My Blog


Saturday, September 10, 2011

Aliya di Majlis Sambutan Birthday Yang Ke-1 Tahun

Hari Sabtu 12 Syawal/10 September 2011 Birthday Aliya. Sini ada pic Aliya tengah potong Kek :-). Babah uploadkan

                                                                     









Selesailah sudah bila Aliya dapat kek harijadi ia :-). Alhamdulillah syukur sangat Aliya sihat dan makin membesar. Dah pandai turun dari katil dan kerusi dah pandai cakap bird, bee, dah pandai lambai tangan bila ibu babah pergi kerja, dah pandai jalan2 sendiri guna kereta mainan...


Aikk ...babah tak ada dalam semua pic ni sebab babah jadi cameraman lah....

Sunday, August 28, 2011

Aliya di PARKSON Subang Parade dan di Toy r US Subang Jaya

Babah ibu bawa Aliya jalan jalan carikan kasut raya dan mainan
Dah dapat semua...
Belikan sekali anak patung kucing yang comel

Thursday, August 25, 2011

Babah kerja out-station di johor. Aliya dengan ibu saja 2 hari ni

Aliya masih selsema lagi. Lambat nak elok pulak kali ni. Biasa tak lama kalau Aliya selsema. Tunggu lah sampai sabtu ni. Kalau tak ok nak bawa hospital sebab takut berkahak pulak. Tak tau lah sebab apa? Kalau sebab aircond tak mungkin sebab Aliya dah biasa. Cuma kalau sebab ibu banyak minum air batu agaknya bulan puasa ni. Tak tau lah...tengoklah macam mana kalau teruk pegi demc semula.

tadi petang ibu bagitau Aliya selsema juga tapi kurang lah. Selsema sebab Aliya menangis. Sekarang ni Aliya selalu menangis tu yg buat jadi selsema semula. Begitu lah

Tadi malam Aliya tidur awal. Ibu ada call babah. Bagitau lah keadaan ibu keadaan aliya dan baby. Semua ok. Babah risau bila tinggalkan ibu dengan Aliya saja kat rumah walaupun wan atuk ada. banyak ibu kena buat bila babah tak ada ni. tapi esok babah dah balik kl. babah ada ibu boleh jaga Aliya je. Babah boleh buat semua.

Pagi tadi aliya bangun awal. 530pagi tengah ibu babah sahur....aliya tak sahur tp minum susu jek

semalam bila balik kerja sampai rumah Aliy abila nampak babah ibu terus nak dekat. Rindu sangat kat ibu babah ia.

masa berbuka puasa aliya yang paling sibuk :-)
kena lah melayan ia...

selesai berbuka puasa kena layan aliya main main kat bilik sebelum tidur. masa nak tidurkan aliya babah ibu kena ada sama baru aliya senang tidur. semalam pun kira lewat juga aliya tidur. lama lama baru tidur tu pun kena tepuk tepuk :-) baru tidur.

babah tidur lewat sebab banyak buat kerja. gosok pakaian, cuci botol susu, simpan air masak untuk aliya

Wednesday, August 24, 2011

Ibu beli baju kurung Aliya yg baru untuk raya ni..color purple cantik

Ibu babah balik awal sebab nak ambil HP yg repair kat Kompleks PKNS Shah Alam sana. Sambil tu nak cari baju raya untuk ibu. Last tak jadi beli baju raya ibu sebab tak ada blaus color kuning. Jadi cari baju Aliya je. Ternamak 1 baju kurung purple. Saiz Aliy aplak tu. Ibu yang nampak. Terus minat dan beli. Sampai rumah memang muat sangat dengan Aliya. Comel je ia pakai baju kurung :-)

Tunggu pic Aliy aberbaju kurung lah...kita tengok sama sama
Babah ibu pun kena color purple untuk Raya tahun ni... Purple Family

Aliya sejak sejak ni dah pandai marah marah hihihihihi kalau tak dapat apa yang ia nak tu....anak babah ibu ni..bukan main ia ye....kekadang tu buat lembik badan..Risau nak angkat angkat ia kalau dah buat mcm tu...

Aliya ni dah bijak mengawal situasi. Ibu babah kena lah beri perhatian lebih untuk Aliya

Tuesday, August 23, 2011

Aliya makan nasi menggunakan Beras Perang Jenama Jasmine







Yang ni lah Jasmine Sun Brown. Untuk nasi Aliya


Aliya masih selsema lagi dan semakin kuat menangis bila tak dapat apa yang ia nak

Entahlah kali ni Aliya selsema lama sangat. Tak elok lagi tp nampak macam kuranglah selsema tu. Tak dengar pun nafas ia kuat. Hingus pun tak banyak. Ubat ada bagi tapi bila babah ibu dah balik lah. Wan tak boleh bagi ubat sebab tak nampak. Nanti terlebih atau terkurang pun tak boleh. Harap selsema Aliya ni baik lah cepat sebab dah nak raya ni...


