My Blog


Monday, December 19, 2011

Babah tak jadi balik sebab banyak kerja lagi nak buat

Ingat buat kerja sabtu dan ahad tu dah siap petang boleh balik rumah tapi sampai hari ni hanya pukul 10 pagi tadi baru siap. semalam babah tak dapatlah balik rumah. rindu lah nak jumpa ibu aliya dan haziq ni.


sekejap lagi babah nak balik rumah nak jumpa semua kesayangan babah -ibu, aliya dan haziq
tapi nak pergi rumah boy dulu nak bagi cdrom

kejap lagi babah sampai rumah ..insyaAllah

Sunday, December 18, 2011

Babah selalu balik lewat dari office sebab banyak kerja. Aliya dah tidur

Dalam minggu ni babah balik lewat kerja sebab banyak kerja. Sampai rumah pukul 10mlm - 11mlm. Aliya dan haziq pun dah tidur.


Tentang Aliya

Aliya semakin banyak gigi dah. Banyak gigi yang tumbuh.. Makin comel bila senyum aliya
Aliya semakin kurang minum susu botol. sehari cuma sekali je 4oz. kekadangkala saja minum lebih. rusau babah ibu sebab aliya asyik nak menetek dengan ibu.
Sekarang aliya semakin banyak berjalan. Kalau kawan kawan ia ramai. asyik lah aliya bermain main. bila kawan ramai baru aliya banyak berjalan. Kalau ada babah asyik nak merangkak dan berdukung. Manja
Aliya sekarang semakin faham kalau babah ibu atau sesiapa suruh aliya buat apa apa. aliya dah tau
Aliya dah makin banyak boleh sebut perkataan baru. terbaru pandai sebut nak dan tak nak

Haziq pula semakin membesar. Haziq sihat...alhamdulillah semua ok


Hari ni babah kerja . Hari ni kerja buat tender di KL. 2 hari tak balik. jadi ibu bawa aliya dan haziq tiodur di kampung.bertolak pukul 5ptg dan sampai pukul 7 malam. Hari hujan di klang/meru sana

Tadi ibu bagitau babahh aliya tidur lewat. haziq dah awal awal lagi tidur....

Thursday, December 15, 2011

Haziq dah nak u-turn

Haziq sekarang ni nampak nya semakin berisi. lepas tu makin nak u-turn. nak bergolek golek dah. kalau usik usik pipi haziq dah pandai nak senyum senyum :-)

Wednesday, December 14, 2011

Aliya jatuh sofa pulak petang

Aliya jatuh sofa petang tadi. Ibu call babah kata Aliya jatuh sofa kepala dulu pulak tu. Menangis kuat dan dahi bengkak. Ibu kata aliya penat dan mengantuk sebab tu jatuh. Aliya hari ni tak tidur sangat sebab asyik main main dan berjalan dengan kawan kawan ia.

Lepas jatuh baru aliya tidur. langsung tak makan petang.

Babah balik lewat. sampai rumah tengok aliya. rupanya bengkak kat dahi tu besar. patutlah menangis kuat. tapi ibu kata tengok keadaan aliya macam ok tapi babah ibu risau juga...takut apa apa kat aliya lama lama nanti....

Aliya dah makin lasak. memanjat sana sini sebab tu selalu jatuh sekarang ni

Monday, December 12, 2011

Aliya jatuh katil lagi

Aliya jatuh katil lagi pagi tadi. Sakit dia. Ibu tak sedar. Babah pulak cuci pakaian aliya dan haziq dalam toilet. Tak tau lah aliya dah bangun ke atau tidur lasak. tapi harapnya aliya ok tak ada apa apa yang cedera. tadi lepas jatuh aliya menangis dan terus menyusu dengan ibu. lepas tu diur macam biasa.

Sunday, December 11, 2011

Petang bawa aliya pergi beli makan malam kat kedai tomyam di Klang Central

Aliya hanya tidur pagi je. Lepas makan engah hari terus tak mahu tidur. Sampai petang tak mahu tidur langsung babah bawa aliy akeluar pergi kedai tomyam beli makan malam :-)

Friday, December 9, 2011

Tentang Aliya dan Haziq untuk hari ini

Aliya

Alhamdulillah Aliya sihat dan semakin suka bergurau. Makan pun dah berat sikit. Tak makan bubur nasi lagi. Gigi pun makin banyak nak tumbuh. Sekarang kalau senyum dan ketawa Aliya semakin comel sebab dah ada gigi tu. Hari tu tukar syampu mandi Aliya ke EUBOS sebab rasanya Aliya ni kulitnya macam sensitif. Tak boleh terlalu berpeluh. Kalau berpeluh jadi gatal.


