My Blog


Wednesday, November 30, 2011

Haziq dah main nak golek golek badan dah... :-))

Haziq sekarang umur dah hampir 2 bulan dah. Alhamdulillah sihat. Seminggu dua sebelum ni ada lah batuk batuk dan muntah muntah selepas menyusu tapi dah kurang semua tu. Kekadangkala b***k banyak. Kekadang dapat tengok Haziq senyum senyum sendiri :-)). Biasalah baby ni..

Haziq sebelum ni selalu menangis kalau lambat menetek. Bukan apa Haziq nak cepat dan banyak tapi Aliya pun masih menyusu dengan ibu lagi. Jadi ibu kena supply susu bada untuk 2 baby. Kena makan dan minum banyak yang berzat dan elok elok macam ikan sayur daging ayam buah buahan kan. Ibu pun kena jaga kesihatan


Masa Hari Raya Haji hari tu ibu babah dah buat cukur jambul untuk Haziq cuma sekarang nak cukur kan Haziq botak. Tapi tak tau bila nak buat nya. Tengok lah macam mana. Babah ken atry lah kalau tak ada orang yang boleh cukurkan Haziq :-))

Haziq sekarang ni selalu tidur dalam buaian cuma kecian tengok Haziq sorang sorang dalam buaian tu. Cuma bila dalam buaian tu Haziq tidur lama lah. Kalau atas tilam selalu terjaga. Aliya pun selalu nak bergurau dengan Haziq. Haziq kan dah boleh tengok. Mengelak mengelak saja. Kekadang tu menangis...

Inilah cerita tentang Haziq secara ringkasnya.............

No comments:

Post a Comment