My Blog


Friday, November 11, 2011

Aliya masuk lagi DEMC sebab demam dari 11 Nov hingga 16 Nov 2011

Aliya demam lagi macam dulu dan terpaksa masuk wad DEMC selama 5 hari lagi

Ini antara pic pic Aliya semasa mendapat rawatan di DEMC
















































Thursday, October 27, 2011

Ibu , Aliya & Haziq hari ni tinggal lah bertiga kat rumah

Babah pergi segamat hari ni sampai esok. Esok Jumaat balik lah ye...
Penatlah ibu nak menjaga 2 baby  bila babah tak ada ni...

Bukan satu kerja yang mudah untuk menjaga 2 baby yang masih kecil macam Aliya dan Haziq...

Ibu babah kena banyak banyak bersabar selalu dalam melayan karenah mereka :-)

Haziq check kuning di KKIA lagi

Haziq-
Tadi petang pukul 2pm ibu bawa haziq pergi check kuning lagi. di kkia meru. Alhamdulillah ada turun bp Haziq. Dari 248 turun ke 220. Kira serasi juga ubat yang ibu beli baru ni. Ubat titis. Memang khas untuk kuning. Dulu ada juga guna petua orang-orang tua dah. pernah guna kan kopi masa mandi. guna susu kambing tapi nampak tak berkesan sangat.


Lagpun sebelum ni haziq kurang buang air besar dan kurang kencing. tapi sejak seminggu 2 ni keraplah buang air besar dan kencing. Bila berak selalu kuning2 pun boleh kurang.

Haziq pun makin kuat menyusu cuma haziq lambat sikit bila nak menyusu. kena menangis dulu :-). Ibu kena bantu haziq lah menyusu sebab haziq tak pandai lagi

Aliya-
Hari ni Aliya merajuk lagi. Pagi tadi merajuk sebab babah tak layan aliya sangat sebab babah sibuk berkemas barang nak ke segamat. ada buat kerja kat segamat. ababah bangun 530am, aliy abangun pukul 6am :-)

Tadi dalam pukul 8mlm ibu call babah kata aliy amenangis lagi sebab tak dapat menyusu dengan ibu ia. haziq dah menyusu dulu. aliya kena tunggu. haziq tidur baru ibu bagi aliya pula menyusu.

Malam ni ibu kata aliya akan tidur dengan wan. dalam buaian jugak tapi wan yang jaga ia. Ibu tak boleh jaga aliya dan haziq sekali 2 orang. babah kan tak ada 2 hari ni.....

Sabarlah aliya ye. aliya dah besar. kena mengalah pada haziq sebab haziq baby sangat lagi

Wednesday, October 26, 2011

Aliya jatuh buaian pulak

Sejak haziq ada ni aliy aselalu ibu babah tidurkan dalam buaian. sebabnya kalau aliya tidur sama atas katil dengan ibu haziq susah ibu nak menyusukan haziq malam malam dan pagi pagi tu. almaklum lah aliy ani tidurnya suka golek sana golek sini. lagipun tak mahu aliya tidur dekat dekat dengan haziq ebabnya juga takut aliya selalu terjaga sebab hazi kalau nak menyusu dengan ibu , haziq pastinya akan menangis kuat dulu.

Tadi malam babah masuk aliya dalam buai. nak tidurkan aliya sebab aliya pun dah mengantuk sangat. lagipun senang nak taidur kalau gun abuaian kat aliya ni. tadi lena lah aliya tidur daslam buai. susu dah bagi kat aliya. habis aliya minum...

masuk pagi dalam pukul 4 pagi tu dengar aliya menangis. buai dekat dengan babah. ibu haziq lena tidur. ibu kata aliya menangis tu kat babah. babah tengok dalam buaian aliya tak ada. tapi dengar aliya menangis. tengok2 aliya dah kat bawah. aliya turun sendiri dari buaian. nak dekat ibu ia lah. nak menyusu dengan ibu.

aliya sebenarnya bukan jatuh tapi ia turun sendiri lah. cara turun tu aliya dah betul cuma buaian kan tinggi jadi bili turun tu kaki aliy atak sampai lantai. agaknya aliya pegang kain dan terlucut jadi jatuh lah bawah. tapi tak kuat . aliya menangis kejap je. dah ibu peluk ia ...terus aliya diam :-)

jadi sekarang ni kalau aliya tidur buaian babah letak bantak 3 kat bawah buaian ia. kalau ia jatuh tak sakit sebab jatuh kat bantal

Tuesday, October 25, 2011

Haziq kena ambil darah lagi di KKIA Meru

Hari ini pagi pagi pukul 700am babah ibu dah kena bawa Haziq kek KKIA untuk ambil darah - 2 botol kecik standard tu untuk check di Hospital Klang. Kasihan lah Haziq ni. Kuning masih ada. Lama juga menunggu untuk selesai ambil darah ni. ramai yang Q. Biasalah KKIA...ramai orang.

Aliya kena tinggal kat rumah dengan wan. Menangis je sekarang ni.

