Hari ini babah outstation pergi Johor. Ada kerja. Pergi 2 hari. Rabu dan Khamis. Khamis balik lah. Harap semua kerja selesai esok.
Tadi sebelum pergi babah peluk Aliya lama-lama sebab sayang nak tinggalkan Aliya walaupun sekejap. Sebab selalu Aliya tidur dengan babah ibu. Babah pun risaukan ibu sebab ibu kena driving sorang nak pergi kerja. Ibu pregnant. Takut ibu pening tak boleh drive. Tadi pun ibu muntah dalam kereta. Nasib baik sangat di lampu isyarat. Tengah berhenti.
Bila babah tak ada kat rumah ibu kena buat semua. Kalau babah ada ibu jaga Aliya dan babah buat yang lain lain tu. Ibu sabar tau. Walaupun ibu balik penat sampai rumah kena layan Aliya ibu buat yang terbaik. Esok babah balik.
Babah sayang ibu Aliya baby dan abang..
Aliya semakin manja kan ibu....bestnya babah rasa dapat dukung Aliya
Ibu ibu jaga diri baik baik...jaga aliya dan baby sama
No comments:
Post a Comment