My Blog


Monday, October 17, 2011

Inilah Putera Kami Haziq Lahir Pada 8 Oktober 2011 Pukul 7:32pm

Muhammad Harith Haziq

Haziq Hari ke-2
 Haziq & ibu
 Haziq, ibu, kakak & wan
Babah tak ada dalam pic. jadi camera-man je

Kisahnya....
Tarikh dijangka bersalin
-7 Okt 2011
-8 Okt 2011
-17 Okt 2011
-20 Okt 2011
-24 Okt 2011
 Ibu memang merancang bersalin di DEMC ni sebab perjalanan dari rumah ke DEMC tak jem. kalau tak jem tu dalam 20min boleh sampai bile emergency. paling lama pun dalam 30min sampai walaupun jalan jem. jem nya pun kat jalan meru tu je. selepas tu jalan dah clear. fedral highway tak jem. tol pun semua RM1.60 sehala...

Untuk booking bersalin di DEMC ni kena buat checkup pregnant 2x. Doktor pun boleh pilih-pilih mana yang kita suka. Ibu pilih doktor norleen. Tapi susah nak dapat doktor norleen ni sebab ramai sangat yang pilih dia. 1st checkup (date tak ingat) tak dapat dengan doktor norleen. dapat doktor (nama lupa). Buat scanning baby ok lah (haziq). lepas tu balik dan set appointment 2nd dengan doktor norleen. Kali ni dapat lah jumpa dan sesi dengan doktor norleen bermula. kena interview dan scan baby. doktor norleen kata kena datang lagi buat follow-up pada 5 oktober 2011 sebab nak tengok keadaan ibu dan baby lagi tapi doktor norleen kata anytime boleh bersalin. buat appointment pada 12 oktober 2011 lagi dengan doktor norleen tapi doktor norleen kata nak tengok pada 10 oktober 2011. entah dah lupalah babah yang babah ingat malam 7hb tu ada datang ke DEMC sebab ibu rasa macam nak bersalin dah. sampai DEMC nurse check belum buka lagi tapi kata nurse kena berjaga jaga lah. ibu tak mahu duk wad sebab aliya ada kat rumah. lepas tu balik dan ibu berehat je...

tapi sejak balik tu rasa sakit kerap dah. makin lama makin rasa sakit. 8hb pukul 2pm ibu kata ada darah keluar. nampak dekat pek. terus bersiap pergi DEMC. Nasib baik semua barang ibu dan barang baby dah tersedia. sebab dah prepare awal awal masuk dalam beg. babah ibu dah risau takut terbersalin dalam kereta plak. terpaksalah tinggalkan aliya kat rumah. masa nak bertolak ke DEMC tu aliya ada tengok dan aliy adiam je tak menangis kena tinggal babah ibu ni.

Perjalanan ke DEMC lancar je sebab jalan tak jem. sampai dalam 2:30pm tu terus pergi tingkat 2. jumpa nurse dan buat checkup. nurse check dan kata dah buka 2cm. so ibu kena tahan terus dalam bilik bersalin tu. katanya bila-bila masa bersalin. Nurse kata tengok keadaan ibu ni sebelum pukul 8malam ibu akan bersalin. nurse pun call doktor on-call nama doktor zamri. doktor yang baru baik demam denggi gitu. nurse bagi ibu ubat dan 1 injection untuk tahan sakit. ibu pun kena sedut gas bila dah makin sakit. masuk pukul 5 pm tu ibu dah sakit sakit. tunggu masa je. dalam pukul 6 pm babah tengok nurse 2 orang tu tengah sibuk buat persiapan untuk ibu bersalin. pasang tu pasang ni. bila bersalin di swasta ni takde lah kecoh macam bersalin di hospital kerajaan. berbeza sangat. sebab aliya dulu bersalin di hospital kerajaan. kali ni adiknya bersalin di hospital swasta. padanlah dengan bayaran yg kita buat tu.

risau juga babah masa tunggu ibu tu. sebab tengok nurse2 tu relax je. setiap 30min tu nurse datang tengok keadaan ibu. tanya keadaan ibu. tengok buka makin besar. dari 2cm ke 4cm ke 6 cm ke 8cm. bila 8cm tu ibu dah makin lemah. dalam pukul 7 mlm doktor sampai dan tengok ibu. tengok jantung baby semua ok. baby tak ada masalah. babay dah nak keluar sangat. sebab dah lama duk dalam perut ibu. lagipun nak tengok kakak aliya ia.

dalam pukul 715pm tu nurse pun dah tunggu ibu. sementara doktor datang semula. nurse minta ibu tenang dan bertahan sementara tunggu doktor. ibu rasa baby dah keluar tapi nurse kata belum lagi. lama juga lah tunggu. sampai 720 lebih kurang doktor sampai dan terus process bersalin bermula.

