Aliya sejak malam sampai ke pagi lena tidurnya. Lena sebab kutang tidurlah tu. Bangun pukul 4 petang terus tak tidur tidur lagi. Main main dengan wan nya je hari ni sebab atuknya keluar pergi Putrajaya dengan busunya. Hospital Putrajaya sana. Tinggal Aliya dengan wan je. Penat juga wan jaga Aliya sorang sorang sebab Aliya tak mahu tidur lagi lepas makan dan minum susu. Sampai petang babah dengan ibu balik terus Aliya menangis bila nampak ibu masuk. Aliya selalu macam tu sejak umur nak masuk 8 bulan ni. Dah tau rindu rindu ni. Cepat cepat lah ibu mandi minum solat sebab nak bagi Aliya susu badan. Bila ibu bawa Aliya masuk bilik ibu baring je terus Aliya peluk ibu. Menyusu tak tengok apa apa lagi dah. Pejam mata terus. Nak tidur lah tu. Dah lama menyusu dah puas tu Aliya tertidur lah. Ibu pulak lepas tu baru makan. Ibu makan sikit. tak selera agaknya. Lagipun ibu tak berapa sihat. Walaupun tak sihat Aliya tetap dapat layanan first class. Suka tengok masa Aliya menyusu dengan ibu. Nampak kemanjaan antara ibu dengan anak. Macam Aliya pulak...comel je bila dengan ibu. ibu pun sama. Pagi tadi Aliya ni tetap bangun awal. Pukul 5 dah bulat mata. Babah bangun awal sebab nak gosokkan baju nak rendam baju. Dah siap semua baru dukung Aliya. Tau Aliya memang nak berdukung bila bangun tidur. Lepas tu ibu pun bangun. Ibu salin pampers Aliya. Berat pampers Aliya. liya kan dah banyak minum. Ok macam biasa bila dah siap siap semua ibu bagi lah susu badan kat Aliya tapi Aliya tak berapa nak sangat. Lalu ibu baut kan susu Ammum guna botol Tommee Tippee. Bila Aliya nampak ibu bawa botol susu alahai... terus senyum meronta ronta nak minum susu. Ibu kalau boleh nak 100% susu badan untuk Aliya tapi keadaan semasa tak mengizinkan. Terpaksa bagi juga susu formula. Bila dah minum susu tu Aliay bagi signal nak tidur. Menangis dan gosok gosok mata. Terus ibu masuk kan dalam buaian. Aliya tidur semula. Ibu dan babah pergi lah kerja. Tinggallah Aliya yang sedang tidur tu. Sayan Aliya rindu Aliya dari babah dan ibu ni muahhh
Ibu sakit tekak mcam nak demam jek... Tapi x pe sket jek janji aliya ok... Memang ibu nak kasi susu badan jek tapi tak mengizinkan.. Takpelah janji sekarang aliya nak menyusu byk compare dari dulu tak menyusu dgn botol. Aliya nak menyusu banyak kira Alhamdulilah ibu rasa....
ReplyDeletebabah pun happy tengok aliya aktif dan sihat
ReplyDelete