My Blog


Thursday, May 12, 2011

Rahsia tersembunyi disebalik nama Muhammad

 

Rahsia tersembunyi disebalik nama Muhammad
Posted on Wednesday, May 11 @ 15:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Open Artikel Oleh: keretaburuk
"1. Kata Muhammad, jika kita gabungkan dalam bentuk mim-kha-mim-kha-dal, maka akan menjadi sebuah sketsa seorang manusia. Anda tentu sudah maklum Jika sebaik-baik makhluk yang pernah dicipta oleh Tuhan di alam semesta ini adalah MANUSIA. Dengan segala kelebihan mereka, sementara mahluk lain hanyalah haiwan, tumbuhan dan planet-planet yang penuh rahsia.

2. Kata Ahmad, jika kita teliti satu-persatu hurufnya maka huruf-huruf itu akan menggambarkan seorang yang sedang melakukan solat, tahukah kamu bahawa SOLAT merupakan sebaik-baik doa dan ibadah yang pernah diperintahkanNya.

3. Kata Muhammad jika digabungkan huruf-hurufnya maka akan berbentuk layaknya manusia yang sedang sujud dalam solat. Dalam gerakan SUJUD dalam Solat merupakan inti dari semua rukun-rukunnya, kerana pada saat sujud manusia menundukkan 8 bahagian tubuhnya di bumi bukti kepasrahan  kepada sang pencipta.

Subhanallah, Allahu Akbar, betapa rahsia Allah sangat menggetarkan hati, saya yakin masih banyak tersirat rahsia-rahaisa lain di sebalik sosok, nama dan semua yang berkaitan dengan sang kekasih sejati 'Habibullah: Muhammad' Shallallahu'alaihi Wa Sallam. (diolah kembali dari situskala) 

Aliya bangun pukul 2 pagi

Pagi tadi Aliya bangun tidur pukul 2 pagi lah. Bukan bangun yang biasa tu. Yang bias tu senang nak tidur semula. Tapi pagi ni Aliya bangun macam nak main terus. Nak berdukung nak pegang sana sini. Aliya ingat hari siang ni. Iye lah malam pun Aliya ingat siang sebab dari malam sampai pagi lampu bilik tetap pasang. Tak boleh lah nak padamkan lampu bila tidur sebab Aliya ada. Takut pulak nanti Aliya jatuh katil sebab Aliya tidurnya lasak. Selalu kepung dengan bantal kiri kanan dan bawah bila Aliya tidur.

Tadi Aliya terjaga awal mungkin sebab Aliya haus kot. Iye lah minum susu tak banyak siang tadi. Ibu buatkan susu lagi 4oz. Aliya minum. Babah nampak Aliya haus lah. Ibu kata Aliya haus. Bila dah sudah minum Aliya segar dan cergas. Pukul 3 tak mau tidur. Sampai pukul 4 pagi baru nak tidur. Tu pun masuk dalam buaian 2x. Kali kedua baru Aliya lena. 

Ibu babah gilir gilir lah buaikan Aliya ni. Takut nanti terjaga pulak Aliya. Sambil sambil Aliya tertidur tu babah gosok pakaian kerja babah dan ibu. Lama lama ibu pun tertidur juga. Tau ibu menganguk. Penat. Lagi pun ibu mengadu sakit sakit sejak malam tadi. Ibu kan pregnant. Babah faham....sebab tu babah tak bagi sangat ibu buat kerja sangat. Cuci pinggan pun tak boleh kalau ikut kan babah ni...sayang ibu tau

Babah lock jam hp pukul 5 pagi. Tak dengar pun. Babah pun mengantuk jugak. Babah terjaga pukul 615pagi. Terus kejutkan ibu. Babah rendam pakaian Aliya sebab nak cuci kan nanti. Cuci tangan tu....

Ibu pun bersiap sama. Babah pun sama. Tapi dalam pada tu Aliy apulak terjaga. Macam nak pergi juga Aliya ni. Tau je babah dengan ibu nak pergi kerja. Ibu layan Aliya. Nasib baik wan nya dah relax. Boleh lah wan nya melayan Aliya. Wan nya suruh ibu buatkan susu ubtuk Aliya ni. Ibu pun buatkan 4oz lagi. Aliya pun terus je hisap botol susu tu. Haus lah tu. Sikit lagi nak habis. Takpe lah Aliya dah tak mau dah. Simpan lah dulu. Ibu dengan babah dah siap nak pergi kerja. Wan nya nak letak Aliya dalam biauan semula. Tapi ibu kata Aliya bangun pukul 6 lebih. Jadi wan nya tak jadi nak tidurkan Aliya. Wan bawak Aliya kat luar sebab nak bagi Aliya tengok ibu babah pergi kerja. 

Aliya tengok babah ibu pergi kerja. Sambil tu Aliya tengok kucing comot to mengendeng dekat wan hihihi. Lapar lah tu...

Sekarang Aliya tinggal dengan wan dan atuk nya. Nanti sambung lagi pasal Aliya ........



Wednesday, May 11, 2011

Kisah Menarik Rasulullah s.a.w dan Kucingnya

Posted on Tuesday, May 10 @ 23:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Artikel Oleh: zharifjenn

"
Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza.Suatu ketika, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Kerana tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.


Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing baginda itu sebanyak 3 kali. 

Dalam peristiwa lain, setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, nabi selalu menggendong mueeza dan di taruh di pahanya.

Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah dia selalu mengeong ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara adzan.

Kepada para sahabatnya, nabi selalu berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, seperti menyayangi keluarga sendiri. 

Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan manja ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis shahih Al Bukhori, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri. 

Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksaan neraka.

Tak hanya nabi, isteri nabi sendiri, Aisyah binti Abu Bakar Ash Shiddiq pun amat menyukai kucing, dan merasa amat kehilangan dikala ditinggal pergi oleh si kucing. 

Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi jolokan Abu Hurairah (bapak para kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara berbagai kucing jantan dirumahnya.

Ada sesetengah dari kita sanggup membiarkan kucing kelaparan. Mungkin ramai yang tidak mengetahui balasannya.

Selain itu, ada juga kisah menarik dari China. Ha Wenjin telah menjual hampir semua asetnya untuk membuka kawasan penjagaan haiwan terbesar di China. Lebih daripada 1,500 anjing dan 200 kucing tinggal di sana sekarang. Tempat ini mempunyai 10 pekerja yang merawat dan menjaga anjing dan 2 pekerja untuk kucing. Perbelanjaannya adalah sekitar $ 37,500 setahun untuk menguruskan penjagaan haiwan ini. klik sini untuk melihat pusat haiwan tersebut

Pagi ni Alita tak bangun awal pun. Asyik tidur jer

Kebiasaannya Aliya akan terjaga awal pagi. Kalau tak pukul 2 pagi Aliya akan bangun pukul 3 pagi. Kalau tak pun pukul 4 pagi. Hari ni tak pulak. Aliya tidur jer walaupun kekadang tu terjaga tapi tidur semula lah. Aliy abangun pagi ni hampir pukul 6 pagi. Kira lewat lah. Ibu kata Aliya menyusu banyak malam tu. 

Bila Aliya bangun ibu layan Aliya. Ibu minta babah buatkan susu Ammum untuk Aliya. Babah buat 4oz. Habis juga Aliya minum. Sekarang Aliya minum banyak susu.Lepas tu ibu bawa kat luar lah sebab Aliy anak berdukung. Babah pulak pukul 5 pagi dah bangun. Gosokkan baju kerja babah ibu lah. Bila ibu dengan Aliya kat luar babah cuci pakaian Aliya yang petang semalam. Lepas cuci tu babah mandi dan solat. Babah pulak melayan Aliya. Ibu nak bersiap jugalah nak pergi kerja. Mandi dan solat. 

Aliya pula nampak macam mengantuk lagi walaupun tidur lena. Babah cakap pada ibu Aliya ngantuk dan nak tidur. Ibu minta babah tidurkan Aliya. Babah masukkan Aliya dalam buaian. Susah juga nak tidurkan Aliya. Babah tak bersiap lagi. Wan nya yang tolong buaikan. Mmmmmm Aliya tak mahu tidurnya. Aliya duk main main dengan kain buaian sambil gelak gelak. Seronok sangat ia. 

Tapi lama lama tu Aliya tertidur juga. Dalam pukul 710am tu Aliya tidur. Babah dengan ibu pergi kerja. Barang Aliya biasanya ibu dah siapkan untuk wannya guna nati bila sudah mandikan Aliya. 

Kebiasaannya baarang keperluan Aliya masa ibu babah kerja semua beres. Dari botol susu ke pakaian semua ready supaya senang wan bila nak siapkan Aliya.

Okaylah sekarang ibu baha di office dah. Aliya masih tidur kot :-). Nanti sambung cerita pasal Aliya bila ibu babah balik rumah ye...

Apa yang terjadi pada 4 Mei 2011

Babah tak ingat :-(

Ibu...ibu pun tak ingat :-(


???????????????????????????

Tuesday, May 10, 2011

Aliya pagi tadi tengok babah dengan ibu pergi kerja

Aliya pagi pukul 3 dah jaga dari tidur. Lebih awal bangun dari babah dengan ibu. Aliya nak menyusu lah tu. Tidur dalam pukul 10 malam Aliya ni jadi sampai pukul 3 pagi terjaga mungkin Aliya haus sangat. Ibu bagi susu badan Aliya hisap kejap kejap je. Jadi ibu buat kan susu botol Ammum lah bagi Aliya. mmmmm habis 4oz. Aliya ni setakat 4oz je. Wan nya try 5oz tak habis. Lepas Aliya habis menyusu babah cuci botol lah sebab nanti pagi nak guna semula. Cuci awal tak ada lah pagi kelam kabut. Aliya ada 2 botol Tommee Tippee
Ibu lepas tu tidurkan Aliya masuk dalam buaian. Aliya tetap mengantuk walaupun banyak tidurnya. Susah nak tidurkan Aliya ni. Kena layan kerenah ia. Kena berdukung kena bagi main buaian kena bagi remote. Sebabnya Aliya ni suka pegang pegang. Dah puas baru boleh tidur Aliya ni :-)
Aliya ni bila masuk buaian dan senyap memang nak tidur sangat lah tu. Tapi kalau masuk buaian dan Aliya pusing sana sini maknanya Aliya tak suka dan perlu keluarkan Aliya dari buaian. Kalau tak mmmm menangis lah Aliya.
Semalam tak. Sejak sejak ni kuranglah macam tu. Bila masuk buaian Aliya memang akan tidur. Pukul 4-430pagi tadi Aliya tidur babah dengan ibu pun tidur sama. Ibu dah sihat sikit. Tak macam semalam. Babah pulak mengantuk. Tapi set jam pukul 530pagi. Jam bunyi dah babah terjaga tapi nak tunggu pukul 6 pagi sebab semua baju ibu dan babah untuk pergi kerja babah dah gosokkan selepas cuci botol susu Aliya tadi.
Tapi babah terlewat juga bangun. 615pagi baru terjaga. Tapi tak panik. Cuma kena rendam baju dan napkin Aliya je. Dah rendam babah mandi lepas mandi solat lepas solat ibu pulak mandi. Babah cuci pakaian Aliya. Aliya masih tidur lagi tapi kejap buka mata kejap tutup mata macam nak bangun je tu.
Akhirnya Aliya bangun ibu angkat Aliya dari buaian. Ibu layan Aliya pulak. Ibu bagi pada wan nya. Aliy agelisah je. Wan ny akata Aliya haus ni sebab cuaca panas. Ibu buat lagi 3oz susu Ammum. Betul lah kata wan nya. Aliya minum habis. Lepas tu baru Aliya ceria.
Okay..ibu babah dah siap nak pergi kerja ni. Wan nya bawa Aliya kat luar sebab nak bye bye dengan babah dan ibu ia. Dah cerah kat luar sana. Dah pukul 715 pagi. Masa babah ibu dalam kereta Aliya tengok lama je. Aliya macam sedih kot. Tak tau lah babah nak kata apa saat tu. Aliya kan tak tau nak cakap lagi. Tak apa lah Aliya. Nanti petang babah dengan ibu akan pulang jua. Aliya tunggu ye babah ibu. Sekarang pukul 5. Babah mahu pulang sudah. Babah ambil ibu dulu baru pulang. Aliya babah LOVE YOU Aliya muah muah muah

