My Blog


Monday, January 30, 2012

Tuesday, January 24, 2012

Aliya dan Haziq tak sihat lagi

Semalam ibu babah bawa aliya dan haziq ke DEMC Shah Alam.

Aliya dan Haziq batuk batuk.

Punya lah lama tunggu dari pukul 8 mlm - hampir pukul 12 baru sudah jumpa doktor.

"Q" panjang sangat. Tapi itu memang biasa lah kalau DEMC sebab shah alam mana ada hospital lagi. paling dekat Hospital Klang sana

Selesam ambil ubat terus balik

Cian aliya dan haziq mengantuk. dalam kereta aliya dan haziq tidur peluk ibu .

Aliya dan haziq menangis je kat DEMC sebab lewat sangat. time tidur tu...

Thursday, January 19, 2012

Aliya Q1 Kondominium dalam pembinaan




Nur Aliya Zafirah suka ikut babah ibu solat

Aliya suka dengar azan dan suka ikut solat. suka buka sejadah dan sujud bila babah ibu sebut "Allahu Akbar"

Haziq tidur dalam buaian


Haziq ok tapi aliya tidur tak lena

haziq tadi tidur ok je. cuma aliya yang tak lena. babah ibu pulak tidur lewat sebab ibu mengemas pakaian aliya haziq, babah pulak cuci botol botol susu dan pam. masak air untuk simpan. rebus longan. langsung tidur pukul 230am. nak bangun pukul 4 am. dah kunci jam. tapi tak sedar.


hari ni babah ibu lewat pergi kerja. jalan pun dah jem. aliya pulak bangun lewat. kalau babah ibu bangun awal, aliya pun bangun awal. macam tau je aliy ani

Wednesday, January 18, 2012

Aliya dan Haziq ok

Seharian ni aliya dan haziq baik baik saja. Aliya semakin lasak. semua barang nak di angkat. bila yang berat tu aliya angkat jatuh jatuh terus menangis. manja sungguh.

sekarang ni kalau bangun tidur je terus merengek sebab ibu tak ada. aliya dah tau ibu mesti dengan haziq :-)

haziq pulak dan boleh meniarap dah . haziq buat sendiri

lagi satu haziq selalu muntah muntah lepas menyusu. tapi aktif je. sekarang tak boleh letak suka suka sebab haziq dah boleh golek golek sendiri. takut jatuh. haziq baby lagi

sekarang ni waktu petang atuk dengan wan selalu bawa aliya main kat luar. time babah ibu balik kerja. bila sampai je babah ibu aliya nampak terus nak kat babah ibu. aliya dah kenal kereta babah. terus aliya panggil babah ibu nak dukung . suka tengok aliya masa tu. aliya ketawa nampak babah ibu dah balik :-), comel ia...

kalau sampai lewat [un aliya dengar bunyi kereta terus tunggu kat pintu dah. tu yang risau sebab dah malam kan.... tapi wan ada tengok...


tu laha babah ibu ni. kekadang awal kekadang lewat. tengok keadaan. jem maknanya lewat sampai. selalin tu kalau singgah mana mana memang lewat.

kalau boleh nak sampai awal lah sebab kalau lewat mesti ibu yang kelam kabut sebab aliya haziq nak menyusu sama sama...

hari ni repair aircond kereta sebab tak sejuk dah. kena repair juga sebab nanti aliya haziq panas kalau g mana mana. hari tu dah kena. cian comel comel tu . panas masa dalam kereta...

sekarang dah ok...

Tuesday, January 17, 2012

Aliya dan Haziq tak sihat


Hari ni pagi babah ibu bawa aliya dan haziq ke klinik dr. shima sebab aliya gatal gatal di leher dan haziq selsema. masuk kerja lewat lah babah ibu hari ni

Doktor check paru paru haziq ok. Cuma ada kahak sikit. Doktor shima bagi ubat kahak dan selsema.

Aliya pulak gatal gatal tu doctor shima kata sebab kulit aliya sensitive dan kering. Jadi doctor bagi krim gatal yang sapu tu dan sabun untuk mandian

Pukul 10 am dan selesai dengan doctor shima pukul 1130 lebih kurang

Balik rumah siap sipa babah ibu pergi kerja lah.

Tinggal lah aliya dan haziq di rumah dengan wan atuk seperti biasa.

Semoga haziq dan aliya sihat sentiasa..amin

Monday, January 16, 2012

Haziq selsema & aliya badan panas

haziq dalam 2-3 hari ni macam selsema sebab nafas kuat je bunyinya tapi masa tidur tak bunyi pulak. ingat lepas ibu balik dari kedah ni nak bawah haziq ke klinik check

aliya pulak badan panas tapi suhu normal. tak deman.

semoga aliya dan haziq ni sihat selalu

Ibu pergi Sg. Petani meeting. Pukul 7:50 sampai penang & 10 malam sampai SZB semula

Hari ini ibu pergi sg. petani kedah meeting. pagi tadi bertolak dari subang filght Firefly 6:50am. Babah ibu risau kan haziq. aliya ok sebab dah besarkan. haziq sebab selalu menangis. hari ni ibu balik lewat pukul 10 malam sampai subang dari penang.


keluar rumah pukul 5 am. aliya dengan haziq pulak bangun sama dengan ibu pukul 3:30am. kelam kabut ibu nak bersiap. bagi menyusu dulu pada haziq kemudian aliya. haziq merengek tak mahu tidur semula. aliya langsung terus jaga. haziq masuk buaian lala tidur lah. aliya pulak sampai babah ibu keluar rumah masih berjaga. nak duk luar rumah. tak bagi sebab nyamuk banyak.

