My Blog


Sunday, July 3, 2011

Aliya dah mula makan SAYUR BAYAM YANG DI REBUS nyam nyam nyam

Aliya dah makan sayur bayam. Babah yang bagi tapi blend sama nasi kentang carrot ikan tu

Pagi tadi babah keluar pegi kfc sebab ibu nak sarapan burger kfc egg cheezy yang terbaru tu. Jadi babah pergi belilah.lepas kfc babah pergi kedai beli sayur untuk Aliya. Babah beli sayur bayam. Babah campurkan 5 helai daun bayam dalam nasi Aliya. Jadi hijau nasi tu. Tapi Aliya boleh habiskan.Emmmm..happy babah ibu. Aliya sekarang ni kalau semua nak tahu kalau ibu nak bagi Aliya makan kena kejar Aliya sebab Aliya asyik nak kesana kesini. Babah kekadang kena ada sama ibu masa liya makan. Aliya pulak kalau nampak babah mesti nak dukung je. Walaupun babah sibuk kat rumah babah mesti ambil Aliya dan dukung kan sekejap Aliyabawak jalan dalam rumah tu bagi Aliya puas hati dapat dukung walaupun sekejap..

Tadi petang pukul 5 petang babah ibu bawakan Aliy apergi Jusco Bukit Tinggi. Babah ibu nak belikan Mastress protection tu. Sampai sana banyak pula yang beli. Selain mastress protection babah ibu belikan cerek, hangar baju dan mainan Aliya. Belikan patung rabbit besar. Besar dari Aliya. Nanti pic Aliya dengan rabbit tu babah letak kat blog yer. Balik pukul 9 malam ke rumah. Singgah di 99 beli susu sebab susu dah nak habis.

Sampai rumah Aliya nak tidur tapi tak mahu tidur golek sana golek sini rupanya nak susu. Babah buatkan susu bagi pada ibu. Buatkan 5oz. Bagi pada ibu. Lepas Aliya minum susu tu terus Aliya boleh tidur..

Mmmm mengantuk babah ni. Oklah kita sambung lagi tentang Aliya yer..

No comments:

Post a Comment