Semalam sampai rumah dalam pukul 7 petang. Aliya tidur masa babah dengan ibu masuk rumah. Kasihan Aliya. Berpeluh ia tidur dalam buaian tu. Ibu sedih sangat. Cuaca sekarang panas melampau 36/C. Jadi ibu minta babah bawa Aliya masuk bilik. Atuknya kata Aliya baru je tidur. Pukul 630petang tadi Aliya tidur. Babah angkat Aliya dengan buaian sekali masuk bilik. Masa pasang tu Aliya terjaga. Emmhhh nampaknya ibu dah pulang ni Aliya terus lah nak keluar dari buaian. Ibu ambil dan dukung. Aliya nak menyusu tapi ibu belum mandi dan makan lagi. Jadi masa ibu babah balik kerja ni adalah masa kritikal lah. Sebabnya Aliya mesti nak berpeluk dengan ibu. Kalau nampak ibu dengan babah pun tak mahu sangat sebab Aliy anak peluk ibu :-). 
Okay...ibu bagi Aliya pada babah dan ibu cepat mandi sebab nak bagi Aliya menyusu dulu. Ibu tak sempat nak makan. Wan nya bagitau yang Aliya dari petang tadi lagi tak minum susu. Dah puas dengan ibu Aliya nak berdukung pulak dengan babah. Babah layan Aliya sebab ibu solat dan makan. Aliya suka tengok babah dengan ibu solat :-). 

Bila ibu dah selesai ibu jaga Aliya. Gilir gilirlah. Babah mandi dan solat. Aliya baring dengan ibu atas katil. Aliya rindukan ibu muahhhh. Babah pulak macam biasa lah makan dan cuci botol dan buat apa yang patut. Sambil sambil tu tengok ibu dengan Aliya dalam bilik. Semalam Aliya dan ibu tidur awal. Babah pulak tertidur juga. Kekadang tu terjaga tengok Aliya tidur. Takut Aliya jatuh sebab Aliya sekarang lasak tidurnya sampai pagi :-)

Bersambung..............




Info Baby terbaru 9 Mei 2011 3:00 ptg

Umur: 18 minggu / 5 bulan
Berat: 188gm
Reaksi: Terlalu aktif
Jantina: Boy or Girl :-)
Kesihatan: Sihat

Catatan blog 9 Mei 2011

Awal pagi tadi Aliya bangun tidur sorang sorang je. Dalam pukul 3 pagi babah terjaga dengar suara Aliya macam tengah main main. Rupanya Aliya tengah pegang pegang babah, tarik selimut babah. Ingatkan apa tadi. Tengok ibu masih tidur lagi. Ibu pulak sehari dua ni tak berapa sihat. Sakit tekak dan selsema. Babah pun kejutkan ibu bagitau Aliya dah bangun. Tengah main sorang sorang. Ibu cuba bagi susu badan tapi Aliya macam tak nak sangat. Ibu minta babah buat kan susu Ammum. Babah buat 4oz. Dah siap bancuh bagi pada ibu. Aliya minum banyak jugak. Hampir habis 4oz tu. Tinggal sikit je. Lepas tu Pukul 4 pagi Aliya tidur semula. Masukkan dalam buaian. penat agaknya. Tambah lagi dengan mengantuk sangat Aliya ni. Ibu babah pun tidur sama sebab awal sangat lagi nak bersiap nak pergi kerja. Sebelum tu babah buat simpanan air masak sejuk dalam botol botol air Aliya tu. Lepas tu cuci botol susu tadi. Dah siap babah tidur semula. Ibu dengah Aliya dah lena. Babah lock jam pukul 530pagi. Ingat nak bangun nti gosok baju kerja ibu dan babah. Pukul 530 terjaga bila jam handphone berbunyi tapi babah relaxlah kejap sebab masih mengantuk tapi tup tup tertidur. Pukul 615 pagi ibu terjaga kata lewat bangun. Babah bangun terus mandi solat dan gosok baju. Ibu terpaksa gosok sendiri baju kerja. Sorry ibu.Aliya tidur lagi dalam buaian. Ok semua nampak berjalan lancar je
Tetapi ibu mengadu badan lemah lemah. Tekak sakit. Ibu rasa loya pulak. Terus ibu masuk toilet. Ibu loya dan ******. lepas tu ibu terus tiada tenaga. Lemah terus baring. Babah risua jugak. Tanya ibu pening tak. Ibu kata ok tak pening. cuma tekak dan selsema sedikit. Babah kata elok MC hari ni. Takut jadi demam pulak. Ibu plan ambil MC kat tempat kerja. Senang dan cepat. Babah ikut saja sebab kalau ambil MC kat sini pun sure lambat sebab ramai pesakit kat KKIA **** ni.
Babah dengan ibu pergi kerja lewatlah. Sempat lah ibu tolong wannya mandikan Aliya sebah dalam pukul 7 pagi Aliya pun terjaga sendiri. Bersiap sudah makan sudah babah dengan ibu pergi kerja lah. Pukul 9 pagi dari rumah ke ******** ******g.Aliya tengok babah dengan ibu keluar rumah. Sempatlah babah dengan ibu lambai lambai pada Aliya.
Dalam pukul 1030pagi babah ibu sampai di office ibu. Ibu terus daftar untuk jumpa doktor staff. Tapi doktor tu bercuti. Terpaksa lah Q dengan public. Punya lah lama tunggu. Hampai pukul 1 tengah hari baru selsesai. Lega babah ibu. Balik nanti plan nak scan baby ni. Pergi 2 klinik ni satu klinik ni tak boleh buat printing, satu lagi klinik ni mahal dan berlagak. Scan saja dah RM100.Tak jadilah scan di sutu. Scan di klinik kat rumah lah. Ok dah siap scan semua babah dengan ibu happy lah sebab dapat tengok babay dalam perut ibu. Alhamdulillah syukur babay sihat dan selamat. Cuma babay aktif sangat. Kena caj RM40. Ok murah sangat lah tu. Lepas scan terus balik rumah. Babah ingat kena cuti hari. Sampai rumah Aliya dah bangun. Baru lepas makan. Babah ibu layan Aliya pulak. Berdukung dan macam macam lagilah.Rupanya wan bagi tau ibu yang Aliya sejak pagi tadi lepas mandi sampai sekarang belum tidur. Betul ke ni?Babah dengan ibu rasa pelik.Ok lepas sudah makan semua babah dan ibu, ibu bawak Aliya masuk bilik. Nak tidurkan Aliya semula. Senang Aliya tidur. Ibu rasa pelik. Ibu kata pada babah Aliya mengantuk sangat takut sebab ubat yang ibu makan. Babah dengan ibu risau. Tambah lagi wannya kata Aliya ***** banyak sangat hari ni. Tapi tengok Aliya ceria cerdas dan cergas saja. Cuaca kat luar makin tambah panas.
Petang Aliya bangun sebab perlu makan. Ibu siapkan makanan. Babah main main dengan Aliya. Ok dah makan Aliya mandi. Takde lah terus mandi lepas makan tu. Relax dulu kasi perut Aliya elok tak ada angin. Kebiasaan wajid babah dengan ibu sendawakan Aliya lepas makan dan menyusu tu. Pukul 530 Aliya mandi.Terus Aliya susah nak tidur.Babah bawa berdukung je lah. Kekadang tu Aliya main dengan barang mainan ia.Ibu pulak masih tak sihat sangat tapi ibu tetap melayan Aliya. Ibu tetap mandikan Aliya, buat makanan, buat susu untuk Aliya. Pendek kata semua ibu buat untuk Aliya. Lepas mandi dapat lah tidurkan Aliya kejap. Aliya terbangun juga. Dah puas tidur semalam agaknya Aliya ni. Bawalah berdukung Aliya dalam kawasan rumah ibu ni.Sampai pukul 8 malam baru Aliya tidur lena. Tu Aliya dengan ibu tidur atas katil. Babah update blog. Esok post... . Babah harap dan berdoa agar ibu sihat lepas makan ubat tu. Dengan Aliya pun sama. Babah harap dan berdoa Aliya sentiasa sihat. Ibu pun sama . Babah nak ibu sentiasa sihat. Hari ni babah cuti dan ibu pun cuti MC. Babah tak kerja sebab hantar ibu balik rumah. sampai rumah ibu pukul 3 petang dari ******** ******. Jauh dari **** ******. Cuaca pulak panas./ Mita member ofis tolong solve problem problem.
Okay banyak babah update blog Aliya ni. Jumpal lagi ye kawan kawan
SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU

Catatan blog 8 Mei 2011

Pagi ni Aliya masih bangun awal. Nampaknya Aliya ibu akan mandikan awal lah. Biasa mandi pukul 8pg ke 830pagi. Kalau hari hari yang biasa tu. Cuma hari ni Aliya diawalkan mandinya. Lepas mandi babah dengan ibu bermain main dengan Aliya. Lepas mandi nampak Aliya macam mengantuk sangat. Jadi babah dengan ibu tidurkan Aliya semula. Aliya tidur dalam buaian. Atuk dengan wannya kelaur. Yang lain lain masih tidur lagi. Aliya tidur babah dengan ibu pun tidur sama lah. Dekat pukul 11 pagi baru babah dengan ibu bangun. Aliya masih tidurlah. Babah cuci pakaian. Jemur siap semua. Ibu jaga Aliya. Buaikan Aliya. Tengah hari Ibu bagi Aliya makan. Lepas makan Aliya jadi cergas. Makcik denga pakciknya dengan anak anak nak balik hari ni. Mereka semua balik Johor. Cuaca pula terlalu panas di ***** ni. Terik ya amat. Bawa Aliya masuk bilik sebab bilik sejuk sikit. Nyaman suasananya.Ada aircond tak panas dalam bilik ibu tu. Masa family makciknya balik Aliya dah tidur. Lena sungguh. Letak dalam buaian terus tidur. Kebiasaannya Aliya ni merengek rengek dan cakap sorang sorang baru tidur.Tidur dari pukul 1 lebih kurang sampai pukul 5 petang. Aliya makan lagi sekali untuk makan petang. Lepas makan ibu mandikan Aliya. Lepas makan Aliya mengantuk lagi. Tidurkan Aliya. Tidur dengan ibu atas katil. Lena sangat. Malam pukul 9 malam-10 malam lebih kurang Aliya bangun, Ibu bagi susu botol Ammum. Tapi taklah habis semua. Tinggal sikit tak habis. Tak lama lepas tu dah puas berdukung main main Aliya tidur semula sampai pagi :-)............. Sejak semalam Aliya langsung tak ***** ***** lah