Tepat pukul 732pm lahirlah Muhammad Harith Haziq yang comel. Ibu selamat baby selamat. Babah bersyukur pada tuhan sebab dikurniakan lagi anak. yang bestnya dapat anak lelaki. jadi dapat sepasang. 1 boy adik iaitu Haziq 1 girl kakak iaitu Aliya :-). beza 1 tahun je. 2 baby lah kiranya. Aliya pulak masih baby jadi kakak :-)

Aliya masa di rawat di DEMC Shah Alam akibat demam virus-5 hari di wad Part 2

Aliya mengisi masa lapang di DEMC











Alamak ...kasut Aliya tertanggal plak ni..........

Aliya masa di rawat di DEMC Shah Alam akibat demam virus-5 hari di wad

Aliya masa demam ni. cian tangan kena balut :-(

Tengok Aliya tidur ni :-)

Aliya admission di DEMC 29 September 2011. Aliya demam virus. Seminggu sebelum tu babah ibu tak sedar Aliya demam sebab Aliya aktif macam biasa. Cuma hari isnin 19 september ibu rasa badan Aliya panas tapi check suhu badan normal. Suhu tak tinggi dalam 36c-37c. Tapi petang tu Aliya menangis je dan wan tak call ibu. Cuma masa balik kerja wan beritahu ibu Aliya menangis non stop sejak petang pukul 2. Babah ibu sampai rumah lewat sedikit. dalam pukul 7 malam. Terus kelam kabut bawa pergi DEMC. Aliya menangis sangat sangat sebab badan panas dah.

Dah siap semua terus bawa Aliya pergi DEMC jumpa doktor. Sampai sana nurse check suhu dah 39.4c. dah terlalu tinggi. kena masuk ubat bontot. Baru Aliya lega. Sampai turn Aliya jumpalah doktor. Doktor check dan bagi ubat demam biasa. lepas tu babah ibu bawa Aliya balik. Aliya pun tidur dan badan tak panas lagilah. Dah normal. Cuma doktor pesan kena makan ubat demam.

Sampai rumah dalam pukul 12am. Aliya pun dah tidur. Babah ibu monitor lah suhu setiap 1-2jam. takut panas naik semula. tapi Alhamdulillah Aliya ok.


Cuma yang pelik sejak jumpa doktor pada  19 september 2011 sampai 29 september 2011 suhu tak stabil bila makan ubat demam suhu ok tapi bila lepas 1-2jam lepas tu suhu naik semula. babah ibu pun hairan. pada 29 oktober petang tu pukul 6pm babah ibu bawa aliya ke DEMC lagi. nurse check memang demam tinggi. bila jumpa doktor dan ambil darah aliya ni dah border line nak kena denggi dah. doktor kata elok masuk wad. setelah bincang2 ibu babah setuju aliya masuk wad. malam pukul 8-9malam aliya di masukan ke wad mutiara DEMC.

Aliya kena masuk air dan kena makan ubat. cian lah kat ia ni. tangan kena balut lagi. selalu nangis sebab nurse akan ambil bila nak bagi ubat. kalau babah ibu bagi ubat 1 jam tak sudah sudah. kalau nurse yang bagi tak sampai 5 minit dah hantar semula. semua ubat aliya makan. adalah caranya tu nak bagi baby makan ubat ni. nurse pandai......   :-)

Aliya di wad selama 5 hari. 5 hari tu lah babah ibu jaga aliya sama sama. hospital swasta boleh. kalau hospital kerajaan tak boleh. kalau tengok pic pic aliya tu, tulah ekadaan aliya masa sakit demam virus. lemah je....bila kena demam batuk pula yang kena. batuk kahak. mungkin sebab doktor bagi sedut gas. bila babah ibu tengok kalau aliya sedut gas batuk makin menjadi jadi terus babah ibu minta stop pada doktor. no gas for aliy alagi. doktor setuju dan bagi ubat batuk biasa. lama lama kuranglah batuknya....

Aliya discharge dari DEMC pada 3 oktober 2011. demam dah ok cuma batuk sekali sekala. doktor kata ok hanya perlu makan ubat. 8 ubat aliya perlu makan.

-antibiotik
-antivirus
-demam
-batuk
-kahak
-lupa lah plak ubat apa lagi....... :-)

hampir 1 jam nak bagi aliya makan 8 8 ubat tu kalau kat rumah. akhirnya dapat 1 cara yg buat aliya senang makan ubat tu... :-)


hingga ke saat ini aliya dah sihat. 18 oktober 2011 aliya baik baik saja. cuma 2 hari ni batuk batuk datang semula. babah ibu bagi ubat batuk saja dan monitor suhu badan aliya

Alhamdulillah sebab aliya tak apa apa...


Syukur pada Tuhan........