Lagi satu sejak sejak ni Aliya kalau tak dapat apa yang ia nak atau tak dapat apa yang ia nak buat mesti menangis. Dah sampai peringkat nak berjalan ni macam tu lah agaknya. Nak lebih perhatian. Babah ibu layan jelah.

Dengan berjalan laju dan merangkak sana sini. Aliya dah tau nak masuk bilik tengok tengok pastu keluar semula kejap pergi dapur kejap memanjat kejap nak dukung lepas tu nak turun semula.emmmm penat jugalah memegang Aliya yang tengah aktif ni. Tapi seronok dapat tengok Aliya membesar macam ni...Bersyukur sangat dapat Aliya ni. Manja pulak tu tapi babah kekadang marah juga Aliya tapi Aliya tetap nak manja dengan babah

Yang best Aliya ni taime nak tidur. Mesti nak ada babah ibu sebelah sebelah ia. Mesti Aliya golek golek kejap kat ibu ia kejap kat babah ia. Ulang alik babah ibu baru tidur.

Selain selsema ni ada lagi satu yang merungsingkan babah ibu Aliya yak keras. Tukar beras perang nampak macam ok. Tapi tunggu lah apa beza bila makan beras perang ni...

Harapan tu nak semua elok buat Aliya kami yang comel ni...INSYA-ALLAH

Sunday, August 21, 2011

Aliya genap umur 11 bulan pada hari ini 21 Ogos 2011

Alhamdulillah Aliya dah 11 bulan.
Semakin banyak Aliya belajar bila dah makin membesar ni. Asyik tengok apa yang babah ibu buat dan semua kat rumah tu buat. Masa babah ibu drive pun Aliy aminta nak tengok.
Aliya bila berjalan bukan main laju je...best tengok Aliya aktif dan sihat

Aliya selsema lah...cian Aliya
Tapi ubat ada dan bagi makan ubat 3x sehari tapi ubat tu buat Aliya mengantuk lah

Aliya yak keras sejak sejak ni
Babah tukar kan guna beras perang pulak. Semalam ok je yak. Tak keras.
Kalau yak keras cian Aliya . Susah nak yak.Menangis kekadang tu...

Friday, August 19, 2011

Gambar-gambar Aliya tersayang bersama ibu tersayang yang terbaru


                                                               Aliya - 6 Ogos 2011


 

Aliya - 7 Ogos 2011


                                                                Aliya - 7 Ogos 2011


                                                                Aliya - 14 Ogos 2011


                                                                Aliya - 14 Ogos 2011


                                                           Aliya - 14 Ogos 2011


                                                               Aliya - 14 Ogos 2011 

Banyak yang terjadi sejak beberapa hari yang menyebabkan blog Aliya tak dapat diupdate selalu. Rasanya sepanjang bulan puasa ni. Insya-Allah akan cuba yang terbaik untuk update blog Aliya selalu walaupun penat :-)

Thursday, August 11, 2011

Aliya dah pandai lambai waktu babah ibu pergi kerja

Aliya dah pandai bye bye waktu tengok babah ibu pergi kerja. bestnya. Aliya pun dah boleh berjalan skit skit sendiri tapi kena pegang bendalah

Wednesday, August 10, 2011

Aliya ...Ibu ada checkup kat DEMC. Tengok adik tau

Aliya macam biasalah. Semua ok. Tak ada masalah. Alhamdulillah semua baik.

Ibu ada checkup kat DEMC Shah Alam. Sebab nak bersalin kat sana nanti.





Checkup pukul 315pm tapi kena tunggu sebab doktor ada emergency kat operation room. Tukar doktor lain.
Scan baby semua oklah. Alhamdulillah. Pukul 5 petang baru selesai.

Balik awal sebab nak peluk Aliya....

Sampai rumah tenang sikit sebab siap mandi semua baru layan Aliya

Malam Aliya ok je...tidur semua ok


Tuesday, August 9, 2011

Aliya tak leh manja manja sebab babah ibu dah kerja hihihihhi

Semalam cuti Aliya dapat manja manja. Hari ni babah ibu kerja Aliya tinggal dengan wan kat rumah. Tunggu babah ibu balik ye Aliya.

