My Blog


Thursday, February 9, 2012

Aliya & Haziq Part semakin sihat

Alhamdulillah sejak 2-3 hari ni nampaknya aliya dan haziq dah semakin sihat. Batuk batuk dan selsema pun dah kurang. Semalam aliya dan haziq langsung tiada batuk batuk lagi.

Babah ibu risau sebab takut juga melarat jadi demam. Tak mahu lah demam demam lagi sebab aliya pun dah 2x demam teruk sampai masuk wad. jadi babah ibu jaga betul betul lah comel comel babah ibu ni.

Ubat batuk dan selsema pun dah stop bagi aliya dan haziq.

Aliya pulak sejak batuk batuk ni senang betul makan ubat. nampak ubat je terus nak. kalau dulu susah nak makan ubat.

Haziq kali ni yang susah makan ubat. ubat 0.5 ml pun tak boleh nak bagi haziq sebab haziq pandai tutup mulut ia :-). kalau boleh tak mahu haziq makan ubat tapi sebab batuk teruk babah ibu bagi juga lah.

Tapi bila dah elok ni stop bagi. tak elok sangat bagi makan ubat kat baby

Lagipun ibu pun dah sihat dari batuk batuk dan selsema. jadi sebab tu aliya dah haziq dah tak batuk2 lagi...

No comments:

Post a Comment