Hari ini babah outstation pergi Johor. Ada kerja. Pergi 2 hari. Rabu dan Khamis. Khamis balik lah. Harap semua kerja selesai esok.
Tadi sebelum pergi babah peluk Aliya lama-lama sebab sayang nak tinggalkan Aliya walaupun sekejap. Sebab selalu Aliya tidur dengan babah ibu. Babah pun risaukan ibu sebab ibu kena driving sorang nak pergi kerja. Ibu pregnant. Takut ibu pening tak boleh drive. Tadi pun ibu muntah dalam kereta. Nasib baik sangat di lampu isyarat. Tengah berhenti.
Bila babah tak ada kat rumah ibu kena buat semua. Kalau babah ada ibu jaga Aliya dan babah buat yang lain lain tu. Ibu sabar tau. Walaupun ibu balik penat sampai rumah kena layan Aliya ibu buat yang terbaik. Esok babah balik.
Babah sayang ibu Aliya baby dan abang..
Aliya semakin manja kan ibu....bestnya babah rasa dapat dukung Aliya
Ibu ibu jaga diri baik baik...jaga aliya dan baby sama
Thursday, June 30, 2011
Tuesday, June 28, 2011
Aliya jumpa Pakar Diet Kat Hospital
Pagi babah ibu bawa Aliya pergi jumpa Pakar Diet di Hospital. Mula-mula Aliya kena timbang. Berat 5.9kg. Umur Aliya sekarang 9 bulan. Berat denga umur tak padan. Doktor kata kalau umur 9 bulan berat sesuai mesti 9 kg. Paling kurang pun 8 kg. Sekarang Aliya 5.9kg. Jadi dah dekat garisan kuning. Maknanya kurang 3kg ni dah kritikal juga.Ibu babah kena interviewlah dengan pakar diet tu. Tapi ibu lah yang kena tanya pasal jadual makan Aliya kat rumah. Banyaklah dapat maklumat pasal pemakanan untuk bayi.
Doktor cadangkan Aliya kena makan 3 kali sehari. Makan sayur, ikan atau ayam dan sekarang kalau minum susu pun doktor minta campurkan dengan cerelec 1 sudu. Bagi susu kena kerap sebab doktor kata Aliya kurang minum susu.
Dalam 1 jam babah ibu kat hospital. Pukul 10 habis pukul 11. Ibu nak pergi Jusco nak ambil voucher. Ibu beli mainan Aliya RM89. Voucher RM60. Tambah lagi :-). Aliya duduk baring dalam stroller sebab ibu tak bagi dukung walaupun Aliya nak babah dukung.
Dah beli mainan kami balik sebab Aliya dah mengantuk sangat. Sampai rumah ibu tidurkan Aliya. Penat Aliya sebab tak cukup tidur..
Semoga Aliya sentiasa sihat walaupun berat dengan umur tak ikut graf...

Thursday, June 23, 2011
Friday, June 17, 2011
Aliya semakin faham dan mengerti
Sekarang ni kalau Aliya dah bangun pagi awal masa babah ibu siap sipa nak pergi kerja tu Aliya akan minta manja manja dengan babah ibu sebab Aliya tau sekejap lagi babah ibu tak ada kat rumah. Tak dapatlah Aliya nak manja manja dengan babah ibu pagi sampai petang. Tapi bila tau babah ibu dah balik kerja...mmmmmmmmhhhh apa lagi terus Aliya nak peluk dengan babah ibu ni...
Sekarang ni kalau babah ibu balik kerja, wan akan bawa Aliya dalam bilik wan dulu. Biar babah ibu siap mandi siap solat baru boleh babah ibu tengok Aliya. Kalau balik terus tengok maknanya apa benda tak boleh buat. Kena layan Aliya. Terutamanya ibu. Aliya mesti nak baring dengan ibu dulu. Macam nak lepaskan rindu pada ibu........