Balik lewat juga. Cian Aliya. Lama Aliya tunggu. Sampai pun dah nak berbuka puasa. Kelamkabut jugalah. Aliya tetap sibuk waktu berbuka puasa. Main pinggan plastik dan panjat sana sini.

Malam senang tidur Aliya

Monday, August 8, 2011

Aliya ibu babah balik kampung sebab ada kematian saudara ibu

Hari ni balik kampung sebab ada kematian di sebelah family ibu. Aliya ikut sekali. Babah ibu cuit. Atuk wan pun balik sama. Sampai kampung lagi susah Aliya nak tidur. Tidur kejap kejap je. Tu pun bila Aliya penat. Semua macam biasa. Aliya ok..sihat..aktif dan sebagainya. Ingat nak balik petang tapi tak jadi sebab nak berbuka kat kampung ibu. Gilir gilir jaga Aliya waktu berbuka sebab Aliya nak berjalan sana sini. Kekadang tu Aliya main main dengan anak saudara ibu lah.

Siang tadi Aliya tersembam jatuh sebab laju sangat berjalan. Menangis kuat pulak tu. Tapi kejap sebab ibu babah pujuk. Pastu sambung jalan sana sini semula.

Lepas berbuka balik rumah. Sampai dalam pukul 930malam. Aliya penat. Babah ibu temankan Aliya tidur ;-). Cian Aliya sebab kurang tidur 2-3 hari ni...

Lena sampai pagi


Sunday, August 7, 2011

Aliya susah tidur siang part 2

Aliya sama macam semalam siang hari ni pun susah nak tidur. Asyik nak merangkak dan panjat panjat. Mungkin Aliy adah seronok merangkak dan berdiri ni. Petang bawa pergi Giant sebab Aliya tak mahu tidur. Ibu babah beli barang-barang sikit. Lenguh dukung Aliya.

Masa berbuka Aliya paling sibuk. Bagi makan buah. Pastu Aliya main pinggan plastik. Bising rumah waktu berbuka hihihihihi

Saturday, August 6, 2011

Aliya susah nak tidur siang part 1

Aliya ok semuanya cuma susah nak tidur siang. Asyik nak main je tapi Aliya gosok gosok mata je . Tu tanda Aliya mengantuk. Tidur kejap kejap itu pun bila penat sangat. Puas pujuk tidur tapi Aliya tak mahu tidur. Penat ibu babah melayan Aliya :-)

Friday, August 5, 2011

Aliya bangun pukul 530 pagi :-)

Aliya salin pampers awal pukul 12 kot. Lepas menyusu. Berat pampers. Pastu Aliya tidur semula. Pukul 53opagi bangun masa babah sahur. Ibu sahur pukul 5 pagi. Ibu bagi susu kat Aliya. Babah buat 6oz. Hampir habis. Haus sangat lah tu Aliya ni. Ok jek...

Ingat nak tidurkan Aliya semula ibu ni tapi tak dapat sebab Aliy atengok babah ke sana sini. Iye lah nak gosok pakain kan. Aliy amesti nak tengok. Jadi kena baring sama dengan Aliya ibu. Bila baring Aliya diam je peluk ibu. Bila babah bangun semula Aliya ikut bangun. Banyak kali. Sekarang Aliya dah pandai ni. Tau je babah bangun hihihihihihihi...

Sampai babah ibu nak pergi kerja Aliy atak tidur. Tapi merengek nak tidur tapi ibu tak boleh baring dengan ia sebab nak pergi kerja. Kena tunggu wan balik sebab Aliy atak mahu dengan atuk ia. Bila bagi kat atuk ia menangis lah Aliya. Nasib wan balik dari pasar time tim etu. Wan ambil Aliya Aliy atak menangis.

Pertama kali Aliya menangis bila babah ibu pergi kerja.. sedihnyaaaaaaaa

Babah rasa boleh balik awal hari ni sebab babah naik motor pergi kerja. Semalam hujan lebat, Hari cuaca elok. Lega. Babah pun beli kuih sikit kat pasar keramat. Beli kuih samosa, kuih badak berendam, kuih buah melaka dengan lauk sikit. semua dalam RM9

Ok. Babah nak solat dulu baru balik

Thursday, August 4, 2011

Aliya tak dapat tengok babah ibu pergi kerja sebab dah tidur dan ibu ada checkup baby (Ultrasound kat hospital)

Aliya bangun awal. Pukul 5 pagi tadi bangun. Sama dengan ibu babah yang nak bersahur ni. Bila bangun awal tu mesti nak main dulu. Babah ibu tak tidur terus sebab terus siap siap nak pergi kerja. Bila ibu nak tidurkan Aliya tak mahu tidur. Tapi bila ibu babah dah betul2 nak pergi kerja baru Aliya gosok gosok mata nak tidur. Kenalah ibu babah tidurkan Aliya. Dah 730pagi baru Aliya tidur. Tinggalkan denganb wan ia lah...Masuk dalam buaian


Ibu lewat checkup. Pukul 9 pagi baru sampai hospital. Daftar dan tunggu. Pukul 10pagi doktor panggil ibu scan. Dapat tengok baby dalam perut ibu. Gerak gerak je masa doktor check tu. Doktor kata baby ok. Sihat..