Result darah tu 2 minggu baru boleh tahu. Air kencing pun kena ambil sample, Tapi bukan hari ni. Hari khamis. Tadi pun Haziq pergi KKIA tak mandi pun. Kalau mandi takut lewat. Sebab lagi lewat lagi lama nak tunggu di KKIA tu.

Balik pukul 1100am Aliya dah tunggu. Nampak babah ibu sampai terus menangis :-(. Aliya dah tak dapat peluk ibu ia macam selalu sebab Haziq dah ada ni. Kenu bergilir gilir lah ye...

Aliya tadi nampak macam selsema sebab selalu menangis agaknya. Tapi yang ruam merah tu nampak dah tak ada. Tapi parut kena garu tu ada. Harap lama-lama parut tu hilang lah. Krim ubat masih ada. Kalau jadi lagi ruam tu sapu lah.


Sekarang kena tidurkan Aliya dulu sebab mudah ibu kalau nak susukan Haziq. Kalau sama sama jaga penat ibu. malam tadi sampai pagi aliya tidur dalam buaian. Tapi sekali tu terjaga terus cari ibu sebab dari petang tak dapat nak menyusu dengan ibu. Ibu bagi lah sebab kasihan tengok Aliya......


Tapi kalau masa aliya tidur bila haziq menangis kuat mesti aliya terjaga sebab aliya tidur pun senang jaga :-)

Takpelah janji best ada aliya dan haziq ni...muah aliya haziq. babah ibu sayang ia ia 2 ni

Monday, October 24, 2011

Aliya dah beransur baik dan Haziq juga masih sihat cuma Juandis masih border-line

Aliya sejak sejak ni mula rasa jeles bila tengok adik dengan ibu selalu. Sekarang Aliya selalu menangis je. Kasihan tengok Aliya. Aliya nak menyusu dengan ibu sama Haziq tetapi bila dah sama sama tu Aliya asyik kacau kacau Haziq. Haziq kena mengalah dan menangis kuat :-(. Sekarang ibu babah kena memahami perasaan Aliya yang cepat merajuk ni...

Haziq pula macam biasa kalau lapar tu mesti menangis kuat dan akan menyusu lebih kerap jadi peluang Aliya tipis lah. Leat malam baru dapat menyusu lama dengan ibu Aliya ni. Tapi Aliya kalau adiknya tidur ia menyusu main main je dengan ibu. Tapi bila tengok Haziq dengan ibu bukan main. Sungguh sungguh nak menyusu sama. Semoga keadaan bertambah baik antara Aliya dengan Haziq. Kakak dengan adik sayang selalu

Banyak dugaan bila hadirnya Haziq :-). Banyak yang perlu buat untuk adik dan kakak kali ni :-)

Thursday, October 20, 2011

Aliya macam kena EKZEMA & Haziq juandis

Aliya-
Sejak-sejak ni ruam merah kat leher dan tengkok Aliya makin menjadi jadi dan gatal-gatal sebab Aliya asyik mengaru garu saja kat tempat yang merah-merah tu. Ubat dah sapu. Ubat krim ok sebab ada kurang juga merah merah tu. Balik nanti nak pergi farmasi nak cari losyen calamine (pink)

Haziq-
Kena Juandis kena masuk wad di hospital selama 2 hari sebab kuning naik sampai 311. bila masuk wad kena lampu biru kuning turunlah. masuk sabtu petang dan ahad petang pukul 5 boleh keluar. Isnin tak check kuning kat kkia. hari selasa tu check kkia dari 240 naik ke 250-51 dan hari ni dah turun ke 241 semula. Alhamdulillah........

Pemandangan DEMC dari wad Aliya




Aliya sayang sangat pada adik ia Haziq. Selalu cium Haziq

Mula-mula risaukan aliya sebab aliya masih menyusu badan dengan ibu. dan hadirnya haziq risau aliya tak dapat lagi menyusu dengan ibu. tapi ibu pandai bahagi bahagi kan antara aliya dengan haziq..

Aliya kena ikut giliran sebab haziq mesti dulu menyusu sebab haziq masih baby. aliya pulak susu dah campur. kejap ammum kejap susu ibu.

tetapi kekadang tu aliya menangis juga sebab masa aliya menyusu dengan ibu tetiba haziq menangis nak susu. kena bagi haziq lah susu ibu. kekadang tu ibu bagi share sebelah sebelah.

tapi nampak haziq tak cukup susu sebab aliya ambil bahagian haziq sebab masuk 5 hari haziq tak berak sejak keluar hospital sebab kuning...tapi pagi tadi baru haziq berak banyak sampai ibu tak sangka haziq berak.

babah pula dah belikan supplement untuk banyakkan susu ibu...minuman teh organic. dengar bagus dan tulah ibu nak cuba. minum 3x sehari.

sekarang keadaan dah banyak berubah dengan adanya haziq...aliya berubah ibu berubah babah berubah. pampers dan baju kotor pun bertambah :-)

banyak nak diceritakan lagi tentang anak anak kami...tunggu cerita yang terbaharu........... :-)