Thursday, June 16, 2011
Aliya check-up di Klinik Desa
Aliya buat checkup di klinik desa tadi. Sekarang Aliya dah 9 bulan. Syukur Alhamdulillah. Aliya sihat cergas dan cerdas. Dah pandai beri respons bila tengok apa apa. Hari ni babah ibu pergi kerja lewat sebab pagi pergi klinik bawa Aliya. Lama tunggu turn sebab jururawat hanya 2 orang bertugas. Yang datang bukan main ramai. Sampai pukul 9 pagi habis pukul 12:30 tengah hari. Dahlah klinik panas. Aliya pulak mengantuk. Kesian tengok Aliya. Bergilir ibu babah dukung Aliya. Ibu lagi penat sebab pregnant. Dah siap Aliya checkup tu terus balik.
Sampai rumah Aliya pulak tak mahu tidur. Wan nya bagi makan dulu. Babah ibu pulak bersiap nak pergi kerja. Dah peluk cium Aliya babah ibu pergi kerja. Agaknya tak lama lepas tu Aliya tidur lah.
Balik kerja petang wan kata Aliya kurang tidur. Ibu siap cepat mandi makan solat terus bagi Aliya menyusu dan Aliya terus tidur. sampai lah sekarang ni pukul 12:40am Aliya masih lena tidur sejak dari pukul 8 malam tadi. Mengantuk sangat lah tu
Sayang ibu Aliya baby dan abangnya....
Muah
Wednesday, June 15, 2011
Akiya dah boleh merangkak????
Aliya dah buat gaya nak merangkak...sungguh
Aliya dah merangkak merangkak merangkak...... :-)
Alhamdulillah..Aliya semakin membesar dan comel sangat
Monday, June 13, 2011
Dwinguler ibu beli untuk Aliya dah sampai kat rumah
Contoh
Semalam Dwinguler yang ibu order on-line dah sampai kat rumah by pos. Ibu beli untuk Aliya. Cantik dengan ABC dengan gambar-gambar kartun lagi. Ibu belikan sebab untuk senang Aliya baring-baring, golek-golek, mara-mara nanti. Sebab Aliya sekarang dah lasak sangat. Asyik nak meniarap atas lantai je.
Babah akan letak pic Aliya duduk atas Dwinguler yang ibu beli bila dah dapat pic tu yer
Suka yer Aliya.........

Aliya tak mahu tidur
Hari ni Aliya langsung tak mahu tidur lepas tidur kejap pukul 8 pagi tu. Bangun dalam pukul 9:30 sebab Aliya *****. Lepas basuh ia terus cergas. Aktif sangat. Nak main saja. Penat sangat ibu melayan Aliya. Aliya nak berdukung sambil nak main mainan. Babah pulak hari ni kena banyak buat kerja rumah. Cuci pakaian kotor Aliya dengan babah ibu punya. Vaccum rumah, kipas, karpet,dapur. Ibubanyak melayan Aliya hari ni. Babah kejap kejap saja dapat layan Aliya sebab tak boleh boleh nak dukung Aliya sangat sebab babah berpeluh je.
Hari ni kat rumah ada anak buah ibu. Tumpang tidur malam tadi. Jadi rumah meriah lah. Aliya pulak suka tengok mereka main. Sampaikan makan pun Aliy anak tengok anak buah ibu main. Hari ni walaupun makan 2 kali tapi Aliya makan nasi blend tak banyak sangat. Risau babah ibu. Habis comot Aliya masa makan sebab asyik gerak gerak.
Sampai semua dah balik pun Aliya masih tak mahu tidur. Biasa lepas makan tengah hari Aliya akan tidur kejap petang tapi hari ni sampai ke petang Aliya masih tak tidur tidur.
Pukul 7 malam baru Aliya nak baring-baring dengan ibu. Babah baru siap vakuum rumah. Tengok dalam bilik Aliya dah menyusu dengan ibu dan pejam mata. Akhirnya Aliya baru boleh tidur. Lega babah ibu.
Kali ni lama Aliya tidur. Malam Pukul 12 baru jaga :-)
Sayang Aliya

Sunday, June 12, 2011
Aliya pergi rumah Pak Ngah
Hari Sabtu bawa Aliya jumpa Pak Ngah dan Mak Ngah ia. Dah plan dah nak pergi sana sebab nak tengok adik babah yang baru bersalin tu. Kiranya makcik Aliya lah tu. Tapi dah balik rumah dah. Ingat babah ibu datang bawa Aliya sama nak jumpa jumpa tak tak kesampaian. Nantilah babah bawa ibu dan Aliya pergi PJ pergi rumah terus.
Hari ni wan Aliya pergi Kulai Johor ikut rombongan bertunang. Tinggal Atuk Aliya saja. Babah ibu tak ikut sebab jauh sangat. Lagi pun Aliya masih baby lagi. Kalau dah besar sikit senang lah nak bawa jalan sana sini.
Hari ni juga sambil keluar ni pergi beli susu Aliya. Dah nak habis dah. Beli kat 99 murah RM3.
Aliy apakai cantik hari ni . Comel je sebab nak berjalan jalan. Pergi pukul 3 petang sampai pukul 4 petang. Balik pukul 5:30 petang . Sebab nanti pukul 6 dah nak bagi Aliya makan dan mandi. Lagipun Aliya mengantuk. Sampai rumah pak ngah dan mak ngah Aliya menangis kejap. Lama tu dah ok. Tak menangis dah.
Sampai rumah siap makan siap mandi Aliya tidur lena sebab penat sangat kot :-). Aliy atidur dengan ibu. Ibu peluk ia..lena sangat

