My Blog


Monday, February 20, 2012

Aliya dengan haziq kena marah dengan babah ibu

Malam tadi babah ibu marah kat aliya dan haziq sebab aliya masa makan ia main main jer. Haziq pulak asyik menangis saja.

Sampai aliya takut pada babah. bila babah nak dukung aliya menangis cari ibu. tapi lepas tu aliya dah ok semula dengan babah sebab aliya tau babah sayang ia.

Haziq menangis sebab nak susu. bila ibu dah pegang haziq diam. haziq ni sekarang dah tak boleh di tinggal. mesti nak kena ibu pegang selalu. dengan babah pulak kalau babah dukung haziq mula2 tu ok lah. tapi kalau lama2 sangat haziq menangis nak kat ibu juga.

haziq sekarang dah nak mara. dah pandai pusing badan. kaki pun dah tolak tolak ke belakang sebab nak mara. tak lama lagi meniarap lah tu.

aliy apulak gigi atas dah banyak. bawah baru 2. baru tumbuh. dah makin petah bercakap. cat dog bird. kalau nampak je aliya akan sebut.

hari ni aliya bangun awal. 530pagi dah bangun nak main permainan. tapi bila babah ibu nak kerja ibu idurkan aliya dalam buaian. mengantuk lagi aliya sebab bangun awal

haziq pulak senang nak tidur semula macam pagi tadi haziq pun bangun awal tapi masa ibu siap siap tu ibu tidukan haziq dalam buaian juga. senang haziq tidur semula.

Tuesday, February 14, 2012

Aliya & Haziq bangun awal pagi ni

Pukul 6 pagi aliya dan haziq dah bangun cari ibu nak menyusu. siap menyusu teruslah nak berjaga. hari ini ibu kena sampai ofis awal sebab ada meeting pukul 930pagi. kena samapi awal sebab nak sarapan di cafe.


ibu kenalah melayan 2 comel ni. lagi pun ibu dah bangun awal jadi boleh lah nak melayan. kekadang tu aliya cari babah nak itu nak ini. kenalah babah melayan sambil bersiap nak pergi kerja.

tapi happy lah sebab tengok aliya dan haziq ni aktif je. sihat alhamdulillah aliya dan haziq. haziq pulak dah tak mahu duduk diam asyik nak golek golek dah. haziq dah pandai jadi nak buat selalu. kaki selalu tendang tendang :-)

Aliya pula sibuk dengan kereta baru tu. bunyi macam macam jadi pagi pagi terus tekan buni. siap aliya tarik atas sofa dan naik. takut babah ibu tengok. takut aliya jatuh je nanti.

lepas tu wan tidurkan aliya haziq , baru babah ibu pergi kerja. hari ni sampai awal :-)

Monday, February 13, 2012

Haziq dah pandai pusingkan badan macam nak mara

Haziq dah semakin lasak. dah pandai pusingkan badan nak mara. sekarang asyik buat style meniarap dan tendang kaki nak mara kedepan je dah. Haziq dah kuat :-)

Aliya pulak semakin bijak. dah pandai buka penutup botol susu. dulu tak pandai. sekarang ni aliya dah pandai banyak pekara.

Semalam wan belikan aliya kereta tolak yang baru. warna pink. banyak muzik lagi. ada lah 10 butang muzik. boleh buat lampu kereta menyala lagi. ada rama-rama kat dalam cermin :-)

sabtu ahad babah tak ada kat rumah. tinggal ibu jaga aliya dan haziq masa babah tak ada tu. semalam baru balik rumah sampai pukul 8 malam. aliya happy bila nampak babah sebab boleh dukung dan main kuda kuda dengan babah :-)

babah sukalah melayan aliya ni. tunggu haziq besar pulak boleh aliya dan haziq main naik kuda dengan babah :-)

Haziq & Aliya Terbaru

dari Haziq dan kakak


Haziq Terbaru

Haziq yang comel




Thursday, February 9, 2012

Alaiya selalu usik haziq :-)

Aliya sejak sejak ni dah pandai mengusik adiknya haziq. aliya suka bergurau dengan haziq.
Bila babah ibu tinggalkan aliya dengan haziq..siap lah haziq kena usik dengan aliya.

Aliya akan tepuk tepuk haziq
Aliya akan gigit tangan haziq
Aliya akan masuk jari dalam mulut haziq
Aliya cucuk mata haziq
Yang ni selalu babah ibu nampak lah :-) aliya buta kat haziq

Lepas buat semua ni aliya akan pandang ababh ibu sambil ketawa...comel nya......

ini yang selalu buat babah ibu ketawa sama sebab kelakar tengok haziq kena usik dengan kakanya........

Tapi aliya sayang sungguh kat adiknya haziq. bangun tidur terus cium haziq
pas mandi cium haziq
kalau berdua dengan ibu lepas usik usik haziq aliya akan sayang haziq...bestnya tengok.

Tak sabar nak tengok haziq besar macam aliya..boleh berjalan boleh lompat lompat atas katil..boleh bawa jalan kat luar rumah...


sabar menanti saat aliya dan haziq tunggu babah ibu balik kerja kat pintu rumah   ... :-) INSYAALLAH

Aliya & Haziq Part semakin sihat

Alhamdulillah sejak 2-3 hari ni nampaknya aliya dan haziq dah semakin sihat. Batuk batuk dan selsema pun dah kurang. Semalam aliya dan haziq langsung tiada batuk batuk lagi.

Babah ibu risau sebab takut juga melarat jadi demam. Tak mahu lah demam demam lagi sebab aliya pun dah 2x demam teruk sampai masuk wad. jadi babah ibu jaga betul betul lah comel comel babah ibu ni.

Ubat batuk dan selsema pun dah stop bagi aliya dan haziq.

Aliya pulak sejak batuk batuk ni senang betul makan ubat. nampak ubat je terus nak. kalau dulu susah nak makan ubat.

Haziq kali ni yang susah makan ubat. ubat 0.5 ml pun tak boleh nak bagi haziq sebab haziq pandai tutup mulut ia :-). kalau boleh tak mahu haziq makan ubat tapi sebab batuk teruk babah ibu bagi juga lah.

Tapi bila dah elok ni stop bagi. tak elok sangat bagi makan ubat kat baby

Lagipun ibu pun dah sihat dari batuk batuk dan selsema. jadi sebab tu aliya dah haziq dah tak batuk2 lagi...