My Blog


Monday, May 14, 2012

Hari Pertama Aliya dan Haziq di jaga oleh Pengasuh

Hari ni Aliya dan Haziq di jaga ole pengasuh nama kak fazilah. tengok kakak ni peramah orang nya. babah ibu risau sangat sebab tak pernah tinggalkan aliya dan haziq pada orang lain selain wan dan atuk nya

aliya dan haziq kena hantar pada pengasuh sebab wan aliya haziq tak sihat. dah tak boleh buat kerja-kerja yang berat dan menjaga budak lagi. lagipun aliya dan haziq ni dah lasak terutama haziq

ini gambar masa pagi nak hantar aliya dan haziq ke rumah pengasuh




kelam kabut juga lah nak buat persiapan nak ke rumah pengasuh ni. banyak benda yang kena bawa ke rumah pengasuh. Buaian, botol susu dan sebagainya. almaklumlah ini 1st time hantar jadi pening dan tersangat risau takut ada yang terkurang.

beli susu baru beli botol susu baru beli lotion baru beli sabun mandi baru beli mainan baru ...mcm mcm serba baru.

dengan pengasuh ada jugalah jumpa sekejap hari jumaat 11 hb mei 2012 dalam tengah hari. bincang sekejap saja. pengasuh ni nampaknya macam sibuk. bincang yang perlu perlu dan penting saja hari tu, hari sabtu ahad pulak kak fazilah ni tak ada. balik kampung. jadi janji hantar pada hari ini lah.

babah ibu kena cuti standby takut kakak fazilah ni tak boleh jaga aliya dan haziq

jadi pukul 10 pagi hantar ke rumah pengasuh

Kak fazilah dah tunggu aliya dan haziq. sampai terus masuk rumah dan ibu babah explain tentang haziq aliya pasal makan minum mandi makan tidur dan sbgnya. babah pasang buaian angkat beg dll

haziq sampai pun dah nak tidur. ibu masukan haziq dalam buaian. haziq tidur. aliya masih jaga lagi. menyusu dengan ibu. haziq menyusu sebelum aliya n tidur

dalam 30 min babah ibu nak balik. aliya menangis sungguh sungguh sebab kena tinggal. kak fazilah suruh balik.babah ibu balik. risau tengok aliya menangis

pukul 11 kak fazilah call kata aliya masih menangis. asyik nak berdukung. letak bawah aliya menangis semula. haziq pula menangis. jadi masa yang sama aliya dan haziq menangis. pening kak fazilah tu.

kaka fazilah ni anak 4 semua lelaki. rumah penuh dengan alat eletrik. risau babah ibu kalau aliya haziq duk main luar. takut pegang sana sini dan mengutip

lepas tu kak fazilah kata boleh uruskan aliya haziq.

tengah hari pula kak fazilah call ada pulak orang lain nak jaga aliya dan haziq. nama kak nah. kak fazilah bagi pada kak nah pulak jadi penjaga aliya dan haziq. babah ibu terpaksa terima lah sebab dah darurat.

babah ibu tunggu sampai petang. keluar dulu beli barang2 yang perlu untuk aliya dan haziq. beli pinggan mainan botol susu kat Little Whiz. semua mahal :-). botol air minum dah RM38 :-)...

pukul 6 terus pergi rumah kak nah ambil aliya dan haziq. sampai rumah tengok aliya dan haziq sedang main-main dengan anak2 kak nah yang perempuan 3 orang. kak nah kata aliya susah nak makan dan haziq pulak minum susu banyak.

bila nampak babah ibu sampai aliya dan haziq terus pergi pada ibu.

ambil barang2 yang perlu bawak balik rumah cuci. aliya haziq menyusu dalam kereta

lega aliya dan haziq tak apa apa

sampai rumah ibu terus baring dengan aliya dan haziq....

esok hari ke-2 lah untuk haziq dan aliya di jaga kak nah

No comments:

Post a Comment