Cerita tentang Aliya untuk hari ni awal pagi babah tak berapa ingat sangat pulak dah. Tapi Aliya macam biasa tidur malam tu akan terjaga sendiri pada awal pagi untuk menyusu dengan ibu lah. Biasa nya pada pukul 1 pagi ke 2 pagi ke atau pukul 3 pagi Aliya jaga. Bila jaga kena bagi susu. Sudah bagi susu ibu tukarkan pampers dan Aliya tidur semula. Tapi bila nak tidur pulak kena masuk dalam buai baru senang Aliya tidur
Kalau tak silap Aliya bangun dekat dekat pukul 7 pagi. Babah ibu bangun awal dalam 630pagi. Lepas tu Aliya terjaga dan bagi susu lagi. Hari ni hari cuti jadi tak de lah nak kelam kabut macam hari kerja tu. Tenang je. Bila Aliya bangun ni kena lah layan Aliya. Bawa berdukung dan tengok tv. Macam tu lah bila cuti. Seperti hari Sabtu dan Ahad :-)
Babah biasa cuci baju cuti cuti ni. Hari ni lepas sarapan babah plan nak vacuum karpet dan cuci toilet. Bil ababah sibuk sibuk ni Aliya dengan ibu lah. Wan dan atuknya pergi pasar ****** untuk beli bahan bahan untuk masak sebab family ibu nak datang makan tengah hari. Aliya lepas mandi macam biasa kena tidur tapi kali ni susah pulak nak tidur. Tak mengapalah dapat babah vacuum karpet kot hari ni. Sudah babah siap cuci baju babah vacuum karpet. Siap karpet ibu tidurkan Aliya sampai tengah hari. Babah pulak sambung cuci toilet. Wan dan atuk Aliya balik. Lama juga babah cuci toilet. Sampai tengah hari.
Aliya tengah hari tidur dalam buaian tu terjaga. Ibu bagi makan lah macam biasa. Dah time makan Aliya bila masuk tengah hari. Tengah Aliya makan family ibu pun sampai. Suadara mara ibu ramai datang. Aliya macam terkejut tak jadi makan. Makan sikit je. Bila dah ramai tu Aliya tak selesa lah. Asyik menangis. Tak mahu orang lain pegang ia. Asyik nak pada ibu je. Bila babah siap cuci toilet terus lah mandi. Dah bersiap tu keluarlah bilik sebab dengar Aliya menangis. Suasana memang lah bising sikit sebab ramai orang. Aliya takut kot. Tak biasa.
Bila ibu bagi Aliya pada babah Aliy apun tak mahu kat babah pun. Nak ibu juga. Semua orang Aiya tak mahu. Atuk wan nya pun Aluya talk mahu di pegang. Biasa boleh je. Tak apalah. Tapi ibu lah yang penat sebab asyik layan Aliya. Kejap dukung kejap duduk lepas tu dukung semula. Bagi susu pun tak mahu. Aliya asyik menangis. Bawak masuk bilik lah. Layan Aliya ni. Lama lama baru Aliya nak dengan babah ni.
Semua makan tengah harilah di rumah ibu. Adalah 6 buah kereta datang. Kira ramailah. Budak budak pun ramai. Anak buah ibu lah tu. Aliya pulak suka tengok budak budak main. Asyik ketawa je Aliya. Penat jugalah dukung Aliya. Sebab apa...sebab Aliya sekarang ni kalau dukung pun bukan nya duduk diam. Kekadang tu ada juga saudara ibu yang pegang tapi tak lama sangat sebab Aliya akan menangis akhirnya. Kalau nak lama sikit kena bagi Aliya ni pegang sesuatu.
Bila dah siap makan tengah hari saudara mara family ibu pun balik lah. Suasana macam biasalah. Tenang. Aliya pun tenang tapi Aliya tak mahu tidur langsung. Susah nak tidurkan Aliya kali ni. Aliya pun ayik minum air suam saja. Kiranya sampai pukul 6 petang Aliya masih tak tidur. Pukul 5 petang ibu bagi Aliya makan dan 530petang babah ibu mandikan Aliya . Harap harap pukul 6 ke 7 malam ke Aliya akan tidurlah nanti. Lagi pun kasihan tengok Aliya ni. Aliya mengantuk tapi macam di tahan tahan. Asyik nak berdukung dan bermain je hari ni.
Akhirnya dalam pukul 7 malam tu Aliya pun terlena juga. Barulah babah ibu dapat relax sikit. Sebab Aliya dah tidur. Babah pun cuci botol susu dan bekas makanan. Ibu pun barulah dapat baring dengan Aliya. Petang tadi pun babah sampai tertidur sendiri masa jaga Aliya :-). Ingat ibu ada sama tapi rupanya ibu di luar tenga borak denga saudara2 ibu tu sebelum mereka semua balik.
Aliya lena sampai ke malam lah. Aircond pasang sebab ibu rasa panas walaupun di luar hari hujan. Babah pulak siap pasangkan kipas lagi sebab tak rasa aircond tu :-). Dalam pukul 10 Aliya terjaga. Bagilah Aliya minum susu.Lepas tu Aliya tidur semula. Dalam pukul 1 pagi Aliya jaga semula . Ibu bagi susu dan tukarkan pampers.
Yang terkejut dan lucu sangat Aliya sebut "MEOW". Babah tak ingat pukul berapa?malam ke pagi?kalau malam tu pukul 10 malam atau pagi yang pukul 1 pagi Aliya bangun tu.Bunyi kucing. Ketawa babah ibu. Jelas bunyinya. Aliya pun ketawa :-). Lepas siap sedawakan Aliya Babah ibu Aliya pun tidur semula. Sampailah pagi.
Inilah antara hari yang paling memenatkan bagi babah ibu sebab Aliya tak mahu tidur dan asyik menangis :-)...
Aliya please jangan buat macam ni lagi yer.....
*****Semalamkan bila ibu pegang baby lain dan Aliya nampak je ibu ia pegang baby terus Aliya MENANGIS.....Aliya tahu tu ibu ia dan ibu hanya untuk Aliya saja........ :-)*****
aliya ni dah pandai jeles ek... kelakar la aliya.. x sangka... Nanti ada baby jgn jeles2 tau..kena share2 tau coz ibu sayang 2-2.. muahss aliyaa
ReplyDelete