Pagi lepas makan ubat demam suhu Aliya tak stabil. Bila suhu normal Aliya cergas dan aktif. Bila suhu naik badan Aliya panas Aliya asyik menangis. Kasihan tengok Aliya sakit tak sihat. Aliya bila demam dah tak mahu baring baring. Aliya nak kena dukung setiap masa. Babah ok boleh dukung. Cuma Aliya tak nak sangat dukung dengan babah ia. Aliya nak dukung dengan ibu saja. Penat ibu. Tapi ibu bestnya tetap dukung Aliya.
Aliya pun masa demam macam ni makan dan minum susu kurang saja. Tak macam selalu masa sihat Aliya makan dan minum susu senang nak habiskan.
Babah ibu setiap masa mesti check suhu badan Aliya. Dari pagi hingga petang hari sabtu ni susu Aliya kalau normal 36.8c dan kalau naik pun dalam 37.5c. Macam tu lah setiap jam dari pagi hingga petang.
Bagi juga Aliya makan dan minum susu macam biasa. Kekadang Aliya habiskan kekadang tu Aliya tak boleh habiskan. Buang je lah. Aliya tak sihat kan...
Hari sabtu ni wan dan atuk Aliya keluar pergi Palong. Ziarah kematian. Tinggal babah ibu dan Aliya. Sulit juga. Tengah hari pulak babah siap pening kepala yang kuat. dari hari Jumaat lagi babah rasa badan tak selesa tapi buat biasa je lah. Tapi tengah hari masa cuci pakaian rasa pening sangat dan loya. Terus mintak ubat panadol dari ibu , makan ubat dan rest. Ibu jaga Aliya sorang sorang sebab babah tertidur. Petang baru bangun. Lega sikit.
Masa babah tidur tu ibu buat semua sorang sorang. Dari makan tengah hari dan minum susu petang ibu dengan Aliya saja. Penat ibu..
Masuk pukul 8 malam - 9 malam suhu badan Aliya dah 38.1c, 38.5c,38.7c. Makin naik suhu badan Aliya. Langsung tak turun macam awal pagi, tengah hari dan petang.
Masuk Pukul 11 malam suhu Aliya dah 39.5c. Terus kelam kabut pergi hospital. Sebab makin serius. Ibu pun tengok belakang Aliya siap ada bintik2 merah pun. Risau denggi sebab demam Aliya tak baik walaupun dah makan ubat. Biasa Aliya ni susah nak demam sebab Aliya susu badan dari 0-6 bulan.
Pukul 11:00malam tu siapkan semua barang Aliya sebab kena bawa Aliya hospital juga. Takut jadi teruk lagi. Ibu bagtau pada wan nak keluar pergi hospital Aliya demam makin teruk. Pukul 11:20malam sampai terus daftar. Tak ramai kat kaunter menunggu. Lega. Pukul11:30malam Aliya check dengan nurse. Suhu memang 39.5c. Berat pulak naik jadi 6.1kg. Makin naik walaupun denagn tak sihat dan makan kurang.
Jumpa doktor doktor bagi ubat yang masuk ikut bontot tu 1.Menangis Aliya. Doktor tambah ubat demam dalam botol 1 lagi untuk standby. Doktor kata ambil masa 1 minggu baru baik demam virus ni. Yang bintik tu pulak doktor ambil darah Aliya untuk test takut denggi. Dapat result Aliya kena demam virus. Tak bahaya sangat tapi kena kawallah suhu badan Aliya dan bagi ubat ikut masa. Doktor kata kalau 37.5c-38c=8jam sekali. Kalau 38.1c-38.5=6jam sekali. kalau 38.6 ke atas=4jam sekali.Macam tu lah.
Dalam 1:30pagi baru selesai. Aliya tak menangis sangat. Lega babah ibu. Biasa Aliya menangis je kalau tak dapat tidur. Ni dah lewat pun Aliya masih tak menangis. Cuma nak menyusu badan je dengan ibu. Sambil sambil tunggu result dan tunggu jumpa doktor dan tunggu ubat dan bayar ibu bagi susu badan pada Aliya. Doktor pulak terkejut sebab Aliya kan dah umur 10bln tapi berat 6kg macam bayi umur 3 bln :-)
Pukul 2pagi baru sampai rumah. Aliya tidur. Badan berpeluh banyak. Lega babah ibu. Suhu pun dah normal sebab dah masuk ubat dalam badan.
Babah ibu monitor lah ni...sampai esok Ahad
kesian aliya x penah demam teruk camni.. 1st time dia demam mcm ni.. slalu dia demam sehari dah baik dah xde la suhu naik sgt....rasa cam x nak pi keje nak jaga aliya tp minggu ni ibu byk kena uruskan dan x bleh nak cuti.... tapi klu aliya truk sgt ibu mmg terpaksa cuti.. Orang kata antara kerja & family baik pilih family....
ReplyDelete