Aliya tidurnya elok saja dari malam hingga ke pagi. Walaupun malam tu Aliya tidur dengan ibu atas katil dengan babah letakkan 2 kerusi untuk menggelakkan Aliya dari jatuh katil tapi akhirnya Aliya kena masuk buaian sebab susah nak tidurkan semula lepas minum susu. Masuk buai susah juga nak tidurkan Aliya ni. Tapi usaha usaha Aliya tertidur juga akhirnya.Pagi ni Aliya bangun pada pukul 6. Aliya tidur dalam buaian agaknya sebab tu Aliya lena tidurnya. Elok juga Aliya tidur dalam buai. Kalau Atas katil takut jatuh lagi.
Babah ibu pun dah bangun pukul 6 tu. Aliya pun ikut sekali. Tengok dalam buaian dah bulat mata Aliya. Comel je Aliya ni :-). Babah angak Aliya dan dukung dukung lah bawak kat luar bilik. Suka lah Aliya. Lepas tu ibu dukung pulak Aliya sebab babah nak mandi dan solat. Sebelum tu ibu minta babah buatkan susu Ammum. Babah buatkan 4oz macam bias. Bagi ibu untuk bagi pada Aliya. Babah nampak Aliya minum laju je. Dahaga sangatlah tu.
Pukul 730pagi mandikan Aliya sebab Aliya nampak mengantuk lagi. Babah siapkan besen dan air suam untuk Aliya. Ibu siapkan pakaian Aliya. Wan Aliya keluar pergi pasar. Lepas mandi ibu babah tidurkan Aliya semula. Aliya tidurlah dalam buaian kat luar. Buaian Aliya hanya 1 saja tapi kena angkat keluar masuk lah. Kejap dalam bilik kejap luar bilik. Angak angkat selalu buaian Aliya tu.
Sementara Aliya tidur ibu pun tidur sama. Ibu makin tak sihat. Demam selsema batuk. Pakej lengkap ibu dapat. Teruk juga tapi ibu terpaksa layan Aliya sebab babah seorang tak mampu lagi. Babah tak tidur. Babah banyak kerja nak buat. Biasanya cuci pakaian. Pakaian babah ibu termasuk pakaian Aliya. Tapi hari ni hujan pagi pukul 10 dah hujan. Babah hampir semua dah siap tapi tak boleh jemur. Sambil sambil tu tengok Aliya dan ibu. Pukul 12 baru jemur. Tapi dalam pada tu babah ada buat Aliya terjaga dari tidur ia. Kan Aliya lepas mandi mesti tidur.Pukul 8 pagi ibu dah siapkan Aliya dan tidur kan Aliya dalam buaian.Rasanya dalam pukul 9 babah buka pintu grill. Kan grill berbunyi masa tarik tu. Aliya terjaga. Terjaga terus sampai pukul 10pagi. Tapi dalam pukul 10 lebih Aliya akhirnya tidur semula. Tunggu Aliya tidur sampai pukul 12 tengah hari
Pukul 12 tengah hari baru babah dapat jemur pakaian. Hujan pun dah reda. Matahari pun dah bercahaya semula.Bila babah dah siap baru Aliya bangun tidur semula. Wan bagitau Aliya dah jaga tu pada babah. Babah bagitau ibu. Ibu slow slow sebab ibu tak sihat. Ibu siapkan makanan Aliya. Dah siap bagi Aliya makan.
Sudah Aliya makan ni kena sendawakan Aliya. Lepas tu kena bawak dukung dukung lah. Dah puas baru tidurkan Aliya semula. Hari ni babah penat. Ibu tak sihat. Aliy apulak mengantuk lagi jadi kami bertiga tertidur. Bbah ibu makan lewat. Ibu pun tak selera sangat nak makan nasi. Ibu tak sihat kan. Babah pukul 330ptg baru makan tengah hari. Ibu awal sikit pada abang. Aliya masih tidur lagi. Cuaca ok.Terang dan panas. Kering lah pakaian yang babah jemur tadi agaknya.Aliya tidur buaian petang petang ni. Tapi tengok keadaan dan mood Aliya. Kekadang tu suka buai kekadang tu suka tidur berpeluk dengan ibu.
Wan atuk dan busu Aliya keluar petang ni. Ada hal lain. Tinggal kami bertiga babah ibu Aliya. Petang ni babah sibuk dengan Aliya sebab asyik dukungkan Aliya. Aliya pulak nampak je babah mesti hulur 2 tangan dan angkat punggung. Tu signal nak berdukung dengan babah. Sambil senyum pulak tu. Babah cian lah kat ia ni (Aliya). Petang ni tahap sukar nak tidurkan Aliya. Mencabar sungguh petang ni untuk tidurkan Aliya. Aliya kalau dapat tidur pun tidur kejap kejap gitu gitu saja. Babah ibu yang penat :-)
Tapi petang ni Aliya makan dan mandi awal. Sebelum pukul 6 petang. Ini disebabkan Aliya mengantuk jadi semua kena buat awal. Lepas semua tu Aliya makin susah nak ditidurkan. Entah kenapa pulak Aliya jadi macam ni. Suka berdukung saja hari ni :-). Semasa ibu siapkan Aliya pas mandi tu babah bulak ambil pakaian di ampaian. Hari pun macam nak hujan. Mendung petang ni. Lepas tu babah bantu ibu untuk tidurkan Aliya. Sampai pukul 7 malam pun wan atuknya balik Aliya masih tak tidur lagi sejak petang. Buatkan susu pun Aliya tak mahu minum lagi.
Hampir jam 8 malam baru Aliya boleh tidur. Sekarang 1151 Aliya masih lena. Baru sat je tadi Aliya merengek rengek tapi tidur semula. Aliya tidur dalam buaian. Ibu nampaknya sihat lah sedikit. Ibu hari ni mengantuk sangat sebab makan ubat batuk tu... :-). Risau babah lah..
Kita sambung cerita esok pagi yer tentang Aliya
No comments:
Post a Comment