Catatan blog 7 mei 2011

Babah hari ni plan nak pergi kedai tayar kereta. Tayar depan perlu tukar sebab masa dah sampai. Angin keluar. Tayar dah pecah. Pergi di ***** ********. Area Shah Alam le. Adik yang rekomen kedai ni. Murah katanya. Tak susah cari kedai ni. Jumpa. Tapi sekali call adik tanya lokasi. Sampai kedai tayar tukarlah tayar tu. Kena RM410x2 tayar Brand GOODRIDE. Ok tayar ni.Bolah confident.Pukul 1 baru siap. Terus balik ke ****. Singgah di TESCO dan GIANT **** sebab nak cari pampers.Pampers Aliy adah nak habis.Jumpa di Tesco dan Giant tapi mahal.Tak ada promosi. Kalau ada dapat murah dalam RM42 x 72 size S 5kg-8kg.Sempat juga beli barang barang yang lain macam buah roti mainan dll. Ibu msg kata babah lewat sangat balik. Biasalah bila dah masuk tesco dan giant. Lama lah tengok tengok. Ok babah balik juga dan sampai rumah pukul 3 petang lebih. Rupanya kat rumah ibu ramai orang dah. Kakak ibu datang dari Johor.Aliya pun dah bangun tu. Ramai lah yang melayan Aliya. Tak menangis pulak kali ni. Babah rasa mengantuk sangat dan kepala pening. Cuaca pun panas sangat di ****** ni. Ibu bagitau Aliya ***** banyak hari ni. Banyak makan kot. Sampai ke malam Aliya tak tidurlah.
Babah makanlah sebab lapar. ibu wanyan dengan kakak ibu dok bercerita dalam bilik babah ibu. Tak dapatlah babah masuk. Duduk di luar. Petang ibu dengan wan nak keluar nak beli goreng pisang. Aliya tinggal dengan babah. Aliya ni dah pandai nak mengikut pulak. Meronta ronta bila tengok ibu dalam kereta. Ibu keluar tak lama. Dalam 30minit. Babah main main lah dengan Aliya dalam bilik sebab kat ruang tamu tu panas. Tak lama lepas tu ibu balik. Bawa Aliya tengok. Wahhhh Aliya seronok sangat bila tengok ibu keluar dari kereta. Bagi Aliy apada Ibu. Ibu layan Aliya kejap. Lepas tu bagi pada babah sebab ibu nak siapkan makanan Aliya. Pukul 5:00-5:30ptg time makan Aliya. Dah kenyang tu Aliya ye. Pukul 630 ibu nak keluar nak pergi rumah jiran yang baru bersalin. Aliya ibu bagi kakak ibu yang jaga.Babah tak bagi ibu bawak Aliya sebab dah nak pukul 7 dah nak senja ni.Jadi ibu tak bawa Aliya. Masa pukul 7 busu Aliya ambil Aliya dari kakak ibu dan bawa Aliya keluar rumah. Babah nampak dan jadi risau. Nak bawa kat ibu lah tu agaknya sebab rumah jiran tu selang 1 rumah je dengan rumah ibu.
Babah hantar msg mintak ibu balik awal tapi ibu tak bawa 2 handphone. Naya babah.Tak lama lepas tu ibu balik dengan Aliya. Terus ibu nak mandikan Aliya. Babah pun tolong tolong lah macam biasa. Lepas mandi ibu nak tidurkan Aliya. Bawa Aliya baring. Aliya pun masih mengantuk. Okay Aliya memang tidur tapi banyak sangat gangguan masa Aliya tidur tadi. Kejap kejap kejap pintu bilik babah ibu orang ketuk. Malam ni lagi ramai kaum kelaurga ibu datang rumah ibu ni. Tak lena lah Aliya tidur. Terjaga terjaga. Jadi tidurkan Aliya dalam buaian. Berjaya babah ibu tidurkan Aliya sampai lah sekarang ni dah pukul1230pag ni.Ibu pun tidur tu . Aliya pun tidur. Kakak kakak ibu pun dah pulang jadi sunyilah semula rumah ibu.Petang dan malam ni pun Aliya dah 2x *****. Tapi tak mengapalah janji Aliya sihat. Babah sedang update blog ni.
babah pun rasa mengantuk. Nak tidur dah....Okay kawan kawan babah nak tidur. Ibu Aliya babah nak tidur . Sayang ibu sayang Aliya sayang baby.............

Catatan Blog 6 Mei 2011

Aliya ok di rumah dengan wan dan atuknya. Ibu dengan babah balik kerja dan sampai di rumah ibu macam biasa. Sampai dalam pukul 710pm. Masa sampai Aliya dalam bilik dengan wan nya. Ibu tak mahu terus tengok Aliya sebab kalau Aliya nampak ibu terus menangis sebab nak berpeluk dengan ibu sambil menyusu. Tau Aliya rindu sangat pada ibu. Ibu pun buat apa yang patut. Ibu mandi ibu makan ibu minum. Dah sudah tu ibu ambil Aliya. Aliya nampak ibu terus menangis. Ibu bawak masuk bilik bagi susu. Tak lama Aliya menyusu. Sudah tu ibu solat. Babah jaga Aliya. Main main dengan Aliya. Aliya ni suka berdukung dan main denga remote. Remote aircond remote kipas dah jadi mainan Aliya. Lepas ibu solat babah cuci botol susu. Lepas tu babah makan. Aliya tak mahu tidur. Lagipun Aliya bangun pukul 530ptg tadi. Jadi puas kot Aliya tidur siang. Lepas tu ibu bagi Aliya kat babah sebab Aliya nak berdukung. Babah pun dukunglah Aliya jalan jalan dalam rumah. Ibu jumpa wan nya borak borak. Babah bawak Aliya kat bilik wan nya. Aliya selak langsir pintu tengok je wan dan ibu borak borak. Lama dia tengok. Kelakar lah Aliya. Macam mengintai wan dengan ibu borak. Lepas tu wan nya nampak Aliya mengintai terus panggil Aliya. Aliya gelak gelak. Ibu ambil Aliya duduk sama sama dengan wannya. Terus wan nya ajak main main. Lama main dengan wan nya. Siap dengar gelak gelak kuat Aliya ni. Dah dah puas main dengan wannya ibu ambil Aliya. Dalam pukul 9mlm.Dah sampai masa nak tidurkan Aliya. Susah nak tidurkan Aliya ni. Tapi lama lama Aliya tertidur lah. Babah kalau ibu nak tidurkan Aliya ni babah kena duk senyap senyap atau keluar bilik. Kalau duk dalam bilik Aliya tak mahu tidur. Asyik cari babah je. Bila babah peluk Aliya masa Aliya menyusu dengan ibu Aliya tak menyusu sangat. Tngan Aliya asyik meraba rapa nak pegang babah. Kekadang dengan ibu pun sama Aliya buat macam tu. Ok bila Aliya tidur boleh lah babah tengok tv dan lap lap botol susu Aliya tu :-). Pagi tadi Aliya jaga pukul 5. Ibu salinkan pampers. Ibu bagi susu Aliya tak nak sangat. Babah buat kan susu Ammum 4oz bagi kat ibu. Masa tu dalam pukul 6 pagi dah. Aliya minum habis. Dahaga sangat sebab tu merengek merengek. Lepas tu ibu tidurkan semula Aliya. Aliya jaga semula pukul 830pagi. Ni nak siap siap mandikan Aliya ni sama sama dengan ibu :-). Aliya jom mandiiiiiiiiiiiiiiiiiii
Okay Aliya mandi dah ni. Ibu siapkan Aliya. Lap lap sapu minyak yuyi sapu losyen pakaikan baju..baju skirt sebab plan nak bawa Aliya kat rumah Umi nya. Suami Uminya tak sihat sejak semalam. Ada masalah dengan saraf. Sejak sejak ni Aliya pula lasak. Penat juga ibu nak siapkan Aliya terutama lepas mandi. Aliya ni suka golek sana golek sini. Asyik nak pegang benda je. Nak main main. Masa makan pun sama. Ibu kena hati hati bila Aliya lasak ni. Lasak dan cergas. Takut tersedak je. Masa ibu siap kan Aliya dalam bilik babah pulak cuci kain baju Aliya. Keringkan dan jemur. Dengar Aliya nangis nangis nak tidur. Ibu bagi susu badan tapi Aliya tak berapa nak hisap sangat. Ibu mintak babah buatkan susu Ammum 3oz. Babah buutak 4oz. Ibu bagi susu tu Aliya minum habis. Lepas tu Aliya tunjuk signal nak tidur. Gosok gosok mata. Dukung pun tak mahu Aliya. Ibu kata macam tak jadi pergi rumah umi ni. Wan dan atuknay dah pergi dulu dah. Ingat nak follow kemudian tapi bila Aliy adah tidur jawapanya tak jadi lah sebab Aliya pukul 12 tengah hari baru ibu bangunkan untuk makan. Okay sekarang Aliya dah tidur. Senang tidur kali ni sebab Aliya mengantuk sangat. Pukul 11 dah ni :-)
Babah hari ni plan nak pergi kedai tayar kereta. Tayar depan perlu tukar sebab masa dah sampai. Angin keluar. Tayar dah pecah. Pergi di ***** ********. Area Shah Alam le. Adik yang rekomen kedai ni. Murah katanya. Tak susah cari kedai ni. Jumpa. Tapi sekali call adik tanya lokasi. Sampai kedai tayar tukarlah tayar tu. Kena RM410x2 tayar Brand GOODRIDE. Ok tayar ni.Bolah confident.Pukul 1 baru siap. Terus balik ke ****. Singgah di TESCO dan GIANT **** sebab nak cari pampers.Pampers Aliy adah nak habis.Jumpa di Tesco dan Giant tapi mahal.Tak ada promosi. Kalau ada dapat murah dalam RM42 x 72 size S 5kg-8kg.Sempat juga beli barang barang yang lain macam buah roti mainan dll. Ibu msg kata babah lewat sangat balik. Biasalah bila dah masuk tesco dan giant. Lama lah tengok tengok. Ok babah balik juga dan sampai rumah pukul 3 petang lebih. Rupanya kat rumah ibu ramai orang dah. Kakak ibu datang dari Johor.Aliya pun dah bangun tu. Ramai lah yang melayan Aliya. Tak menangis pulak kali ni. Babah rasa mengantuk sangat dan kepala pening. Cuaca pun panas sangat di ****** ni. Ibu bagitau Aliya ***** banyak hari ni. Banyak makan kot. Sampai ke malam Aliya tak tidurlah.
Babah makanlah sebab lapar. ibu wanyan dengan kakak ibu dok bercerita dalam bilik babah ibu. Tak dapatlah babah masuk. Duduk di luar. Petang ibu dengan wan nak keluar nak beli goreng pisang. Aliya tinggal dengan babah. Aliya ni dah pandai nak mengikut pulak. Meronta ronta bila tengok ibu dalam kereta. Ibu keluar tak lama. Dalam 30minit. Babah main main lah dengan Aliya dalam bilik sebab kat ruang tamu tu panas. Tak lama lepas tu ibu balik. Bawa Aliya tengok. Wahhhh Aliya seronok sangat bila tengok ibu keluar dari kereta. Bagi Aliy apada Ibu. Ibu layan Aliya kejap. Lepas tu bagi pada babah sebab ibu nak siapkan makanan Aliya. Pukul 5:00-5:30ptg time makan Aliya. Dah kenyang tu Aliya ye. Pukul 630 ibu nak keluar nak pergi rumah jiran yang baru bersalin. Aliya ibu bagi kakak ibu yang jaga.Babah tak bagi ibu bawak Aliya sebab dah nak pukul 7 dah nak senja ni.Jadi ibu tak bawa Aliya. Masa pukul 7 busu Aliya ambil Aliya dari kakak ibu dan bawa Aliya keluar rumah. Babah nampak dan jadi risau. Nak bawa kat ibu lah tu agaknya sebab rumah jiran tu selang 1 rumah je dengan rumah ibu.
Babah hantar msg mintak ibu balik awal tapi ibu tak bawa 2 handphone. Naya babah.Tak lama lepas tu ibu balik dengan Aliya. Terus ibu nak mandikan Aliya. Babah pun tolong tolong lah macam biasa. Lepas mandi ibu nak tidurkan Aliya. Bawa Aliya baring. Aliya pun masih mengantuk. Okay Aliya memang tidur tapi banyak sangat gangguan masa Aliya tidur tadi. Kejap kejap kejap pintu bilik babah ibu orang ketuk. Malam ni lagi ramai kaum kelaurga ibu datang rumah ibu ni. Tak lena lah Aliya tidur. Terjaga terjaga. Jadi tidurkan Aliya dalam buaian. Berjaya babah ibu tidurkan Aliya sampai lah sekarang ni dah pukul1230pag ni.Ibu pun tidur tu . Aliya pun tidur. Kakak kakak ibu pun dah pulang jadi sunyilah semula rumah ibu.Petang dan malam ni pun Aliya dah 2x *****. Tapi tak mengapalah janji Aliya sihat. Babah sedang update blog ni.
babah pun rasa mengantuk. Nak tidur dah....Okay kawan kawan babah nak tidur. Ibu Aliya babah nak tidur . Sayang ibu sayang Aliya sayang baby.............

