Pagi tadi dalam pukul 1 pagi Aliya terjaga. Babah ibu bagi minum susu lah. Pastu salinkan pampers ia. Tapi nak tidurkan Aliya semula Aliya tak mahu tidur. Asyik merengek asyik golek sana sini. Kejap kat ibu kejap kat babah. Risau sebab takut Aliya sakit kat mana mana ke. Tapi last sekali ibu ambil Aliya dan peluk lama lama...Aliya pun tidur elok je. Rasanya Aliya takut kot. Atau nak manja manja dengan ibu ia. Bila dah tidur tu letak semula kat tilam Aliya terus tidur sampai pagi.
Pagi bila babah bangun Aliya pun mengeliat nak bangun sama. Babah tepuk ia..Aliya tidur semula. Ibu masih tidur. Pastu babah rendam baju Aliya. Masuk semula tengok Aliya dah merangkak rangkak kat ibu. Nampak babah je Aliya bercakap cakap dengan babah. Bahasa baby babah tak faham. Tapi mungkin Aliya kata " Babah , ibu tak bangun ni nak Aliya kejutkan ibu???". Pastu Aliya pegang pegang ibu. Ibu bangun dan mandi. Babah mintak wan jaga Aliya sebab babah nak cuci botol susu Aliya. Ibu siap mandi dan solat pastu jaga Aliya. Siap bagi susu sekali 5oz tapi Aliya minum tak habis. Babah mandi plak dan solat.
Siap siap semua babah ibu pergi kerja lah. Dah lewat juga ni. Babah ibu sayang peluk cium Aliya. Bye bye kat Aliya..Aliya tengok je. Tinggal Aliya dengan wan sampai petang. Nanti petang ibu babah balik yer....
Semalam Aliya dah ada kat depan dengan wan tengok tv kot. Ibu sampai terus bagi susu pada Aliya. Aliya minum susu. Babah pulak nak repair tombol pintu dapur yang rosak. Babah cium ciumkaki Aliya terus Aliya tak mahu susu. Nak dukun dengan babah dah. Babah kata babah ada kerja. Ibu dukung Aliya bagi Aliya tengok babah repair pinti dapur. Tombol pecah.
Ibu tinggalkan Aliya dengan atuk ia jaga kejap sebab ibu nak mandi dan solat. Pas siap ibu jaga Aliya. Babah pulak mandi dan solat. Babah siap semua babah jaga Aliya. Ibu makan dulu. Sipa makan ibu bawa Aliya masuk bilik menyusu. Wan kata Aliy atak tidur start dari pukul 3 petang. Babah temankan Aliya tidur dengan ibu sebab Aliya tak mahu tidur. Bila babah ibu ada sama baru Aliy anak tidur.
Badan Aliya panas sedikit. Check dalam 36.9'c. Risau takut Aliya nak demam. Babah ibu monitor sampai pagi. Tapi masih 36.9c . Kekadang 36.8c
Aliya tidur sampai pagi dengan lasaknya :-)
laa iye ke aliya kejutkan ibu,... x sedar ibu.... time kasih aliya kejut ibu ek..muahh kat aliya bucuk ibu babah ni...
ReplyDeletemucuk tapi wangiiiiii je
ReplyDelete