Selain tu Aliya semua oklah


 Haziq

Haziq pun seperti biasa sihat. Alhamdulillah. Makin nak bergolek golek. Kalau menangis kuat. dengar sampai luar :-)). Selain dari itu Haziq semua Ok

Thursday, December 8, 2011

Haziq cucuk di KKIA Jalan Kopi

Haziq kena cucuk umur 2 bulan. Menangis kuat je :-)) tapi ok tak demam ..........
Babah tak ikit sebab kerja. Ibu dengan atuk bawak Haziq ke klinik

Berat 4.5kg umur 2 bulan.

Monday, December 5, 2011

Aliya ada temujanji dengan doktor hospital

Hari ini Aliya jumpa doktor untuk temujanji pasal berat badan. Semua ok. Aliya berat 7kg. Sepatutnya Aliya dah 9kg kalau ikut ketinggian sekarang. Lain lain test semua ok. Aliya dah boleh conteng conteng dengan pen kat kertas kosong. kira boleh pegang benda. Sebutan pun dah banyak. dan Aliya makin faham kalau babah ibu mint aAliya buat sesuatu tu :-))

Lama juga kat hospital sebab pesakit ramai. dalam 3-4 jam. Pukul 2 petang ++ baru balik rumah

Friday, December 2, 2011

Aliya bangun tidur dari buaian

Entah lah kenapa Aliya pagi ni. Aliya tidur dalam buaian lepas menyusu. masuk buaian pukul 4 pagi. pukul 6 pagi aliya terjaga terus menangis sampai pukul 7 pagi tadi. Menangis je. memula haziq menangis nak susu. agaknya aliya terkejut terus menangis. lepas tu kejap nak dukung dengan ibu, kejap dengan babah, kejap dengan wan, kejap dengan atuk ia. pastu masuk dalam buain semula terus tak mahu. macam takut sesuatu saja ni.

Tapi lelama tu ok lah. boleh dah ajak main main dan tengok tengok luar. lagi pun aliya sekarang demam. suhu badan 37-38c++. entahlah asyik demam saja.

Haziq pulak sihat sahaja. cuma sekarang dah kuat bergerak macam nak meniarap. tangan angkat kaki angkat. kekadang tu dengar suara haziq macam memanggil ibu je. kalau lambat dapat susu ibu haziq menangis lah.

cuma haziq sekarang belum cukur botak lagi kepala dia. babah nak buat tapi hujung minggu ni sibuk saja. InsyaAllah harap ada lah masa boleh cukurkan haziq.

Suka tengok haziq dengan aliya :-)

Thursday, December 1, 2011

Aliya dan Basikal Baru :-)

Pagi Aliya main basikal ibu dan nana. Main macam ni..Aliya naik basikal ibu dengan nana gilir gilir tolak dari belakang. Seronok sangat aliya sampai tak mahu masuk rumah. dah lah cuaca makin panas.

Pic Aliya main basikal

Petang ibu belikan basikal untuk aliya sebab aliya seronok naik basikal. Ibu basikal yang boleh control dari belakang. Aliya cuma naik basikal. Ibu tolak dari belakang. Ini pic aliya tu...

Malam pula aliya merangkak lalu jatuh sampai mulut berdarah lah. banyak darah keluar. aliya menangis kuat sebab sakit. kebetulan babah balik lewat sebab kl jem. hujan terlalu lebat.

Babah sampai rumah aliya dah tidur sambil menyusu. Ini pic darah aliya

Wednesday, November 30, 2011

Haziq dah main nak golek golek badan dah... :-))

Haziq sekarang umur dah hampir 2 bulan dah. Alhamdulillah sihat. Seminggu dua sebelum ni ada lah batuk batuk dan muntah muntah selepas menyusu tapi dah kurang semua tu. Kekadangkala b***k banyak. Kekadang dapat tengok Haziq senyum senyum sendiri :-)). Biasalah baby ni..

Haziq sebelum ni selalu menangis kalau lambat menetek. Bukan apa Haziq nak cepat dan banyak tapi Aliya pun masih menyusu dengan ibu lagi. Jadi ibu kena supply susu bada untuk 2 baby. Kena makan dan minum banyak yang berzat dan elok elok macam ikan sayur daging ayam buah buahan kan. Ibu pun kena jaga kesihatan


Masa Hari Raya Haji hari tu ibu babah dah buat cukur jambul untuk Haziq cuma sekarang nak cukur kan Haziq botak. Tapi tak tau bila nak buat nya. Tengok lah macam mana. Babah ken atry lah kalau tak ada orang yang boleh cukurkan Haziq :-))

Haziq sekarang ni selalu tidur dalam buaian cuma kecian tengok Haziq sorang sorang dalam buaian tu. Cuma bila dalam buaian tu Haziq tidur lama lah. Kalau atas tilam selalu terjaga. Aliya pun selalu nak bergurau dengan Haziq. Haziq kan dah boleh tengok. Mengelak mengelak saja. Kekadang tu menangis...

