My Blog


Tuesday, April 26, 2011

Aliya suka Tommee Tippee

Sebenarnya Post pasal Aliya dan Tommee Tippee babah dah terdelete semalam. Tak perasan tiba tiba hilang je kat blog. Ibu pun tanya sebab ibu ada komen dalam post tu. Takpelah ibu, ibu komen lagi ye. Babah pulak terpaksa buat ayat ayat yang baru pasal Aliya dengan Tommee Tippee. Untuk pengetahuan semua Aliya memang ibu bagi susu badan selama 6 bulan siang malam tapi Aliya ni ada masalah sakit tekak. Berlaku pada dalam bulan Mac dan April 2011. Aliya jurang minum susu ibu dah. Menyusu pun kejap kejap. Risau babah dengan ibu dah. Tu yang bagi susu Formula dah. Mula mula bagi EnfaPro. Selepas tu Ammum sampailah hari ni. Terus AMMUM je dah. Kalau boleh tak mahu bagi susu formula langsung tetapi memandang keadaan Aliya yang tak berapa sihat kurang menyusu, kurang ******* dan ibu pun bz dengan kerja sebab ganti bos yang nak pencen jadi alternatifnya TERPAKSA bagi Aliya susu formula je. Babah ok je sebab janji Aliya sihat. Pada 8 April 2011 balik dari Melaka Aliya dah start dah minum susu formula. Ada masalah juga sebab Aliya ni tak suka botol susu. Kalau 2oz tu 1 jam baru Aliya dapat habiskan. Kasihan Aliya sebab susah nak minum guna botol. Aliya sebelum ni guna botol MAM tapi susah Aliya nak habiskan susu. Dengan puting no 1 dan 3 pun tak ok. Mungkin sebab puting MAM tu leper kot Aliya tak suka. Tapi yang peliknya kalau minum air suam je guna botol MAM ok pulak. Pening babah dengan ibu, Mujur ibu teringat Barnd Tommee Tippee ni. Terus babah dengan ibu cari. jumpa je terus beli tapi putingnye standard 0+ no. jadi kalau Aliya hisap tu slow lah. Jadi beli pulak puting Tommee Tippee 6+ no 3 Alhamdulillah Aliya dapat terima. Cepat Aliya habiskan susu 3oz dengan botol Tommee Tippee. Jadi semalam babah dengan ibu beli lagi 1 botol Tommee Tippee khas untuk Aliya sayang ni. Ok lega dah babah dengan ibu. Wan pun tak penat tunggu Aliya. Thanks Aliya

2 comments:

  1. emm... alhamdulilah aliya dah enyusu byk dgn botol tommee tipee tu... Lega dah ibu.... Tapi ibu tetap pump susu utk aliya... Walaupun tak dpt pump byk at least 2x pun jd laa... atleast dapat gak laa aliya menyusu susu ibu cam dulu wpun x sekerap dulu...

    ReplyDelete
  2. Babah pun support ibu. Semua kerja rumah babah buat pun tak pe. ibu jaga aliya je dan jaga baby kita. tapi ibu pun kena jaga kesihatan tu yer

    ReplyDelete