Friday, September 23, 2011

Aliya tidur dalam buai lama kali ni

Aliya tidur dalam buaian start pukul 9 malam tadi sampai pukul 4 pagi tadi baru jaga. Aliya nak susu. Babah buat lah susu untuk aliya. Dahaga sangat aliya sebab tu merengek je. babah ibu dah faham sangat... :-)

Pastu susah nak tidur semula. terus jaga sampai babah ibu pergi kerja. aliya dah pandai lambai babah ibu masa pergi kerja...


UHari ni babah ibu nak pergi toy r us. nak beli mainan lagi untuk aliya. tunggu lah ye. apa nak beli belum tau lagi sebab ada sale 50% untuk members...

Thursday, September 22, 2011

Babah, Ibu & Aliya

Pic masa kenduri di kampung

Aliya sebelum dan semasa berbaju kurung di hari raya :-)

Comel sayang babah ibu ni ...
 Penat sungguh anak babah ibu ni....

Pampers Aliya bocor lagi lah

Tadi pagi pampers Aliya bocor lagi. Sejuk agaknya Aliya. Dan kat peha Aliya ada kesan merah merah macam melecet. Risau ibu. Tukar papmpers baru lagi nampaknya ok tak ada bocor. Yang merah merah tu ibu dah sapukan krim sebamad. Nampaknya kurang dah merah tu. Takut ketat sangat pampers. Lagi pun Aliya semakin lasak.

Pagi tadi Aliya tolak tangan babah bila babah nak peluk ia. Rimas agaknya sebab aircond tak pasang dan sempit sebab bantal banyak :-)

Sekarang Aliya senang kalau nak tidur dalam buaian. Cuma selalu terkejut terkejut masa tidur dalam buai tu. Agaknya mimpi lah tu. Dah semakin membesar ni. Lagipun dah 1 tahun umur.....

Tadi pagi lepas minum susu pukul 4 pagi Aliya tidur semula. Pukul 630 pagi Aliya terjaga. Langsung bangun dan duk dengan ibu kat depan tv. Lagipun babah ibu bersiap nak pergi kerja.

Aliya ok semuanya. Baik sihat n comel selalu....

Nanti babah ibu balik ye Aliya......

Balik je Aliya terus nak kat ibu. Sebab masa aliya kat bilik wan ibu jenguk dan panggil aliya. aliya dengar terus nak turun katil. Kena lah babah ibu mandi cepat cepat.

Dah siap semua terus layan aliya sampai aliya tidur.

(26 hb Oktober 2011 ni Aliya kena cucuk kat klinik)

Tarikh-tarikh ibu dijangka bersalin

-7 Oktober 2011
-8 Oktober 2011
-17 Oktober 2011
-20 Oktober 2011
-24 Oktober 2011

:-)

Wednesday, September 21, 2011

Pampers Aliya bocor pagi tadi. Sejuk lah Aliya..cian ia

Pagi tadi masa Aliya bangun nak susu pampers bocor. Ibu rasa basah. Terus tukarlah pas Aliya minum susu. Aliya sekarang minum susu Ammum Langkah 3 dah. Dah umur setahun
Sekarang Aliya dah pandai. Nampak je babah atau ibu bawak botol susu terus Aliya ketawa dan ready nak susu. Siap ready sandar kat bantal je. Habis dah sekarang kalau 6-7ml susu.

Sekarang ni pun banyak dah perubahan Aliya ni. dah nak berjalan kan. Sebut perkataan pun dah boleh juga. Cuma gigi je tak tumbuh lagi. Kalau tumbuh gigi baru best bagi Aliya makan kan. Sekarang bagi ikan bagi ayam tapi goreng dulu dan blend lah. Selera Aliya makan. Cuma kalau dengan ibu babah Aliya kena kejar baru makan. Tapi kalau dengan wan Aliya diam je. Makan habis. 

Tadi Aliya makan nasi+ayam goreng blend. sedap je bau. Tak hanyir. dulu rebus je tapi hanyir :-). kali ni semua babah akan goreng baru blend...

hari ni babah masuk kerja petang sebab jaga ibu aliya n baby. wan dengan atuk pergi hospital. Tengah hari baru balik. tak dapat lah Aliy aberdukung dengan babah sangat hari ni sebab babah sibuk kat dapur

cuma sekarang risau sikit sebab kat leher Aliya ada merah merah macam ruam. ingat kalau sabtu ni nak bawak check doktor lah. takut jadi lain pulak nanti..

jap lagi babah balik . mungkin Aliya tengah tidur ni sebab tadi pas makan tak tidur pun. pagi pun tidur kejap je terus bangun n main.

ok..sambung cerita lagi



1. Aliya jadi model jap tapi tak suka rambut kena buat macam tu :-) & 2. permainan Aliya di masa lapang lah