My Blog


Tuesday, May 10, 2011

Catatan Blog 6 Mei 2011

Aliya ok di rumah dengan wan dan atuknya. Ibu dengan babah balik kerja dan sampai di rumah ibu macam biasa. Sampai dalam pukul 710pm. Masa sampai Aliya dalam bilik dengan wan nya. Ibu tak mahu terus tengok Aliya sebab kalau Aliya nampak ibu terus menangis sebab nak berpeluk dengan ibu sambil menyusu. Tau Aliya rindu sangat pada ibu. Ibu pun buat apa yang patut. Ibu mandi ibu makan ibu minum. Dah sudah tu ibu ambil Aliya. Aliya nampak ibu terus menangis. Ibu bawak masuk bilik bagi susu. Tak lama Aliya menyusu. Sudah tu ibu solat. Babah jaga Aliya. Main main dengan Aliya. Aliya ni suka berdukung dan main denga remote. Remote aircond remote kipas dah jadi mainan Aliya. Lepas ibu solat babah cuci botol susu. Lepas tu babah makan. Aliya tak mahu tidur. Lagipun Aliya bangun pukul 530ptg tadi. Jadi puas kot Aliya tidur siang. Lepas tu ibu bagi Aliya kat babah sebab Aliya nak berdukung. Babah pun dukunglah Aliya jalan jalan dalam rumah. Ibu jumpa wan nya borak borak. Babah bawak Aliya kat bilik wan nya. Aliya selak langsir pintu tengok je wan dan ibu borak borak. Lama dia tengok. Kelakar lah Aliya. Macam mengintai wan dengan ibu borak. Lepas tu wan nya nampak Aliya mengintai terus panggil Aliya. Aliya gelak gelak. Ibu ambil Aliya duduk sama sama dengan wannya. Terus wan nya ajak main main. Lama main dengan wan nya. Siap dengar gelak gelak kuat Aliya ni. Dah dah puas main dengan wannya ibu ambil Aliya. Dalam pukul 9mlm.Dah sampai masa nak tidurkan Aliya. Susah nak tidurkan Aliya ni. Tapi lama lama Aliya tertidur lah. Babah kalau ibu nak tidurkan Aliya ni babah kena duk senyap senyap atau keluar bilik. Kalau duk dalam bilik Aliya tak mahu tidur. Asyik cari babah je. Bila babah peluk Aliya masa Aliya menyusu dengan ibu Aliya tak menyusu sangat. Tngan Aliya asyik meraba rapa nak pegang babah. Kekadang dengan ibu pun sama Aliya buat macam tu. Ok bila Aliya tidur boleh lah babah tengok tv dan lap lap botol susu Aliya tu :-). Pagi tadi Aliya jaga pukul 5. Ibu salinkan pampers. Ibu bagi susu Aliya tak nak sangat. Babah buat kan susu Ammum 4oz bagi kat ibu. Masa tu dalam pukul 6 pagi dah. Aliya minum habis. Dahaga sangat sebab tu merengek merengek. Lepas tu ibu tidurkan semula Aliya. Aliya jaga semula pukul 830pagi. Ni nak siap siap mandikan Aliya ni sama sama dengan ibu :-). Aliya jom mandiiiiiiiiiiiiiiiiiii
Okay Aliya mandi dah ni. Ibu siapkan Aliya. Lap lap sapu minyak yuyi sapu losyen pakaikan baju..baju skirt sebab plan nak bawa Aliya kat rumah Umi nya. Suami Uminya tak sihat sejak semalam. Ada masalah dengan saraf. Sejak sejak ni Aliya pula lasak. Penat juga ibu nak siapkan Aliya terutama lepas mandi. Aliya ni suka golek sana golek sini. Asyik nak pegang benda je. Nak main main. Masa makan pun sama. Ibu kena hati hati bila Aliya lasak ni. Lasak dan cergas. Takut tersedak je. Masa ibu siap kan Aliya dalam bilik babah pulak cuci kain baju Aliya. Keringkan dan jemur. Dengar Aliya nangis nangis nak tidur. Ibu bagi susu badan tapi Aliya tak berapa nak hisap sangat. Ibu mintak babah buatkan susu Ammum 3oz. Babah buutak 4oz. Ibu bagi susu tu Aliya minum habis. Lepas tu Aliya tunjuk signal nak tidur. Gosok gosok mata. Dukung pun tak mahu Aliya. Ibu kata macam tak jadi pergi rumah umi ni. Wan dan atuknay dah pergi dulu dah. Ingat nak follow kemudian tapi bila Aliy adah tidur jawapanya tak jadi lah sebab Aliya pukul 12 tengah hari baru ibu bangunkan untuk makan. Okay sekarang Aliya dah tidur. Senang tidur kali ni sebab Aliya mengantuk sangat. Pukul 11 dah ni :-)