Babah plak pergi office naik Teksi + LRT + Teksi sebab nak balik dari KL ke Ampang guna motor sebab jalan jem kalau drive. Jem teruk sangat jem. Semalam 630ptg masih kat jalan Ampang tu..

Tapi hari hujan ni. Lebat tapi babah redah je

Sambung ye

Mmemang lewat sampai rumah. Berbuka denga ibu dalam kereta je. Makan kuih dam minum air jagung suam je lah. Sampai rumah terus mandi. Ibu melayan Aliya kejap. Ibu makan sikit. Pas babah siap mandi babah jaga Aliya plak. Ibu mandi dan solat. Ibu sambung makan lagi. Baru jaga Aliya. Pastu babah plak makan. Ibu baring2 dengan Aliya.

Malam Aliya tidur lena. Babah ibu tengok je Aliya. Sayang kami dengan ia...muah Aliya

Wednesday, August 3, 2011

Aliya tak dapat bermanja lama-lama dengan ibu babah seperti selalu

Sejak bulan puasa ni Aliya tak dapat manja sangat dengan babah ibu sebab babah ibu selalu balik lewat ke rumah sebab jalan jem. Memang bulan puasa ni jem teruk kat semua jalan di KL ni. Terpaksa lah sebab tinggal jauh macam ni. Semalam pun lori sampah terbalik kat NKVE. Jem lagi. Dah kat Jalan Tun Razak jem teruk masa nak kuar office tadi. Tambah ni. Dekat buka puasa tu. Lecehnyaaaaaa


Awal pagi tadi sehingga pukul 6 pagi Aliya macam biasa je. Kepenatan di bulan puasa ni. Minum susu biasa je. Pagi sebelum pergi kerja babah ibu manja manja dengan Aliya. Aliya hantar babah ibu pergi kerja.

 Hari ni juga babah selesaikan semua yang perlu bayar pada bank-bank semalaysia ni. Kering poket

Rumah ibu plak air bocor  sejak semalam. Habis lah. Tinggi bil. Tapi pukul 11 pagi orang dah repair. Kena RM130. Dah ok. Susah hidup kalau air problem ni. Lagi masalah bil aada baby macam Aliya...
Semalam sebab jem teruk babah ibu terpaksa sampai lewat. Dah lah lewat singgah plak kat TESCO. Nak beli susu Aliya. Balik pukul 8 malam sampai. Aliya dengar ibu balik terus menangis. Babah ibu terus mandi. Ibu makan dulu sebab nak susukan Aliya jap lagi. Babah dengan ibu dah berbuka dalam kereta tadi dah...

Sampai rumah makan gitu gitu jer..

Pas makan tu babah ibu temankan Aliya tidur. Susah juga nak tidurkan Aliya sebab kalau tak mahu tidur tu Aliya asyik nak main je...

Babah pulak kemas kemas kat dapur, cucui botol le malam ni. Ibu tidurkan Aliya. Siap babah pun sama sama tidurkan Aliya. Leg atengok Aliya sihat ni. Tidur comel je Aliya........

Tunggu Aliya bangun esok pagi

Tuesday, August 2, 2011

Aliya di hari ke-2 puasa :-)

Masa bangun sahur Aliy apun join sekali lah. Tetiba Aliya terjaga n bangun nak ikut babah ibu sahur. Bawa lah kat luar sana. Dah pukul 5pagi pun sebab dah minum susu terus Aliya cergas

Kami bersahur biasa-biasa saja. Lepas tu terus tak tidur sebab nak siap siap pergi kerja.

Babah ibu pergi kerja Aliya tak tidur pun. Puas wan ia nak tidur kan Aliya ni...

Babah ibu balik kerja pun lewat lagi. Jem lagi teruk dan kena bawa kereta slow slow je. Sampai lewat kelam kabut juga berbuka puasa sebab melayan Aliya lagi. Masa babah ibu berbuka Aliya pun nak makan sama. Babah bagi betik dan epal. Aliya hisap macam hisap puting susu ia...

Malam Aliya senang tidur. Kepenatan sangat Aliya. Macam berpuasa je.

