Sambungan dari cerita pagi
Hari ni babah ibu balik lewat ke rumah. Babah keluar lewat. 530PTG. Hujan di KL. Tapi jalan tak berapa jem sangat. Babah ambil ibu di ofis ibu dan terus balik. Minyak kereta sikt. Kena isi di highway nanti. Babah dan ibu plan nak beli susu Ammum Aliya sebab susu dah tinggal sikit.
Babah dengan ibu nak beli susu di Giant. Sampai di Giant hampir pukul 7 mlm. Babah ajak ibu ikut sekali sebab tak mahu ibu tinggal seorang dalam kereta. Lagipun ibu kata ibu larat nak jalan dalam Giant tu. Ok Beli susu Ammum yang kotak harganya RM43++. Dah beli susu terus babah dengan ibu balik. Ibu terlupa nak beli pencuci muka. Lain kali lah ibu kata. Babah ibu risaukan Aliya sebab balik lewat.
Pukul 730mlm baru ibu babah sampai rumah. Ibu masuk dulu sebab nak tengokkan Aliya. Aliya tidur. Lena sangat. Ibu bersiaplah dengan mandi makan solat sebab takut Aliya terjaga nanti. Ibu nak angkat Aliya dari buaian nak bagi susu tapi Aliya masih lena. Ibu biarkan Aliya terjaga sendiri baru bagi susu badan.
Babah pun masuk tengok Aliya masih tidur. Ibu ada buaikan Aliya. Babah pun sama macam ibu. Mandi dan solat dulu lah. Ibu pun sudah makan. Babah pun buat kerja yang biasalah. Cuci botol susu Aliya. Tak lama lepas tu Aliya terjaga. Terus Aliya menangis cari ibu. Ibu angkat Aliya dari buaian dan bagi susu. Susu badan je. Tapi Aliya macam tak puas. Buatkan susu Ammum lah. Babah buat.4oz. Aliya minum habis. Haus sanga ni. Lepas tu ibu dengan Aliya sama sama tertidur. Ibu masih tak sihat. Batuk dengan selsema.
Babah pulak makan dan tengok tv sekejap. Mata pun mengantuk. Sambil sambil tengok tv tu babah tengok ibu dengan aliya dalam bilik. Tengok Aliya melekat je dengan ibu. Dah tak menyusu. Aliya tidur je. Aircond tak pasang sebab ibu kata tak panas. Babah pun tak on lah aircond.
Dalam pukul 11 mlm babah masuk bilik nak tidur. Babah tanya ibu bilik panas tak , ibu kata ok je. Tak panas kata ibu. Tapi babah rasa panas sikit. Kasihan kat Aliya. Ingat nak on kan aircond tapi tak jadi lah. Lagipun selalu sangat aircond takut Aliya selsema pulak nanti. 2-3 kali juga babah tanya ibu samada nak pasang aircond tapi ibu kata tak perlu.
Babah rasapanas babah rasa nak tidur kat bawah. Atas tikar je sebab sejuk sikit badan. Babah tak selesa tidur atas katil kalau rasapanas panas ni. Babah ambil bantal dan terus baring atas tikar tu. Babah juga letak 1 bantal kat tepi sebab takut Aliya jatuh dari katil sebab sejak sejak ni Aliya lasak tidurnya.
Babah tengok ibu dan aliya lena je tidur babah pun tidur lah.....zzzzzz...zzzzz...zzzzzz
Okay bersambung ye cerita pagi 13 Mei 2011
No comments:
Post a Comment