Pagi tadi semua ok buat Aliya. Dari babah pergi kerja Johor , Ibu pergi meeting kat PICC Putrajaya semua elok. Tapi tengah hari ibu call babah kata wan bagitau yang Aliya asyik menangis menangis menangis. Ta henti henti. Risau ibu babah. Takut sakit ke demam ke. Ibu dah nak balik rumah tengah hari tadi sebab risau. Babah pulak outstation 2 hari di Johor ni
Kemudian wan Aliya bagitau Aliya susah nak yak rupanya. Keras yak ia. Pelik jugak. Mungkin sebab susu tu sebab susu tu nampak macam lembab lah. Ada bincang dengan ibu nak tukar susu lain tapi tak tau yang mana sesuai sebab susu AMMUM ni dal lama minum plak.
Tak tau lah nak buat macam mana. Tunggu babah balik esok baru plan apa yang terbaik buat si comel Aliya ni...
Babah dah separuh kerja habis. Nak balik hotel dah. Ibu 5:30pm baru habis meeting. Lewat juga jhabis meeting.
Tunggu ibu sampai rumah baru dapat berita tentang Aliya ...
Malam baru dapat berita sebab petang masa ibu balik babah call pun ibu baru sampai tengah nak buka gate. Ibu kata Aliy akat luar tengok budak-budak main. Babah kata pada ibu nanti malam lah call semula sebab nak ibu siap cepat untuk melayan Aliya nanti. Ibu kena mandi, solat dan makan dulu baru boleh peluk Aliya
Malam ibu call. Nak buat video call tak jadi sebab sim kad babah tak upgrade lagi. Call biasa jelah. Aliya sihat. Ibu tengah melayan Aliya sambil ckap dengan babah ni..
Lama juga bercakap dengan ibu. Babah dengar juga suara Aliya. Babah pun panggil Aliya. Aliya pegang pegang hp ibu belek belek. :-). Pelik agaknya. Suara babah ada tapi babah tak ada.
Lamap tu Aliya dah nak tidur. Ibu kena baringkan Aliya sambil menyusu jadi tak boleh lah guna handphone sangat.
Kami sambung esok. Janji ibu Aliya dan babay sihat semasa babah tak ada ni
No comments:
Post a Comment