Wan kata Aliya yak banyak sampai jatuh2 kat tikar. Wan cuci lah. Pastu wan kata dalam cerelec ada kertas timah plak. Nasib wan nampak kalau tidak dah masuk perut Aliyaagaknya.Pasni kena hati hati.

Suka tengok Aliya tidur ni. Lasak. Kekadang babah ibu tertidur dulu. Kemudian Aliya hihihihihihihi
Akiyasejak puasa ni mengantuk lain macam. Pas tidur terjaga minum susu pastu tidur semula. Senang. Malam pukul 10mlm minum susu tidur semula. Pukul 2 pagi jaga minum susu tidur semula. Penat puasa ye Aliya

Aliya dah berubah. Tak suka dukung sangat. Nak memanjat ke. Walker ia pun di panjat panjatnya. Dah boleh berdiri sendiri. Dulu test berjalan pegang sikit2 je. Tak sabar tunggu saat Aliya bercakap dan berjalan betul ni

Monday, August 1, 2011

Hari ni babah ibu kali ke-2 berpuasa dengan Aliya dan kali pertama dengan baby :-)

Hari pertama puasa. Babah ibu tak cukup tidur sebab Aliya bangun pukul 4 pagi. Kalau pukul 2 pagi ok. Babah pulak tidur lewat pukul 2 pagi(kebiasaanya) dan jaga semula pukul 5pagi ke. Aliya pun samalah bersahur tp Aliya tengok je sambil minum susu. Ramai lah sahur kali ni. Dengan family kakak ibu sama dengan anak anaknya.

Kali pertama berpuasa dengan Aliya masa Aliya dalam perut ibu. Kali ke-2 ni lah masa Aliya dah besar. Dengan adik Aliya plak ni kali pertama lah sebab baby dalam perut ibu lagi. Harap adiknya kuat macam Aliya boleh tahan bila ibu puasa.

Aliya nampak mengantuk masa babah dah nak pergi kerja :-) sebab bangun awalkan...

Babah dengan ibu balik kerja sampai rumah petang betul betul dah nak berbuka puasa. Jalan jem. Teruk jem bulan puasa ni. Ingat naik motor lah nanti.

Berbuka puasa pertama ni ramai ramai lah. Riuh dengan anak anak buah ibu jelah. Ibu berbuka dulu sambil sambil pegang Aliya. Babah pun sama.

Aliya tidur lasak sbb penat agaknya.Asyik main je...

Sunday, July 31, 2011

Aliya dan kami semua duk rumah saja

Tak gi kemana mana pun. Babah cuci pakaian banyak sangat. Hari ni babah pun sibuk mengemas rumah jek.
Hari ni Aliy amacam nak selsema. Sejak semalam lagi tapi kejap selsema kejap ok. Tunggu dan lihat keadaan Aliya lah sebelum bawa ke Klinik. Rumah pulak dah senyap semula sebab semua anak buah ibu keluar ikut mak ayah merekalah. Ok juga sebab kalau budak ramai kat rumah Aliy atak mahu tidur langsung.

Ini ada pic Aliya pada hari ni




Aliya tengah main main permainan ia :-)

Ibu dengan babah sangat sayang ia lah

Saturday, July 30, 2011

Aliya sihat sihat saja. Ibu dengan babah plan nak pergi SOGO Sales tapi tak jadi sebab ....

Dari malam tadi Aliya dan kami semua sihat sihat lah. Semua baik. Aliy adengan manjanya nak berdukung saja bila babah ia dah ada ni. Babah layan je. Suka dukung Aliya ni sebab wangi wangi wangi je :-)


Hari ni plan nak pergi Sogo sales. Tapi tak jadi lah sebab sejak malam tadi ada emergency kat rumah. Wan dan atuk serta emua family dalam kepanikan.

Wan pun balik lewat pagi. Bangun pagi dah sakit sakit badan jadi terus cancel lah plan nak pergi SOGO

Babah ibu Aliya duk rumah je lah. Lagipun kakak ibu yang tinggal Tangkak ada balik...

Friday, July 29, 2011

Aliya dengan Ibu kat rumah babah pulak kat Johor. Rinduuuuuuuu

Bangun pagi terus msg ibu sebab nak tau keadaan ibu , Aliya dan baby. Ibu call kata semua ok. Aliya tak manja manja sangat dengan ibu waktu babah tak ada ni. Aliya tau ibu bawa baby (Adik Aliya) jadi Aliya tak nak berdukung sangat. Alita tau ibu penat kalau dukung Aliya. Pastu babah mandi dan solat lah. Siap semua dan babah nak checkout hotel call ibu. Ibu baru nak keluar pergi pejabat. Hari hujan kat klang sana. Babah minta ibu drive berhati hati. Babah pulak pergi sarapan . Tunggu berita dari ibu je lah nanti tengah hari..