Thursday, June 9, 2011
Catatan blog 8 Jun 2011-Dah masuk 3 hari dah Aliya makan Nasi Blend+Carrot+Potato+Kismis
Aliya dah mudah tidur kalau bangun untuk salin pampers dan minum susu. Biasa pukul 1 pagi atau 2 pagi. Lepas dah salin pampers dan minum susu Aliya akan golek golek kemudian akan tertidur sendirilah. Kalau tak tidur babah ibu akan masuk kan dalam buaian dan Aliya akan tidur. Kalau dalam buaian Aliya akan lena tidur sampai ke pagilah. Pukul 6 pagi Aliya tak akan terjaga macam dulu. Cuma kekadang tu adalah terjaga pukul 6 pagi tu tapi akan pejam mata semula. Pukul 7 pagi Aliya akan terjaga dan nak keluar dari buaian. Kalau pukul 7 pagi tu okay lah boleh layan Aliya sebab babah ibu dah nak pergi kerja. Dapat layan kejap saja lah Aliya tu. Sekarang babah ibu keluar rumah pukul 7:30pagi sebab jalan tak jem. Sekarang cuti sekolah jadi sampai ofis pukul 8:15pagi. Kiranya cukup cukup untuk ibu pergi punch kad je lah. Babah sampai ofis lewat sikit tak ada yang kisah sangat janji call kena jawap je lah.
Pagi ni Aliya elok je tak meragam sangat jadi pukul 6 pagi tu babah ibu tenang sikit nak bersiap pergi kerja. Tadi bangun pun lewat pukul 6:05 baru terjaga. Sebabnya babah silap. Ter set SILENT pada hp babah. Jadi jam tak berbunyi. Sempat gosok baju sempat cuci pakaian kotor Aliya sempat juga minum tea o yang ibu buatkan untuk babah ni.
Sekarang bila babah ibu pergi kerja kalau Aliya tak tidur wan nya akan bawa Aliya kat luar untuk tengok babah ibu pergi kerja. Aliya akan tengok je babah ibu dalam kereta tu lama lama. Agaknya Aliya dah faham yang dia akan kena tinggal dengan wan sampai petang baru babah ibu ada :-)
Aliya buang air besar dah ok. Makan nasi blend pun 2x sehari. Ok saja tak menangis sakit perut. Semoga berterusan lah keadaan Aliya macam ni.
Tadi babah ibu sampai rumah lewat juga sebab KL hujan. Jalan jem. Sampai rumah Aliya main dengan wan nya dalam bilik. Babah ibu intai Aliya sedang main dengan busu ia. ibu pangail panggil sambil main chak chak dengan Aliya. Aliya dengar suara je.Tercari cari Aliya dengan ibu ia. Bila nampak ibu terus Aliya senyum. Meronta ronta is nak kat ibu. Bila nampak babah terus nak dukung je Aliya.
Babah mandi dan solat dulu. Ibu layan Aliya. Lepas babah selesai baru ibu pulak mandi dan solat. Babah jaga Aliya. Lepa sibu siap solat ibu makan. Babah bawa Aliya kat luar tengok ibu makan. Sambil tengok ibu ia Aliya nak main je. Pegang sana sini. Lepas ibu sudah makan ibu bawa lah Aliya baring untuk tidur. Ibu bagi susu dan sekarang Aliya sedang tidur. Dari pukul 8 malam tadi sampai sekarang pukul 9:47am Aliya masih lena je.
Bila keadaan tenang macam ni dapat lah Babah update blog.
Hari ni Aliya buang air besar 2x. Semua elok je buat Aliya hari ini.
Monday, June 6, 2011
Aliya terima hadiah "Walker" dari busunya
Aliya dapat hadiah WALKER dari busu. Beli di JUSCO Bkt Tinggi. Cantik warna hijau. Petang pergi beli sama ibu dengan wan. Nanti tunjuk gambar WALKER tu
Sunday, June 5, 2011
Aliya tak boleh buang air besar. Kena sembelit
Ibu tak jadi bawa Aliy abalik kampung sebab Aliya sembelit. Babah pun tak jadi nak pergi servis kereta. Petang pukul 3 bawa Aliya ke DEMC jumpa doktor, Doktor bagi ubat sembelit
Thursday, June 2, 2011
Catatan blog 2 June 2011
Babah ibu belikan mainan untuk Aliya. Mainan yang cute cute je...Yang boleh Aliya pegang. Kalau picit bunyi peeet peeet peeet. Aliya dah bosan dengan mainan yang lama lama tu dah.
Semalam ibu babah cari Dwinguler untuk Aliya. Sebab sekarang Aliya dah boleh mara ke kedepan. Jadi kalau letak kat lantai atau karpet takut habuk dan bulu kucing.
Tapi harganya...RM450 yng baikpunya. Biasa hanya RM190....
Lepas tu tengok Walker pulak...RM250
Semua barang baby mahal mahal sekarang..........
Tak jadi beli dulu. Kena survey jugak...
Catatan blog 1 June 2011
Babah penat je ............
Lupa cerita......
Ingat sikit sikit ......
Malam Aliya cukup susah nak tidur. Asyik menangis saja. Last last babah letak Aliya kat bawah...kat lantai biarkan Aliy amain main sendiri. Aliya diam pulak bila letak kat lantai. Rasanya Aliya dah boring golek golek atas katil. Sekarang dah suka golek golek kat lantai jer...
Dah lama lama tu ibu dapat juga tidurkan Aliya ..........
Wednesday, June 1, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)