Aliya buat checkup di klinik desa tadi. Sekarang Aliya dah 9 bulan. Syukur Alhamdulillah. Aliya sihat cergas dan cerdas. Dah pandai beri respons bila tengok apa apa. Hari ni babah ibu pergi kerja lewat sebab pagi pergi klinik bawa Aliya. Lama tunggu turn sebab jururawat hanya 2 orang bertugas. Yang datang bukan main ramai. Sampai pukul 9 pagi habis pukul 12:30 tengah hari. Dahlah klinik panas. Aliya pulak mengantuk. Kesian tengok Aliya. Bergilir ibu babah dukung Aliya. Ibu lagi penat sebab pregnant. Dah siap Aliya checkup tu terus balik.
Sampai rumah Aliya pulak tak mahu tidur. Wan nya bagi makan dulu. Babah ibu pulak bersiap nak pergi kerja. Dah peluk cium Aliya babah ibu pergi kerja. Agaknya tak lama lepas tu Aliya tidur lah.
Balik kerja petang wan kata Aliya kurang tidur. Ibu siap cepat mandi makan solat terus bagi Aliya menyusu dan Aliya terus tidur. sampai lah sekarang ni pukul 12:40am Aliya masih lena tidur sejak dari pukul 8 malam tadi. Mengantuk sangat lah tu
Sayang ibu Aliya baby dan abangnya....
Muah
No comments:
Post a Comment