My Blog


Saturday, May 21, 2011

Aliya dah pandai MARA. Pagi tadi Aliya buat..Yessss

Aliya terjaga pukul 2 pagi tadi. Nak susu jek lah. Babah buat macam yag biasa biasa tu. 4oz susu. Lepas Aliya minum susu tu ibu tukarkan pampers Aliya sebab babah bagitau ibu pampers Aliya rasa sejuk sangat. Aliya banyak ******* agaknya. Ibu tukarkan. Memang berap pampers yang lama tu. Maklum lah start dari pukul 630petang. Kekadang tu tukar ikut time tapi pampers ringan je. Tak banyak Aliya *******.

Bila dah tukar pampers tu ibu biarkan Aliya main sendiri. Babah kat dapur cuci botol yang lagi satu tu dengan bekas makanan. Bekas makanan dah cuci tapi terbiar lama babah cuci jek. Sambil buat air simpanan untuk buat susu Aliya nanti. Adalah 2 botol air brand Tupperware. Baru beli je. Sambil tu babah minum air milo panas sebab sejuk rasa badan. Lagi pun semalam aircond pasang lama. Dari malam sebab bilik rasa macam panas je.

Bila dah siap kat dapur tu babah masuk lah bilik tengok Aliya dan ibu. Ibu bagitau yang Aliya dah boleh MARA dah. Ibu bagitau mula dari petang tadi dah. Wan nya bagitau ibu masa ibu balik dari kerja dengan babah tu. Semalam kan babah ibu balik lewat...beli barang2 Aliya

Dapat jugalah babah tengok Aliya MARA. Aliya kalau nak MARA dia angkat punggung tu tinggi je. Macam tu ke kalau semua baby buat ?

Sejak malam tadi Aliya tidur dalam buaian jadi babah ibu tak mahu biarkan Aliya main lama sangat jadi masuk kan semula dalam buaian. Susah juga nak tidurkan Aliya. Tapi lama lama tu Aliya tertidur sendiri. Lepas tu ibu tidur lah. Babah tidur bawah dekat Aliya senang nak buaikan Aliya tu.

Hari ni babah bangun pukul 6:30pagi. Bukan nak pergi kerja tapi ibu ada checkup di KKIA ****. Babah ibu ingat nak datang awal supaya dapat no awal. Ibu tak lama tu bangun juga. Tapi Aliya pun follow sama selepas ibu. Kena lah keluarkan dari buaian. Aliya dah hulur hulur tangan kena dukung. Tak samoai hatiu tengik Aliya. Manja dengan babah dapat lah dukung selalu. Manja dengan ibu dapat lah tidur dengan ibu selalu :-)


Pukul 7:30pagi babah ibu pergi ke klinik lah. Tinggallah Aliya dengan wan nya kejap. Nanti wan akan mandikan Aliya seperti biasa. Babah ibu sampai ke klinik dapat lah no 10. Ibu daftar untuk minum air gula. Kena check kencing manis. Kan ibu pregnant. Kena tunggu 2 jam. Selepas 2 jam akhirnya result keluar ibu tiada kencing manis. Lega dan syukur. Babah ibu balik rumah je lah. Tadi masa tunggu di klinik babah ibu belikan vcd lagu ABC untuk Aliya. 

Sampai rumah dalam pukul 11 pagi atau 11:30pagi. Aliya tidur. Baru je wan nya masuk Aliya dalam buaian. Tapi Aliya terjaga bila ibu masuk bilik. Aliya boleh rasa ibu ada. Lepas ibu keluar bilik babah pulak masuk. Babah tengok buaian gerak gerak. Bila Aliya nampak babah terus menangis. Sebab kan nak bersiap pergi kerja semula dengan ibu. Agaknya Aliya menangis sebab tak ada sapa nak dukung ia :-). Ok babah pun keluarkan Aliya dari buaian terus dukung Aliya. Seronok Aliya.

