My Blog


Thursday, May 12, 2011

Rahsia tersembunyi disebalik nama Muhammad

 

Rahsia tersembunyi disebalik nama Muhammad
Posted on Wednesday, May 11 @ 15:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Open Artikel Oleh: keretaburuk
"1. Kata Muhammad, jika kita gabungkan dalam bentuk mim-kha-mim-kha-dal, maka akan menjadi sebuah sketsa seorang manusia. Anda tentu sudah maklum Jika sebaik-baik makhluk yang pernah dicipta oleh Tuhan di alam semesta ini adalah MANUSIA. Dengan segala kelebihan mereka, sementara mahluk lain hanyalah haiwan, tumbuhan dan planet-planet yang penuh rahsia.

2. Kata Ahmad, jika kita teliti satu-persatu hurufnya maka huruf-huruf itu akan menggambarkan seorang yang sedang melakukan solat, tahukah kamu bahawa SOLAT merupakan sebaik-baik doa dan ibadah yang pernah diperintahkanNya.

3. Kata Muhammad jika digabungkan huruf-hurufnya maka akan berbentuk layaknya manusia yang sedang sujud dalam solat. Dalam gerakan SUJUD dalam Solat merupakan inti dari semua rukun-rukunnya, kerana pada saat sujud manusia menundukkan 8 bahagian tubuhnya di bumi bukti kepasrahan  kepada sang pencipta.

Subhanallah, Allahu Akbar, betapa rahsia Allah sangat menggetarkan hati, saya yakin masih banyak tersirat rahsia-rahaisa lain di sebalik sosok, nama dan semua yang berkaitan dengan sang kekasih sejati 'Habibullah: Muhammad' Shallallahu'alaihi Wa Sallam. (diolah kembali dari situskala) 

No comments:

Post a Comment