Babah rindu family babah yg tersayang ni..

Babah buat kerja macam biasa. Ada kelapangan babah ibu sms. Aliya ok. Sihat je kat rumah dengan wan ia.

Petang ibu call dah nak balik rumah. Babah pulak akan balik KL. Siap kerja pukul 630pm. Terus balik rumah. Ibu minta sampai awa tapi babah dah bajet pukul 10mlm baru sampai sebab babah malas nak laju laju. Badan pun penat.

Pukul 10mlm sampai Klang. Sebelum balik rumah babah minum dulu. Makan mee goreng terus sebab lapar.

Sampai rumah babah mandi. Masuk bilik ibu jaga. Aliya dah tidur. Bila Aliya terjaga Aliya tengah pening pening sebab baru bangun tidur. Tak jelas lagi tengok babah ia ad asebelah. Dah sedar terus nak dukung je. Terus cium ibu, Aliya dan baby. Wangi semuanya. Sayang muahhh

Tidur lah sebab dalam perjalanan balik babah demam tadi. Nampak ibu Aliya dan baby terus sihat je

Thursday, July 28, 2011

Hari ni Aliya susah nak yak. Yak keras...

Pagi tadi semua ok buat Aliya. Dari babah pergi kerja Johor , Ibu pergi meeting kat PICC Putrajaya semua elok. Tapi tengah hari ibu call babah kata wan bagitau yang Aliya asyik menangis menangis menangis. Ta henti henti. Risau ibu babah. Takut sakit ke demam ke. Ibu dah nak balik rumah tengah hari tadi sebab risau. Babah pulak outstation 2 hari di Johor ni

Kemudian wan Aliya bagitau Aliya susah nak yak rupanya. Keras yak ia. Pelik jugak. Mungkin sebab susu tu sebab susu tu nampak macam lembab lah. Ada bincang dengan ibu nak tukar susu lain tapi tak tau yang mana sesuai sebab susu AMMUM ni dal lama minum plak.


Tak tau lah nak buat macam mana. Tunggu babah balik esok baru plan apa yang terbaik buat si comel Aliya ni...

Babah dah separuh kerja habis. Nak balik hotel dah. Ibu 5:30pm baru habis meeting. Lewat juga jhabis meeting.


Tunggu ibu sampai rumah baru dapat berita tentang Aliya ...

Malam baru dapat berita sebab petang masa ibu balik babah call pun ibu baru sampai tengah nak buka gate. Ibu kata Aliy akat luar tengok budak-budak main. Babah kata pada ibu nanti malam lah call semula sebab nak ibu siap cepat untuk melayan Aliya nanti. Ibu kena mandi, solat dan makan dulu baru boleh peluk Aliya

Malam ibu call. Nak buat video call tak jadi sebab sim kad babah tak upgrade lagi. Call biasa jelah. Aliya sihat. Ibu tengah melayan Aliya sambil ckap dengan babah ni..

Lama juga bercakap dengan ibu. Babah dengar juga suara Aliya. Babah pun panggil Aliya. Aliya pegang pegang hp ibu belek belek. :-). Pelik agaknya. Suara babah ada tapi babah tak ada.

Lamap tu Aliya dah nak tidur. Ibu kena baringkan Aliya sambil menyusu jadi tak boleh lah guna handphone sangat.

Kami sambung esok. Janji ibu Aliya dan babay sihat semasa babah tak ada ni

Hari khamis ni juga ibu minum air gula nak check kencing manis kat hospital

Alhamdulillah Ibu ok. Semua ok dan baik-baik . Normal

Aliya pada hari Khamis 28 Julai 2011

                                  
                                                        Aliya sedang di BUAI MIMPI
                              Tak ingat pukul berapa?Mungkin waktu tidur malam sebab nyenyak tu

Wednesday, July 27, 2011

Aliya tidur masa ibu babah siap siap nak pergi kerja

Masa ibu babah siap siap nak pergi kerja ibu layan Aliya kejap kat katil. Bagi susu sebab kat luat tadi Aliya menguap saja. Tukar pampers tadi pukul 3pagi kut. Bagi susu 5oz habis Aliya minum. Aliya bangun semula pukul 5 pagi sama dengan ibu babah Aliya ni. Bila Aliya dah bangun ni kena siap cepat cepat sebab Aliya ni nak berdukung.