Babah hari ni plan nak pergi kedai tayar kereta. Tayar depan perlu tukar sebab masa dah sampai. Angin keluar. Tayar dah pecah. Pergi di ***** ********. Area Shah Alam le. Adik yang rekomen kedai ni. Murah katanya. Tak susah cari kedai ni. Jumpa. Tapi sekali call adik tanya lokasi. Sampai kedai tayar tukarlah tayar tu. Kena RM410x2 tayar Brand GOODRIDE. Ok tayar ni.Bolah confident.Pukul 1 baru siap. Terus balik ke ****. Singgah di TESCO dan GIANT **** sebab nak cari pampers.Pampers Aliy adah nak habis.Jumpa di Tesco dan Giant tapi mahal.Tak ada promosi. Kalau ada dapat murah dalam RM42 x 72 size S 5kg-8kg.Sempat juga beli barang barang yang lain macam buah roti mainan dll. Ibu msg kata babah lewat sangat balik. Biasalah bila dah masuk tesco dan giant. Lama lah tengok tengok. Ok babah balik juga dan sampai rumah pukul 3 petang lebih. Rupanya kat rumah ibu ramai orang dah. Kakak ibu datang dari Johor.Aliya pun dah bangun tu. Ramai lah yang melayan Aliya. Tak menangis pulak kali ni. Babah rasa mengantuk sangat dan kepala pening. Cuaca pun panas sangat di ****** ni. Ibu bagitau Aliya ***** banyak hari ni. Banyak makan kot. Sampai ke malam Aliya tak tidurlah.
Babah makanlah sebab lapar. ibu wanyan dengan kakak ibu dok bercerita dalam bilik babah ibu. Tak dapatlah babah masuk. Duduk di luar. Petang ibu dengan wan nak keluar nak beli goreng pisang. Aliya tinggal dengan babah. Aliya ni dah pandai nak mengikut pulak. Meronta ronta bila tengok ibu dalam kereta. Ibu keluar tak lama. Dalam 30minit. Babah main main lah dengan Aliya dalam bilik sebab kat ruang tamu tu panas. Tak lama lepas tu ibu balik. Bawa Aliya tengok. Wahhhh Aliya seronok sangat bila tengok ibu keluar dari kereta. Bagi Aliy apada Ibu. Ibu layan Aliya kejap. Lepas tu bagi pada babah sebab ibu nak siapkan makanan Aliya. Pukul 5:00-5:30ptg time makan Aliya. Dah kenyang tu Aliya ye. Pukul 630 ibu nak keluar nak pergi rumah jiran yang baru bersalin. Aliya ibu bagi kakak ibu yang jaga.Babah tak bagi ibu bawak Aliya sebab dah nak pukul 7 dah nak senja ni.Jadi ibu tak bawa Aliya. Masa pukul 7 busu Aliya ambil Aliya dari kakak ibu dan bawa Aliya keluar rumah. Babah nampak dan jadi risau. Nak bawa kat ibu lah tu agaknya sebab rumah jiran tu selang 1 rumah je dengan rumah ibu.
Babah hantar msg mintak ibu balik awal tapi ibu tak bawa 2 handphone. Naya babah.Tak lama lepas tu ibu balik dengan Aliya. Terus ibu nak mandikan Aliya. Babah pun tolong tolong lah macam biasa. Lepas mandi ibu nak tidurkan Aliya. Bawa Aliya baring. Aliya pun masih mengantuk. Okay Aliya memang tidur tapi banyak sangat gangguan masa Aliya tidur tadi. Kejap kejap kejap pintu bilik babah ibu orang ketuk. Malam ni lagi ramai kaum kelaurga ibu datang rumah ibu ni. Tak lena lah Aliya tidur. Terjaga terjaga. Jadi tidurkan Aliya dalam buaian. Berjaya babah ibu tidurkan Aliya sampai lah sekarang ni dah pukul1230pag ni.Ibu pun tidur tu . Aliya pun tidur. Kakak kakak ibu pun dah pulang jadi sunyilah semula rumah ibu.Petang dan malam ni pun Aliya dah 2x *****. Tapi tak mengapalah janji Aliya sihat. Babah sedang update blog ni.
babah pun rasa mengantuk. Nak tidur dah....Okay kawan kawan babah nak tidur. Ibu Aliya babah nak tidur . Sayang ibu sayang Aliya sayang baby.............

No comments:

Post a Comment