My Blog


Friday, December 2, 2011

Aliya bangun tidur dari buaian

Entah lah kenapa Aliya pagi ni. Aliya tidur dalam buaian lepas menyusu. masuk buaian pukul 4 pagi. pukul 6 pagi aliya terjaga terus menangis sampai pukul 7 pagi tadi. Menangis je. memula haziq menangis nak susu. agaknya aliya terkejut terus menangis. lepas tu kejap nak dukung dengan ibu, kejap dengan babah, kejap dengan wan, kejap dengan atuk ia. pastu masuk dalam buain semula terus tak mahu. macam takut sesuatu saja ni.

Tapi lelama tu ok lah. boleh dah ajak main main dan tengok tengok luar. lagi pun aliya sekarang demam. suhu badan 37-38c++. entahlah asyik demam saja.

Haziq pulak sihat sahaja. cuma sekarang dah kuat bergerak macam nak meniarap. tangan angkat kaki angkat. kekadang tu dengar suara haziq macam memanggil ibu je. kalau lambat dapat susu ibu haziq menangis lah.

cuma haziq sekarang belum cukur botak lagi kepala dia. babah nak buat tapi hujung minggu ni sibuk saja. InsyaAllah harap ada lah masa boleh cukurkan haziq.

Suka tengok haziq dengan aliya :-)

No comments:

Post a Comment