Dalam pukul 6 pagi lebih tu Aliya menguap guap saja. Ibu bawa Aliya masuk bilik. Bawa Aliya baring dan bagi susu. Aliya tertidur. Ingat nak masuk buaian. Tapi tunggu dulu. Dah nak pergi kerja Aliya terjaga semula. Macam tau je babah ibu nak pergi kerja. Babah layan Aliya lah. Bawa dukung kat luar rumah tengok2 sekeliling, pokok pokok, burung burung, tupai, kucing comot tu dll. Dah puas tengok bawa masuk rumah semula.

Bila babah ibu pergi kerja Aliya bye bye ....Elok elok kat rumah dengan wan yer...
Aliya kena tidur.......

Tunggu babah ibu balik kerja nanti yer...macam biasa pukul 7pm sampai rumah.......

Babah ibu lewat sampai rumah sebab wan suruh belikan roti dan telor. pukul 8 malam baru sampai rumah. Kasihan Aliya tunggu lama babah ibu. Telor senang cari. Banyak kedai ada tapi roti yang susah. Roti manis susah nak cari. Pergi 99 Tak ada, Pergi TESCO tak ada. Pergi pasaraya tak ada.Last last balik je lah. Sebab dah lewat sangat.

Sampai rumah ibu terus mandi dan bagi Aliya susu sebab Aliy adah merengek. Babah plak mandi dan layan Aliya pulak. Macam tu lah kalau balik kerja.

Malam Aliya susah juga nak tidur. Puas pujuk. Aliya ni nak tidur habis di golek sana sini atas tilam tu. Kena jaga sebab takut jatuh bawah. Sambil sambil nak tidurkan Aliya tu babah kejap kejap pergi dapur cuci cuci lah. Makan lewat sebab nak temankan ibu tidurkan Aliya lah. Lama juga baru Aliya tidur. Babah baru makan malam pas Aliya tidur. Sempat juga bagi ibu makan epal masa melayan Aliya nak tidur tu...

Bila Aliy adah tidur ada member call. Terjaga Aliya. Kena tidurkan semula. Dah tidur terus lena Aliya. Sampai pagi lenaaaaaaa...

Tuesday, July 26, 2011

Aliya susah pulak nak tidur semula

Pagi dalam pukul 1 atau 2 tu buil aAliya terjaga babah ibu bagiu susu. Pas menyusu Aliya yak lagi. Lepas yak tukar pampers. Bila tukar nak tidurkan Aliya semula memang payah. Aliy atak mahu tidur semula. Cergas je Aliya pagi ni. Nak main bawah. Hampir pukul 4 pagi baru Aliy anak tidur. Tu pun sebab dah mengantuk sangat agaknya. Sampai babah ambil Aliya letakkan kat bawah bagi Aliya main sorang sorang. Ibu ambil semula sebab kasihan tengok Aliy atercengang cengang kat bawah. Babah pulak gi dapur basuh botol susu.


Bila dah tidur tu lenma sangat Aliya tidur. Sampai pagi babah ibu nak pergi kerja baru Aliya jaga. Bagi minum susu 4oz tapi Aliya minum 2oz saja. Masa babah ibu dah nak pergi kerja Aliya yak lagi. Babah ibu cuci baru pergi kerja..


Aliya bye bye babah ibu pergi kerja...

Tak sabar nak balik rumah tengok Aliya. Ibu puasa hari ni...

Cuaca panas hari ni....

Wakut tengah hari Aliya dengan wan ia je lah kat rumah tu. Semua baik baik saja...


Balik kerja ni kalau boleh nak balik awal tapi kena singgah tesco sebab nak beli kan tisu lap, susu Aliya,makanan kucing comot tu dan ice cream MCD ibu nak makan masa berbuka. Pergi semua tempat tu. Beli beli sampai kat rumah pukul 7:20pm. Dah dekat nak berbuka. Aliya tengah tunggu tunggu je babah ibu balik. Bila ibu masuk Aliya dah tau walaupun tak nampak ibu. Merengek rengek je. Ibu berbuka puasa dulu lah. Makan ice cream dengan french fries je. Sudah je terus ambil Aliya dari wan ia sebab wan nak solat.

Babah mandi dulu sebab nak jaga Aliya nanti. Siap mandi jaga Aliya. Ibu mandi pulak dan solat. pastu ibu sambung makan nasi sebab dah rasa lapar sangat. Baby dalam perut tu pun dah gerak banyak.

Dah selesai semua tu babah ibu siap makan semua terus tidurkan Aliya. Golek sana golek sini lama lama Aliya tidur sambil menysus dengan ibu ia. Sampai ke pagi tak jaga jaga. Pukul 4 pagi 27hb baru jaga....