Catatan Blog 5 Mei 2011

Masa balik dari kerja ibu nak singgah di kedai kek sarawak. Ibu teringin nak makan kek sarawak. Ok singgah dan belilah 1. Perasa tembikai. Lepas balik terus balik. Sampai di rumah Aliya dah tunggu :-)

Catatan blog 3 Mei 2011

Babah sampai rumah pukul 11 malam. Hujan dah reda. Macam 1 Klang Velly hujan ni. Balik lewat banyak tempat berhenti. Saja saja. Dalam hati rindu sangat pada ibu dan Aliya. Sampai rumah mandi makan semua sudah. Baru tengok ibu dan Aliya. Dah tidur dah. Babah cuci botol susu Aliya. Babah buat kerja apa yang patut. Tadi tetiba dengar ibu batuk kuat. Terus babah masuk bilik tengok ibu. Ibu tersedak masa makan ubat. Lalu Aliya terjaga. Ibu pergi dapur lama. Makan kot. Masa jaga Aliya tu babah manja manja dengan Aliya. Aliya masa golek golek nak tidur tu kekadang tu buka matanya. Nak bercakap. Aliya dah sebut "bah bah bah bah bah bah bah" banyak kali. Rasanya Aliya dah mula nak bercakap. Lepas tu Aliya pejam mata. Tidur. Ibu masuk pulak nak tidur. Babah keluar sebab nak update blog dan copy pic dari camera canon. Nak upload pic ke blog Aliya. Alhamdulillah semua baik hari ni. Aliya dan ibu ok

Catatan blog 2 Mei 2011

Pagi ni Aliya ibu babah semua bangun lewat. Pukul 8. Ibu masak nasi goreng. Babah rendam pakaian Aliya. Lepas tu cuci pakian babah ibu pulak. Aliya mandi lewat. 830 am. lepas ibu sarapan. Babah sarapan lewat sikit. Lepas aliya siap mandi pakai baju seluar ibu tidurkan Aliya di buaian. Tak bagi susu sebab masa bangun ibu dah bagi susu ammum 40z kat aliya. Dah kenyang Aliya.
Awal pagi pagi tadi aliya tak lena tidur. Tak puas menyusu rupanya. Ibu bangun buatkan susu bagi Aliya. Baru aliya dapat tidur semula. Hari ni babah keluar kedai beli sayur. Beli kacang, carrot, kentang, peria untuk ibu makan. Lepas jemur semua baju cuci tadi .Hari ni babah masak tengah hari ayam merah dan goreng kacang. Tapi tak laku lah.Bukan tak sedap. Mungkin ibu tak selera nak makan. Babah makan sorang sorang je lah. Aliya tidur je. Tengah hari baru bangun sebab ibu nak bagi makan. Lepas tu Aliya tidur semula. Petang ibu bawa aliya keluar. petang pukul 4 sampai 530ptg.
Wan dengan Atuknya baru balik dari kampung. ibu bagi makan aliya untuk kedua kali nya. lepas tu mandikan aliya. babah gantikan mentol lampu kat bilik ibu yg terbakar tu. Sebelum tu kemaskan katil. Ok dah sudah semua. Aliya pun tidur semula. sebelum tu kekadang aliya menangis. babah ibu gilir gilir dukung. hari ni babah terlenyek ****** *****. tapi nampak macam ok.
Apa nak buat langsung tak perasan dia. Ok masa babah update blog ni babah tengok cerita Jackie Chan. Cerita amour of god. Sambil sambil tu check Aliya, Masak air dan cuci botol susu. Hari ni kurang pulak babah peluk peluk aliya.
Aliya babah ibu sayang Aliya
Update babay
-baby dah nak masuk minggu ke-18
-umur dalam 4bln lebih nak masuk 5 bulan dah

Catatan blog 1 Mei 2011

Awal pagi Aliya tak lena sangat tidurmya. Merengek je. Nak menyusu dengan ibu. Kalau ibu sebelah kiri Aliya menyusu kejap kejap lepas tu merengek semula ibu tukar baring sebelah kanan. Aliya menyusu pun kejap kejap. Banyak kali jadi macam tu. Puas juga babah dengan ibu tukar tukar tempat tidur. Aliya tidur tengah. Babah ibu kekadang tu kiri kanan tidur. Aircond tak pasang sampai pagi dah. Masuk pukul 12 off kan. Pagi tak panas macam selalu sebab sekarang hujan pagi kerap dah. Lagi pun bilik tak panas pagi tadi tu, rasanya buka sebab bilik panas pun. Ibu pun check pampers tapi pampers ok je. Aliya tak*****. Tapi lama lama macam tu baru Aliya dapat tidur. Tadi Aliya Hari ni Aliya bangun lewat sikit. Pukul 730 baru terjaga. Wannya panggil sebab nak cium. Wannya pergi kursus haji di kelana jaya.
Pukul 8 Ibu babah mandikan Aliya, Lepas mandi ibu bagi susu. Lepas tu ibu pun tidurkan Aliya. Susah juga nak tidurkan Aliya. Ibu dengan babah sama samalah tidurkan Aliya. Akhirnya Aliya tidur. Lena sangat. Aliya ni kalau siang biasa tidur dalam buaian. Malam atas katil. Jadi kalau siang bila Aliya tidur dalam buaian buaian tu kena henjut henjut baru Aliya lena. Klau tak henjut buka lah mata Aliya mencari ibu babah wan atau atuknya. Tapi kali ni Aliya lena sangat. Tak yah henjut buaian. Ibu pun lena sebelah buaian. Ngantuk sebab awal pagi tak tidur sangat melayan Aliya.
Babah pulak sibuk buat kerja rumah masa Aliya tidur siang tadi. Tak terganggulah kali ni. Bila Aliya lena. Kekadang je babah henjut buaian. Sambil sambil check Aliya ok tak dalam buaian. Tengah hari ni ibu plan nak pergi kenduri kahwin. Sejak semalam lagi ibu plan. Semalam tak jadi pergi sebab semua mengantuk. Babah ibu Aliya tidur. Kali ni first kenduri kahwin tak jadi pergi sebab Aliya pukul 12 pun tak bangun bangun lagi. Kecian ye Aliya. Ngantuk sangat ye sayang comel busyuk tapi wangi ni.
Babah ibu kacau kacau juga Aliya tidur sebab Aliya perlu makan sebab pukul 12 dah ni. Usik usik kaki comel Aliya tu. Picit picit lama lama terjaga Aliya. Apa nak buat time makan kena makan juga. Aliya terjaga mengeliat terus minta dukung. Babah dukung Aliya ibu siapakan makanan. Aliya makan Cerelac+Susu Ammum. Ok Aliya makan. Macam biasa. Habis Aliya makan. Semangat Aliya. Lepas Aliya makan ibu siapkan Aliya. Pakai baju semua sebab pukul 1 nak keluar pergi kenduri kahwin di USJ Subang Jaya. Babah bersiap ibu bersiap Aliya pun dah siap. Baru lah kami 1 family keluar. Baju semua kering. Babah dah angkut masuk rumah.
Cuaca redup jadi selesa lah keluar hari ni. Family ibu tunggu kami di Mydin USJ. Semua dah kumpul baru bertolak ke rumah orang kahwin tu. Tak jauh dari Mydin. Kira lewat juga sampai. Sempat lah menjamu selera. Babah dapat makan cendol. Dah lama mengidam cendol tu. Ibu pun rasalah sikit. Tak boleh banyak sebab ibu pregnant. Tak elok. Lagipun Aliya menyusu badan.
Hebat majlis kahwin ni. Rumah VIP. Lepas selesai di isj ni ada lagi satu majlis kahwin di kampung ibu. Semua family terus balik kampung. Babah tak ikut sebab tak larat. Ibu pun tak ikut. Tapi babah tau ibu frust. Aliya tak ikut. Aliya tak frust sebab Aliya baby lagi. Tak tau apa apa.
Ok kali ni babah nak bawa Aliya ke rumah abang babah yang tua dan adik babah no 2. Kiranya nak bawa Aliya jumpa pakcik pakciknya lah. Dah janji semalam dengan abang babah tu nak datang tu yang datang ni. Tak jauh dari USJ. Lalu 1 tol KESAS. Sampai rumah abang babah tengok rumah berkunci. Call tapi tak jawap. Babah pergi rumah adik babah. Taman yang sama. Kira macam lorong yang samalah. Sebab boleh nampak keretanya. Singgahlah kejap di rumah adik babah tu. Bawa Aliya jumpa pakcik mudanya.
Aliya hari no mood baik. Semua orang boleh pegang pegang Aliya. Biasa Aliya menangis kalau orang yang tak biasa jumpa pegang ia. Tapi start dari rumah orang kahwin tadi sampai rumah adik babah Aliya ok je. Gelak ketawa lagi. Ok dah puas sembang sembang Aliya pun bagi signal mengantuk lah pada babah. Aliya gesel gesel kepala pada bahu babah. Babah dah tahu Aliya nak tidur sangat ni. Bagitau ibulah. Jadi kena balik rumah lah. lagipun dah pukul 5 ptg. Aliya makan petang biasa dalam pukul 5 -530ptg. Ok salam salam kami balik rumah. Singgah di 99 sebab beli ubat nyamuk. Perjalanan tak jauh. Dari rumah adik ke rumah babah dalam 1/2jam kalau tak jem. Dalam 530 sampai rumah ibu.
Relax kejap. Aliya dah lapar. Ibu siapkan makan lepas tu bagi Aliya makan. Habis. Lepas tu babah dengan ibu mandikan Aliya. Dah pukul 6 lebih Aliya mandi. Dah siap mandi ibu pakaikan baju seluar tidur untuk Aliya. Ibu bagi susu dan tidurkan Aliya. Sampai saat ni pukul 1130mlm Aliya masih tidur. Ibu pulak tak berapa sihat. Perut sakit sejak pagi tadi. Harap ibu tak apa apalah. Baby pun sama. Harap babay ok. Dah lama tak tengok baby. Minggu depan nak scanlah.
Hari ni Alhamdulillah hari yang baik bagi kami. Malam ni kami tinggal bertiga saja kat rumah. Babah ibu Aliya. Atuk wan busu Aliya balik kampung. Jiran kiri kana pun tak ada. Balik kampung semuanya.Hari ni rasanya catatan blog yang paling panjang cerita. Maaf........

