My Blog


Tuesday, October 25, 2011

Haziq kena ambil darah lagi di KKIA Meru

Hari ini pagi pagi pukul 700am babah ibu dah kena bawa Haziq kek KKIA untuk ambil darah - 2 botol kecik standard tu untuk check di Hospital Klang. Kasihan lah Haziq ni. Kuning masih ada. Lama juga menunggu untuk selesai ambil darah ni. ramai yang Q. Biasalah KKIA...ramai orang.

Aliya kena tinggal kat rumah dengan wan. Menangis je sekarang ni.

Result darah tu 2 minggu baru boleh tahu. Air kencing pun kena ambil sample, Tapi bukan hari ni. Hari khamis. Tadi pun Haziq pergi KKIA tak mandi pun. Kalau mandi takut lewat. Sebab lagi lewat lagi lama nak tunggu di KKIA tu.

Balik pukul 1100am Aliya dah tunggu. Nampak babah ibu sampai terus menangis :-(. Aliya dah tak dapat peluk ibu ia macam selalu sebab Haziq dah ada ni. Kenu bergilir gilir lah ye...

Aliya tadi nampak macam selsema sebab selalu menangis agaknya. Tapi yang ruam merah tu nampak dah tak ada. Tapi parut kena garu tu ada. Harap lama-lama parut tu hilang lah. Krim ubat masih ada. Kalau jadi lagi ruam tu sapu lah.


Sekarang kena tidurkan Aliya dulu sebab mudah ibu kalau nak susukan Haziq. Kalau sama sama jaga penat ibu. malam tadi sampai pagi aliya tidur dalam buaian. Tapi sekali tu terjaga terus cari ibu sebab dari petang tak dapat nak menyusu dengan ibu. Ibu bagi lah sebab kasihan tengok Aliya......


Tapi kalau masa aliya tidur bila haziq menangis kuat mesti aliya terjaga sebab aliya tidur pun senang jaga :-)

Takpelah janji best ada aliya dan haziq ni...muah aliya haziq. babah ibu sayang ia ia 2 ni

No comments:

Post a Comment