aliya tak menangis pun sebab dah biasa kena tinggal. pukul 5:30 ampai subang skypark. sarapan. pukul 610am ibu check-in. 6:50 fly penang.

babah terus pergi kerja sampai awal pukul 7:30am. jalan clear ikut federal higway...

pukul 7:50am ibu sampai penang. Alhamdulillah. Selamat sampai. terus pergi sungai petani . driver dah tunggu. ibu mengantuk sebab malam tadi tidur lewat berkemas. babah tidur 2 jam je. pukul 3 am bangun dah. tengok comel 2 tu tidur  muahhh

Thursday, January 12, 2012

Monday, January 9, 2012

Ibu mula kerja selepas bercuti bersalin selama 3 bulan

Tadi dah banyak tulis dalam ni tapi firefox pulak hang terus hilang. tension babah

Sebenarnya sebelum sampai 9hb jan 2012 ni babah ibu cukup risaukan haziq sebab haziq kan baru 3 bulan. jadi haziq masih menyusu badan. yang risau tu sebab haziq tak suka minum susu guna botol. tu yang jadi masalah. mula mula tu haziq ok tapi dah lama lama ni sebab selalu menyusu badan haziq dah tak suka susu botol.

sebulan sebelum ibu ada juga cuba bagi susu botol pada haziq. susu yang perah. tapi haziq tak suka. menangis kalau guna botol. haziq suka menyusu direct. aliya pulak babah ibu tak risau sebab dah besar dah boleh minum air suam ke, susu botol ke cuma kurang lah . aliya lebih suka menyusu macam adik jugak.

jadinya nak tak nak bila dah mula kerja ni ibu babah tawakal je lah

hari ni hari pertama ibu mula kerja bila ibu call wan, wan kata haziq menangis selalu sebab tak suka minum susu botol. susu ibu yang perah tu. kalau minum pun sikit je. tapi kalau guna susu formula dalam botol haziq minum lebih sikit.

harapan babah ibu semoga haziq dan aliya akan biasa dengan keadaan selalu kena tinggal ni. aliya babah ibu tak risau sangat cuma haziq. aliya pun semakin faham. sekarang bila babah ibu pergi kerja aliya lambai dan flying kiss.

nanti babah sambung semula sebab busy je.

banyak sangat tertinggal hari dah...nak buat catatan blog dah tak macam dulu. banyak kerja je

Tuesday, January 3, 2012

Aliya bangun tidur menangis sebab tak dapat menyusu dengan ibu

pagi ni aliya bangun je dari tidur nak menyusu dengan ibu tapi bila tengok haziq dah menyusu dengan ibu terus aliya menangis sebab tak dapat :-). cian ia

babah panggil aliya terus dukung bawak jalan kat luar. babah pergi kerja lewat hari ni sebab layan aliya tengok tengok luar dulu bagi aliya happy. haziq pulak dah puas menyusu terus relax je. dah kenyang :-)

sekarang memang macam ni lah keadaan kakak dan adik. kedua dua manja sangat :-)

seronok babah ibu tengok dua comel ni...

Monday, January 2, 2012

Haziq dah makin besar dan kuat

haziq ni nampak nya dah semakin berisi. kaut pulak meronta kalau dipegang. tidur pula dalam buaian je. kalau tak dapat tidor selalu lah menangis. kalau tidur baring atas tilam ia...selalu tak lena. kena masuk dalam buaian baru lena.

haziq sekarang ni pun macam nak buat u-turn badan dia. babah ibu tunggu je lah. haziq cepat dari aliya. mungkin baby boy kuat sikit. leher pun dah kuat

cuam haziq tak cukup susu sebab aliya pun selalu menyusu dengan ibu. kira berkongsi selalu dengan kakak ia :-)

Aliya dengan haziq berebut nak manja dengan ibu :-)

Sekarang ni sejak aliya dan haziq makin membesar ni aliya dah 1 tahun  3 bulan dan haziq dah masuk 3 bulan masing masin berebut je nak dengan ibu. nak menyusu. sekarang ni ketara bila haziq mula menyusu dan kemudian aliya pula nak menyusu haziq akan menangis. bila aliya lepas haziq diam pulak. macam tu lah yang jadi hari ni.

babah ibu kasihan pulak tengok aliya sebab aliya pandai mengalah . aliya selalu bagi peluang pada haziq menyusu. tapi kalau aliya dah mula menyusu pulak tak cukup lah untuk haziq :-). bila tak cukup haziq mula lah menangis je sebab haus :-)

Sunday, January 1, 2012

Aliya sayang haziq

aliya bangus je dari tidur terus cium adiknya haziq. sayang betul. selalu lah aliya cium sampai kekadang tu lama sangat. meronta ronta haziq ni.


aliya sekarang ni bangun tidur selalu lewat. cuti 2 hari ni selalu bangun lewat je hihihi. penat agaknya

lagipun aliya dah boleh berjalan sendiri. dah tak merangkak lagi. semua di ajaknya berjalan dari babah ibu sampai atuk wan pun di ajak berjalan. mana sempat di capai tangan semua di ajak berjalan. kekadang tu aliy amasuk bilk ajak berjalan jalan kat luar. kalau grill tak tutup siap lah. aliya keluar sendiri.

babah ibu seronok tengok aliya sihat dan dah boleh berjalan jalan sendiri dan kalau suruh apa apa aliya faham dan buatkan