Catatan blog 30 april 2011

Macam biasa lah kalau cerita Aliya ni. Bangun awal. Babah pulak hari ni rasa penat sangat. dengan mengantuknya. Pukul 4 pagi aliya *****. Babah tetap bangun walaupun ngantuk. Kasihan lah pada ibu. Babah siapkan air suam. Ibu buka baju seluar pampers Aliya sebab nak cuci. Ok selesai tugas ibu aliya babah sambung tidurlah.
Hari ni plan nak pergi kenduri kahwin di Serdang. Anak bos ibu kahwin. Pagi lepas aliya mandi Aliya menyusu pastu tidur.Babah mnegantuk tak hilang lagi Pukul 1130 aliya terjaga. Ibu bagi susu. Time Aliya makan dalam pukul 12tgh. Ibu siapkan makanan. Lepas aliya dah makan aliya tidur semula. Tidur dalam bilik sebab sejuk sikit. luar panas. Babah pun tidur. rasanya macam tak jadi nak pergi kenduri ni. Babah penat dan mengantuk.Ibu pun diam je. ibu masak kat dapur. tak jadilah tu. Ok lah babah sambung tidur. Sambil tu buaikan aliya.Lena aliya tidur.
Tapi kekadang tu terjaga juga sebab babah tertidur. Buaian tak gerak Aliya terjaga.Dalam pukul 5 Aliya jaga. Ibu siapkan makanan lagi. Dalam sehari 2x Aliya makan. Pukul 12 sekali. Pukul 5 sekali. Pukul 6 mandikan Aliya. Dah siap mandi aliya tak mau tidur. Bawak dukung . Lama baru aliya macam mengantuk. Ibu bawak masuk bilik bagi susu.Akhirnya rtidur lah aliya. Ibu pun tidur sama :-). Babah kat luat angkat kain baju kat ampaian. Lepas tu cuci pinggan cuci botol susu Aliya.
Pukul 7 Wan nya baru balik dari Pahang. Orang kampung folLow sama. Ramailah kat rumah petang tadi. Aliya pun terus jaga.Aliya tengok kat semua orang. Dalam pukul 8 malam Aliya mengantuk semula. Ibu tidurkan semula. Susah nak tidur. Kejap menangis kejap menangis. Masukkan dalam buaian lena kejap. Keluarkan semula. Ibu bagi susu lama lama lena juga Aliya. Sampai pukul 1130 ni. Babah kat luar tengok tv. Relax lah. Semalam penat. Banyak keja kat ******. Driving lagi. penat. Tambah kurang tidur. Dalam pukul 1130 tu check Aliya tidur babah nampak kat dahi Aliya seekor nyamuk. Tengah hisap darah Aliya. Dah buncit perut nyamuk tu. Babah slow slow nak tepuk tapi nyamuk terus lari. Frust. Babah dendam lah kat nyamuk tu.Jaga lain kali tak lepas.
Aliya pulak sekarang kalau tidur kat katil dengan ibu tak gunA kelambu. Sebabnya aliya menyusu. Ubat nyamuk pulak habis malam tu. Geram babah. Merah dahi Aliya. Semoga aliya tak apa apa. Kalau Aliya tidur buaian ok sebab ada kelambu. Biasa buaian mesti pasang kelambu.
Saat ini Aliya dengan ibu tengah tidur lena. Babah kat luar tengah buat catatan untuk blog. Hari ni semua baik tapi ibu frust sebab 1 hari ni duk rumah je. Tak keluar mana mana

Catatan Blog 29 april 2011

Kerja babah dah selesai aliya. Aliya, ibu.... babah nak balik kl sekarang. Pukul 7mlm dari ******* ke kl.aAbil masa 4 jam kalau pandu biasa- biasa je. Cuaca pun tak elok sangat. hunjan renyai renyai jugak. Kereta pun banyak keluar dari ******* ni.Perjalanan ok. Minyak dah isi dah kat *******. Sempat juga singgah di Petronas R&R Seremban. Mengantuk. Basuh kepala cuci muka.Masa drive teringat Aliya & Ibu. Tengok jam dekat pukul 10mlm dah. Lewat. Takpelah janji selamat sampai. Dalam pukul 11mlm sampai kat pekan ****. Kat rumah dah.Dah sampai tapi lepak minum di kedai kopi. Petua orang tua jangan balik rumah terus kalau malam malam balik ke rumah ni. singgah lah kat restoran dalam 30min. makan ke minum ke.Aliya dengan ibu dah tidur ni sbb msg tak balas. Ok takpelah . Janji babah dah sampai. Bila sampai rumah pun tak boleh masuk terus. Tunggu kat luar dalam 10min buat lah apa apa pun. Ok lepas tu masuk rumah mandi minum ambil air sembahyang tengok tv dulu..Lepas tu baru masuk bilik. Tengok ibu dah lelap. Lena sangat. Tengok Aliya dalam buaian. Pun lena. Rindu sangat pada ibu dan aliya. 2 hari tak ada kat rumah.Terus peluk ibu cium dahi. lepas tu cium aliya. lepaskan rindu pada ibu dan aliya. Syukur Alhamdulillah. Babah selamat. ibu dengan aliya pun OK baik-baik semuanya.

Friday, May 6, 2011

Aliya suka hisap susu guna botol Tommee Tippee rupanya. Terkejut ibu

Aliya sejak malam sampai ke pagi lena tidurnya. Lena sebab kutang tidurlah tu. Bangun pukul 4 petang terus tak tidur tidur lagi. Main main dengan wan nya je hari ni sebab atuknya keluar pergi Putrajaya dengan busunya. Hospital Putrajaya sana. Tinggal Aliya dengan wan je. Penat juga wan jaga Aliya sorang sorang sebab Aliya tak mahu tidur lagi lepas makan dan minum susu. Sampai petang babah dengan ibu balik terus Aliya menangis bila nampak ibu masuk. Aliya selalu macam tu sejak umur nak masuk 8 bulan ni. Dah tau rindu rindu ni. Cepat cepat lah ibu mandi minum solat sebab nak bagi Aliya susu badan. Bila ibu bawa Aliya masuk bilik ibu baring je terus Aliya peluk ibu. Menyusu tak tengok apa apa lagi dah. Pejam mata terus. Nak tidur lah tu. Dah lama menyusu dah puas tu Aliya tertidur lah. Ibu pulak lepas tu baru makan. Ibu makan sikit. tak selera agaknya. Lagipun ibu tak berapa sihat. Walaupun tak sihat Aliya tetap dapat layanan first class. Suka tengok masa Aliya menyusu dengan ibu. Nampak kemanjaan antara ibu dengan anak. Macam Aliya pulak...comel je bila dengan ibu. ibu pun sama. Pagi tadi Aliya ni tetap bangun awal. Pukul 5 dah bulat mata. Babah bangun awal sebab nak gosokkan baju nak rendam baju. Dah siap semua baru dukung Aliya. Tau Aliya memang nak berdukung bila bangun tidur. Lepas tu ibu pun bangun. Ibu salin pampers Aliya. Berat pampers Aliya. liya kan dah banyak minum. Ok macam biasa bila dah siap siap semua ibu bagi lah susu badan kat Aliya tapi Aliya tak berapa nak sangat. Lalu ibu baut kan susu Ammum guna botol Tommee Tippee. Bila Aliya nampak ibu bawa botol susu alahai... terus senyum meronta ronta nak minum susu. Ibu kalau boleh nak 100% susu badan untuk Aliya tapi keadaan semasa tak mengizinkan. Terpaksa bagi juga susu formula. Bila dah minum susu tu Aliay bagi signal nak tidur. Menangis dan gosok gosok mata. Terus ibu masuk kan dalam buaian. Aliya tidur semula. Ibu dan babah pergi lah kerja. Tinggallah Aliya yang sedang tidur tu. Sayan Aliya rindu Aliya dari babah dan ibu ni muahhh

Aliya mengantuk sangat agaknya

Semalam Ailya kutang tidur agaknya. Pukul 4 ptg bangun sampai malam susah nak tidur semula. Asyik merengek merengek saja Aliya. Ibu bagi susu badan pun Aliya tolak tolak. Babah rasa rasa Aliya tak puas lagi cakap pada ibu nak buatkan susu Ammum untuk Aliya. Ibu kata oklah. Tengah nak prepare susu botol babah tak dengar Aliya merengek pun. Stop pergi tengok Aliya...rupanya Aliya dah tidur. Ibu tengah buaikan AliyaAt last masuk buaian baru dapat tidurkan Aliya. Ibu pun mengantuk sangat jugak. Babah buakan pulak Aliya. Tapi tak lama dalam pukul 12 Aliya terjaga. Bagi kat ibu. Pukul 3 pagi Aliya terjaga. Ibu buatkan susu Ammum. 4oz habis Aliya minum. Tapi lepas tu susah nak tidurkan Aliya semula. Nampak Aliya mengantuk sebab banyak kali gosok mata tapi Aliya pulak macam nak berdukung je sebab selalu angkat angkat 2 tangan kat babah tu. Kecian tengok nya babah pun dukunglah bawak2 dalam bilik je. Bagi rasa dukung. Babah dengan ibu cakap "Aliya pukul 3 pagi ni mana boleh dukung dukung ye". Aliya faham kot terus peluk ibu. Lepas tu ibu masuk dalam buaian Aliya pun tertidur. Pukul 6 Aliya terjaga tapi mata pejam. Buailah jugak sambil bersiap nak gi kerja. Biasalah bila bersiap kekadang tu tinggalkan Aliya. Bila Aliya tengok buaian tak gerak Aliya menangis. babah dengan ibu gilir gilir lah buaikan Aliya. Mengantuk ke Aliya :-). Pukul 7 ibu bagi Aliya pada wan nyalah sebab dah nak gi kerja. Peluk cium Aliya lah tadi. Sayang kat Aliya sangat ni. Semoga Aliya sentiasa sihat sihat selalu ye

Wednesday, May 4, 2011

Aliya dah boleh sebut perkataan. Nak berkata kata lah ni

Pagi ni Aliya bangun awal lagi. Sentiasa bangun awal comel babah dengan ibu ni. Aliya pagi ni dah ***** 2x. Oklah kot. Minta minta sihat saja lah Aliya ni. Tadi masa melayan Aliya kat atas katil Aliya sebut perkataan "bah bah bah bah bah". Sebut banyak kali. Ibu kat dapur masa tu. Rupa rupanya pagi tadi ibu bagitau sejak semalam Aliya dah banyak kali sebut perkataan perkataan. Perkataan apa babah tak tanya pulak. Cuma pagi tadi babah dengar Aliya sebut "bah bah bah" lah je. Babah tengok je mulut Aliya. Memang betul Aliya dah pandai sebut...Alhamdulillah...syukur pada tuhan. Ibu mesti seronok

Tuesday, May 3, 2011

Tak ada berita tentang Aliya

Okey babah nak balik cepat tengok Aliya tapi hujan lebat pulak di KL ni. Semoga Aliya tak apa apalah. Wan dengan Atuknya ada menjaga Aliya. Tak sabar nak balik rumah tengok Aliya. Nak tengok abang nya tak boleh sebab sekolah petang. Weekend lah nanti. Cuti 2 hari tu boleh pergi tengok abangnya pulak. Aliya buat apa agaknya sekarang? Tidur ke Aliya? Aliya main ke ???

