Pagi babah ibu bawa Aliya pergi jumpa Pakar Diet di Hospital. Mula-mula Aliya kena timbang. Berat 5.9kg. Umur Aliya sekarang 9 bulan. Berat denga umur tak padan. Doktor kata kalau umur 9 bulan berat sesuai mesti 9 kg. Paling kurang pun 8 kg. Sekarang Aliya 5.9kg. Jadi dah dekat garisan kuning. Maknanya kurang 3kg ni dah kritikal juga.Ibu babah kena interviewlah dengan pakar diet tu. Tapi ibu lah yang kena tanya pasal jadual makan Aliya kat rumah. Banyaklah dapat maklumat pasal pemakanan untuk bayi.
Doktor cadangkan Aliya kena makan 3 kali sehari. Makan sayur, ikan atau ayam dan sekarang kalau minum susu pun doktor minta campurkan dengan cerelec 1 sudu. Bagi susu kena kerap sebab doktor kata Aliya kurang minum susu.
Dalam 1 jam babah ibu kat hospital. Pukul 10 habis pukul 11. Ibu nak pergi Jusco nak ambil voucher. Ibu beli mainan Aliya RM89. Voucher RM60. Tambah lagi :-). Aliya duduk baring dalam stroller sebab ibu tak bagi dukung walaupun Aliya nak babah dukung.
Dah beli mainan kami balik sebab Aliya dah mengantuk sangat. Sampai rumah ibu tidurkan Aliya. Penat Aliya sebab tak cukup tidur..
Semoga Aliya sentiasa sihat walaupun berat dengan umur tak ikut graf...
No comments:
Post a Comment