Babah ingat dah tak jadi ibu nak pergi majlis kahwin kawan ibu kat seksyen 3 Shah Alam tu sebab Aliya petang asyik tidur saja. Pagi lepas mandi dan makan Aliya tak mahu tidur. Asyik nak main saja. Babah pukul 12 tengah hari lepas makan baru Aliya merengek nak tidur. Jadi kena ibu tidurkan Aliya. Dapat lah tidurkan Aliya tapi dah lewat sebab plan pukul 1 tengah hari nak pergi majlis kahwin tapi Aliya kena cukup tidur juga sebab sampai sana mesti Aliya tak selesa sebab tak cukup tidur.
Sambil tu babah betulkan paip kat rumah yang tersumbat. Teeruk sebab air melimpah kalau cuci kat sinki. Korek pun tak boleh. Beli asid baru ok. Bau ok je.Bau masam...................
Pukul 3 petang Aliya dah bangun dari tidur terus ibu siapkan Aliya, Pakaikan baju cantik cantik, pakai riben lagi. Comel Aliya babah ibu ni. Dah semua siap terus bertolak ke Shah Alam Seksyen 3 tu. Sampai dalam pukul hampi pukul 4 petang terus ibu jumpa kawan yang kahwin tu dan terus menjamu selera sebab memang lewat sangat. Lapar jugalah sebab sampai lewat. Kawan-kawan ibu yang lain pun dah balik. Adalah dalam 1/2 jam kat sana. Lepas tu terus balik rumah sebab pukul 5:30 petang masa Aliya makan petang pulak.
Dalam perjalanan balik tu singgah sekejap kat Tasik Shah Alam. Bawa Aliya ke taman permainan dan tepi tasik tu tengok air dan permandangan. Asyik Aliya tengok sana sini. Kat taman permainan tu dapat shot gambar Aliya denagn babah. Guna HP ibu yang baru tu.
Tapi tak lama kat Tasik tu sebab hujan panas. Terus balik rumah takut Aliya demam pulak nanti kena hujan panas.
Sampai rumah bagi Aliya makan , mandikan Aliya dan tidurkan Aliya sebab Aliya penat dan mengantuk.
Nyenyak Aliya tidur sampai malam.........
No comments:
Post a Comment