Sejak bulan puasa ni Aliya tak dapat manja sangat dengan babah ibu sebab babah ibu selalu balik lewat ke rumah sebab jalan jem. Memang bulan puasa ni jem teruk kat semua jalan di KL ni. Terpaksa lah sebab tinggal jauh macam ni. Semalam pun lori sampah terbalik kat NKVE. Jem lagi. Dah kat Jalan Tun Razak jem teruk masa nak kuar office tadi. Tambah ni. Dekat buka puasa tu. Lecehnyaaaaaa
Awal pagi tadi sehingga pukul 6 pagi Aliya macam biasa je. Kepenatan di bulan puasa ni. Minum susu biasa je. Pagi sebelum pergi kerja babah ibu manja manja dengan Aliya. Aliya hantar babah ibu pergi kerja.
Hari ni juga babah selesaikan semua yang perlu bayar pada bank-bank semalaysia ni. Kering poket
Rumah ibu plak air bocor sejak semalam. Habis lah. Tinggi bil. Tapi pukul 11 pagi orang dah repair. Kena RM130. Dah ok. Susah hidup kalau air problem ni. Lagi masalah bil aada baby macam Aliya...
Semalam sebab jem teruk babah ibu terpaksa sampai lewat. Dah lah lewat singgah plak kat TESCO. Nak beli susu Aliya. Balik pukul 8 malam sampai. Aliya dengar ibu balik terus menangis. Babah ibu terus mandi. Ibu makan dulu sebab nak susukan Aliya jap lagi. Babah dengan ibu dah berbuka dalam kereta tadi dah...
Sampai rumah makan gitu gitu jer..
Pas makan tu babah ibu temankan Aliya tidur. Susah juga nak tidurkan Aliya sebab kalau tak mahu tidur tu Aliya asyik nak main je...
Babah pulak kemas kemas kat dapur, cucui botol le malam ni. Ibu tidurkan Aliya. Siap babah pun sama sama tidurkan Aliya. Leg atengok Aliya sihat ni. Tidur comel je Aliya........
Tunggu Aliya bangun esok pagi
No comments:
Post a Comment