Babah bawa Aliya pada ibu. Aliya ketawa. Rindu ibu ia lah tu. Wan nya kata Aliya baru je tidur. Takpelah dah Aliya nak bangun nak tengok ibu ia tu sebab babah keluarkan dari buai tu. Ibu makan sebab ibu puasa tadi maa nak minum air gula tu. Malam tadi lepas pukul 10 malam ibu stop makan. Hanya minum air masak putih je sampai lepas habis checkup balik rumah je baru ibu makan. Ibu makan roti canai je. Babah makan roti dengan planta lepas ibu ambil Aliya dari babah untuk bagi susu pada Aliya. 

Aliya tak lama menyusu tu. Ibu bagi pada wan nya sebab babah ibu nak pergi kerja. Aliya pulak dalam mengantuk tu galak pulak nak main. Hari ni banyak kali Aliya MARA. Tadi ibu kata wan nya nak belikan Aliya "Walker" supaya senang nak bawa Aliya balik kampung. Tapi ibu tak suka "walker" ni takut Aliya terjatuh nanti. Babah pulak tak kisah. Kalau sampai masa Aliya perlu "walker" babah belikan. Tapi wan kata nak belikan "walker" tu. Tapi ibu kata kalau nak beli kena beli yang mahal. Safety first........

Pukul 11:30 babah ibu pergi kerja. Hari ni Jumaat kena lah cepat takut tak sempat Jumaat di KL nanti babah ni. Okay masa babah ibu pergi kerja Aliya tengok tengok je. Ibu nampak Aliya seperti nak menangis je. Alaaaaaaaa sayang nak tinggal kan Aliya ni...

Tadi sebelum babah ibu pergi kerja wan nya kata kalau Aliya tak mahu tidur juga wan nya nak bagi Aliya mmakan dulu. Kita tengoklah nanti bila babah balik dari kerja. Nanti ibu tanya wan.....

sambun malam nanti yer.....


Catatan blog 20 Mei 2010

Sambungan

Babah balik awal kerja. Pukul 5 petang cepar cepat balik. Hari ni hari Jumaat. Jalan jem teruk kebiasaannya. Tambah pulak tadi KL hujan. Babah terus pergi pejabat ibu. Ambil ibu di situ dan terus balik rumah. Perjalanan balik baik baik saja cuma kali ni babah tak isi minyak pun masa balik. Guna minyak yang isi masa nak balik semalam. Okay sampai juga babah ibu ke rumah dalam pukul 7:15 malam.

Sampai rumah Aliya ada kat depan tv dengan busu dan wan nya. Rupanya Aliya start pukul 2:30petang sampai pukul 7:15 masa babah ibu balik kerja langsung tak tidur tidur. Wan nya kata bila masuk buaian terus menangis........

Bila dengar macam tu ibu bersiap siap lah dengan mandi dan solat sebab senang nak layan Aliya. Babah pulak cuci botol susu Aliya. Selepas pada tu babah pulak mandi dan solat. Babah makan juga malam tapi ibu langsung tak selera nak makan. Babah ok je tak kisah janji ada makanan. Babah solat jumaat di masjid *** dekat pejabat babah. Dah selesai solat babah makan dan update blog :-)

Babah ibu pun layan Aliya bila wan nya nak solat . Lepas tu babah ibu bawak Aliya pergi masuk bilik ingat nak tidurkan Aliya tu tapi tak berjaya. Masuk dalam buaian banyak kali pun Aliya tetap memangis. Ibu bagi susu badan Aliya hisap kejap kejap. Tapi bila bagi air suam Aliya minum banyak . Hampir 5oz air suam putih Aliya minum

Kira kira dalam pukul 9:30 malam baru Aliya tidur. Tidur dalam buaian . Lega babah ibu. Ni pukul 11:25 malam Aliya masih lena dalam buaian...

Esok kita sambung lagi.............

No comments:

Post a Comment