My Blog


Sunday, July 3, 2011

Aliya dah mula makan IKAN MERAH YANG DIGORENG

Aliya dah boleh habiskan susu 5oz dan kekadang 6oz dah...Aliya juga dah mula makan ikan

Babah ibu happy bila Aliya dah makin banyak minum susu. Biasa 4oz Aliya biasa minum tapi sekarang ni dah boleh minum 5oz dan kekadang tu 6oz. Sejak semalam lagi Aliya minum banyak susu dah.Aliya pula semakin aktif jadi mungkin sebab ni lah agaknya Aliya banyak minum susu. Aliya dahaga sebab banyak guna tenaga :-). Bab makan pula babah ibu dah rancang nak bagi Aliya makan ikan dengan sayur. Jadi babah sambil ibu jaga Aliya babah buat kerja rumah tu babah siapkan ikan untuk Aliya. Babah ibu ikut cakap doktor saja sebab doktor kata Aliya kurang makan. Doktor kata bayi umur 9 bulan dah boleh makan ikan, ayam, sayur tapi dalam jumlah yang sedikit. Doktor kata boleh goreng tapi sekejap sajalah kalau nak goreng. Jadi babah buat macam tu lah. Babah buat ikan merah untuk Aliya. Emm emm emmikan mahal hihihihihi.

Hari ni babah ibu cuti jadi Aliy abangun pun awal dan tak mahu tidur lepas minum susu pukul 6 jadi pukul 8 sebelum mandi babah ibu bagi Aliya makan. Tapi bagi cerelac je. Ni yang pertama kali Aliya sarapan pagi. Doktor kata dah boleh bagi makan sarapan dah Aliya ni tapi bagi yang ringan ringan macam cerelac buah buah yang di penyek tu boleh. Sebelum jumpa doktor ni Aliya hanya makan 2x sehari iaitu Tengah hari dalam pukul 12 tengah hari dan petang dalam pukul 5 petang. Tapi doktor kata sebaiknya kalau umur 9 bulan macam Aliya makan mesti 3x sehari. Doktor kata graf Aliya tak cantik. Dah nak masuk graf kuning dah. Doktor kata senang je. Kalau umur 9 bulan=berat 9kg. Plaing kurang pun 8kg. emmm tu yang babah ibu buat macam ni. Aliya berat masih 5.9kg. Kurang 3kg lagi. Doktor kata kalau berap dengan umur tak balance takut Aliya antibody tak kuat nanti.

Jadi ini lah usaha babah ibu untuk Aliya tersayang. Kita tunggu perkembangan Aliya selepas ini ye

No comments:

Post a Comment