Aliya pagi pukul 3 dah jaga dari tidur. Lebih awal bangun dari babah dengan ibu. Aliya nak menyusu lah tu. Tidur dalam pukul 10 malam Aliya ni jadi sampai pukul 3 pagi terjaga mungkin Aliya haus sangat. Ibu bagi susu badan Aliya hisap kejap kejap je. Jadi ibu buat kan susu botol Ammum lah bagi Aliya. mmmmm habis 4oz. Aliya ni setakat 4oz je. Wan nya try 5oz tak habis. Lepas Aliya habis menyusu babah cuci botol lah sebab nanti pagi nak guna semula. Cuci awal tak ada lah pagi kelam kabut. Aliya ada 2 botol Tommee Tippee
Ibu lepas tu tidurkan Aliya masuk dalam buaian. Aliya tetap mengantuk walaupun banyak tidurnya. Susah nak tidurkan Aliya ni. Kena layan kerenah ia. Kena berdukung kena bagi main buaian kena bagi remote. Sebabnya Aliya ni suka pegang pegang. Dah puas baru boleh tidur Aliya ni :-)
Aliya ni bila masuk buaian dan senyap memang nak tidur sangat lah tu. Tapi kalau masuk buaian dan Aliya pusing sana sini maknanya Aliya tak suka dan perlu keluarkan Aliya dari buaian. Kalau tak mmmm menangis lah Aliya.
Semalam tak. Sejak sejak ni kuranglah macam tu. Bila masuk buaian Aliya memang akan tidur. Pukul 4-430pagi tadi Aliya tidur babah dengan ibu pun tidur sama. Ibu dah sihat sikit. Tak macam semalam. Babah pulak mengantuk. Tapi set jam pukul 530pagi. Jam bunyi dah babah terjaga tapi nak tunggu pukul 6 pagi sebab semua baju ibu dan babah untuk pergi kerja babah dah gosokkan selepas cuci botol susu Aliya tadi.
Tapi babah terlewat juga bangun. 615pagi baru terjaga. Tapi tak panik. Cuma kena rendam baju dan napkin Aliya je. Dah rendam babah mandi lepas mandi solat lepas solat ibu pulak mandi. Babah cuci pakaian Aliya. Aliya masih tidur lagi tapi kejap buka mata kejap tutup mata macam nak bangun je tu.
Akhirnya Aliya bangun ibu angkat Aliya dari buaian. Ibu layan Aliya pulak. Ibu bagi pada wan nya. Aliy agelisah je. Wan ny akata Aliya haus ni sebab cuaca panas. Ibu buat lagi 3oz susu Ammum. Betul lah kata wan nya. Aliya minum habis. Lepas tu baru Aliya ceria.
Okay..ibu babah dah siap nak pergi kerja ni. Wan nya bawa Aliya kat luar sebab nak bye bye dengan babah dan ibu ia. Dah cerah kat luar sana. Dah pukul 715 pagi. Masa babah ibu dalam kereta Aliya tengok lama je. Aliya macam sedih kot. Tak tau lah babah nak kata apa saat tu. Aliya kan tak tau nak cakap lagi. Tak apa lah Aliya. Nanti petang babah dengan ibu akan pulang jua. Aliya tunggu ye babah ibu. Sekarang pukul 5. Babah mahu pulang sudah. Babah ambil ibu dulu baru pulang. Aliya babah LOVE YOU Aliya muah muah muah
Semalam sampai rumah dalam pukul 7 petang. Aliya tidur masa babah dengan ibu masuk rumah. Kasihan Aliya. Berpeluh ia tidur dalam buaian tu. Ibu sedih sangat. Cuaca sekarang panas melampau 36/C. Jadi ibu minta babah bawa Aliya masuk bilik. Atuknya kata Aliya baru je tidur. Pukul 630petang tadi Aliya tidur. Babah angkat Aliya dengan buaian sekali masuk bilik. Masa pasang tu Aliya terjaga. Emmhhh nampaknya ibu dah pulang ni Aliya terus lah nak keluar dari buaian. Ibu ambil dan dukung. Aliya nak menyusu tapi ibu belum mandi dan makan lagi. Jadi masa ibu babah balik kerja ni adalah masa kritikal lah. Sebabnya Aliya mesti nak berpeluk dengan ibu. Kalau nampak ibu dengan babah pun tak mahu sangat sebab Aliy anak peluk ibu :-).
Okay...ibu bagi Aliya pada babah dan ibu cepat mandi sebab nak bagi Aliya menyusu dulu. Ibu tak sempat nak makan. Wan nya bagitau yang Aliya dari petang tadi lagi tak minum susu. Dah puas dengan ibu Aliya nak berdukung pulak dengan babah. Babah layan Aliya sebab ibu solat dan makan. Aliya suka tengok babah dengan ibu solat :-).
Bila ibu dah selesai ibu jaga Aliya. Gilir gilirlah. Babah mandi dan solat. Aliya baring dengan ibu atas katil. Aliya rindukan ibu muahhhh. Babah pulak macam biasa lah makan dan cuci botol dan buat apa yang patut. Sambil sambil tu tengok ibu dengan Aliya dalam bilik. Semalam Aliya dan ibu tidur awal. Babah pulak tertidur juga. Kekadang tu terjaga tengok Aliya tidur. Takut Aliya jatuh sebab Aliya sekarang lasak tidurnya sampai pagi :-)
Bersambung..............
Bersambung..............
Emm yelah aliya pandang ibu & babh pi keje samapi hilang dr pandangan.. Sedihnye ibu rasa... Aliya dah pandai pandqang cam tu... Rasa cam tak sanggup nak tinggalkan aliya.. Tapi dah terpaksa.. Ibu & babah kena keje coz dah ada aliya dan komitment yang lain-lain... Aliya jangan nakal2 ek.. kecian wan nnt penat...
ReplyDeleteIbu sayang sangat dengan Aliya muahhh
ReplyDelete