My Blog


Wednesday, May 25, 2011

Aliya semakin lasak bila tidur

Aliya semakin hari semakin lasak tidurnya. Dalam beberapa hari ni nampaknya begitulah. Yang nyata Aliya bila start tidur malam macam malam tadi dulu biasanya awal pagi pukul 1 pagi ke pukul 2 pagi ke Aliya akan terjaga bila nak susu lagi. Tapi dalam 2 hari ni Aliya tak terjaga pulak pukul 1 pagi dan 2 pagi sejak mula Aliya mula masuk bilik tidur malam. Biasanya Aliya ni akan tidur dalam pukul 8 malam lepas menyusu badan dengan ibu dan terjaga semula pada waktu awal pagi esoknya. Menangis nak susu. Kuat menangis Aliya ni. Aliya akan mencari ibunya sambil menangis tu.

Sekarang ni pukul 1 pagi dan 2 pagi tu kalau Aliya terjaga merengek rengek kalau babah sedar dulu babah kejutkan ibu lah. Kekadang ibu yang sedar dulu ibu bagilah susu pada Aliya. Mata pejam saja. Kalau dulu siap celik mata kalau 1st time terjaga awal pagi tu. Awal pagi tadi bila Aliya terjaga awal pagi tadi seperti semalam juga babah kejutkan ibu je. Lantas ibu bagi susu dan Aliya tidur semula bila dapat susu. Tapi kalau ibu ia pergi toilet dulu Aliya akan menangis kuat je sebab tengok ibu hilang kejap. Aliya ibu tak hilang mana....jangan risau yer Aliya

Pukul 4:30pagi Aliya terjaga semula. Ibu bagi susu pada Aliya. Susu badan tapi Aliya maca tak puas kot. Bagi susu botol dan air suam lagi sebagai tambahan. Semalam bilik rasa panas. Ibu pun kata panas. Aliya siap berpeluh peluh ia. Lepas bagi susu ibu takur kan pampers untuk Aliya dan tidurkan Aliya dalam buai. Aliya tidur. Lepas tu ibu babah tidur semula.

Bbabah ibu bangun pukul 6:15pagi. Aliya masih tidur lagi. Babah ibu bersiap nak pergi kerja. Mandi dan solat. Lepas tu Aliya pulak terjaga. Ibu bagi pada wan nya untuk jaga sementara ibu babah bersiap nak pergi kerja. Lewat lagi babah ibu nampaknya nak sampai oficce ni. Ibu tak sempat sarapan. Pukul 7 pagi Aliya masih tak mahu tidur terpaksa babah ibu layan Aliya. Babah dukungkan Aliya kejap bagi rasa :-). Pukul 7:15 babah ibu pun keluar rumah nak kerja. Wan bawa Aliya kat luar dan Aliya tengok babah ibu pergi kerja. Dapat babah ibu lambai Aliya.

Sambung cerita babah ibu balik nanti ke rumah

Babah ibu balik kerja pukul 6 petang sampai rumah ibu pukul 7 :04 malam. Ibu nampak buai bergerak laju je. Ibu masuk tengok Aliya baru nak tidur. Wan sedang buaikan Aliya. Aliya pulak dapat rasa ibu ada terus menangis kuat nak kan ibu ia. Wan keluarkan Aliya dari buaian dan bagi pada ibu. Ibu mInta babah mandi dan solat dulu. Babah mandi dan solat. Selesai semua baru babah dapat dukung Aliya. Ibu pulak mandi dan solat. Lepas ibu selesai solat baru ibu makan. Masa ibu makan babah jaga Aliya. Lpeas ibu sudah makan baru ibu dapat menyusu Aliya dan Aliya tidur sampai saat ni pukul 1:04 pagi. Tidur dari pukul 8 malam tadi..

Petang tadi wan kata Aliya kurang tidur siang nya. Mula dari pagi lepas babah ibu pergi kerja dari pukul 7:30pagi tu Aliya tak tidur tidur. Pukul 10 pagi baru tertidur. Tengah hari bangun wan bagi makan. Tidur kejap sampai pukul 3:30 petang. Wan bagi minum susu dan selepas tu terus Aliya tak mahu tidur sampailah ibu balik bari Aliya tidur. Pukul 8 malam tu lah Aliya tidur. Dan wan nya kata Aliya pun tak mahu minum susu sangat.

Cuma bila babah ibu balik baru Aliya nak minum susu boto dan air suam.......

Selesai untuk kisah Aliya hari ni

Sambung untuk cerita 25 Mei pula.........

No comments:

Post a Comment