Aliya tidur lasak sekarang ni

Awal pagi tadi dalam pukul 4 pagi babah terdengar je Aliya menangis kejap kejap. Babah tidur bawah. Ibu dengan Aliya tidur atas katil. Aliya tidur lasak dah. Lama juga dengar Alliya menangis tadi tapi babah biarje lah. Ingat ibu tengah menyusu Aliya. Rupanya ibu tak sedar. Aliya pulak nak menyusu tapi Aliya dah terpusing kat kaki ibu jadi Aliya tak dapat u-turn kat ibu nak menyusu. Tu yang menangis. Babah bangunlah sebab dah lama macam tu. Angkat Aliya letak kat ibu terus Aliya menyusu. Tapi menysus kejap kejap macam tu lah. Tak lama. Babah bangun lah sebab nak bersiap pergi kerja. Ibu pun bangun sama. Aliya pun ikut sama bangun

Catatan blog 2 Mei 2011

Pagi ni Aliya ibu babah semua bangun lewat. Pukul 8. Ibu masak nasi goreng. Babah rendam pakaian Aliya. Lepas tu cuci pakian babah ibu pulak. Aliya mandi lewat. 830 am. lepas ibu sarapan. Babah sarapan lewat sikit. Lepas aliya siap mandi pakai baju seluar ibu tidurkan Aliya di buaian. Tak bagi susu sebab masa bangun ibu dah bagi susu ammum 40z kat aliya. Dah kenyang Aliya.

Awal pagi pagi tadi aliya tak lena tidur. Tak puas menyusu rupanya. Ibu bangun buatkan susu bagi Aliya. Baru aliya dapat tidur semula. Hari ni babah keluar kedai beli sayur. Beli kacang, carrot, kentang, peria untuk ibu makan. Lepas jemur semua baju cuci tadi .Hari ni babah masak tengah hari ayam merah dan goreng kacang. Tapi tak laku lah.Bukan tak sedap. Mungkin ibu tak selera nak makan. Babah makan sorang sorang je lah. Aliya tidur je. Tengah hari baru bangun sebab ibu nak bagi makan. Lepas tu Aliya tidur semula. Petang ibu bawa aliya keluar. petang pukul 4 sampai 530ptg.

Wan dengan Atuknya baru balik dari kampung. ibu bagi makan aliya untuk kedua kali nya. lepas tu mandikan aliya. babah gantikan mentol lampu kat bilik ibu yg terbakar tu. Sebelum tu kemaskan katil. Ok dah sudah semua. Aliya pun tidur semula. sebelum tu kekadang aliya menangis. babah ibu gilir gilir dukung. hari ni babah terlenyek ****** *****. tapi nampak macam ok.

Apa nak buat langsung tak perasan dia. Ok masa babah update blog ni babah tengok cerita Jackie Chan. Cerita amour of god. Sambil sambil tu check Aliya, Masak air dan cuci botol susu. Hari ni kurang pulak babah peluk peluk aliya.

Aliya babah sayang Aliya dan ibu

Catatan blog 1 Mei 2011

Awal pagi Aliya tak lena sangat tidurmya. Merengek je. Nak menyusu dengan ibu. Kalau ibu sebelah kiri Aliya menyusu kejap kejap lepas tu merengek semula ibu tukar baring sebelah kanan. Aliya menyusu pun kejap kejap. Banyak kali jadi macam tu. Puas juga babah dengan ibu tukar tukar tempat tidur. Aliya tidur tengah. Babah ibu kekadang tu kiri kanan tidur. Aircond tak pasang sampai pagi dah. Masuk pukul 12 off kan. Pagi tak panas macam selalu sebab sekarang hujan pagi kerap dah.  Lagi pun bilik tak panas pagi tadi tu, rasanya buka sebab bilik panas pun. Ibu pun check pampers tapi pampers ok je. Aliya tak*****. Tapi lama lama macam tu baru Aliya dapat tidur. Tadi Aliya Hari ni Aliya bangun lewat sikit. Pukul 730 baru terjaga. Wannya panggil sebab nak cium. Wannya pergi kursus haji di kelana jaya.

Pukul 8 Ibu babah mandikan Aliya, Lepas mandi ibu bagi susu. Lepas tu ibu pun tidurkan Aliya. Susah juga nak tidurkan Aliya. Ibu dengan babah sama samalah tidurkan Aliya. Akhirnya Aliya tidur. Lena sangat. Aliya ni kalau siang biasa tidur dalam buaian. Malam atas katil. Jadi kalau siang bila Aliya tidur dalam buaian buaian tu kena henjut henjut baru Aliya lena. Klau tak henjut buka lah mata Aliya mencari ibu babah wan atau atuknya. Tapi kali ni Aliya lena sangat. Tak yah henjut buaian. Ibu pun lena sebelah buaian. Ngantuk sebab awal pagi tak tidur sangat melayan Aliya.

Babah pulak sibuk buat kerja rumah masa Aliya tidur siang tadi. Tak terganggulah kali ni. Bila Aliya lena. Kekadang je babah henjut buaian. Sambil sambil check Aliya ok tak dalam buaian. Tengah hari ni ibu plan nak pergi kenduri kahwin. Sejak semalam lagi ibu plan. Semalam tak jadi pergi sebab semua mengantuk. Babah ibu Aliya tidur. Kali ni first kenduri kahwin tak jadi pergi sebab Aliya pukul 12 pun tak bangun bangun lagi. Kecian ye Aliya. Ngantuk sangat ye sayang comel busyuk tapi wangi ni.

 Babah ibu kacau kacau juga Aliya tidur sebab Aliya perlu makan sebab pukul 12 dah ni. Usik usik kaki comel Aliya tu. Picit picit lama lama terjaga Aliya. Apa nak buat time makan kena makan juga. Aliya terjaga mengeliat terus minta dukung. Babah dukung Aliya ibu siapakan makanan. Aliya makan Cerelac+Susu Ammum. Ok Aliya makan. Macam biasa. Habis Aliya makan. Semangat Aliya. Lepas Aliya makan ibu siapkan Aliya. Pakai baju semua sebab pukul 1 nak keluar pergi kenduri kahwin di USJ Subang Jaya. Babah bersiap ibu bersiap Aliya pun dah siap. Baru lah kami 1 family keluar. Baju semua kering. Babah dah angkut masuk rumah.

Cuaca redup jadi selesa lah keluar hari ni. Family ibu tunggu kami di Mydin USJ. Semua dah kumpul baru bertolak ke rumah orang kahwin tu. Tak jauh dari Mydin. Kira lewat juga sampai. Sempat lah menjamu selera. Babah dapat makan cendol. Dah lama mengidam cendol tu. Ibu pun rasalah sikit. Tak boleh banyak sebab ibu pregnant. Tak elok. Lagipun Aliya menyusu badan.

Hebat majlis kahwin ni. Rumah VIP. Lepas selesai di isj ni ada lagi satu majlis kahwin di kampung ibu. Semua family terus balik kampung. Babah tak ikut sebab tak larat. Ibu pun tak ikut. Tapi babah tau ibu frust. Aliya tak ikut. Aliya tak frust sebab Aliya baby lagi. Tak tau apa apa.

Ok kali ni babah nak bawa Aliya ke rumah abang babah yang tua dan adik babah no 2. Kiranya nak bawa Aliya jumpa pakcik pakciknya lah. Dah janji semalam dengan abang babah tu nak datang tu yang datang ni. Tak jauh dari USJ. Lalu 1 tol KESAS. Sampai rumah abang babah tengok rumah berkunci. Call tapi tak jawap. Babah pergi rumah adik babah. Taman yang sama. Kira macam lorong yang samalah. Sebab boleh nampak keretanya. Singgahlah kejap di rumah adik babah tu. Bawa Aliya jumpa pakcik mudanya.

 Aliya hari no mood baik. Semua orang boleh pegang pegang Aliya. Biasa Aliya menangis kalau orang yang tak biasa jumpa pegang ia. Tapi start dari rumah orang kahwin tadi sampai rumah adik babah Aliya ok je. Gelak ketawa lagi. Ok dah puas sembang sembang Aliya pun bagi signal mengantuk lah pada babah. Aliya gesel gesel kepala pada bahu babah. Babah dah tahu Aliya nak tidur sangat ni. Bagitau ibulah. Jadi kena balik rumah lah. lagipun dah pukul 5 ptg. Aliya makan petang biasa dalam pukul 5 -530ptg. Ok salam salam kami balik rumah. Singgah di 99 sebab beli ubat nyamuk. Perjalanan tak jauh. Dari rumah adik ke rumah babah dalam 1/2jam kalau tak jem. Dalam 530 sampai rumah ibu.

 Relax kejap. Aliya dah lapar. Ibu siapkan makan lepas tu bagi Aliya makan. Habis. Lepas tu babah dengan ibu mandikan Aliya. Dah pukul 6 lebih Aliya mandi. Dah siap mandi ibu pakaikan baju seluar tidur untuk Aliya. Ibu bagi susu dan tidurkan Aliya. Sampai saat ni pukul 1130mlm Aliya masih tidur. Ibu pulak tak berapa sihat. Perut sakit sejak pagi tadi. Harap ibu tak apa apalah. Baby pun sama. Harap babay ok. Dah lama tak tengok baby. Minggu depan nak scanlah.

Hari ni Alhamdulillah hari yang baik bagi kami. Malam ni kami tinggal bertiga saja kat rumah. Babah ibu Aliya. Atuk wan busu Aliya balik kampung. Jiran kiri kana pun tak ada. Balik kampung semuanya.Hari ni rasanya catatan blog yang paling panjang cerita. Maaf........

Catatan blog 30 april 2011


 
Macam biasa lah kalau cerita Aliya ni. Bangun awal. Babah pulak hari ni rasa penat sangat. dengan mengantuknya. Pukul 4 pagi aliya *****. Babah tetap bangun walaupun ngantuk. Kasihan lah pada ibu. Babah siapkan air suam. Ibu buka baju seluar pampers Aliya sebab nak cuci. Ok selesai tugas ibu aliya babah sambung tidurlah.

Hari ni plan nak pergi kenduri kahwin di Serdang. Anak bos ibu kahwin. Pagi lepas aliya mandi Aliya menyusu pastu tidur.Babah mnegantuk tak hilang lagi Pukul 1130 aliya terjaga. Ibu bagi susu. Time Aliya makan dalam pukul 12tgh. Ibu siapkan makanan. Lepas aliya dah makan aliya tidur semula. Tidur dalam bilik sebab sejuk sikit. luar panas. Babah pun tidur. rasanya macam tak jadi nak pergi kenduri ni. Babah penat dan mengantuk.Ibu pun diam je. ibu masak kat dapur. tak jadilah tu. Ok lah babah sambung tidur. Sambil tu buaikan aliya.Lena aliya tidur.

