Kebiasaannya Aliya akan terjaga awal pagi. Kalau tak pukul 2 pagi Aliya akan bangun pukul 3 pagi. Kalau tak pun pukul 4 pagi. Hari ni tak pulak. Aliya tidur jer walaupun kekadang tu terjaga tapi tidur semula lah. Aliy abangun pagi ni hampir pukul 6 pagi. Kira lewat lah. Ibu kata Aliya menyusu banyak malam tu.
Bila Aliya bangun ibu layan Aliya. Ibu minta babah buatkan susu Ammum untuk Aliya. Babah buat 4oz. Habis juga Aliya minum. Sekarang Aliya minum banyak susu.Lepas tu ibu bawa kat luar lah sebab Aliy anak berdukung. Babah pulak pukul 5 pagi dah bangun. Gosokkan baju kerja babah ibu lah. Bila ibu dengan Aliya kat luar babah cuci pakaian Aliya yang petang semalam. Lepas cuci tu babah mandi dan solat. Babah pulak melayan Aliya. Ibu nak bersiap jugalah nak pergi kerja. Mandi dan solat.
Aliya pula nampak macam mengantuk lagi walaupun tidur lena. Babah cakap pada ibu Aliya ngantuk dan nak tidur. Ibu minta babah tidurkan Aliya. Babah masukkan Aliya dalam buaian. Susah juga nak tidurkan Aliya. Babah tak bersiap lagi. Wan nya yang tolong buaikan. Mmmmmm Aliya tak mahu tidurnya. Aliya duk main main dengan kain buaian sambil gelak gelak. Seronok sangat ia.
Tapi lama lama tu Aliya tertidur juga. Dalam pukul 710am tu Aliya tidur. Babah dengan ibu pergi kerja. Barang Aliya biasanya ibu dah siapkan untuk wannya guna nati bila sudah mandikan Aliya.
Kebiasaannya baarang keperluan Aliya masa ibu babah kerja semua beres. Dari botol susu ke pakaian semua ready supaya senang wan bila nak siapkan Aliya.
Okaylah sekarang ibu baha di office dah. Aliya masih tidur kot :-). Nanti sambung cerita pasal Aliya bila ibu babah balik rumah ye...
No comments:
Post a Comment