Inilah cerita tentang Haziq secara ringkasnya.............

Tuesday, November 29, 2011

Saat yang di tunggu tunggu..Aliya dah boleh BERJALAN

Aliya boleh berjalan sendiri. Kesana sini jalan laju kkekadang sampai jatuh...nangis lepas tu jalan semula. Mula berjalan tu pagi dalam pukul 9-10 pagi sebab masa babah nak pergi kerja 8am tu Aliya tak berjalan sendiri. Ibu yang nampak Aliya berjalan sendiri. Ibu juga nampak Aliya tumbuh gigi :-))

Bila Aliya dah boleh berjalan sendiri ni boleh bawa Aliya pergi jalan jalan kat mana mana nanti...tungguuuuu

Nanti letak pic Aliya masa berjalan sendiri ye

Monday, November 28, 2011

Sekarang babah ibu pening dengan susu formula

Samada nak Aliya teruskan mimum susu AMMUM atau tukar kepada ENFAGROW A+

????????

Pampers PETPET

Aliya dah guna pampers PETPET. Dah tak guna MAMYPOKO sebab kena ruam. Sejak guna PETPET ni elok. Tiada ruam lagi selepas ni. Hampir sebulan guna PETPET.

Haziq pun guna PETPET "NEWBORN" & Aliya guna size "M"



Aliya kurang makan dan minum susu botol

Sejak adanya haziq ni Aliya makan semakin kurang dan minum susu pun tak banyak macam dulu dulu. Sekarang Aliya asyik nak dengan ibu je. Nak menetek selalu. Cuma sekarang ni Aliya dah boleh makan biskut, coklat, nugget, roti canai, buah, dan lain lain. Aliya suka biskut TIGER :-))

Aliya cuma banyak minum air suam sebab air suam tak guna botol susu. Aliya kalau tengok botol susu terus paling muka tak mau minum susu. Cuma kalau dahaga sangat baru minum. Ada juga sesekali Aliya minum susu botol habis jugalah.

Risau juga tengok Aliya sekarang ni.

Berat Aliya sekarang 7.5kg
Berat Haziq sekarang 3.5kg

Semoga keduanya sihat sentiasa

Umur Aliya dan Haziq sekarang

Aliya sekarang umurnya 1 tahun 2 bulan 
Haziq umurnya 2 bulan

Sunday, November 27, 2011

1 Muharam 1433 / 27 November 2011

Hari Ulang Tahun Perkahwinan Babah & Ibu



Aliya baru nak tumbuh gigi lah

Ibu yang nampak Aliya dah tumbuh gigi. Tumbuh kat sebelah kanan tapi sikit saja. Alhamdulillah sebab dah lama sangat babah ibu tunggu saat ni. Berjalan dah boleh cuma takut takut saja. Sekarang dah nak tumbuh gigi tambah comel lah Aliya ni nti INSYA'ALLAH



Friday, November 25, 2011

Aliya sekarang dah faham dengar kata

Sekarang ni kalau cakap apa-apa dengan Aliya Aliya faham. Suruh simpan Aliya simpan barang. Suruh datang Aliya datang. Suruh ambil barang Aliya ambilkan. Aliya pun dah boleh mengajuk cakap. Bolehlah kalau sebut tu ada bunyi betul sebutan tu.

Aliya sebenarnya dah boleh berjalan cuma kalau berjalan kat lantai Aliya ni takut takut. Tapi kalau atas tilam Aliya berani. Lompat-lompat lagi. Kalau kat lantai Aliya minta pegangia kalau nak berjalan. Kalau sendiri sedirir kat lantai tu Aliya merangkak je lah. Manja lagi....

Boleh nampak perkembangan Aliya nak membesar ni.

Aliya pun cemburu kalau tengok ibu asyik pegang Haziq :-))

Ibu baru call tadi kata Aliya asyik meragam saja

Aliya tak mahu menyusu tak mahu tidur. Asyik nak keluar rumah je nak berjalan jalan. Penat Ibu. Babah tak ada kat rumah. Buat kerja di Segamat. Hari ni balik KL. Aliya tengah merengek rengek . Asyik nak berdukung dengan ibu dan wan. Penat lah ibu wan melayan Aliya

Thursday, November 24, 2011

Friday, November 11, 2011

Aliya masuk lagi DEMC sebab demam dari 11 Nov hingga 16 Nov 2011

Aliya demam lagi macam dulu dan terpaksa masuk wad DEMC selama 5 hari lagi

Ini antara pic pic Aliya semasa mendapat rawatan di DEMC