My Blog


Friday, January 18, 2013

Kakak & Adik Kesayangan babah ibu

Comel-Comel Babah Ibu ni....sedang bergurau senda atas katil DEMC












Haziq yang Comel Masa di DEMC pada 24 November 2012

Haziq ni sedang main main dalam bilik info DEMC. Haziq nak jalan-jalan tak mahu duk dalam wad . Jadi bawak kat bilik ni lah...

Ni lah Haziq....suka sangat. Ni Kali ke-2 Haziq masuk DEMC sebab Demam














Anak Babah Ibu yang comel tapi lasak je walaupun tak sihat :-)

Hari Jumaat yang Terbaik

Pagi jumaat ni semuanya lancar. Berkat hari Jumaat. Sebab Aliya & Haziq tak meragam pun. Tak menangis tak manja-manja tak berebut. Kakak & adik dapat biskut jacob. ibu beli :-)

Hantar Aliya ke rumah pengasuh dengan motor. Aliya suka naik motor. Adik dengan ibu dengan kereta. Hari ni Semuanya ceria belaka. Alhamdulillah.

Sejak-sejak ni Aliya dan Haziq sentiasa ceria, sihat Alhamdulillah sangat. Semoga semuanya ini akan berterusan Insya-Allah

Umur Aliya sekarang 2 Tahun 4 Bulan.
Umur Haziq sekarang 1 Tahun Bulan.

Semakin membesar dan lasak je Haziq. Panjat kerusi pun dah boleh. Kakak pulak dah bercakap pandai...amin semuanya

Thursday, January 17, 2013

Aliya Q1 Terkini

Aliya Q1 dah nampak cantik. Lama sungguh tak pergi melawat kat sana. Ini di antara pic terbaru Aliya Q1.......
















Siap sepenuhnya mengikut kata Developer antara september atau oktober 2013. Semoga tiada masalah...amin... amin..amin

Friday, December 7, 2012

Sunday, September 23, 2012

Aliya Condo update

Dah lama tak tengok kondo Aliya ni. Baru lah dapat tengok. Hampir 3 bulan langsung tak tengok-tengok dah. Bila semua dah ok dapat lah bawak ibu aliya dan haziq tengok. 

Dah cat cat pun. Developer kata April 2013 dapat kunci lah. Tak sabar nak tengok ....





Saturday, September 22, 2012

Aliya sambut Harijadi yang ke-2 Tahun pada 21 September 2012

Dah lama tak update blog PermataAliya ni. 

Pada 21 hb Sept harijadi Aliya tapi buat pada sabtu 22 hb sept 2012 sambut harijadi aliya. Sekarang Aliya dah 2 Tahun. Seronok tengok Aliya masa potong kek. Ibu order kek gambar Minnie Mouse kat atas kek sebab Aliya suka pada minnie mouse. 

Sekarang rambut aliya dah pendek. ibu potongkan. 

Ini gambar-gambar masa sambut harijadi aliya hari tu

KEK HARI JADI ALIYA

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------







Tak lama lagi buat harijadi untuk Haziq pulak pada 8 Oktober 2012. Tu Haziq yang semakin lasak. Aliya Haziq pakai baju baru :-). Ibu tolong Aliya potong kek tu

Gambar-gambar tetamu yang hadir di Majlis ni termasuk jiran sebelah rumah, pengasuh dan family ibu ...ramai jugalah






















Syukur Alhamdulillah sebab majlis ni berjalan lancar walaupun sederhana sederhana saja. Aliya babah sayang aliya ye....

Sekarang aliya dah suka merajuk merajuk. kalau dah mula merajuk aliya akan pergi kat luar bilik atau kat katil duduk main sorang sorang. babah ibu kena selalu pujuk aliya. selalu merajuk dengan haziq je ;-)