Hari ke-2 hantar aliya dan haziq ke rumah pengasuh kak nah.
aliya ingat macam nak pergi jalan-jalan. laju saja naik kereta pagi ni. haziq macam biasa belum faham apa-apa. aliya menangis ingat babah nak sorokkan keyboard mainan ia. babah bawa aliya masuk kereta terus aliya diam..
barang keperluan aliya dan haziq babah masukkan dalam kereta. wan pun ada tengok aliya dan haziq nak pergi rumah pengasuh yang baru nama kak nah tu. wan pun risau sebab wan kan dah jaga aliya haziq ni sejak lahir lagi. dalam hati mesti sedih dan risau sebab aliya dan haziq pun manja dengan wan. aliya pun selalu panggil nama wan...wan wan sejak dah pandai bercakap ni...
sampai sana pukul 730am. babah ibu kerja hari ni. ibu ada meeting di putrajaya. babah kerja di kl.
sampai dan masuk rumah kak nah aliya ok lagi. bila ibu babah nak pergi aliya terus menangis. haziq diam saja. babah ibu tetap risau. terus tinggalkan aliya dan haziq dengan kak nah
tengah hari call kak nah tu tapi hp off. babah ibu risau. kena tunggu sampai balik kerja pukul 5. risau takut aliya dan haziq apa apa ke kat rumah kak nah sebab call tak dapat kak nah tu.
pukul 430pm babah balik terus pergi putrajaya ambil ibu dan terus balik. terus pergi rumah kak nah.
sampai rumah kak nah aliya dan haziq ok. aliya tak menangis. haziq pun dah jaga. dah siap mandi dah aliya haziq ni dengan kak nah
kak nah kata aliya tak mahu makan. hanya makan biskut dan nasi 3 suap. aliya memang susah makan kalau orang lain suap. aliya suka makan suap sendiri.
haziq minum susu tak 2oz lagi.kak nah kata haziq minum susu 4oz. banyak
aliya dan haziq sekarang ni batuk dan selsema. ubat kak nah dah bagi makan. aliya yg teruk batuk . haziq kurang.
babah ibu ambil aliya haziq dan balik rumah.
babah ibu mandikan semula aliya dan haziq tu...
ibu menyusu kan aliya dan haziq...
aliya dan haziq nampak macam penat sangat. haziq jari tangan kaki macam merah. ada bintik merah kat bawah mata dan kat teliga. macam kena gigit semut saja. tapi haziq ok nampak sihat saja...
harapan tu aliya dan haziq tak apa apa dalam jagaan kak nah tu..
malam haziq aliya tidur lena....
esok hari ke 3 lah di jaga kak nah aliya dan haziq ni
No comments:
Post a Comment