My Blog


Thursday, May 17, 2012

Hari ke-4 Aliya dan haziq di jaga pengasuh

Pagi pagi bangun awal tapi tetap hantar aliya dan haziq ke rumah kak nah pengasuh tu 7.30pagi juga. Biasanya sebelum nak keluar pergi kerja masa tu lah aliya dan haziq nak menyusu dengan ibu. sebab ni lah lewat keluar rumah selalu :-)

pagi ni aliya bila sampai rumah kak nah tu aliya ajak ibu balik pulak. jom ....jom...jom kata aliya pada ibu ajak keluar rumah kak nah.

aliya dah faham mesti kena tinggal lagi lah...haziq macam biasa diam dan tak menangis bila babah ibu nak pergi. tapi aliya tetap menangis bila nampak babah ibu keluar dari rumah kak nah tu nak pergi kerja. dah hantar rumah pengasuh ni terpaksa lah tinggalkan walaupun menangis kuat.

tapi kak nah kata aliya menangis sekejap saja. tak perlu risau

sekarang yang babah ibu paling risau bukan haziq tapi aliya ni sebab aliya ni tak mahu makan orang suapkan kat ia. aliya nak buat sendiri. kak nah kata kalau aliya makan sendiri aliya makan tak banyak. menyusu pun aliya kurang. tapi haziq kak nah kata kuat pulak menyusu.

babah ibu tawakal dan berserah lah pada tuhan semoga aliya dan haziq sentiasa baik dalam jagaan kak nah sekarang ni.

emergency kes sebab wan dah tak sihat. masalah jantung.

hari ke-3 hari tu tengah hari ibu babah call kak nah nak tanya pasal haziq aliya tak dapat. hp kak nah tu bateri habis. hari ni tengah hari ibu call dapat.

kak nah kata haziq berak 4 kali. banyak tu. sakit perut agaknya. aliya ok saja. normal berak tak banyak.

petang balik kerja terus pergi ambil aliya dan haziq kat rumah kak nah tu. comot je aliya dan haziq. walau pun mandi tetap bau tak best. macam tak mandi lagi. tapi kak nah kata dah mandi. haziq mandi pukul 3 petang dan aliya pukul 5 petang. sebab pagi mandi lewat pukul 10 pagi.

ibu tak berapa happy bila kak nah jaga aliya dan haziq sebab kebersihan. semalam babah ibu cuba cari pengasuh yang lain dalam area taman rumah ibu juga. ada lah 2 orang yang nak jaga aliya haziq ni. jadi balik lewat kat rumah. paling jauh pengasuh yg nak jaga ni rumah nya di jalan nak pergi kapar. yang dekat ni pulak rumah ada jual jajan pulak. takut ibu.

tak berkenan jugak ibu. babah pun risau takut aliya suka makan jajan nanti. yang jauh ni ok tapi jalan ke rumah sibuk dengan kereta. leceh nanti...

dah lewat sampai rumah. ibu kena juga mandikan aliya haziq lagi. dari hari pertama lagi aliya haziq tetap ibu mandikan lagi kat rumah dengan air panas walaupun kak nah dah mandi kan kat sana.

aliya pulak setiap kali balik rumah ni mesti terlalu lapar. siap tunjuk rice cooker dan kata nak makan nak makan sambil menangis.

bagi makan simple saja lah nasi putih dengan telor goreng saja sebab tak sempat masak atau beli kat kedai.

lepas makan aliya terus menyusu dengan ibu terus lah tidur. haziq pun sama. balik dari rumah pengasuh aliya dan haziq cepat tidur. tak cukup tidur agak nya kak rumah kak nah tu

esok hari ke 5...sambung cerita

No comments:

Post a Comment