Tapi kekadang tu terjaga juga sebab babah tertidur. Buaian tak gerak Aliya terjaga.Dalam pukul 5 Aliya jaga. Ibu siapkan makanan lagi. Dalam sehari 2x Aliya makan. Pukul 12 sekali. Pukul 5 sekali. Pukul 6 mandikan Aliya. Dah siap mandi aliya tak mau tidur. Bawak dukung . Lama baru aliya macam mengantuk. Ibu bawak masuk bilik bagi susu.Akhirnya rtidur lah aliya. Ibu pun tidur sama :-). Babah kat luat angkat kain baju kat ampaian. Lepas tu cuci pinggan cuci botol susu Aliya.

Pukul 7 Wan nya baru balik dari Pahang. Orang kampung folLow sama. Ramailah kat rumah petang tadi. Aliya pun terus jaga.Aliya tengok kat semua orang. Dalam pukul 8 malam Aliya mengantuk semula. Ibu tidurkan semula. Susah nak tidur. Kejap menangis kejap menangis. Masukkan dalam buaian lena kejap. Keluarkan semula. Ibu bagi susu lama lama lena juga Aliya. Sampai pukul 1130 ni. Babah kat luar tengok tv. Relax lah. Semalam penat. Banyak keja kat ******. Driving lagi. penat. Tambah kurang tidur. Dalam pukul 1130 tu check Aliya tidur babah nampak kat dahi Aliya seekor nyamuk. Tengah hisap darah Aliya. Dah buncit perut nyamuk tu. Babah slow slow nak tepuk tapi nyamuk terus lari. Frust. Babah dendam lah kat nyamuk tu.Jaga lain kali tak lepas.

Aliya pulak sekarang kalau tidur kat katil dengan ibu tak gunA kelambu. Sebabnya aliya menyusu. Ubat nyamuk pulak habis malam tu. Geram babah. Merah dahi Aliya. Semoga aliya tak apa apa. Kalau Aliya tidur buaian ok sebab ada kelambu. Biasa buaian mesti pasang kelambu.

Saat ini Aliya dengan ibu tengah tidur lena. Babah kat luar tengah buat catatan untuk blog. Hari ni semua baik tapi ibu frust sebab 1 hari ni duk rumah je. Tak keluar mana mana

Catatan Blog 29 April 2011



Kerja babah dah selesai aliya. Aliya, ibu.... babah nak balik kl sekarang. Pukul 7mlm dari ******* ke kl.aAbil masa 4 jam kalau pandu biasa- biasa je. Cuaca pun tak elok sangat. hunjan renyai renyai jugak. Kereta pun banyak keluar dari ******* ni.Perjalanan ok. Minyak dah isi dah kat *******. Sempat juga singgah di Petronas R&R Seremban. Mengantuk. Basuh kepala cuci muka.Masa drive teringat Aliya & Ibu. Tengok jam dekat pukul 10mlm dah. Lewat. Takpelah janji selamat sampai. Dalam pukul 11mlm sampai kat pekan ****. Kat rumah dah.Dah sampai tapi lepak minum di kedai kopi. Petua orang tua jangan balik rumah terus kalau malam malam balik ke rumah ni. singgah lah kat restoran dalam 30min. makan ke minum ke.Aliya dengan ibu dah tidur ni sbb msg tak balas. Ok takpelah . Janji babah dah sampai. Bila sampai rumah pun tak boleh masuk terus. Tunggu kat luar dalam 10min buat lah apa apa pun. Ok lepas tu masuk rumah mandi minum ambil air sembahyang tengok tv dulu..Lepas tu baru masuk bilik. Tengok ibu dah lelap. Lena sangat. Tengok Aliya dalam buaian. Pun lena. Rindu sangat pada ibu dan aliya. 2 hari tak ada kat rumah.Terus peluk ibu cium dahi. lepas tu cium aliya. lepaskan rindu pada ibu dan aliya. Syukur Alhamdulillah. Babah selamat. ibu dengan aliya pun OK baik-baik semuanya.

Friday, April 29, 2011

Babah rasa rasa macam tak sihat je pagi ni

Aliya, Ibu .... babah hari ni rasa macam nak demam je. Malam tadi selsema kuat sangat.Kepala pun pening pening Tapi ubat dah makan semua. Aliya ibu tunggu lah . Babah boleh drive lagi :-). Tunggu babah pulang

Happy pagi tadi dapat berita Ibu Aliya Baby ok. Semuanya sihat

Malam tadi tak dapat berita tentang ibu dan Aliya. Baby pun sama. Abang Aliya pun babah tak dapat berita. Dah msg tapi penjaga tak balas. Babah akan call penjaga hari ni. Pasal ibu dan Aliya pagi tadi ibu msg bagitau semua ok. Ibu ok Aliya ok Baby ok. Babah rasa happy sangat. Tak sabar nak balik dah. Malam tadi ibu jaga Aliya sorang-sorang . Penat ibu. Semua kena buat :-(. Takpelah. Hari babah balik dari ******* dah

Pampers Huggies tak sesuailah untuk Aliya

Semalam dapat berita dari ibu beritahu babah Wan Aliya kata bila Aliya guna pampers huggies ni bila Aliya ******* habis basah seluar Aliya. *** ******* tu tak meresap kat pampers huggies lah. Sebelum ni memang ibu ada cakap kenapa sejak tukar huggies ni bila Aliya ******* je seluar basah. Kekadang tu baju pun basah sikit. Babah kata mungkin pampers huggies ni saiz kecil. Saiz M/5kg-8kg. Ok tak apalah. MamyPoko banyak lagi jadi Aliya guna semula lah MamyPoko ye. MamyPoko saiz S tapi besar. dari huggies ni. MamyPoko ok cuma kat peha Aliya tu merah sikit kalau pakai lama lama sangat. Rasanya ibu dah pakaikan MamyPoko kat Aliya sejak malam tadi. Dengan MamyPoko ni kena kerap tukar pampers lah Aliya  :-)

Thursday, April 28, 2011

Aliya dengan ibu je kat rumah malam ni :-(

Malam ni Aliya dengan ibunya je kat rumah. Memang wannya dengan atuknya ada tapi masa babah tak ada ni penat lah ibu malam malam nti bangun kalau Aliya perlu apa apa :-(. Kalau babah ada dapatlah babah bantu ibu jaga Aliya. Banyak keja yg ibu perlu buat. Biasa babah yang buat. kali ni ibu kena buat yer. Esok babah balik...

Semalam pun babah dengan ibu balik rumah lewat lagi. Pukul 8.15pm sampai :-(

Aliya sejak membesar dan faham ni risau jugak babah dan ibu. Macam kes semalam babah dengan ibu balik lewat lagi lah. Kes balik lewat semalam tu terjadi sebab babah terlupa nak ambil Roadtax & Insurance kereta ibu dari agen tu lah. Agen tu pulak terlupa nak bagitau. Entah ye ke tidak lupa tak tau lah. Harap harap dia terlupa bukan sengaja lupa. Babah pulak semalam pun memang betul terlupa. Dari pagi sampai petang tak ingat pasal roadtax tu. dah balik 530pm dalam jem baru ingat. Pening. HP pulak bateri habis. Tak dapat nak call ibu nak bgtau. Msg pun sempat 2 kali je. Tpai sebelum tu dapat juga call agen tanya. Dia kata dia terlupa nak bagitau and suruh datang office dia ambil semua tu. KL semalam hujan pastinya jem teruk. Babah pulak dah tersangkut dalam jem. Otak dah beku sebab tak tau nak buat macam mana. Kalau pergi ambil ibu dulu kat tempat kerja and baru ambil roadtax mesti lagi lambat. Tak jadi macam ni. Nak pergi sendiri dengan kereta pun sama. Jem nak masuk DUKE tu. Nasib baik teringat motor ada. U-Turn semula ke ofis nak ambil motor. Tapi 30min++ nak sampai ofis semula. Tak juah mana tapi sebab jem berasap kepala babah. Tension. Sampai ofis je terus start motor pergi ofis agen. Hujan sikitlah tapi redah je. Janji dapat roadtax tu. Risau sebab 2 hari ni babah pergi outsataion *******. Ibu kena drive pergi kerja. Takut apa-apa nanti. Roadtax dah expired tu.Takkan nak biarkan ibu drive 2 hari dengan roadtax mati. Jauh pulak antara rumah dengan ofis ibu tu. 4 tol tau. Ok naik motor ni cepat lah sampai ofis agen tu. Dia tengah makan. terus dia bagi sebab abg kata nak cepat sebab dah lewat sangat. Cakap terima kasih je and kalau apa-apa babah call semula. Lepas tu pergi kedai hp nak beli bateri hp. sebab hp dah tak ada bateri lagi. kedai tu nal pow 1 bateri+charger=RM50. Ciss babah kata u jual bukan nokia original nak rm50.Dia tak tau babah dah biasa beli dengan kedai sebelah dia. terus kurang harga bagi RM30. Semalam kedai sebelah tutup pulak. Gi makan agaknya. Dalah kepala babah ni risau sangat pada aliya pad abu. Dengan bateri baru dpt msg ibu. Minta ibu sabar tunggu. Ok hantar motor ke ofis terus start kereta g ofis ibu. Jem ya amat. Redah je janji cepat sampai. Sampai dalam pukul 7pm. Ibu dah tunggu. Rupanya ibu kata tak kisah drive dengan roadtax yg dah mati tu sebab roadtax dah renew. Kalau hp ada bateri tak susah-susah g ofis agen tu semalam. Takpelah dah nak jadi. Ni dah ada bateri baru harap hp ni tahan lah lama sikit dengan bateri baru ni.Ok dah ambil ibu terus lah balik rumah sebab risaukan Aliya. Perjalanan ok walaupun hujan.Sampai rumah Aliya dah tunggu rupanya. Wannya tak dapat nak tidurkan Aliya. Aliya nampak ibu terus nangis. Rindu ibulah tu. Ibu terus ambil Aliya bawa kedalam bilik bagi Aliya menyusu. Happy Aliya. Syukurlah semalam semua ok walaupun babah dengan ibu balik lewat lagi. Aliya babah denga ibu minta maaf lagi ye. Sayang Aliya sangat sangat

Wednesday, April 27, 2011

Aliya terhantuk kepala masa tidur. Nangis kuat Aliya

Pagi tadi masa Aliya tidur Aliya cari ibu nak menyusu. Dalam pukul 3 pagi kot. Aliya ni tidur lasak. Kejap golek kiri kejap golek kanan. Kejap terlentang. Kejap macam meniarap. Risau babah ibu tengok Aliya tidur macam meniarap ni. Takut lemas pulak nanti. Kes terhantuk kepala dengan siku ibu ni macam ni. Aliya ni bila nak menyusu laju je cari ibu. Masa Aliya golek golek tu pulak ibu nak betullkan Aliya baring. Tapi siku ibu terkena pada kepala Aliya. Apa lagi terus Aliya menangis. Terjaga babah terus. Malam tu pulak babah pening kepala. Perut pun tak selesa. Makan ubat terus tidur. Babah tak buat apa. Botol susu tak cuci. Baju tak gosok. Pukul 4 pagi baru buat semua tu.Tak tau lah sekuat mana kena kepala Aliya tu  tp menangis je lah Aliya. Nasib baik pujuk pujuk diam juga Aliya. Pastu ibu bagi lah susu. Sambil menyusu dengan ibu Aliya macam merengek merengek. Macam bercakap je Aliya. Rasanya Aliya nak bagitau kepala sakit kot :-). Malam tadi Aliya pun susah nak tidur. Bagi main bola tup tup tertidur juga Aliya. Aliya Aliya dengan Wan tu elok elok yer. Jangan nangis selalu...............

