My Blog


Monday, October 17, 2011

Inilah Putera Kami Haziq Lahir Pada 8 Oktober 2011 Pukul 7:32pm

Muhammad Harith Haziq

Haziq Hari ke-2
 Haziq & ibu
 Haziq, ibu, kakak & wan
Babah tak ada dalam pic. jadi camera-man je

Kisahnya....
Tarikh dijangka bersalin
-7 Okt 2011
-8 Okt 2011
-17 Okt 2011
-20 Okt 2011
-24 Okt 2011
 Ibu memang merancang bersalin di DEMC ni sebab perjalanan dari rumah ke DEMC tak jem. kalau tak jem tu dalam 20min boleh sampai bile emergency. paling lama pun dalam 30min sampai walaupun jalan jem. jem nya pun kat jalan meru tu je. selepas tu jalan dah clear. fedral highway tak jem. tol pun semua RM1.60 sehala...

Untuk booking bersalin di DEMC ni kena buat checkup pregnant 2x. Doktor pun boleh pilih-pilih mana yang kita suka. Ibu pilih doktor norleen. Tapi susah nak dapat doktor norleen ni sebab ramai sangat yang pilih dia. 1st checkup (date tak ingat) tak dapat dengan doktor norleen. dapat doktor (nama lupa). Buat scanning baby ok lah (haziq). lepas tu balik dan set appointment 2nd dengan doktor norleen. Kali ni dapat lah jumpa dan sesi dengan doktor norleen bermula. kena interview dan scan baby. doktor norleen kata kena datang lagi buat follow-up pada 5 oktober 2011 sebab nak tengok keadaan ibu dan baby lagi tapi doktor norleen kata anytime boleh bersalin. buat appointment pada 12 oktober 2011 lagi dengan doktor norleen tapi doktor norleen kata nak tengok pada 10 oktober 2011. entah dah lupalah babah yang babah ingat malam 7hb tu ada datang ke DEMC sebab ibu rasa macam nak bersalin dah. sampai DEMC nurse check belum buka lagi tapi kata nurse kena berjaga jaga lah. ibu tak mahu duk wad sebab aliya ada kat rumah. lepas tu balik dan ibu berehat je...

tapi sejak balik tu rasa sakit kerap dah. makin lama makin rasa sakit. 8hb pukul 2pm ibu kata ada darah keluar. nampak dekat pek. terus bersiap pergi DEMC. Nasib baik semua barang ibu dan barang baby dah tersedia. sebab dah prepare awal awal masuk dalam beg. babah ibu dah risau takut terbersalin dalam kereta plak. terpaksalah tinggalkan aliya kat rumah. masa nak bertolak ke DEMC tu aliya ada tengok dan aliy adiam je tak menangis kena tinggal babah ibu ni.

Perjalanan ke DEMC lancar je sebab jalan tak jem. sampai dalam 2:30pm tu terus pergi tingkat 2. jumpa nurse dan buat checkup. nurse check dan kata dah buka 2cm. so ibu kena tahan terus dalam bilik bersalin tu. katanya bila-bila masa bersalin. Nurse kata tengok keadaan ibu ni sebelum pukul 8malam ibu akan bersalin. nurse pun call doktor on-call nama doktor zamri. doktor yang baru baik demam denggi gitu. nurse bagi ibu ubat dan 1 injection untuk tahan sakit. ibu pun kena sedut gas bila dah makin sakit. masuk pukul 5 pm tu ibu dah sakit sakit. tunggu masa je. dalam pukul 6 pm babah tengok nurse 2 orang tu tengah sibuk buat persiapan untuk ibu bersalin. pasang tu pasang ni. bila bersalin di swasta ni takde lah kecoh macam bersalin di hospital kerajaan. berbeza sangat. sebab aliya dulu bersalin di hospital kerajaan. kali ni adiknya bersalin di hospital swasta. padanlah dengan bayaran yg kita buat tu.

risau juga babah masa tunggu ibu tu. sebab tengok nurse2 tu relax je. setiap 30min tu nurse datang tengok keadaan ibu. tanya keadaan ibu. tengok buka makin besar. dari 2cm ke 4cm ke 6 cm ke 8cm. bila 8cm tu ibu dah makin lemah. dalam pukul 7 mlm doktor sampai dan tengok ibu. tengok jantung baby semua ok. baby tak ada masalah. babay dah nak keluar sangat. sebab dah lama duk dalam perut ibu. lagipun nak tengok kakak aliya ia.

dalam pukul 715pm tu nurse pun dah tunggu ibu. sementara doktor datang semula. nurse minta ibu tenang dan bertahan sementara tunggu doktor. ibu rasa baby dah keluar tapi nurse kata belum lagi. lama juga lah tunggu. sampai 720 lebih kurang doktor sampai dan terus process bersalin bermula.

Tepat pukul 732pm lahirlah Muhammad Harith Haziq yang comel. Ibu selamat baby selamat. Babah bersyukur pada tuhan sebab dikurniakan lagi anak. yang bestnya dapat anak lelaki. jadi dapat sepasang. 1 boy adik iaitu Haziq 1 girl kakak iaitu Aliya :-). beza 1 tahun je. 2 baby lah kiranya. Aliya pulak masih baby jadi kakak :-)

No comments:

Post a Comment