Tunggu cerita sambung

Monday, July 25, 2011

Aliya cover tidur yang tak cukup sebab demam 2 hari

Pagi lepas Aliya bye bye babah ibu pergi kerja, wan kata senang Aliya tidur. Pukul 10 pagi baru bangun . Tengah hari makan plak. Lepas tu terus tak mahu tidur. Asyik nak berdukung dengan wan ia.

Ibu call wan tanya Aliya demam ke tak..wan kata Aliya ok. Tak demam. Lega babah ibu.

Semua ok tunggu masa nak balik rumah je. Tak sabar nak tengok Aliya ni.. Aliya mesti lasak semula sebab dah sihat.

Cayang Aliya yang comel ni...muahhhhhhhh

Masa babah ibu sampai Aliy abaru balik dari pasar malam. Wan ia bawak jalan jalan

Sejak malam tadi Aliya susah nak tidur. Dalam pada tu Aliya pun sempat yak yak. Babah ibu basuh. Tapi ada macam bau yak lagi masa Aliya menyusu tu. Walaupun Aliya dah nak tidur babah ibu kena kejutkan Aliya sebab nak kena cuci lagi. Terpaksa lah. Lepas cuuci lagi baru tak ada bau yak. Tukar lagi pakaian tidur Aliya. Pastu dalam golek sana golek sini payah Akiya nak tidur...lama lama tertidur juga bila ibu peluk Akiya sambil menyusu tu.

Lega Aliya dah tidur. Kasihan tengok sebab Aliya mengantuk

Sunday, July 24, 2011

Aliya semakin sihat cuma malam suhu jatuh dari paras normal

Hari Ahad Aliya tambah sihat. Demam kurang. Suhu badan kembali normal. Aliya pun dah tak menangis. Cuma nampak lemah. Mungkin sebab demam 2 hari lepas. Aliya pun kalau tidur memang nyenyak sungguh. Lena Aliya ni kalau tidur lepas demam. Mungkin kurang tidur sejak demam 2 hari ni.

Pagi tadi pun lepas minum susu Aliya terus tidur. Tak dapat nak sendawakan Aliya. Tak pe lah. Nak buat macam mana sebab Aliya tidur. Pampers pun tak dapat ibu nak salinkan. Sebab Aliya tidur juga.

Suhu badan Aliya pun turun dari paras normal 36.5c tu. Pagi check suhu Aliya 36.1, 36.3c, balik ke 36.1c. Ibu tutup aircond takut Aliya sejuk sangat. Kipas pun pasan 1 je. Bila buat macam tu suhu Aliya jadi normal semula. Nampaknya buat sementara waktu ni aircond dan kipas kena kurangkan guna sampai Aliya betul-betul ok.

Semalam pun kelam kabut walaupun Aliya tunjukkan tanda tanda dah baik demam. Semalam kat taman ibu ada pulak gotong royong. Babah kena datang sebab tak ada wakit dari rumah ibu. Bersih kan longkang dan sampah. Start pukul 8 pagi tapi babah datang pukul 8:30pagi. Banyak kena siapkan dulu. Ibu lah yang jaga Aliya sorang masa babah gotong royong. Pukul 10 babah balik kejap cuci baju. Ibu sibuk kat dapur siapkan makanan Aliya. Aliya dalam walker main main. Siap cuci baju babah sambung gotong royong semula. Tengah hari pukul 12 tengah hari terus balik sebab baju belum jemur lagi. Hari pun mendung. Kalau terus gotong royong apa pun tak buat. Bukan malas join tapi kerja kat rumah banyak. Ibu tak mampu nak buat semua sebab nak jaga Aliya juga.

Lepas stop gotong royong tu babah pulak kena servis kereta ibu. Sebab babah kena outstation 28 - 29 hb ni. Lepas siap semua pukul 2 petang terus pergi beli makanan tengah hari untuk makan sama ibu. Sampai rumah gotong raya dah stop sebab hujan lebat juga tengah hari tu.

Ibu pun memang lapar sangat sebab babah balik lewat juga. kalau tak servis kereta cepat lah balik. Ni pukul 2 baru nak makan tengah hari memang dah lewat. Ibu pun penat sangat sebab Aliya asyik nak berdukung je sejak demam ni..

Dari pagi Ahad hingga malam Aliya nampak sihat saja. Syukur Alhamdulillah....

Cuma suhu Aliya turun ke 36.1c tu yang risau juga. Lain2 tu nampak normal.

Ibu ingat nak pergi kawan kahwin kat Dewan MBSA tapi sebab Aliya baru baik demam tak jadi pulak