Tuesday, April 26, 2011

Aliya dan Huggies

Sekarang Aliya dah guna pampers Huggies. Baru beli semalam kat Giant. Nampak macam ok je. Harap dengan Huggies ni Aliya selesa dan tak merah merah lagi kat peha ia. Sebelum ni guna MamyPoko. Tapi kekadang tu ada merah merah lah. Jadi cuba try test dengan Huggies :-). Huggies nampak best je. Aliya Huggies best tak?

Aliya macam sedih bila babah dengan ibu nak pergi kerja pagi tadi

Pagi tadi Aliya bangun pukul 4 pagi. Merengek je. Ingat sakit perut ke. Tapi ibu check Aliya ok. Tapi tak mahu tidur Aliya ni. Last last ibu bawak berdukung lah, Baru Aliya happy. Terus lah tak tidur. Sebelum pergi kerja ibu bagi susu Ammum 3oz. Sekejap je Aliya abiskan dengan botol Tommee Tippee. Happy ibu. Dan tadi sebelum babah ibu pergi kerja bawak Aliya dukung dukung kejap tapi bil anak tingglkan Aliya macam nak menangis angkat angkat tangan. Sekarang dah taulah akan selalu kena tinggal. Aliya nanti petang babah ibu balik yer...Aliya tunggu je. Jangan nangis nangis tau. Sayang Aliya comel ni muah muah muah

Aliya suka Tommee Tippee

Sebenarnya Post pasal Aliya dan Tommee Tippee babah dah terdelete semalam. Tak perasan tiba tiba hilang je kat blog. Ibu pun tanya sebab ibu ada komen dalam post tu. Takpelah ibu, ibu komen lagi ye. Babah pulak terpaksa buat ayat ayat yang baru pasal Aliya dengan Tommee Tippee. Untuk pengetahuan semua Aliya memang ibu bagi susu badan selama 6 bulan siang malam tapi Aliya ni ada masalah sakit tekak. Berlaku pada dalam bulan Mac dan April 2011. Aliya jurang minum susu ibu dah. Menyusu pun kejap kejap. Risau babah dengan ibu dah. Tu yang bagi susu Formula dah. Mula mula bagi EnfaPro. Selepas tu Ammum sampailah hari ni. Terus AMMUM je dah. Kalau boleh tak mahu bagi susu formula langsung tetapi memandang keadaan Aliya yang tak berapa sihat kurang menyusu, kurang ******* dan ibu pun bz dengan kerja sebab ganti bos yang nak pencen jadi alternatifnya TERPAKSA bagi Aliya susu formula je. Babah ok je sebab janji Aliya sihat. Pada 8 April 2011 balik dari Melaka Aliya dah start dah minum susu formula. Ada masalah juga sebab Aliya ni tak suka botol susu. Kalau 2oz tu 1 jam baru Aliya dapat habiskan. Kasihan Aliya sebab susah nak minum guna botol. Aliya sebelum ni guna botol MAM tapi susah Aliya nak habiskan susu. Dengan puting no 1 dan 3 pun tak ok. Mungkin sebab puting MAM tu leper kot Aliya tak suka. Tapi yang peliknya kalau minum air suam je guna botol MAM ok pulak. Pening babah dengan ibu, Mujur ibu teringat Barnd Tommee Tippee ni. Terus babah dengan ibu cari. jumpa je terus beli tapi putingnye standard 0+ no. jadi kalau Aliya hisap tu slow lah. Jadi beli pulak puting Tommee Tippee 6+ no 3 Alhamdulillah Aliya dapat terima. Cepat Aliya habiskan susu 3oz dengan botol Tommee Tippee. Jadi semalam babah dengan ibu beli lagi 1 botol Tommee Tippee khas untuk Aliya sayang ni. Ok lega dah babah dengan ibu. Wan pun tak penat tunggu Aliya. Thanks Aliya

BLOG ada masalah!!

UNDER CONSTRUCTION. SEBENTAR LAGI AKAN UPDATE

Sunday, April 24, 2011

Aliya susah nak tidur

Sejak petang tadi dari masa babah dengan ibu balik PUREEN Aliya tak tidur sangat. Pukul 7pm dapat lah tidur kejap. Tengah Aliya lena tidur Aliya terjaga pulak sebab busunya panggil ibu. Start pada tu terus tak tidur sampai pukul 12am ni. Ni baru dapat tidurkan Aliya. Masuk buai baru Aliya boleh tidur. Sebelum tu ibu bagi susu Aliya tolak tolak tak mahu minum. Tapi Aliya asyik duk hisap ibu jari je. Macam dahag. Ibu try bagi air suam. Rupanya Aliya memang dahaga. Dari penuh botol babah letak air suam sampai 1/2 botol Aliya minum. Tau Aliya mengantuk tak cukup tidur tapi dah cuba tidurkan Aliya tak mau tidor. Entah kenapa Aliya ni. Sekarang ni susah nak tidur. Tapi legalah akhirnya Aliya lena dengan ibu tidur. Tadi ada juga Aliya nangis kejap tapi tidur semula. Tu ibu tengah peluk Aliya tu :-). Babah tengah update blog sambil-sambil repair laptop kawan ni. Pasni nak upload pic Aliya dengan mainan baru tu. Buka main Aliya seronok sangat :-). Babah dengan ibu sayang Aliya........

Babah dan Ibu Aliya pergi PUREEN Sales kat PJ

Emm dah lewat update blog Aliya ni. Sekarang dah pukul 1230am 24 hb April 2011. Dah pagi pun. Ni cerita 23 hb punya ye.Pagi 23 hb April 2011 Aliya tetap bangun awal. Pukul 5am macam biasa. Terus nak berdukung. Babah dengan ibu gilir dukung Aliya kat dalam rumah. Kejap dukung kat dapur kejap kat ruang tamu kejap kat bilik. Dalam pukul 0630am ke 0700am tu ibu bagi susu kat Aliya sebab nak tidurkan semula. Masuk bilik dapatlah tidurkan Aliya kejap. Pukul 800am Aliya terjaga semula. Terus mandikan Aliya sebab hari ni babah dengan ibu dah plan nak pegi PUREEN Sales kat PJ.Siap mandikan Aliya susukan Aliya Tidurkan Aliya babah dengan ibu terus pegi PJ. Pukul 0900am bertolak kira dah lewat. Wan dengan Autuknya yang jaga Aliya.Sampai kat PUREEN dah ramai sangat orang. Dari pukul 10-12pm shopping sakan kat PUREEN. Banyaklah juga beli beli barang untuk Aliya dan Baby.Baju, Macam-macam ada.Tak larat nak lama lama kat sana. Ramai sangat orang. Dah dapat apa yang ibu nak tu terus balik. Aliya kat rumah dah jaga dah. Babah dengan ibu singgah sekejap kat Little Whizze nak beli puting susu Tommie Tippie 6m untuk Aliya dengan mainan Aliya. Nanti boleh tengok aksi Aliya dengan mainan baru tu :-). Balik rumah pun dah lewat. Dalam pukul 2pm sampai. Aliya pun dah siap makan.Semua Wannya yang siapkan. Terima kasih Wan. Aliya pun tengah main-main.ok nanti sambung yer :-)  

Friday, April 22, 2011

Susu Formula apa yang sesuai untuk Aliya?

Semalam pun Aliya kurang minum susu Formula yang Wannya buatkan. Tak tau kenapa :-(

EnfaPro dah test tapi macam tak sesuai :-(
Ammum dah test tapi macam tak sesuai :-(
Brand apa lagi yer??????

Rasa-rasanya yang sesuai SANGAT ialah SUSU IBU

Tapi ibu sekarang sibuk sangat TETAPI walaupun ibu sibuk ibu  penat ibu TETAP USAHA bagi Aliya susu badan

Terima kasih  Ibu

Aliya merajuk dengan Babah dan Ibu?

Semalam Aliya merajuk sebab babah dengan ibu balik lewat sangat. Aliya babah ibu minta maaf ye. Bukan sengaja. Lewat sebab SMART-TAG yang bermasalah. Jadi nak selesaikan babah dengan ibu kena pergi Kaunter Smart-Tag nak REFUND semula duit. Tu yang kena tunggu lama. Patutlah Aliya buat tak tau je bila babah dengan ibu sampai rumah. Merajuk rupanya sebab Aliya tunggu lama. Biasa babah dengan ibu pukul 7 dah sampai. ni 8 mlm baru sampai rumah. Tapi Aliya tak lah merajuk lama. Pastu terus peluk ibu. Nak menyusu lah tu. Cian Aliya. Dahaga sangat lah tu :-). Malam tadi Aliya senang tidur sebab siang tak tidur sangat. Tak lena. Entah kenapa. Dah nak membesar ni banyak perubahan pada Aliya. Sekarang Aliya bila tengok budak-budak main Ailya macam nak join je. Meronta ronta seronok dia tengok budak budak main permainan. Takpe Ailya. Babah dengan ibu memang dah pelan nak beli mainan baru. Aliya tunggu ye. Pagi tadi Aliya bangun awal sangat. Pukul 5am. Golek sana golek sini. Rupanya Aliya nak berdukung. Aliya ingat hari dah siang kot. Babah pulak tengah gosok baju keja. Dah siap gosok pegi dekat Aliya terus Aliya seronok. Nampak sangat nak berdukung. Babah dukunglah bawa jalan jalan dalam rumah. Dah puas dukung letak kat ibu pulak. Terus menyusu. Seronok tengok Aliya ketawa ketawa....Aliya, babah dengan ibu sayang Aliya....muah muah muah. Babah dengan ibu tak mau balik lewat lagi :-) janji.............

Thursday, April 21, 2011

Aliya dah genap umurnya 7 bulan

Hari ni 21/4/2011 Nur Aliya Zafirah comel kami dah genap 7 bulan umurnya. Alhamdulillah sebab Aliya sentiasa sihat walaupun Aliya kurang minum susu waktu siang tapi bila ibu dah balik kerja Aliya tak lepaskan Ibu lagi. Asyik nak menyusu je.Sejak 2 bulan ni Aliya ******* kurang. Mungkin kurang minum air tapi bila check-up di hospital doktor kata Aliya sihat cuma kena banyakkan minum air. Aliya ni tak suka hisap botol. Lagipun Aliya tak pernah nak hisap puting kosong. Aliya tak suka sangat. Semalam Wannya bagi susu guna sudu Aliya "uuwek uuwek"kan je. Risau ibu dgn babah. Selalu doa pada tuhan agar Aliya sihat selalu. Aliya pun siang tidurnya tak lena jugak. Penat Wan dengan Atuk melayan kerenah Aliya. Semalam Aliya terus nangis bila dengar ibu balik. Aliya rindu babah ibu. Sebelum terlupa Aliya dah boleh sebut perkataan "bah...bah" 2x. Sedihnya tak ingat tarikh dan masa. Rasanya dalam 2 minggu lepas kot. Masa tu babah tengah baca paper. Malam dalam pukul 8-9. Ibu yang dengar sebab masa tu ibu tengah melayan Aliya. Bestnya. Sekarang nak tunggu Aliya sebut perkataan "bu..bu". Insya'Allah tak lama lagi kot. Pagi tadi masa babah dengan ibu nak pergi kerja je Aliya merengek merengek je. Dah tau nak kena tinggal dengan babah dan ibu dia. Sedihnya. Takpelah Aliya pukul 6 petang nti Insya'Allah babah ibu pulanglah. Nampaknya babah kena beli Broadbandlah Aliya supaya babah dapat update selalu tentang Aliya :-)..........Sayang ibu, Aliya, baby dan abangnya......