allah ..amin

Tuesday, June 26, 2012

Aliya Q1 update 26 Jun 2012

Sekarang dah mula proses plaster dan cat. Tahun depan complete projek Aliya Q1

Aliya Q1 dari sudut tepi. (LRT & tasik sebelah depan)










Saturday, June 23, 2012

Aliya main basikal baru. Haziq tengok

Aliya dan basikal baru








Tapi Aliya kaki belum boleh kayuh lagi sebab masih tak sampai :-). tunggu umur 2 tahun kot baru boleh kayuh basikal ni. kalau dah boleh kayuh nanti babah ibu selalu bawa Aliya main basikal kat Taman Setia Mall Setia Alam tu...kan ibu

Friday, May 25, 2012

Hari ke-10 aliya haziq di jaga pengasuh tapi ini pengasuh ke-2 (percubaan)

Hari ni hantar aliya haziq ke rumah ida pulak. bukan hantar ke rumah kak nah tu.

ida nak try jaga haziq aliya dulu sebelum kata setuju nak jaga aliya haziq

sampai rumah ibu explain lah pasal susu haziq aliya, sabun mandi haziq aliya dan lain lain..seperti pakaian

buaian dan walker dah hantar semalam.

tak lama lah bercerita sebab dah lewat juga.

hari ni aliya menangis semula sebab tak biasa lagi dengan ida. aliya dah biasa dengan kak nah.

ibu sayang sayang dengan haziq dan aliya sebelum pergi kerja.

ida bawa aliya ke bilik mainan nak bagi aliya berhenti menangis. ida ada anak lelaki macam sebaya aliya. harap aliya boleh berkawan nanti.

babah ibu tengah tunggu feedback dari ida tentang aliya dan haziq :-). harap semua ok masa ida jaga aliya dan haziq hari ni sampai petang

Ini gambar aliya dan haziq duduk dalam stroller hari pertama hantar kepada pengasuh

Comel comel babah dan ibu














Dah siap nak hantar aliya dan haziq ke rumah kak nah dah ni ;-)