Hari ni Aliya langsung tak mahu tidur lepas tidur kejap pukul 8 pagi tu. Bangun dalam pukul 9:30 sebab Aliya *****. Lepas basuh ia terus cergas. Aktif sangat. Nak main saja. Penat sangat ibu melayan Aliya. Aliya nak berdukung sambil nak main mainan. Babah pulak hari ni kena banyak buat kerja rumah. Cuci pakaian kotor Aliya dengan babah ibu punya. Vaccum rumah, kipas, karpet,dapur. Ibubanyak melayan Aliya hari ni. Babah kejap kejap saja dapat layan Aliya sebab tak boleh boleh nak dukung Aliya sangat sebab babah berpeluh je.
Hari ni kat rumah ada anak buah ibu. Tumpang tidur malam tadi. Jadi rumah meriah lah. Aliya pulak suka tengok mereka main. Sampaikan makan pun Aliy anak tengok anak buah ibu main. Hari ni walaupun makan 2 kali tapi Aliya makan nasi blend tak banyak sangat. Risau babah ibu. Habis comot Aliya masa makan sebab asyik gerak gerak.
Sampai semua dah balik pun Aliya masih tak mahu tidur. Biasa lepas makan tengah hari Aliya akan tidur kejap petang tapi hari ni sampai ke petang Aliya masih tak tidur tidur.
Pukul 7 malam baru Aliya nak baring-baring dengan ibu. Babah baru siap vakuum rumah. Tengok dalam bilik Aliya dah menyusu dengan ibu dan pejam mata. Akhirnya Aliya baru boleh tidur. Lega babah ibu.
Kali ni lama Aliya tidur. Malam Pukul 12 baru jaga :-)
Sayang Aliya
No comments:
Post a Comment