My Blog


Monday, January 9, 2012

Ibu mula kerja selepas bercuti bersalin selama 3 bulan

Tadi dah banyak tulis dalam ni tapi firefox pulak hang terus hilang. tension babah

Sebenarnya sebelum sampai 9hb jan 2012 ni babah ibu cukup risaukan haziq sebab haziq kan baru 3 bulan. jadi haziq masih menyusu badan. yang risau tu sebab haziq tak suka minum susu guna botol. tu yang jadi masalah. mula mula tu haziq ok tapi dah lama lama ni sebab selalu menyusu badan haziq dah tak suka susu botol.

sebulan sebelum ibu ada juga cuba bagi susu botol pada haziq. susu yang perah. tapi haziq tak suka. menangis kalau guna botol. haziq suka menyusu direct. aliya pulak babah ibu tak risau sebab dah besar dah boleh minum air suam ke, susu botol ke cuma kurang lah . aliya lebih suka menyusu macam adik jugak.

jadinya nak tak nak bila dah mula kerja ni ibu babah tawakal je lah

hari ni hari pertama ibu mula kerja bila ibu call wan, wan kata haziq menangis selalu sebab tak suka minum susu botol. susu ibu yang perah tu. kalau minum pun sikit je. tapi kalau guna susu formula dalam botol haziq minum lebih sikit.

harapan babah ibu semoga haziq dan aliya akan biasa dengan keadaan selalu kena tinggal ni. aliya babah ibu tak risau sangat cuma haziq. aliya pun semakin faham. sekarang bila babah ibu pergi kerja aliya lambai dan flying kiss.

nanti babah sambung semula sebab busy je.

banyak sangat tertinggal hari dah...nak buat catatan blog dah tak macam dulu. banyak kerja je

No comments:

Post a Comment